Selasa, 20 April 2010

H.Selangor: Murahnya Maruah PAS




Bercerita tentang PAS memang seronok. Mereka sudah hampir 50 tahun wujud diatas muka bumi ini. Daripada berfahaman ekstrem hinggalah menjadi sekular melampau.

Politik PAS mudah dibaca dan senang diagak. Biarlah apa jua fatwa dan gambaran tentang Islam ditangan PAS pasti PAS mampu merubah mengikut acuannya. Jika perkara tersebut tidak memberi keuntungan maka ditentang habis menghasut ahli.

Tetapi jika memberi keuntungan politik jangka panjang nescaya syaitan pun menangis melihat kelakuan PAS. Mengkritik PAS bukan kerana membenci tetapi kerana mengenangkan penat lelah pejuang terdahulu PAS, sangat menyedihkan pejuangan PAS hari ini.

Politik PAS hari ini mudah sangat ditipu kerana alasan keterbukaan dan penerimaan tanpa melihat kebelakang dan belajar daripada sejarah lampau. PAS hanya pentingkan duniawi dan bagi mereka Islam hanyalah nama dan bukan suruhan yang perlu dikembangkan.


Ulang semula apa yang diputuskan di dalam mesyuarat ke-6 Jawatankuasa Kerja agung PAS:-

Perkara 5.5 - terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang bukan Islam.

Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama Kelantan, inilah jawapan kata putus:


5.5.1 - PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan MANA-MANA pertubuhan yang bukan Islam.
Harus ingat kapasiti Nik Aziz ketika itu adalah sebagai Ketua Dewan Ulama dan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Nik Aziz menentang keras dengan DAP dan mana-mana parti yang tidak 'Islamik' berdasarkan 'ketinggian' ilmu agama.

Tapi selepas PRU ke-12, PAS berubah terus dan menerima dengan hati terbuka gabungan parti 'tidak islamik' sebagai rakan yang disanjung.

Inilah kenyataan Nik Aziz yang banyak melukakan hati penyokong ekstrem PAS.

"Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, syaitan pun saya boleh terima"
Di Hulu Selangor, PAS terpaksa dikerah tenaga untuk memenangkan calon tidak bermoral ibarat meludah kelangit terkena muka sendiri. Calon yang ditonjolkan PKR adalah calon yang pernah dibenci, dicaci PAS kerana fahamannya yang tidak mempercayai kewujudan tuhan.

PAS tahu luar dalam Zaid Ibrahim malah pernah berdoa solat hajat melaknat manusia itu.



Keadaan di Hulu Selangor lain. PKR cuba rebranding Zaid dengan imej baru. Semua billboard, kain rentang dan risalah pasti diletakkan gelaran HAJI bagi memenuhi permintaan PAS untuk menyedapkan ahli dan penyokong.

PAS sedar dengan cara itu saja mampu untuk menutup sebelah mata dan menahan hati yang marah. Apa boleh buat, keinginan untuk berkuasa dan gilakan undi PAS sanggup dikudakan apa saja.

Mungkin PAS terlupa sejarah. Blog ini akan mengingatkan sejarah PAS. Pada tahun 2004, Hj. Zaid Ibrahim menang besar untuk kerusi Parlimen Kota Bahru atas tiket BN. Selepas pada itu, Kelantan dilanda banjir besar paling teruk sepanjang 20 tahun.

Apa yang diucapkan Husam Musa dalam roadshow ceramah telah dilupai oleh rakyat Kelantan dan penyokong PAS amnya. Katanya, banjir ini adalah bala tuhan kerana rakyat memilih seorang pemimpin yang tidak bermoral dan diagung-agungkan.

Hari ini apa yang PAS buat.? Dikerahkan tenaga memenangkan calon tidak bermoral itu. Begitu murah maruah PAS digadai semurah pelacur di Jalan Hamzah, Kota Bahru.

Syaitan pun menangis melihat kelakuan PAS...


Diluluskan oleh TokeyGaram

0 comments:

Catat Ulasan