Isnin, 15 Mac 2010

Askar Melayu mati tiada yang tuntut Inkues seperti Teoh Beng Hock?



Faham-fahamlah darah siapa pada cermin kereta Tian Chua

Tian Chua bunuh askar Melayu?

Oleh: Satu Hala

Agak kasar bukan tajuk rencana di atas.

Namun, kalau pegawai-pegawai SPRM Melayu cuba diwarnakan dengan perkauman dalam kematian Teoh Beng Hock dahulu, apa salahnya jika kita memberikan label yang sama ke atas Tian Chua?

Siapa tahu, mungkin pada malam kejadian itu pada Jumaat lalu apa yang terdetik di hati Tian Chua?

Kejadian yang mengorbankan askar Melayu itu, Mohd. Salleh Hamdan, 22, berlaku di Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti berhampiran Kota Tinggi, Johor.

Mungkin askar itu menunggang motosikalnya di tengah jalan sedikit menyebabkan Tian Chua yang ingin sampai cepat ke ceramah Anwar Ibrahim tidak mahu mengelak.

Manalah kita tahu kan kot-kot Tian Chua sengaja membunuh askar berkenaan.

Disebabkan kita semua tidak berada di tempat kejadian, maka kita tidak boleh ambil kejadian itu atas face value semata-mata bahawa ia adalah kemalangan yang tidak disengajakan seperti yang nyatakan Tian Chua.

Mungkin juga ada misteri lain di sebalik apa yang berlaku itu.

Macam juga kononnya ada misteri di sebalik kematian Beng Hock, mungkin askar Melayu yang dilanggar mati Tian Chua juga ada punca lain.

Sengaja dilanggar atau sebaliknya?

Mungkin dakwaan di atas melampau, merepek dan sukar dibuktikan, namun persoalannya sekarang apa agaknya perasaan Tian Chua jika dituduh membunuh askar itu?

Apakah dia buat selamba aje selepas membunuh satu nyawa yang tidak berdosa?





Pembangkang kalau hendak mewujudkan persoalan dan kononnya misteri, maka mereka ini memang pakar.

Kalau kena batang hidung sendiri pandai pulak mengelak.

Sama macam ADUN DAP Sekinchan yang langgar pelajar Melayu sampai koma baru-baru ini.

Apa pun, bagi penulis, satu yang pasti ialah Tian Chua paling kurang perlu didakwa memandu dalam keadaan merbahaya dan kematian tanpa niat.

Persoalan pendakwaan itu memang tidak boleh dinafikan kerana nyawa seorang askar Melayu sudah pun melayang dan pihak yang menyebabkan kematiannya secara tidak sengaja harus diambil tindakan.

Untuk penyokong PKR, jangan kerana yang melanggar itu Tian Chua maka dia tidak boleh diambil tindakan.

Jangan cakap itu konspirasi kerajaan pulak.

Undang-undang menetapkan kalau langgar orang lain sampai mati, maka orang yang melanggar itu perlu didakwa dan diambil tindakan.

Tidak guna bertekak lagi.

Sumber: Malaysia Instinct

0 comments:

Catat Ulasan