Selasa, 20 April 2010

PRK HS: Kerajaan S'ngor yang hanya bohong demi bohong demi ...




Oleh Cakap Pasal

Tuan-tuan dan Puan-puan para pengundi, rakyat yang bekerja keras dan yang tidak patut ditipu oleh sesiapa pun. Ini ada sikit cerita.

Kononnya Kerajaan Negeri Selangor nak bagi air “percuma”. Untuk menang Pilihanraya 2008, pembangkang telah janjikan bermacam perkara untuk memancing undi.

Mereka tidak sangka akan menang di lima negeri jadi mereka main tabur saja segala jenis janji manis, gula dan madu. Masalahnya gula dan madu itu boleh tersangat melekit dan melekat. Bila sudah melekat dalam ingatan orang, kita tidak akan lupakannya buat selamanya. Ini ada sedikit saja senarai janji-janji pembangkang yang semuanya tak jadi. Janji kosong saja:


* 16 September 2008, Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia di Stadium MBPJ, Kelana Jaya kononnya pembentukan “kerajaan baru Malaysia” – Inilaj janji 9-16 Anwar yang famous. Bohong.

* Kerajaan negeri Selangor mensasarkan kutipan hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009. Tetapi royalti pasir 2009 hanya RM 4,6 juta. Mereka bohong.

* Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri meliputi lima projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM 50 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta. RM50 Billion? Fulamak. Dulu sebab janji macam ni lah Pak Lah Bedawi kena tendang. Semua bohong.

* Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri. Bohong. Mungkin dia maksud nurseri jual pokok bunga.

* Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah – habuk pun tak ada.

* Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga. Gapo ni?

* Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri – yang ni saya nak sahkan bohong. Pasal apa? Sebab saya pun tak ada rumah sendiri. Itu pasal lah. Cakap pasal lah.

* Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas – Tuan -tuan nasib baik saya belum berusia 65 tahun. Baru lepas kategori “umur 40an”. Jadi saya dapat perubatan percuma. Bayar RM1.00 saja duit daftar di Hospital Tang Ling dekat Masjid Negara, doktor bagi ubat satu beg plastik penuh. Dari dulu dah Kerajaan bagi perubatan percuma kepada orang. Bangla pun dapat rawatan percuma.

* Mengurangkan cukai pintu kediaman - 20% dan cukai premis komersial - 10% - sekali lagi habuk pun tak ada. Tak potong cukai pun. Satu Lagi Pembohongan Oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

* Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan - sistem apa pula tu? Sistem rumah urut taraf antarabangsa akan diletakkan sebagai jiran anda di Negeri Selangor.

* Melaksanakan Pilihan Raya Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tidak boleh dilaksankan kerana tiada dalam peruntukan mana-mana akta – Alamak ! Akta pun tak ada? Habis apa pasal pula mereka boleh janji buat Pilihanraya PBT? Bukankah pembangkang ada ‘loyar buruk-buruk’ yang selalu bising macam Karpal Singh, Raja Aziz Addruse, Sivarasa, Harith Ibrahim, Lim Kit Siang, Zaid Ibrahim dan ramai lagi ‘loyar buruk’. Takkan depa semua tak tahu baca undang-undang dulu. Habis kenapa depa semua boleh janji nak mengadakan Pilihanraya PBT padahal tidak ada Akta atau Rang Undang-undang pun untuk mengadakan Pilihanraya peringkat PBT? Jawapannya senang saja : mereka bohong.

Saja nak pancing undi

Kerajaan Negeri akan jadi bankrap

Tuan-tuan ini ada Satu Lagi Pembohongan Oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang sangat besar. Ini melibatkan janji Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi air percuma 20 meter padu kepada rakyat yang mempunyai meter individu. Memang pun mereka telah laksanakan skim air percuma 20 meter padu ini.

Tapi bukan semua orang dapat. Pertama sekali jika anda duduk di rumah apartmen atau apartmen perumahan kos rendah (yang biasanya ramai orang Melayu yang mendudukinya) yang TIDAK MEMPUNYAI meter individu maka anda TIDAK dapat air percuma.

Rumah yang mempunyai meter individu biasanya rumah kepunyaan golongan yang lebih berada yang sebilangan besarnya daripada kaum China. Orang Melayu kurang sikit lah.

Tapi tuan-tuan sebenarnya air percuma ini bukan percuma. Dalam dunia ini, mana ada benda yang orang nak kasi ‘free’ begitu saja? Memang mission impossible.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membayar Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk air 20 meter padu bagi setiap rumah (orang China kebanyakkannya) yang ada meter individu.

Syabas dan KDEB telah membuat perjanjian bertulis bertarikh 26 Ogos 2008.

Tapi sekarang KDEB pun sudah habis duit. Mereka tidak lagi mampu bayar syarikat SYABAS duit untuk menampung Skim Pancing Undi Menteri Besar dengan janji air percuma 20 meter padu.

Syabas sudah mula merasa gusar dan gundah. Jadi untuk memastikan Syabas akan terus memberi air percuma 20 meter padu, Kerajaan Negeri Selangor sendiri terpaksa memberi Surat Jaminan bertarikh 31 Mac 2010 untuk membayar kos sebenar 20 meter padu air percuma itu. Inilah suratnya :







‘’Kerajaan Negeri dengan ini mengaku janji untuk membayar kos sebenar bagi pelaksanaan pemberian skim air percuma ini” - perenggan no. 2

Kerajaan Negeri Selangor mengambil duit daripada Bendahari Negeri Selangor dan bayar syarikat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd. Sekarang duit Bendahari Kerajaan Negeri makin kurang.

Dan ikut surat ini, Menteri Besar kata Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk melanjutkan pemberian air percuma 20 meter padu itu untuk tempoh tiga (3) bulan lagi saja !! Lihat perenggan no. 4. Maksudnya penghujung bulan Jun akan tamatlah pemberian air percuma. Jeng jeng jeng ! !

Tuan-tuan jadi nak bagi air percuma ini senang saja. Dia ambil duit rakyat daripada tabung Bendahari Negeri dan dia bayar Syabas. Duit rakyat juga. Akhir sekali Bendahari Kerajaan Negeri akan jadi bankrap.

Dan memang ini telah berlaku. Sila lihat lampiran ‘Laporan Kewangan Kerajaan Negeri Selangor Bagi Tahun 2009’. Bagi tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor mengalami defisit sebanyak RM70.0 Juta.





Jadi soalan cepumas sekarang harus di tujukan kepada Syabas. Wahai sahabat-sahabat di Syabas. Apa gunanya Surat Jaminan Menteri Besar Khalid Gagap jika Kerajaan Negeri Selangor sudah defisit RM70.0 juta dan tak ada duit nak bayar bil kamu ?

Posted by The Unspinners

0 comments:

Catat Ulasan