Khamis, 22 April 2010

Dulu PAS Kecam Zaid, Sekarang PAS Halalkan Segalanya



"timbul BODOlah pulak dengan Zaid yang akan menghancurkan sistem Raja berpelembagaan di negara ini. Jika berjaya bermakna hancur jugalah benteng Melayu terakhir dalam perlembagaan" berikut adalah cacian yang dilemparkan oleh Songkok Putih terhadap Zaid Ibrahim dalam Tranungkite pada 28 Mac 2008. Malah Zaid Ibrahim diselar sebagai Menteri Paling Celaka di Malaysia oleh PAS. Sekarang ini yang dicelakakan itu dipertahankan habis-habisan berkaitan isu judi, arak dan menentang Lina Joy kerana menjadi calon mereka di Hulu Selangor.





Pada 3 Disember 2008, Zolkharnain Adibin (Exco Pemuda PAS Pusat) menyatakan "Sungguh angkuh dan terbukti mereka tidak pernah mengambilkira aspek halal-haram sesuatu perkara. Kalau tak ada PAS di Parlimen tak tahu apa nak jadi?"

Hari ini, bila Zaid jadi calon di Hulu Selangor, PAS pula sudah halalkan apa yang dibuat oleh Zaid Ibrahim. "Cukuplah institusi sukan negara dicemari pelbagai perkara yang tidak sesuai dengan agama dan jangan dimasukkan perkara lain yang akan lebih merosakkan," kata Zolkharnain lagi. Apakah hobi menunggang kuda tidak dirosakkan oleh unsur perjudian oleh Zaid Ibrahim?. Mungkin PAS boleh terangkan kepada Zaid untuk membezakan antara sukan kuda dan judi. PAS boleh mengajar Zaid apa maksud hipokrit yang sebenar. Atau PAS sendiri yang mengamalkan sikap hipokrit itu? Dulu kecam Zaid, sekarang halalkan semuanya.

Posted by Azrinizam Ibrahim

0 comments:

Catat Ulasan