Isnin, 26 April 2010

Nik Aziz & Azmin Menambah Derita PKR



by pisau.net

Hulu Selangor menyaksikan kembalinya sokongan rakyat kepada BN.Sebelum pengumuman nama calon PKR, sudah terserlah betapa parti ini berbalah antara satu sama lain .

AMK bergaduh sesama sendiri apabila berpecah kepada 2 puak iaitu pro Syamsul Iskandar dan CheguBard.Malah ada kalangan mereka bertumbuk satu sama lain kerana melobi untuk meletakkan calon masing masing.

Kemudian nama Dr Halili turut sama dibangkitkan sebagai salah seorang calon,tetapi malangnya Anwar Ibrahim lebih mendengar pendapat Azmin Ali yang mencadangkan Zaid Ibrahim.Walhal pada masa yang sama Azmin punyai perancangan untuk menjatuhkan Zaid kerana berasa terancam jika Zaid memenangi kerusi parlimen bakal merencat cita cita beliau untuk menjadi naib presiden dalam pemilihan parti pada masa depan.

Zaid dilihat punyai terlalu banyak isu yang boleh dieksploitasi oleh Azmin,peluang ini diambil sebaik mungkin apabila beliau sendiri mencabar BN agar mendedahkan bukti jika benar benar Zaid seorang peminum arak tegar.

Walaupun Zahid mengakui beliau sebelum ini adalah bekas pengemar arak tegar,namun beliau dilihat gagal menyakinkan rakyat mengenai isu memiliki kuda lumba yang secara langsung terbabit dan syubahat didalam perjudian.





Masaalah moral Zaid menjadi salah satu liabiliti yang amat besar dalam tempoh berkempen di Hulu Selangor. Setelah di dedah betapa beliau punyai masaalah moral,pihak pakatan berharap dengan tibanya Nik Aziz wali selipar PAS,kononnya akan dapat memperolehi semangat tambahan agar dapat menyakinkan rakyat jika seorang mursyidul politik mengendorsekan Zaid yang layak menjadi wakil rakyat di sana.

Seperti biasa wali selipar pemegang kunci syurga PAS berasakan beliau punyai kelebihan dengan mengunakan agama sebagai tiket untuk menaikkan imej Zaid,hinggakan didalam kempen kali ini nama Zaid di tambah Haji menjadi Hj Zaid Ibrahim,walhal sebelum ini pemimpin liberal yang menyokong Lina Joy murtad ini terlalu kebaratan tiba tiba membawa imej yang moderate dan agak Islamik.

Kesilapan besar pakatan ialah menjemput tua nyanyok ini untuk berkempen,kita sedia maklum Nik Aziz wali selipar punyai mulut yang celupar,bercakap tidak mengunakan akal,lebih kepada mengunakan sifar amarah hinggakan sanggup mempertikaikan titah Sultan Selangor agar tidak mengunakan masjid sebagai platform politik.

Tindakan beliau cukup jelas membangkit kemarahan rakyat Selangor hingga beliau melanggar arahan yang ditetapkan oleh JAIS.

Hari ini Nik Aziz mengeluarkan kenyataan meremehkan minda rakyat apabila menyamakan azan dan surah al-fatihah sebagai tuhan turut sama berpolitik sebagaimana Nik Aziz dan PAS menjadikan masjid sebagai pentas politik mereka.Kenyataan beliau amat jelas satu cubaan untuk melepaskan diri dengan mengunakan hujah dangkal setelah memperlekehkan titah Sultan.


2 individu ini telah menggagalkan usaha kempen pakatan haprak,walhal pada masa yang sama puluhan juta telah ditabur kepada bakal pengundi,tetap masih gagal menterjermahkan kemenangan kepada PKR.


Zaid habis duit poket 10 juta di tambah 21 juta pemberian suruhanjaya Singapura,jumlah 41juta di tabur,tetapi tetap kalah, cuba perhatikan dalam jumlah yang banyak itu,kemanakah wang itu pergi,sedangkan ketika berkempen Pisau bersama seorang penyelaras pemasang poster merungut wang tidak cukup untuk membayar upah.

Nampak gaya selepas prk Hulu Selangor ada orang PKR yang kaya raya hasil duit haram.

2 minggu Pisau telah berkampung di Hulu Selangor,akan pulang ke Pulau Pinang tidak lama lagi dan akan pastikan Khalifah Sosialis Ultrakiasu Guan Eng kesayangan PAS tidak tidor lena.


Penamaan Calon 17hb, tarikh mengundi 25hb,menang dengan majoriti 1725. LUCKY NUMBER!

Pisau kata " hulu selangor menyaksikan puluhan ribu penyokong pakatan haprak menjilat kembali ludah mereka,SEDAP?"

0 comments:

Catat Ulasan