Isnin, 15 Mac 2010

SUARA KELDAIAN PEMBOHONG DAN TIAN CHUA SEORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!


Keadaan kereta yang dinaiki Tian Chua:














Keadaan motor askar Melayu (lesen Pahang) yang dilanggar:













Posted by The Unspinners


Al Fatihah kepada mangsa kemalangan Mohd. Salleh Hamdan, 22 seorang tentera yang berkhidmat untuk negara. Sedihnya nyawa mangsa yang dipertaruhkan untuk menjaga kedaulatan negara melayang disebabkan kemalangan dijalanraya yang melibatkan sebuah kenderaan jenis mewah keluaran jerman dan penumpangnya adalah seorang MP Batu yang sibuk hendak pergi berceramah ke Mersing.

Apa yang menyedihkan, sikap media yang kononnya berintegriti dan bebas cuba untuk menyalahkan mangsa demi mempertahankan tindakan MP kesayangan mereka yang menerus siri ceramah di Mersing biarpun mangsa koma dan meninggal di hospital.

Apakah sebenarnya yang menjadi keutamaan media ini? Apakah jenis kebenaran, ketelusan dan keadilan yang mereka cuba paparkan?

Tetapi cuba baca pula kenyataan yang dikeluarkan didalam Suara Keldaian hari ini tentang kes kemalangan ini...,



MERSING 13 Mac - Ahli Parlimen Batu Tian Chia mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke Mersing dari Kota Tinggi kira-kira 9:15 malam tadi.


Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motorsikal dipercayai seorang anggota tentera memotong sebuah bas yang menghala ke Kota Tinggi lalu bertembung dengan kereta Tian Chua.


Anggota tentera tersebut dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital disebabkan kehilangan banyak darah akibat tanganbya yang putus dalam kejadian tersebut yang berlaku di jalan persekutuan yang gelap.


Tian bersama seorang rakan ketika itu dalam perjalanan menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Mersing, Johor yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Tian dan pemandu kereta kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing.


Kereta Mercedes Benz yang naiki Ahli Parlimen itu mengalami kerosakan teruk dibahagian depan dengan lampu dan cermin pecah.


Walau bagaimanapun beliau serta pemandu kereta selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.


Suara KeLdaian



Sikap media dan wakil rakyat mereka ini boleh disamakan dengan kelaku binatang buas yang tiada rasa belas kasihan walau sekelumit pun didalam hati mereka.Mereka tidak memperdulikan perasaan keluarga simangsa dengan paparan berita sebegini seolah-olah bahawa mangsa yang melakukan kesalahan diatas jalanraya.

Sebelum ini seorang Adun di Selangor yang dikatakan memandu dalam keadaan mabuk melanggar seorang mangsa hingga koma merupakan seorang pelajar Uitm berasal dari Kelantan.Namun Yb tersebut sedaya upaya untuk membersihkan dirinya dengan berjtemu bapa mangsa untuk memohon maaf dan menerangkan keadaan sebenar tanpa memberi apa-apa bantuan seperti mana bantuan kewangan dan sosial kepada keluarga S.Kugan dan teoh beng hock.

Walau apa pun, diharap pihak polis dapat menyiasat kes kemalangan maut yang melibatkan MP PR ini dengan teliti dan membawa orang yang bertanggungjawab ke muka keadilan.

Lidah rasmi PKR ini seolah-olah menyatakan bahawa Arwah Mohd Salleh Hamdan yang bersalah kerana memotong sebuah bas dan memasuki laluan kereta Tian Chua.

Dari manakah sumber Suara Keldaian yang mengeluarkan kenyataan sebegini bagi mebela Ahli Parlimen mereka?

Jika Utusan telah mendapatkan kenyataan Ketua Polis bagi menjelaskan cerita sebenar, kenyataan siapa pula yang digunakan oleh Suara Keldaian bagi menguatkan dakwaan mereka bahawa Arwah Mohd Salleh Hamdan yang bersalah???

Apakah kerana Tian Chua merupakan Ahli parti PKR, maka dia akan dibela habis-habisan tanpa memperdulikan setiap kesalahan yang dilakukannya???

Apakah dengan menjadi ahli parti pembangkang, semua kesalahan hinggakan yang melibatkan nyawa pun boleh dipermainkan dan dianggap ringan oleh media dan juga penyokong mereka??

Inikah parti yang dikatakan mahu membela hak dan kepentingan rakyat? Inikah kebebasan media yang Anwar serta seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat war-warkan?

Jika yang dilanggar dan meninggal dunia ini dari kaum cina atau india, sudah pastinya terkinja-kinja dan meroyan para penyokong Pakatan Rakyat meminta untuk ditubuhkan SuruhanJaya Diraja.

Dan jika yang mati ini bukan dari bangsa melayu dan dilanggar oleh pemimpin dari Barisan Nasional, pasti terjerit-jerit dan melalak-lalak seluruh pemimpin Pakatan Rakyat mengatakan suatu kezaliman telah dilakukan oleh pihak kerajaan.

Sekarang ini memang jelas nyata bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyatlah yang sebenarnya AMAT RASIS dan MENGAMALKAN SIKAP PERKAUMAN MELAMPAU dengan membiarkan media mereka bersikap pilih kasih menyelewengankan fakta sebenar !!!!!


Hasil Nukilan Pusaka Ayahanda

0 comments:

Catat Ulasan