Rabu, 21 April 2010

PRK P094: Benarkah Azmin Jadi Dalang Huru Hara Calon PKR...?




Sehingga ke saat ini, perang psy-war dalam berkempen untuk calon masing masing di PRK Hulu Selangor nampaknya semakin menjadi beban berat kepada PKR dan Pakatan Pembangkang.

Ceramah Pakatan sudah tidak lagi mendapat puluhan ribuan pengunjung sepertimana biasa yang akan dipenuhi oleh “orang orang luar” penyokong tegar mereka.

Malah modal untuk berperang dari PKR juga semakin merapu dan melalut. Pagi semalam beberapa barua barua murahan Anwar Ibrahim telah “menyalak” di Balai Polis Kuala Kubu Bharu. Mereka mahu pihak polis dan SPR segera menurunkan papantanda billboard dan banner BN yang “ditafsikan” sebagai menghina pemimpin mereka.

Inilah tanda tanda awal barua barua murahan Anwar semakin merasakan bahang kekalahan yang bakal mereka terima…! Jika kita singkap sejarah PRK, sebenarnya perang psy-war yang menghina dan memfitnah ini lahirnya dari amalan penyokong penyokong Pakatan Pembangkang sendiri. Merekalah yang begitu TAKSUB dengan kisah dongeng Najib ~ Altantuya sedangkan baru baru ini Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin sudah mendedahkan bahawa itu semua fitnah semata-mata!

Dalam usia berkempen di bumi luas Hulu Selangor ini baru masuk dua hari, namun PKR sudah mula sesak nafas apabila disajikan berita pengumuman keluar parti oleh Dr Halili Rahmat dan pimpinan utama AMK Cabang Shah Alam. Tindakan Dr Halili sebenarnya adalah sambungan kepada siri berpisahnya hubungan Anwar dengan beberapa kenalan rapatnya yang berada dalam kapal karam PKR…..

Zaharin Hashim yang pernah menjadi sahabat Anwar selama 30 tahun kini sudah tidak lagi mahu menjadi saf kepada Penipu Nombor Satu Malaysia itu. Begitu juga Zulkifli Nordin yang menjadi “family friends” kepada keluarga Anwar sendiri, beliau pun tidak mahu lagi bersekongkol dengan Orang Gila Mahu Jadi PM ini…!

Kini tiba giliran Dr Halili yang merupakan doktor peribadi Anwar, dimana Halili adalah diantara orang yang terpilih mengiringi Anwar dalam pesawat khas berangkat ke Jerman pada 4 September 2004 sewaktu Anwar pergi menjalani rawatan tulang belakang di Alpha Clinic, Munich milik seorang Spine Specialist bernama Dr Thomas Hoogland.

Kesemua beban berat ini semakin parah dalam kempen PKR apabila calon mereka semakin sedap dilanyak oleh pihak penyokong BN. Kerja kuat berterusan terutamanya datang dari Bloggers BN yang menguasai alam media baru [cyber world] benar benar menambah pening kepala Anwar, Hj Hadi dan Kit Siang…!!

Segala “bad behaviour” dalam life style Zaid Ibrahim kini menjadi lauk enak santapan penyokong BN melalui serangan Bloggers.

Timbul juga persoalan disini, apakah benar yang menjadi dalang kepada semua pembongkaran buruk laku perangai Zaid ini sebenarnya mainan politik kotor Azmin Ali..?

Sewaktu malam pengumuman calon PKR di Serendah, Azmin tidak hadir. Dari dalam kain PKR sendiri sudah mula “berbunyi” bahawa keputusan memilih Zaid tidak mendapat “restu” dari Azmin.

Kini ada pula “suara suara” yang menyatakan bahawa kesemua pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti social life ala ala Mat Salleh yang diamalkan oleh Zaid ini “disediakan” sumbernya oleh beberapa 'orang orang Azmin' kepada Bloggers pro BN…!

Malah tindakan Azmin yang mencabar mana mana pihak untuk buktikan Zaid kaki Botol merupakan satu “political trap” untuk Zaid! Niat sebenar Azmin adalah memberikan lebih besar ruang untuk Zaid dilanyak sehingga lumat dalam isu moral ini…

“ cara mana pun Azmin berjaya sebab kalau pihak BN dedah semua bukti, ini boleh Azmin guna bila tiba waktu pemilihan jawatan dalam PKR…. Zaid menang ker atau kalah ker dalam by election di Hulu Selangor itu tak penting..., isu moral ini nanti Azmin akan tetap gunakan halang Zaid lawan dia untuk Timbalan Presiden” kata sahabat Blogger seorang Ketua AMK dalam salah satu cabang di Selangor.

Begitulah hebatnya sandiwara politik PKR! Zaid tak sedar bahawa dia bakal diliwat oleh well planned political game. Diwaktu yang sama pula PAS sudah terpedaya mengizinkan dubur mereka dilrobek oleh Anwar yang berjaya memaksa PAS menjadi barua murahan kepada Zaid yang pernah "memusuhi" wadah perjuangan islam di Kelantan.

Semoga dengan segala kekalutan dalam PKR ini, jentera BN akan lebih gigih berusaha untuk memenangkan calon BN, P Kamalanathan.


Posted by Medan Info Kita

0 comments:

Catat Ulasan