Jumaat, 19 Mac 2010

MESTI BACA!!! Petikan Hansard Parlimen 17 Mac 2010: Plan Anwar Ibrahim Kena Londeh!!!

Dato' Zahrain bin Mohamed [Bayan Baru]: Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum dan salam kebebasan. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Inilah ucapan sulung saya sebagai Ahli Parlimen BEBAS dan saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya oleh Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pada 12 Februari 2010, saya terpaksa mengambil langkah berani berhijrah daripada PKR menjadi Ahli Parlimen BEBAS tanpa ikatan kepada mana-mana parti.

Asas kepada penghijrahan ini adalah kerana keraguan telah menyelubungi keyakinan saya kepada perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat. Saya sebenarnya tidak berhasrat untuk mengungkit isu penghijrahan saya dan keluar daripada PKR. Akan tetapi, kerana tindakan character assassination dengan izin terhadap saya, ahli keluarga dan rakan-rakan yang memilih untuk berhijrah keluar daripada PKR, saya tidak ada pilihan untuk mendedahkan mengapa saya memilih untuk berhijrah.

1700 pm
Keraguan saya adalah berdasarkan kepada perubahan landasan perjuangan Pakatan Rakyat yang berteraskan reformasi dan perubahan sudah menjadi perjuangan untuk agenda peribadi. [Dewan riuh] Ini terbukti apabila pembohongan dan putar belit agenda 16 September terbongkar. Agenda merampas Putrajaya at all cost dengan izin, keghairahan mereka sehingga terhegeh-hegeh menghantar delegasi sandiwara dianggotai oleh Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Bukit Lanjan, Yang Berhormat Machang dan lain-lain ke Taiwan... [Dewan riuh] Untuk membuntuti Ahli Parlimen Barisan Nasional demi melakukan agenda sempit mereka.

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Saya masih teringat bagaimana pada masa itu kami Ahli Parlimen Pakatan Rakyat diperalatkan, digulagulakan dan dipermainkan. Kami dibohongi kononnya jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telah melompat sudah lebih daripada mencukupi, kami diperdaya dengan cerita kononnya Yang di-Pertuan Agong dikatakan sedang menunggu di Istana...

Beberapa Ahli: Bohong!

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Untuk mendapatkan pengesahan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat dan memberi perkenan Tuanku untuk Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan. Malahan Yang di-Pertuan Agong dikatakan merestui Yang Berhormat Permatang Pauh sebagai Perdana Menteri keenam... [Dewan riuh]

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Berani bagi laluan [Dewan riuh]

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya minta tarik balik.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Berani bagi laluan...

Seorang Ahli: Do not lie. You sudah... [Dewan riuh]

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Bagi peluang, bagi peluang Yang Berhormat bercakap.

Seorang Ahli: Duduk, duduk!

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Nama Yang di-Pertuan Agong dikaitkan dengan saya. Jadi saya minta ini dibetulkan menggunakan peraturan mesyuarat.

Seorang Ahli: Hak untuk didengari Tuan Yang di-Pertua.

Seorang Ahli: Ha, baru kena batang hidung. [Dewan riuh]

Seorang Ahli: Janganlah takut, bagilah peluang.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar Yang Berhormat.

Seorang Ahli: Pemerintahan berdasarkan hawa nafsu, inilah... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Peraturan 36(8) “Kelakuan atau sifat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertua Negeri, hakim-hakim dan sebagainya atau mana-mana suruhanjaya tidak boleh disebut kecuali dengan dikeluarkan usul” Jadi be careful, berhati-hati ya?

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Saya hanya menceritakan apa yang berlaku.

Seorang Ahli: Tarik balik.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Tarik balik!

Beberapa Ahli: Teruskan. [Dewan riuh]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Tarik balik!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak perlulah Yang Berhormat.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta dia tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: I have cautioned him Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Tuan Yang di-Pertua, bukan hanya itu sahaja, kami juga disogok dengan cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera Malaysia juga memberi sokongan pembentukan...

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun] [Dewan riuh]
Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi dia... [Dewan riuh]

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: ...Oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Pada masa itu, kami Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat... [Dewan riuh].

Seorang Ahli: Where is the privilege?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Cukup Yang Berhormat, boleh... [Disampuk]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Tuan Yang di-Pertua, kalau dia ini...

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Ini lantai saya Tuan Yang di-Pertua...

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Kalau dia boleh menipu dalam Dewan ini..

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Peraturan, Tuan Yang di-Pertua point of order.

Seorang Ahli: Hei... Yang Berhormat Bayan Baru berdiri pasal apa?

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Dia dibenarkan.

Seorang Ahli: Tidak malu...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat boleh berucap kecuali mencelah dan mendapat izin Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Seorang Ahli: Duduklah.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya minta mencelah.

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Saya hendak cakap Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya minta mencelah.

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Saya tidak beri mencelah.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Tuan Yang di-Pertua, point of order.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar Yang Berhormat, point of order. Point of order yang mana Yang Berhormat?

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: 36(6) “Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli yang lain...” [Dewan riuh] Isu ini tidak ada kena mengena dengan titah ucapan Baginda. Ini isu yang ditujukan untuk menyerang seseorang individu dan tidak memberi peluang untuk individu itu menjawab. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat, 36(6) “Seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas ahli-ahli yang lain...” Saya melihat setakat ini ucapan Yang Berhormat Bayan Baru tidak melanggar peraturan 36(6). [Tepuk]

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hanya menceritakan apa yang benar dan apa yang telah berlaku dan beri alasan kenapa saya keluar.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz [Padang Rengas]: Kita mahu tahu.

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Pada masa itu juga Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz [Padang Rengas]: Kita mahu tahu.

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: ...Kami Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat khususnya PKR pada masa itu, diarah berada di dalam kawasan Parlimen untuk pengambilan alih kuasa tersebut yang dikatakan berlaku pada bila-bila masa, [Sebahagian ahli bersorak] [Dewan riuh]

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: So, bila tidak berjaya, manusia ini hanya hendak ikut yang berkuasa sahaja, tidak jadi berkuasa hendak bertindak. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia berucap Yang Berhormat...

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Sekarang ini mengaku you hendak pindah ke Barisan Nasional.

Datuk Raime Unggi [Tenom]: Yang Berhormat Batu, duduklah, duduk. [Dewan riuh]

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: ...Kerana kita tidak berjaya mengambil kuasa.
Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Are you saying that, when you cannot get power, now you shifting to the power. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu...

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Adakah ini... Ialah, apabila dia tidak jadi, dia...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu, duduk Yang Berhormat ya.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua, saya kesali sikap Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Bayan baru menceritakan apa keadaan yang sebenarnya, biarlah kita dengar. Yang Berhormat Permatang Pauh bercerita tiga jam lamanya, kita dengar, kita sabar. Bukan semua Yang Berhormat Permatang Pauh punya hujah itu benar, tetapi kami sabar dengar kerana menghormati hak seorang Ahli Parlimen dalam perbahasan Dewan yang mulia ini, hak-hak mereka mesti diberikan. Apakah...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bayan Baru, sila teruskan Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Berfikiran bahawa...

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Saya minta sambung...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: ...Yang Berhormat Bayan Baru membawa fitnah yang bukan-bukan, dia menceritakan keadaan yang telah berlaku. [Dewan riuh] Saya ulangi... [Dewan riuh]

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Hei, hei! Yang Berhormat Permatang Pauh mana hendak pergi itu? Yang Berhormat Permatang Pauh. [Dewan riuh]

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Berani tunggu.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Cerita tentang...

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Beberapa Ahli: Duduk, duduk Yang Berhormat Permatang Pauh. [Sambil menunjuk ke arah Yang Berhormat Permatang Pauh] [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat... [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Sampah...

Tuan R. Sivarasa [Subang]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Take the sampah to your house lah.

Seorang Ahli: Sudahlah! Malulah...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua..

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz [Padang Rengas]: Takut! Takut! Takut! Takut! [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta diam Yang Berhormat. Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat diam dan bertenang. [Dewan riuh]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Apa ini? Apa!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat.

Seorang Ahli: Ini sudah takut, letak jawatanlah.

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Indera Mahkota, duduk Yang Berhormat. Duduk di kawasan tempat duduk Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Seorang Ahli: Apa ini? Apa ini?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, saya minta yang memilih untuk duduk, saya minta duduk di kawasan masing-masing.

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: ...Rasuah, rasuah. [Bercakap tanpa pembesar suara] [Dewan riuh]

Seorang Ahli: Malu kah?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Dewan riuh][Tuan N. Gobalakrishnan (Padang Serai) dan Tuan Chua Tian Chang
(Batu) bersorak sambil menyebut rasuah! Rasuah! Rasuah!]

Seorang Ahli: Tangguhkan Dewan.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: [Bangun]

Seorang Ahli: Biar kena atas batang hidung sendiri. [Dewan riuh]

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Seorang Ahli: Penakut, penakut!

Seorang Ahli: Macam beruklah... Macam beruk.

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: [Bangun]

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah [Limbang]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bayan Baru... [Dewan riuh]

Seorang Ahli: Yang Berhormat Bayan baru.

Seorang Ahli: Baru sedikit...

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Duduk, Duduk!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya minta Yang Berhormat bertenang Yang Berhormat.

Dato’ Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar]: Ada lagi empat orang lagi.

1710
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat...[Dewan riuh]

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah [Limbang]: [Bangun]

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: [Bangun] Hei! [Dewan riuh]

Seorang Ahli: Tangguhkan Dewan, tangguhkan Dewan.

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: [Bangun]

Seorang Ahli: Bila kena atas batang hidung sendiri.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Penakut.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli Yang Berhormat..

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah [Limbang]: Baru sedikit. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya minta Yang Berhormat bertenang, Yang Berhormat...

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Duduk, diminta duduk.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai.

Datuk Raime Unggi [Tenom]: [Bangun] Apa itu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.

Seorang Ahli: Suruhlah mereka keluar. Kalau tidak mahu bising suruh mereka keluar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak apa.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Halau keluar

Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [Padang Besar]: Mereka tidak boleh bising dalam Dewan.

Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat boleh berucap nanti selepas Yang Berhormat Bayan Baru.

Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Yang Berhormat Bayan Baru... boleh dengar daripada bilik...[Dewan riuh]

Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [Padang Besar]: Kalau bising mereka perlu keluar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya. Ahli-ahli yang lain, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain minta duduk Yang Berhormat. Duduk.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Tuan Yang di-Pertua, adakah...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Adakah ambil gambar dibenarkan?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Nothing wrong, you can say anything here.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak salah, Yang Berhormat. Yang Berhormat Bayan Baru sedang berucap. Beliau boleh berucap apa subjek pun.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ya.

Beberapa Ahli: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tiada halangan, Yang Berhormat. Just like your position. You are allowed to speak anything. Ya.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar
suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya..

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya minta agar kamera pengambilan gambar dihentikan. Tidak dibenarkan mengambil gambar dalam Dewan, Yang Berhormat. Please. Yang Berhormat Sri Gading. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin laluan Yang Berhormat Bayan Baru.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, cukup Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya minta izin sekarang.

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: [Bangun]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sebelum Yang Berhormat Bayan Baru sambung saya mencelah dahulu.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya sudah minta mencelah, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya minta Yang Berhormat...

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Tadi saya sudah minta sebelum Yang Berhormat Sri Gading mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Padang Serai. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Duduk, duduk Yang Berhormat.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya minta...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Duduk dahulu Yang Berhormat.

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Saya minta sambung.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya minta Yang Berhormat yang memilih untuk keluar, keluar. Yang memilih untuk duduk, duduk di kerusi masing-masing.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sekejap. Sebentar Yang Berhormat. Duduk. Ya, Yang Berhormat Sri Gading.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dengan izin Yang Berhormat Bayan Baru. Kalau inilah contoh tauladan yang ditunjukkan oleh sebahagian besar Ahli Parlimen Pembangkang, saya menyeru rakyat lihatlah gelagat mereka! Yang... [Dewan riuh] tidak layak memerintah negara... [Tepuk] ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tidak layak sama sekali memerintah negara ini. Bagaimana nanti nasib rakyat hendak diserahkan kepada jenis Parti Pembangkang yang seperti ini. Ini amat melampau.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan mencelah, Yang Berhormat.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya setuju terima Yang Berhormat Sri Gading punya. Minta Dewan bubar Parlimen!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Bubar Parlimen!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Bubarkan Parlimen...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Hei! You jangan main-main. You hendak apa? [Dewan riuh] You hendak apa dengan saya?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Padang Serai, tidak boleh berdebat macam ini Yang Berhormat. Tidak boleh!

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: You jangan! Saya... minta kebebasan!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, duduk.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Kalau saya mahu dia cakap betul, saya minta...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Duduk Yang Berhormat.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya minta dia minta Perdana Menteri bubar! Kita tahu...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Itu isu yang lain, Yang Berhormat! Itu isu yang lain. [Dewan riuh]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Bising di sini tidak guna! Turun jumpa rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup!

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: You shut up!

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Kalau berani bubarlah!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang lain... Ahli-ahli Yang Berhormat, bubar Dewan isu yang lain Yang Berhormat. Nothing to do with ... [Dewan riuh] Tiada kena mengena Yang Berhormat.

Seorang Ahli: Tidak payah bubar, ramai lagi yang mahu lompat. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Padang Serai...

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Sri Gading.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Diam!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sri Gading!

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Kita lawan!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Duduk. Yang Berhormat Padang Serai. Saya minta yang lain bertenang Yang Berhormat. Saya minta sekarang Yang Berhormat Bayan Baru untuk meneruskan perbahasan. [Dewan riuh]

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: [Bangun][Tepuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Inilah state of denial yang ada sekarang ini.

Beberapa Ahli: Ya. [Tepuk] [Dewan riuh] [Tepuk]

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Saya hendak teruskan. [Dewan riuh]

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tuan Yang di-Pertua, keluarkan dia. Keluarkan dia, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Tuan Yang di-Pertua, kami juga dibohongi. Kononnya salah seorang Timbalan Speaker akan mempengerusikan usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan terhadap kerajaan sekarang... [Disorak] dan menyokong Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Mencelah, mencelah. [Dewan riuh]

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Begitulah...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang Berhormat.

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Duduklah. Beri saya habis.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat. Tidak bagi jalan. [Dewan riuh]

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Begitulah...

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Mengapa ambil dua belas bulan untuk memberitahu pendirian ini?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Duduk, duduk, duduk.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Mengapa sekarang baru cakap?

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Minta penjelasan?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Duduk, duduklah.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Ya...

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Begitulah...

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya minta mencelah, Tuan Yang di- Pertua.

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Tuan Yang di-Pertua, sandiwara pembohongan “Agenda 16 September”.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya minta mencelah. Tadi dia beri pada Yang Berhormat Sri Gading. [Dewan riuh] Saya minta mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat [Dewan riuh]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya minta mencelah! [Dewan riuh] Saya pun mintalah! Saya mahu mencelah!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Padang Serai cukuplah ini. Dia tidak bagi jalan.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya minta Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar, Yang Berhormat. Yang Berhormat Bayan Baru, adakah Yang Berhormat izinkan Yang Berhormat Padang Serai...

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Tidak, saya hendak...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Untuk mencelah?

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Saya hendak teruskan Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia tidak bagi lagi Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya minta sekali lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat.

[Dewan riuh] Tidak bagi Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang Berhormat Padang Serai, saya minta Yang Berhormat duduk.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Dia tidak bagi?

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sekali lagi?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya minta dia mencelah. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat... [Dewan riuh]

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Okeylah, cakaplah, cakap! [Dewan riuh]

Seorang Ahli: Hah... [Dewan riuh]
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya ucap terima kasihlah, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bayan Baru, saya... [Dewan riuh] saya mahu tanya dengan Yang Berhormat Bayan Baru, [Dewan riuh] beri penjelasan apa sahaja yang dia sebut tadi itu semuanya tidak ada fakta, tidak ada apa. [Disorak]. Padahal kami ada akta, Yang Berhormat Bayan Baru memohon untuk kontrak menjaga Golf Bukit Jambul dengan melalui satu Syarikat Dua Ringgit.

Seorang Ahli: Tipu!

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya tanya dengan [Dewan riuh] Yang Berhormat Bayan Baru. Soalan saya, saya tanya...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bangun] Ini Yang Berhormat Padang Serai hilang akallah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sri Gading...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: You hilang akallah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia sedang mencelah Yang Berhormat.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Apakah...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Di dalam soalan dia menceritakan perkara yang berlaku.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Apakah Yang Berhormat Bayan Baru yakin bahawa dengan Syarikat Dua Ringgit itu di mana dia mahu berlaku adil, dia mahu menuntut kebenaran, dia mahu berjuang dengan keadilan dan pada masa yang sama dia sebagai Ahli Parlimen, dia sebagai pengerusi satu syarikat chairman, dia pergi mohon. Dia minta dan merayu supaya diberikan Bukit Jambul Golf Course kepada dia. [Dewan riuh] Apakah... [Dewan riuh] Nantilah saya cakap! [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat...

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Minta dia orang diam. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, cukuplah Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya belum habis.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Seri Panglima Lajim Ukin]: Hei! Dia ada hak sendirilah!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Jadi, kita ini...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Jangan berucap, Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya mahu penjelasan! Penjelasan daripada Yang Berhormat Bayan Baru.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, jangan berucap Yang Berhormat.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Walaupun orang macam saya sepuluh tahun dalam Keadilan [Dewan riuh] akan tetapi bila Yang Berhormat Bayan Baru mahu jadi calon...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli Yang Berhormat yang lain saya minta diam, Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang Berhormat. [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat! [Dewan riuh]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Okey, saya sambung ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, habiskan Yang Berhormat. Pendekkan.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Minta mereka jangan kacau.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Kata tadi hebat. [Dewan riuh]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Jadi..

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Dengarlah! [Dewan riuh]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Jadi, Yang Berhormat Bayan baru diberi keyakinan...

Seorang Ahli: Tipulah...

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Dia diberi keyakinan untuk menjadi Ahli Parlimen, dan rakyat ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baik.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Memilih dia.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Akan tetapi selepas dua tahun, bila dia melihat...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Dia gila kuasa. Dia mahu kuasa...

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: [Bangun]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Dia mahu jadi kaya. Dia mahu rasuah. Dia...

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Cakap merapu sahaja! [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Padang Serai! Yang Berhormat Padang Serai! Cara yang itu nanti apabila Yang Berhormat berucap, Yang Berhormat boleh berucap nanti. Boleh keluarkan nanti ketika Yang Berhormat diberi peluang berucap Yang Berhormat boleh berucap macam itu.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Cakaplah! [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat boleh duduk.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya mahu penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup! Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Nanti, saya mahu...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Jadi, saya mahu penjelasan daripada Yang Berhormat Bayan baru kenapa selepas dua tahun sahaja...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Dia tiba-tiba mengatakan ini. Mengapa satu tahun dahulu...

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Ini apa cakap tidak ada kena mengena sahaja! [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Merapu sahaja! Duduklah! Tidak ada kena mengenalah!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Padang Serai!

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Ini tidak boleh jadi. [Dewan riuh] Tidak boleh jadi. Kenapa...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup-cukup.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Selepas 700 lebih hari [Dewan riuh] baru dia kata “Ha, ini tidak betul”. Kenapa hari ini? [Dewan riuh]

Tuan Abd. Rahman Bakri [Sabak Bernam]: Merapu, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Menteri Undang-undang pun ada sebelah dia! [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Padang Serai!

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Minta Yang Berhormat Bayan Baru jelaskan kenapa tunggu 700 hari.

Seorang Ahli: Amma! [Dewan riuh] [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli...

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Cukup! Perkataan tidak baik itu. [Dewan riuh]

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: [Ketawa] Saya jawablah. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, teruskan Yang Berhormat.

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Tuan Yang di-Pertua, saya mintalah daripada Yang Berhormat Padang Serai apa yang dikatakan tadi katakan di Luar, senang saya hendak bawa ke mahkamah.

Beberapa Ahli: Ya. [Dewan riuh]

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Jangan cakap di Parlimen! Saya tidak...

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun]

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Saya tidak akan menjual bangsa, agama dan negara saya [Dewan riuh] kerana isu padang golf. [Dewan riuh] Biar saya teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya kena jawab itu Tuan Yang di- Pertua.

Seorang Ahli: Mana boleh jawab, mana boleh jawab. [Dewan riuh]

1720
Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Tuan Yang di-Pertua, sandiwara 16 September telah menyebabkan akhirnya keraguan mengatasi keyakinan saya terhadap perjuangan PKR. Bermakna doubt has overtaken my faith dengan izin... [Dewan riuh] [Tepuk]
Keyakinan saya terhadap perjuangan Pakatan Rakyat hancur berkecai apabila melihat amalan politik sempit yang ditunjukkan oleh kepimpinan oleh Yang Berhormat Bagan, merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang... [Dewan riuh] [Tepuk] Yang Berhormat Bagan ini adalah pemimpin DAP yang sama, yang ditolak dan ditendang oleh DAP Melaka sehingga terpaksa merempat ke negeri lain...

Seorang Ahli: Betul.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Okey?

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Makin hari makin terserlah sikap dictatorial, chauvinist, extremis...

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Komunis!

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: ...Anti Islam dan fikiran ala komunis beliau…

Seorang Ahli: Ya.

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Saya hendak bagi habis dahulu.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Bagi saya jelas.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak beri, tidak beri lagi Yang Berhormat.

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Dahulu cogannya “Malaysian Malaysia” tetapi apabila slogan itu menjadi propaganda bankrap...

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Peraturan 33(6).

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: ...Dan ditolak rakyat, slogan baru “Middle Malaysia” pula dikompangkan. Yang Berhormat Batu.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Saya hanya ingin dapat penjelasan satu. Saya memang turut bersimpati dengan kesedaran yang terlewat itu... [Dewan riuh] Saya hanya ingin tanyakan perkara ini. Nanti, biar saya tanya... [Dewan riuh] Apabila Yang Berhormat Bagan kemukakan nama Yang Berhormat Bayan Baru untuk mendapatkan anugerah Dato’ ‘Seri’ ini sama ada ini dalam pemikiran beliau atau tidak. Kalau dia seorang yang berprinsip dan tolak sikap diktator, sikap ala komunis oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Bagan, kenapa sebagai seorang insan yang bermaruah, terima pangkat anugerah dari Kerajaan Negeri Selangor?.. [Dewan riuh] Saya ingin dapat penjelasan dari...

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Yang Berhormat Batu ini tidak reti. Dia mungkin tidak pernah dapat anugerah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Itu Ketua Menteri Pulau Pinang perasan.

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Pingat yang saya terima adalah dari Tuan Yang Terutama, Gabenor Pulau Pinang... [Dewan riuh] Bukan daripada Yang Berhormat Batu ataupun Bagan. Saya minta teruskan. Orang PAS diamlah. Jangan jadi malu. Saya malu dengan PAS ini sanggup bersekongkol dengan DAP.
Slogan baru ini jelas membuktikan agenda perkauman yang sempit, yang dibawa oleh Yang Berhormat Bagan. Nasib bangsa Melayu dan umat Islam makin terpinggir dan makin teraniaya. Bukan sahaja golongan bawahan dan marhaen teraniaya malahan institusi Islam juga dipermainkan. Bukan sahaja institusi seperti Pusat Zakat menjadi mangsa mainan politik cauvinis mereka, malahan cubaan membatalkan sambutan perarakan Maulidur Rasul membuktikan sikap anti Islam yang menebal di bawah pimpinan Yang Berhormat Bagan... [Tepuk]
Bila perkara ini dibawa, dia bohong. Kata perkara itu tidak berlaku. Ini pembohongan besar. Namun Yang Berhormat Bagan bukan sahaja gagal menjawab teguran dan kritikan saya sebaliknya memilih untuk melemparkan fitnah dan tohmahan yang jahat terhadap saya dan ahli keluarga kononnya terlibat di dalam tender Golf Bukit Jambul melalui syarikat modal dua ringgit yang anak saya kononnya mempunyai kepentingan. Saya telah pun mengarahkan peguam saya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya... [Tepuk]
Dan yang paling malang tindak-tanduk diktatorial, cauvinis, ekstremis anti Islam dan ala komunis Yang Berhormat Bagan mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh... [Tepuk] Seorang pemimpin Melayu yang kononnya menjadi juara Islam, juara keadilan,
dan juara segala-galanya. Sikap Yang Berhormat Permatang Pauh ini telah mengembalikan ingatan saya kepada lipatan sejarah yang lalu. Kini saya menyedari bahawa kini berdepan dengan seorang manusia yang bertopeng pelbagai watak raksasa, pelbagai wajah... [Dewan riuh]
Ini juga watak yang sama, yang menyokong pemecatan Tun Salleh Abas pada tahun 1988 yang membawa kepada kehancuran badan kehakiman dan inilah badan kehakiman yang dipertikaikan kewibawaannya oleh Yang Berhormat Permatang Pauh hari ini. Alangkah ironisnya bagaimana roda keadilan berputar. Dahulu beliau bertindak menzalimi badan kehakiman, kini beliau pula yang mendendangkan lagu dizalimi oleh institusi yang beliau zalimi... [Dewan riuh]

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Bayan Baru. Yang Berhormat Balik Pulau sedikit boleh?

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Kita tidak lupa inilah juga wataknya...

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Balik Pulau sedikit, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Boleh, boleh, boleh. Kawan, boleh.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat.

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru atas ruang yang sempit ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya menghormati Yang Berhormat Bayan Baru kerana bukan orang baru, orang lama dalam politik Pulau Pinang. Umur 32 telah menjadi Ketua Bahagian UMNO Bahagian Tanjong. Satu perkara yang saya hormati. Memahami permasalahan Melayu memang saya rasa dia sepatutnya orang yang lebih hebat berbanding dengan..., apatah saya yang baru berjinak-jinak, baru jadi sama-sama dengan Yang Berhormat Bayan Baru.

Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Bayan Baru kerana saya tahu cita-cita untuk memajukan orang Melayu Balik Pulau, Bayan Baru, tolong orang Pulau Pinang itu semua cita-cita saya juga. Cita-cita bersama kita, betul? Isunya di sini Yang Berhormat Bayan Baru mohon penjelasan sebab saya menganggap ini komitmen bersama kita...

Beberapa Ahli: Pindah, pindah!... [Dewan Riuh]

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Okey. Yakinkah Yang Berhormat Bayan Baru, saya tahu perubahan ini berlaku krisis keyakinan itu sama masalah yang kita timbul selama 50 tahun. Selama 50 tahun diberi peluang di bawah kepimpinan UMNO Barisan Nasional, saya di Balik Pulau saya boleh bercakap saya hendak Melayu Balik Pulau..., Yang Berhormat Rembau kah, siapa kah bukan orang Balik Pulau.

Kita tahu bagaimana bebanan, kita tahu bagaimana baggage nya, perjuangannya. Balik Pulau hari ini Balik Pulau dahulu, apa bezanya? Kita tahu kita sama-sama berbincang apa masalah, gerai Melayu, apa masalah isunya apabila diroboh, apa persoalannya, apa isu Islam di Pulau Pinang. Ini dua tahun permasalahan yang kita bincang secara detail. Betul Yang Berhormat Bayan Baru?
Persoalannya, mampukah kepimpinan-kepimpinan Yang Berhormat Bayan Baru tengok pada hari ini menyelesaikan masalah kita? Sebab tadi Yang Berhormat Bayan Baru menggunakan perkataan kami. Itu mungkin melibatkan saya. Saya Ketua Pemuda, saya terlibat dalam Biro Politik. Isu itu dibincangkan tetapi persoalannya mampukah kita? Persoalan yang besar. Kalau Yang Berhormat Permatang Pauh tidak mampu, mampukah ini semua? Di kala kebobrokan rasuah dan sebagainya lebih teruk.

Kita tahu Bayan Baru dan Balik Pulau bukan jauh. Saya lalu ikut situ juga, bas itu juga. Betul Yang Berhormat Bayan Baru? Saya hendak satu penjelasan Yang Berhormat Bayan Baru supaya kita hari ini bercakap mewakili kawasan Pulau Pinang yang cabarannya amat berat. Tolong jelaskan. Saya hormati keputusan Yang Berhormat Bayan Baru. Terima kasih... [Dewan riuh]

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat adinda saya... [Dewan riuh] Ya, kita seperjuangan, memang kita seperjuangan tetapi sayang dahulu ketua umum ada mengingatkan saya, PKR tidak harus subservience kepada DAP. Kita pegang kepada asas itu. Yang membelakangkan asas itu ialah ketua umum sendiri. Dia telah subservience kepada DAP. Ini masalahnya saudara. Sebab itu saya ada di sini sekarang... [Tepuk] [Dewan riuh]

Saya hendak teruskan. Saya hendak memperingatkan kawan-kawan saya kita harus tidak lupa watak yang membiarkan Almarhum Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom dipecat dan hari ini mendabik dada konon dia mahu memperkasa institusi Islam dan jangan kita lupa orang ini yang semasa berkuasa dahulu menggelar Sahibul Fadillah Tuan Guru Nik Aziz Mursyidul Am PAS sebagai ulama terompah. Terompah ini kita pakai hendak masuk jamban sahaja Tuan Yang di-Pertua. Inilah orangnya yang menjadi Hang Tuah membinasakan institusi Raja-Raja Melayu apabila isu kekebalan Raja-Raja Melayu berbangkit tahun 1990-an dan hari ini kononnya mahu mempertahankan institusi Raja-Raja. Sejarah tidak pernah berbohong...
Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Menyampuk]

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Ini apa cakap ini?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak dengar Yang Berhormat.

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Dia ganggu sedikit saya Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas... [Ketawa]

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Sejarah Tuan Yang di-Pertua tidak pernah berbohong dan sejarah akan membuktikan bahawa kita sedang berdepan dengan seorang manusia yang sanggup buat apa sahaja untuk mencapai matlamatnya, dengan izin political expediency at all cause. Putrajaya sudah menjadi seperti milik mutlaknya tetapi saya yakin Putrajaya akan berubah menjadi mimpi ngeri beliau... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat masih panjang lagi.

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Tengah hangat ini Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya minta Yang Berhormat sambung besok... [Dewan riuh]

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Saya patuh... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga 10 pagi hari Khamis, 18 Mac 2010.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.

0 comments:

Catat Ulasan