Selasa, 27 April 2010

PANAS : Transkrip Perosak Islam Dan Ummah




1.Pada tahun 1987 Si Nik Ajih menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani.

2.Pada Ogos 1963, Si Nik Ajih mengeluarkan hukum berikut. Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram.

3.Si Nik Ajih menghalalkan pertumpahan darah menentang UMNO yang dianggapnya sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MIC, MCA, dan Gerakan.Katanya di dalam kuliah di masjid Kg Pulau Melaka. “Jika melawan UMNO dan tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid,”

3.Pada 3 Julai 1999 di Pengkalan Chepa, Si Nik Ajih berkata, “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara,katanya lagi UMNO juga ada ciri-ciri kafir.

4.pada 12 Mei 1999, Si Nik Ajih menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS sanggup tidak mendirikan Negara Islam. Katanya, “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan kita tidak mendirikan negara Islam.

5.Pada 4 Ogos 2001, Si Nik Ajih menekankan ketiadaan hasrat menubuhkan Negara Islam dengan berkata, “Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) kalau tak percaya boleh tengok sendiri perlembagaan itu.





6.Pada 24 Januari 1999 Si Nik Ajih memberitahu khalayaknya bahawa DAP sebenarnya mahu menolong Kerajaan Islam yang diusulkan oleh PAS, katanya lagi, “Siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.

7.Pada 25 Jun 1999, Si Nik Ajih berkata, “PAS sedia gugur slogan negara Islam untuk mencari perdamaian dengan DAP.

8.Pada 6 November 1999, Si Nik Ajih berkata lagi, “PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.

9.Pada 12 Ogos 2009 yang lalu, Si Nik Ajih berkata, "DAP kalau hina Islam takpa pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak itu lebih menghina Islam.

10.Si Nik Ajih berkata pada 29 April 1999, “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci sesorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri orang islam.

Benarkah DAP mahu menolong Kerajaan Islam? Adakah DAP akan mengundi bersama dengan wakil-wakil Rakyat PAS bagi meluluskan pindaan perlembagaan yang membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan? Atau PAS yang terpaksa menolak hasratnya untuk melaksanakan undang-undang Islam dan mewujudkan Negara Islam bagi mengikat DAP untuk mendampingi mereka?

Kenyataan Si Nik Ajih ini ternyata amat berbahaya kepada Masyarakat Islam kerana di dalam Pakatan Rakyat hari ini, PAS adalah parti yang minoriti. Oleh yang demikian sudah tentu syarat bukan PAS yang boleh mendabik dada membuat syarat kepada DAP.

Di dalam kerakusannya untuk mempertahankan tampuk kuasa dan di dalam kerakusannya menubuhkan Kerajaan Pusat di peringkat persekutuan Si Nik Ajih sanggup menjadi mengkarung yang boleh berubah-rubah rupa bentuk dan warnanya. Di dalam bahasa Kelantan ia dipanggil Pok Kor.

Yang lebih menakutkan ialah jika dia menjadi Pok Kor Angguk. Yang akan mengangguk-anggukkan kepalanya sepanjang masa. Dan akan menganggukkan sahaja kepalanya kepada DAP yang merupakan parti terbanyak perwakilan di Dewan Rakyat di dalam Pakatan Rakyat.

“Bagi saya, beliau (Si Nik Ajih) bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” kata Tok Guru Ayah Haji Lah, Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan.

Rahman bingung, Ahchong berdengung dan Muniandy berdentum.

Sumber-KIckdefella

0 comments:

Catat Ulasan