Isnin, 30 November 2009

Pengalaman mengikuti kursus BTN - Apa yang rasisnya?

5


BTN mengajar saya menjadi rasis?

Latihan kendalian Biro Tatanegara (BTN) yang pertama saya ikuti adalah pada tahun 1991, iaitu sewaktu menuntut dalam Tahun Satu di Universiti Sains Malaysia (USM). Kali kedua adalah pada tahun 1993 dan yang ketiga adalah dalam tahun 1995.

Saya suka menceritakan sedikit pengalaman yang ditempuhi semasa mengikuti kursus BTN ini. Bersama 109 orang pelajar USM yang lain, saya sampai di Kem Wira Waja Janda baik (sekarang Institut Latihan UMNO (ILMU) ). Sesi pertama dimulakan dengan taklimat tentang disiplin yang perlu dipatuhi di kem. terutama dari segi kepatuhan terhadap ketepatan masa dan mengikut arahan. Sepanjang tempoh kursus, kemi dikehendaki membasuh tray makanan dan gelas sendiri serta ditunjukkan kawasan bebas merokok yang digelar Sudut Maut. Kami dimaklumkan tentang jadual yang ketat, program ceramah, sukan, latihan dalam kumpulan dan program kembara. Bagi yang beragama Islam, kami dikehendaki bersembahyang jemaah setiap waktu dan ikut serta mendengar kuliah subuh serta melakukan solat hajat dan qiyamul-lail.


Sesi kedua adalah pembahagian kepada kumpulan-kumpulan dan `ice-breaking' bagi membolehkan kami mengenali ahli-ahli kumpulan yang terdiri dari pelajar berlainan Sekolah Pengajian (Schools). Kami diminta melantik ketua kumpulan, menamakan kumpulan dan mencipta slogan. Setiap kumpulan diberikan bendera Malaysia dan diajar tata cara membawa dan menyimpannya. Kami dikehendaki berada dalam kumpulan dan membawa bendera Malaysia pada setiap masa. Sekiranya ada seorang ahli tercicir sekalipun atau lewat mengikuti program, kesemua anggota kumpulan akan didenda.


Kami diberi tanda nama yang besar dan sebiji telur ayam mentah yang kami tidak tahu apa tujuannya. Pada sesi pertama sahaja, hampir 30 orang peserta yang terpecahkan telur secara tidak sengaja; sama ada jatuh dari saku kemeja sewaktu tunduk; terpijak; pecah dalam saku seluar kerana terjatuh atau terlanggar meja. Bagi setiap yang terpecahkan telur, akan di'hadiah'kan dengan bata merah atau putih untuk dibawa ke mana sahaja. Sesiapa yang terlupa membawa telur atau batu ini, mereka juga akan didenda.


Dalam banyak program, ceramah dan kuliah subuh paling membosankan. Paling menarik adalah program kembara, permainan dalam kumpulan dan sukan. Semasa kembara malam, kami dikejutkan seawal jam satu pagi dan diminta beratur mendaki bukit yang curam. Malangnya malam itu hujan lebat dan lereng begitu licin. Pergerakan menaiki bukit amat sukar dan kami perlu saling sokong menyokong dan tarik menarik bagi membolehkan setiap peserta mendaki bersama-sama. Lebih sukar lagi, pada malam itu ada dua orang pelajar wanita yang kekejangan kaki dan terpaksa diusung sepanjang perjalanan. saya sendiri disengat tebuan, menyebabkan jari saya bengkak dan saya juga luka-luka akibat tergelicir semasa mendaki malam itu.


Apa yang saya belajar? Pengalaman penting bagi seorang anak muda yang masih tercari-cari erti kehidupan bernegara.


Dalam sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) barulah saya fahami maksud sebenar modul yang dilalui. Telur yang diberi kepada saya pecah dan saya diberikan bata putih yang berat sebagai ganti. Ia mungkin lebih berat, tapi tidak fragile. Kata fasilitator yang membimbing LDK, "itu gambaran bahawa dalam usaha membina sebuah negara, yang susah bukan untuk menjaga pembangunan tetapi untuk menjaga pertamanya; zuriat dan kedua, modal insan (dianalogikan dengan telur ayam mentah). Sebaliknya batu yang melambangkan pembangunan, lebih mudah dijaga. Jadi sekiranya seseorang itu tidak dapat diharap untuk menjaga keturunan dan sumber manusia, maka jagalah pembangunan sebaik-baiknya."


Perjalanan mendaki bukit amat sukar. Lebih-lebih lagi pada waktu malam dan hujan lebat. Apa lagi dengan jari yang membengkak dan terpaksa mengusung peserta yang sakit. Kalau tidak saling bahu-membahu dan tarik-menarik ke atas, maka ada yang akan tercicir dan lebih buruk lagi dengan senang semua akan tergelincir. Maksudnya, proses pembinaan sebuah negara amat sukar dan tidak boleh dilakukan secara sendirian. Untuk membawa setiap orang dalam arus perdana pembangunan, termasuk yang lemah, kurang upaya dan tercedera lebih sukar lagi. Jangan pula berperangai seperti ketam batu di dalam raga yang saling tarik menarik ke bawah sehingga tiada yang berjaya keluar dari raga.


Dalam sesi kuliah subuh, kami diajar tentang prinsip-prinsip penting aspek kenegaraan dalam Islam dan bagaimana untuk membentuk pandangan dunia (world view) seperti yang dianjurkan oleh Islam. Dijelaskan juga akan pengertian Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam yang ketika itu sedang diamalkan oleh kerajaan.


Dalam sesi ceramah, diterangkan tentang Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara, termasuk tentang keharmonian kaum yang perlu dipertahankan. Turut diterangkan adalah dasar-dasar kerajaan ketika itu seperti Dasar pandang ke Timur, Dasar Penswastaan dan Dasar Pengkorporatan, termasuk pelaksanaan projek-projek kerajaan seperti projek kereta nasional, pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Seluas-luas ruang diberikan kepada kami semua untuk bertanyakan soalan dan memberi pandangan dan sebagai golongan muda yang kritikal, kami memang mengambil sepenuhnya ruang tersebut (melainkan sewaktu kuliah subuh.. biasanya akibat mengantuk) untuk bertanyakan pelbagai soalan dan ada juga yang mengkritik kerajaan.


Hasilnya - selepas kursus, saya berpandangan bahawa saya mempunyai sikap cintakan negara yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Saya menginsafi bahawa amat sukar untuk membina sebuah negara dan ia mengambil masa berpuluh-puluh tahun sedangkan mengkritik itu cukup mudah. Menghancurkan negara jauh lebih mudah dan mungkin boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja.


Saya juga belajar bahawa setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing dalam pembinaan negara. Besar atau kecil bukan persolannya; setiap satunya penting dan kita wajar belajar menghargai setiapnya. Saya juga belajar bahawa kita semua mempunyai tanggungjawab peribadi (personal responsibilities) masing-masing dan kita perlu mengambil tanggungjawab peribadi dalam membangunkan negara, biarpun tanpa ada arahan dan sebarang ganjaran. Bukankah semua ini nilai-nilai murni dan universal dalam pembinaan sahsiah dan sebuah negara?


Adakah kita diajar bersifat perkauman? Seingat saya tidak pernah sekali pun kami diajar untuk membenci kaum-kaum lain. Sebaliknya kami diajar untuk menjaga keharmonian negara dan mempertahankannya sebaik mungkin. Dalam kursus yang pertama, kedua dan ketiga, modulnya hampir sama cuma dalam ceramah, topiknya sedikit berbeza kerana seperti yang disebutkan ramai, peranan BTN adalah untuk menerangkan dasar-dasar semasa amalan kerajaan ketika itu.


Adakah ia berguna untuk pelajar? Ya, sebab ini merupakan salah satu platform untuk membentuk semangat cintakan negara dan memupuk kefahaman tentang dasar-dasar kerajaan.


Adakah ia berguna untuk penjawat awam? Sepatutnya ia dijadikan kemestian. Saya tidak nampak bagaimana seorang penjawat awam boleh melaksankan tugas mereka, iaitu melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan baik tanpa mereka memahami dengan jelas dasar-dasar tersebut.
Jika mereka tidak bersetuju dengan dasar? Mungkin mereka wajar membezakan peranan mereka sebagai seorang pelaksana dasar dan bukan pembuat dasar. Jika mereka tidak mahu menghadirinya? Mungkin lebih elok mereka memilih profesion lain kerana ia akan menyukarkan mereka dan meletakkan mereka di dalam konflik. Mungkin ini yang berlaku hari ini dalam kerajaan dan perlu diperbaiki oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua-ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Professional.


Jadi kenapakah kerajaan Pakatan Pembangkang takutkan BTN? Mudah - kerana walaupun kononnya mereka ini memperjuangkan kebebasan bersuara dan memperoleh maklumat, namun secara realiti dan praktisnya, mereka hanya pakatan AUTOKRATIK yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menyekat kebebasan rakyat membuat pilihan; mendapat maklumat dan berdikusi secara intelektual semata-mata untuk mengekalkan kuasa mereka.
Disebabkan apa? Mungkin kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan dapat mempertahankan fitnah dan pembohongan mereka sekiranya minda rakyat dibuka dan didedahkan dengan sebanyak mungkin maklumat dan ilmu pengetahuan.

Posted by Tun Faisal Ismail bin Aziz

Perancangan rapi CINA DAP Laknat untuk ambil alih Malaysia!

2


Bolehkah PR bentuk kerajaan tanpa sokongan majoriti Melayu?
Lim Hong Siang | Oct 21, 2009 03:26:24 pm


Bolehkah Pakatan Rakyat membentuk kerajaan yang halal dan absah (berlegitimasi), seandainya gagal memperolehi sokongan lebih 50% daripada masyarakat Melayu, tetapi sokongan masyarakat kaum lain memberikan bilangan kerusi yang mencukupi di Dewan Rakyat untuk PR memerintah di peringkat pusat?

"PR mungkin terasa serba salah dengan kesahihan kerajaannya seandainya ia memperolehi kurang 50% daripada sokongan masyarakat Melayu, walaupun mendapat mandat lebih 50% daripada seluruh masyarakat Malaysia."

Demikianlah pemerhatian dan persoalanan yang dilontarkan oleh pengkaji politik, Wong Chin Huat selepas kekalahan PR di PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober yang lalu. Wong mengemukakan statistik bahawa wujudnya kecenderungan pengaliran undi masyarakat India kepada BN dalam PRK tersebut, yang boleh dijelaskan sama ada Bagan Pinang ialah "kes terasing" atau "menggambarkan trend keseluruhannya (khususnya masyarakat India)".

Seandainya 40% undi Melayu diperolehi...

Perhitungan kasar Wong berdasarkan 165 kerusi parlimen di Semenanjung menunjukkan, seandainya PR memperolehi 40% undi Melayu dan 75% undi bukan Melayu, maka PR akan memperolehi 103 kerusi, dan hanya memerlukan 9 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan persekutuan (dengan 112 daripada 222 kerusi).

Seandainya PR memperolehi 50% undi kaum India dan 75% undi kaum Cina, dalam keadaan mengekalkan undi Melayu pada paras 40%, maka PR akan memperolehi 90 kerusi di Semenanjung. Jikalau undi kaum India jatuh kepada 40%, maka PR hanya akan mendapat 80 kerusi, seperti apa yang berlaku pada PRU ke-12.

Pemerhatian Wong (gambar kiri) terhadap senario politik selepas PRU ke-12, termasuk beberapa PRK seperti Bukit Gantang, Manek Urai yang menyaksikan peralihan sokongan sebahagian masyarakat Melayu kepada BN, menyimpulkan bahawa "mustahil untuk PR memperolehi lebih 50% sokongan Melayu dalam masa terdekat."

Maka, Wong mencadangkan agar PR menggariskan matlamat yang lebih realistik, iaitu mengekalkan undi Melayu sekurang-kurangnya pada paras 40%, di samping melonjakkan graf sokongan masyarakat bukan Melayu kepada 75%, seandainya ingin mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada PRU ke-13.

Untuk Wong, selagi PR terasa serba salah jikalau gagal memperolehi lebih 50% undi daripada masyarakat Melayu, maka UMNO dan lidahnya, Utusan Malaysia akan diberi kesempatan untuk meneruskan serangannya.

Seandainya Pakatan Rakyat meretak...

Logik Wong begini. Seandainya PR terus dihantui bayangannya "untuk mendapat sokongan lebih 50% Melayu", maka parti komponen PR, terutamanya PAS dan PKR dijangka akan beralih kepada hujah mahupun dasar yang menampakkan perkauman dan keagamaannya sekali-kala, sekiranya tidak tahan dengan serangan UMNO dan Utusan Malaysia.

Lantaran itu, PAS dan PKR akan bertelagah dengan DAP yang perlu tampil untuk menyanggah hujah dan dasar tersebut. Apa yang berlaku seterusnya adalah pengundi bandar, kelas menengah akan hilang yakin kepada PR kerana "harapan (yang diberikan PR)" kini diganti dengan persepsi "sering berbalah sesama sendiri". Senario ini berakhir dengan retaknya PR seperti Barisan Alternatif sebelumnya...

Untuk mengelakkan ramalan pesimis ini menjadi kenyataan, Wong menganjurkan pandangan bahawa PR perlu yakin bahawa dirinya tetap kerajaan yang absah seandainya mendapat mandat lebih 50% undi daripada masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.

Sistem negara yang dikuasai Melayu

Ketika mengulas pandangan yang diutarakan Wong Chin Huat, Yong Kai Ping (Editor Malaysiakini, edisi bahasa Cina) berkata, "legitimasi sesebuah kerajaan dalam masyarakat Melayu" merupakan "persoalan struktur" yang perlu dihadapi bukan sahaja PR, tetapi mana-mana parti politik yang bercita-cita untuk menerajui pucuk pimpinan kerajaan di negara ini.

Yong menjelaskan bahawa setelah berpuluh tahun BN memerintah, sistem negara ini telah diubahsuai kepada satu sistem "negara Melayu", di mana sektor perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan, termasuk tentera dan polis telah dikuasai sepenuhnya kaum Melayu.

Justeru itu, Yong berpendapat bahawa PR tidak dapat mengelakkan dirinya ketika berdepan dengan persoalan ini, dan terpaksa mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Yong menganggap bahawa PR masih belum menemui jalan keluar, ketika berhadapan dengan serangan retorik UMNO bahawa "naiknya PR bermaksud hilangnya kuasa Melayu".

"Sememanganya, PR tidak akan dapat menandingi UMNO ketika membincangkan Melayu. Namun, apakah hujah sebaliknya yang diketengahkan untuk membalas retorik UMNO? Satu hujah yang senang difahami, berkesan untuk memujuk dan mendapat keyakinan masyarakat Melayu...," kata Yong.

Misalnya, "Melayu" dipisahkan kepada Melayu-Bandar, Melayu-Kelas Menengah dan sebagainya, agar kepentingan Melayu ini dapat dihalusi dan dibincangkan secara konkrit, cadang Yong.

Malah, Yong (gambar kanan) menganggap "politik berbilang kaum" yang dianjurkan PR ini perlu didalami, dan bukan hanya berpuas hati dengan aktiviti seperti rumah terbuka sahaja. Beliau mencadangkan agar pemimpin PR perlu berdialog dengan sektor perkhidmatan awam, pasukan keselamatan, untuk menghapuskan rasa musuh dan syak wasangka yang wujud.

Apabila tembok ini dipecahkan, barulah PR boleh tampil dan mendakwa dirinya sebagai pakatan politik yang melambangkan kepentingan semua kelas dalam masyarakat Malaysia, simpul Yong.

*Perbincangan ini mengambil tempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pada 13 Oktober 2009, dalam satu forum yang bertajukkan PRK Bagan Pinang.

Khamis, 26 November 2009

Konspirasi dalaman mendesak Nik Aziz berundur

0



Oleh Hambali Abd Latiff

Siapakah gerangannya yang membuatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kusut?

Siapa yang memeningkan Nik Aziz?

Nik Aziz pening kerana isu menantunya sahaja atau kerana perbuatan sesetengah pihak yang 'pukul menantu sindir mentua'?

Biarpun dakwaan bekas Pegawai perhubungan korporatnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bahawa wujud salah laku khususnya mengenai kepincangan kewangan serta penyalahgunaan kuasa, di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu kini seakan selesai, isu ini akan berpanjangan.
Saya yakin Nik Aziz akan semakin kusut selepas ini. Apa yang ditimbulkan oleh budak suruhan Datuk Husam Musa itu akan berpanjang.
Kenyataan bertulis melalui blog dan sidang medianya pasti akan meninggalkan kesan mendalam.

Pertama, Nik Aziz mengamalkan kronisme dengan mementingkan anak menantu dan menantunya disyaki pula dituduh salahlaku. Pendedahan bukan oleh orang UMNO tetapi oleh kalangan penyokong PAS sendiri. Ternyata tuduhan terhadap Nik Aziz mengamalkan kronisme dan menentingkan ahli keluarga untuk beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Kelantan benar belaka!

Nik Aziz pun dikaitkan dengan penajaan pergi ke Mekah dan sehingga ini belum terjawab sepenuhnya dan membuka ruang untuk disiasat.

Penjenguk laman ini andakmaon menulis: "Tuan, apapun Nik Aziz sekarang jelas sedang menerima dan seterusnya menanggung musibah ciptaannya sendiri. Allah sedang menunjukkan betapa seorang yang memakai topeng ulamak untuk kepentingan politik sedang ditelanjangkan keperibadian sebenarnya. Betapa hinanya seorang yang bergelar 'Tok Guru' dan mengetuai sebuah negeri sebagai MB mengaku menerima rasuah secara terang dan terbuka . Seterusnya mengamalkan pula kronisme .

Apa yang selama ini dicemuh dan dinista terhadap UMNO kini 'Tok Guru'sendiri yang buat . Apa dah jadi ni 'Tok Guru' ? Balasan penghinaan terhadap 'Tok Guru' PAS ini atas dunia lagi Allah dah tunjuk .Dari satu episod ke satu episod yang lain. Kita akan terus ditunjukkan Allah dari masa ke semasa bagaimana seorang yang bertopengkan agama seperti Nik Aziz ini menerima balasan dari Allah."

Memang tidak patut dan tidak adil untuk mereka yang membuatkan Nik Aziz runsing. Sepatutnya pada usia sebegini dan begitu lama menjadi Menteri Besar, Nik Aziz berada dalam keadaan selesa dan gembira.

Nik Aziz mengakui fikirannya kusut berikutan kemelut yang melibatkan menantunya itu. Menurut Menteri Besar Kelantan itu, keadaan tersebut menyebabkan beliau berdiam diri dan enggan mengulas perkara itu kepada pihak media sebelum ini kerana ingin mencari ketenangan.

Jelasnya, situasi yang sama pernah berlaku kepada Nabi Muhammad SAW yang tidak berhubung dengan orang ramai lebih sebulan apabila isteri baginda, Siti Aisyah difitnah. "Kita sebagai manusia ada masa terganggu. Nabi Muhammad SAW lebih dari sebulan tak berjumpa dengan orang ramai bila timbul fitnah terhadap isterinya, Siti Aisyah. Peristiwa Al-Ifki itu begitu sekali mendukacitakan, mengecewakan sampai sebulan Nabi tak berhubung dengan orang ramai.

''Teruk saya ini sebenarnya, tapi begitulah. Kita bergantung dengan Allah, minta doa, sebelum subuh kita bangun, kalau boleh menangis sebagai saksi," katanya mesyuarat Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Kelantan di sini hari ini.

Hmm...bandingkan dirinya dengan Nabi Muhammad sekali lagi. Bezanya dalam kes Nabi Muhammad, Aisyah difitnah. Soalnya dalam kes Nik Aziz ini, menantunya 'difitnah' dan meminta menantu yang 'difitnah' itu meletakkan jawatan, sementara anak didiknya, Datuk Husam Musa pula memberikan kata dua kepadanya.

Kedudukan Nik Aziz ibarat telan mati bapak dan luah mati emak.

Husam yang menjadi tumpuan kerana 'budak suruhannya' - Kickdefella - yang mendesak menantu Nik Aziz meletakkan jawatan. Dakwaan kononnya berlaku rasuah dan sebagainya timbul selePAS Kickdefella dipecat daripada jawatannya oleh Ariffahmi.

Saya sebenarnya tertanya-tanya hingga kini, apakah ini permainan politik untuk menekan Nik Aziz supaya meletakkan jawatan atau isu antara Kickdefella dan menantu Nik Aziz semata-mata.
Apa yang berlaku ialah dengan Husam memberikan kata dua yang turut membabitkan dua lagi Exco kerajaan negeri, jelas sedikit sebanyak ia 'mencalar imej Tok Guru' biarpun Nik Aziz memuji Husam berjela-jela.

New Straits Times pada 23 November melaporkan Husam 'memberikan kata dua' apabila berdepan Nik Aziz :"Pecat mereka atau saya akan berhenti". Dalam pertemuan itu, Husam bercadang untuk meletakkan jawatan, suasana menjadi emosional dan kedua-duanya telah menangis. " Sekiranya Nik Aziz mahu Husam dikekalkan, dia menuntut Ariffahmi dan dua orang ahli Majlis Perbandaran Kota Baharu dilucutkan kelayakan mereka", petik sumber berkenaan.

Ariffahmi juga tidak akan duduk diam. Ini kerana beliau pernah berkata akan mendapatkan khidmat peguamnya bagi meneliti beberapa dakwaan. Walaupun menegaskan beliau tenang dengan kenyataan Syed Azidi kerana beranggapan berkas pegawai PMBK itu boleh untuk membuat apa-apa dakwaan, namun ia benar-benar menjejaskan maruah dan kredibiliti diri dan keluarga Nik Aziz sendiri.

Kenapa Husam marah kepada Ariffahmi hingga mencadangkan agar dipecat ? Sebabnya kemunculan Ariffahmi telah mengugat hubungan Husam dengan Nik Aziz. Sebelum ini tiada yang mempersoalkan apabila Husam menggunakan nama Nik Aziz untuk melaksanakan sesuatu perkara, tetapi setelah munculnya, Ariffahmi, Husam tidak lagi boleh menggunakan nama Nik Aziz sewenang-wenang kerana dia akan double check 'sesuatu arahan yang kononnya datang dari Nik Aziz' itu.

Cuma yang menjadi pertanyaan dan tidak terjawab lagi ialah benarkah 'Perang PMBK' (mengambil istilah Mohd Sayuti Omar) ini ada agenda terselindung. Umpamanya perang kerana berebut harta seperti tanah ke atau benda-benda lain yang hanya Husam dan Ariffahmi sahaja yang tahu.

Apakah perang ini menjangkaui perkara-perkara pokok lain kerana bagaimana mungkin Ariffahmi boleh melawan taukehnya (Husam yang membawa Ariffahmi kembali ke Kelantan dari Kuala Lumpur)!

Soal ini kita serahkan kepada penyiasat dalam kes Ariffahmi dan beberapa pihak lain dalam PMBK sendiri.

Naik Aziz boleh mengatakan beliau sedikit lega sekarang kerana isu itu dianggapnya sudah selesai berikutan arahannya kepada Ariffahmi supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK kelmarin.

Namun dalam kenyataannya jelas Nik Aziz berdalih dan berselindung apabila menafikan keputusan meminta Ariffahmi meletakkan jawatan itu kerana tekanan kepimpinan PAS Pusat. Katanya apa yang berlaku ialah ia dibuat selePAS berpakat dan tegur menegur melalui asas Islam.

Semua tahu bahawa kelmarin, rombongan PAS Pusat terdiri daripada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Bendahari, Dr. Hatta Ramli menemui Menteri Besar itu. Mereka dikatakan menasihatkan Nik Abdul Aziz agar mengarahkan Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan demi menjaga nama baik kepimpinan kerajaan negeri.

Ia berikutan pelbagai polemik dalam parti dan rakyat negeri ini yang mempertikai kewajaran menantu Menteri Besar itu dilantik ke jawatan tersebut yang boleh menjejaskan imej PAS dan kepimpinan negeri.

Apakah akan berlaku kepada Nik Aziz selepas ini?

Tekanan akan semakin dirasainya dan pertelingkahan keluarganya dengan kumpulan Husam yang disokong beberapa pemimpin Kelantan akan terus membara.

Bukankah tekanan terhadap Nik Aziz ini sebagai gerakan terancang untuk menjadikan 'Tok Guru' terus gelisah dan menjadikannya fed up dan mula memikirkan untuk melepaskan jawatan Menteri Besar?

Dan kenapa pula tiba-tiba Husam tiba-tiba beliau tidak berminat untuk jawatan itu dan bersediapun jika dihantar ke Pusat?

sumber - hambali1

Anwar Ibrahim: Meliwat atau Diliwat?

22


Dr Novandri Hasan Basri

Penulis tertarik untuk mengulas laporan berita mengenai usaha peguam-peguam Anwar Ibrahim agar kes liwat Anwar Ibrahim dibatalkan. Mereka berhujah bahawa jika mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, penetrasi merupakan perkara utama dan teras.

Peguam Anwar Ibrahim mendakwa bahawa tiada bukti perubatan yang pasti bagi mencadangkan berlaku penetrasi ke dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mereka merujuk kepada laporan perubatan oleh pegawai perubatan dari Pusrawi yang mula-mula sekali memeriksa pengadu, dinyatakan bahawa dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal.

Penulis pernah menerangkan dengan panjang lebar mengenai laporan perubatan dari Pusrawi yang sebenarnya tidak berpihak kepada sesiapa pun.

Tetapi Anwar Ibrahim telah menggunakan laporan kesihatan tersebut dan memberitahu seluruh dunia bahawa doktor tersebut mengsahkan bahawa Saiful Bukhari tidak diliwat.

Yang menimbulkan keraguan penulis ialah kenapakah Anwar Ibrahim begitu beria-ia untuk menggunakan laporan tersebut untuk membersihkan nama beliau pada hal doktor tersebut tidak pernah pun menulis diagnosis bahawa Saiful Bukhari tidak diliwat?

Diagnosis yang ditulis oleh doktor itu ialah TRO (to rule out) assault (sodomise).

Maksudnya doktor tersebut tidak sekali-kali telah membuat diagnosis tepat yang mengsahkan bahawa Saiful tidak diliwat!

Malah doktor tersebut telah menasihati Saiful untuk mendapatkan rawatan seterusnya di Hospital Kuala Lumpur.

Dan yang menghairankan ialah Anwar Ibrahim terus mencanang-canangkan laporan perubatan Pusrawi yang tidak konklusif itu di masa pilihanraya kecil Permatang Pauh dan mendakwa bahawa doktor di Pusrawi mengsahkan bahawa Saiful tidak diliwat.

1. Penulis hairan kenapakah Anwar Ibrahim sanggup berbohong kepada dunia dan penduduk Permatang Pauh?

2. Apakah Anwar Ibrahim perlu berbohong di permulaan kes liwat beliau?

3. Dan jika Anwar Ibrahim sanggup berbohong kepada kita, apakah kita mahu mempercayai beliau lagi?

Penulis juga menerangkan bahawa penetrasi ke dalam dubur tidak semestinya menyebabkan luka dan nanah. Jika tiap-tiap kali berlaku demikian semasa liwat, penulis pasti TIDAK ADA LAGI peminat seks luar tabii dan pasangan Gay di dunia ini kerana dubur mereka kesakitan !

Oleh kerana seks luar tabii tidak semestinya mendatangkan luka, berdarah dan bernanah, maka kita perlu menggunakan instrumen dan kaedah lain seperti DNA dan sebagainya. (Klik di sini untuk pemeriksaan dubur yang betul)

Yang menariknya mengenai kes liwat Anwar Ibrahim ialah berdasarkan laporan DNA oleh ahli kimia, terdapat spesimen DNA campuran daripada dua lelaki di tempat kejadian, yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dia diliwat oleh Anwar.

1. Maksudnya ialah alat kelamin Anwar Ibrahim pernah berada di dalam dubur Saiful Bukhari walau pun kemasukan alat kelamin Anwar Ibrahim tidak menyebabkan luka dan nanah. (kecil?)

2. Mungkin juga Anwar Ibrahim telah menggunakan gel untuk melicinkan penetrasi alat kelamin beliau di dalam dubur Saiful Bukhari.

Penulis pasti jika Anwar Ibrahim memang peminat seks luar tabii, beliau pasti sudah cekap untuk memastikan pasangan beliau itu tidak sengsara semasa berlakunya penetrasi di dalam dubur pasangannya.

Jika tidak, mungkin Anwar Ibrahim yang diliwat oleh pasangan beliau!

Rakyat Kedah dah tak suka pada Azizan?

0


Dulu benda2 macam ni banyak jadi kat poster2 pemimpin BN. La ni dah berjangkit pulak kat pemimpin Pas Kedah. Mungkin rakyat Kedah dah makin meluat dengan kepimpinan Ustad Azizan dan juga Pas di Kedah kot.

Maklumlah, dah banyak hutan botak ditarah oleh puak2 ni. Dah jenuh rakyat Kedah dok bau sampah yang tak diselenggara dengan baik oleh pihak pemimpin2 Pas Kedah.

Lepas tu, banjir yang melanda baru2 ni pun dikatakan bahawa pemimpin2 Pas Kedah langsung tak turun tunjukkan muka membantu rakyat yang jadi mangsa.

Satu undian sms telah diadakan di NTV7 dan diistiharkan pada waktu berita jam 8.00 malam pada 25 Nov 2009

Undian mengenai kewajaran JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MENOLONG SEMUA MANGSA BANJIR

Sejak bila JKM memilih mangsa banjir?

Setahu saya JKM tak pernah lupa menolong mangsa banjir

Undian sepatutnya berbunyi WAJARKAN KERAJAAN KEDAH YG DIBAWAH PAS MENGURANGKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR?

Wahai pemimpin, rakyat bukan bodoh!

Bla berkempen kutuk sana sini, bila nak bagi bantuan kepada mangsa banjir, mengelat!

Lepas tu lepas tangan dan harapkan Kerajaan Persekutuan membantu mangsa banjir!

Adalah lagi yang sanggup bagi fatwa songsang, ambik duit BN tapi undi PAS!

Sejak bila kita diajar jadi manusia tak bersyukur?...

Orang luar Kedah mungkin melihat Ustad Azizan bijak memerintah sebab Kedah tak banyak isu2 panas yang timbul. Tapi bagi orang Kedah, depa dah makin meluat dengan para pemimpin2 Pas Kedah.

Ustad Azizan dan Pas Kedah memang bijak. Bijak menutup dan melindungi kes2 penyelewengan di Kedah. Negeri ni hanya cantik diluar sedangkan makin membusuk didalam.

Tindakan rakyat Kedah merosakkan bilboard Ustad Azizan ni mungkin hanya satu impresi dari ketidak puasan hati depa saja.

Mungkin tak dapat tuan punya badan, bilboard pun jadi laaa...


Posted by anakbukitgantang dan Che Wan

Selasa, 24 November 2009

Gempar! Nik Aziz adalah pendukung fahaman Wahabi!!!

1



Nik Aziz sudah terlalu takbur

TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

"Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.

"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.

"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.

Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.

Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.

Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.

"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.

"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.

"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.

Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.

Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.

"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.

"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.

"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.

Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.

Utusan Malaysia

Bab fahaman wahabi ini perlu dijelaskan kerana beliau boleh 'mengelirukan' orang awam yang cetek ilmu agamanya.

Tugas orang alim adalah memberi fahaman agama yang sebenar dan tidak menimbulkan isu yang boleh mengelirukan orang ramai. Contohnya ialah Al Quran sendiri boleh dibacakan dengan berbagai bentuk bacaan atau digelar 'qiraat'...

Namun bacaan qiraat yang mana jika dibaca hingga boleh menimbulkan fitnah maka ia tidak boleh dilaksanakan di khalayak awam. Kerana qiraat itu mengandungi 10 jenis bacaan yang berbeza antara satu sama lain. Seperti Ibnu Kathir, Abu Amru, Qalun dan lain lain.

Penjelasan lanjut tentang ilmu qiraat boleh diperolehi di sini http://abu-huzaifah.blogspot.com/2007/02/taujih-fiqhi-dalam-disiplin-ilmu-qiraat.html

Pemikiran Nik Aziz yang sealiran dengan Asri adalah pemikiran cenderung kepada fahaman Wahabi. Yang mana begitu taksub dengan pendekatan yang mengambil pendapat baru dan tidak disepakati oleh Ulama di dunia Islam. Nik Aziz mengakui pernah mengalami situasi seperti Asri ekoran fahaman wahabinya ( klik sini )

Bahkan anaknya dinamakan dengan seorang tokoh Wahabi bernama Abduh seperti yang dicatat oleh blog ini http://bankwahabi.wordpress.com/

Untuk mengetahu senarai ulama Wahabi sila klik link Bank Wahabi di atas.

Persamaan pemikiran ala 'tajdid' ini di mana mereka jarang mengakui menganut fahaman wahabi dengan melabelkan diri sebagai salafi.

Bukan masalah fekah yang menjadi kerisauan kami yang menolak fahaman wahabi tetapi masalah yang menyentuh akidah dan boleh menjadikan seseorang itu 'rosak akidah' hingga boleh membatalkan semua ibadat yang dilakukan. Nauzubillah Min Zalik.

Penjelasan lanjut sila ke sini http://pondokhabib.wordpress.com/2009/11/12/waspada-‘tajdid’-wahhaby-–-mais/

Nik Aziz akhirnya dikritik secara terbuka oleh Tok Guru Pondok Geting dan serta dibantah oleh Persatuan Pondok Kelantan dan tidak mustahil satu persatu pembela Ahli Sunnah Wal Jamaah akan bangkit selepas ini bagi menolak sesiapa sahaja yang mengambil fahaman wahabi sebagai teras amalan harian mereka.

Jika bab ilmu dunia kita merujuk kepada pakar, kenapa bab agama kita mahu menjadi pakar dan menolak ulama yang mahir mengenainya ? Bukankah Mufti Mufti kita tidak menyokong wahabi kecuali Dr Asri sahaja ? Pelik tetapi ia adalah faktanya !!

Itulah terjadi kita sehingga orang seperti Khalid Samad yang tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang agama pun berangan ingin memberi kuliah agama dan telah ditolak oleh 1000 penduduk di Shah Alam berdasarkan berita di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm

Sebelum itu beliau telah cuba mengumpul tandangan dan berjaya mendapat 650 tandantangan menyokong beliau diberi tauliah oleh JAIS.

Bagi saya jika tauliah dihentikan maknanya fahaman sesat dan songsang akan bertebaran tanpa pengawalan oleh Pihak Berkuasa seperti JAIS dan MAIS atau JAKIM dan itulah yang dikehendaki oleh 'munafik' dalam negara kita.

Lagi bahaya akidah umat akan semakin rosak dari fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar diwarisi turun temurun yang menghasilkan keamanan berpanjangan hingga ke hari ini.

Jika ditanya bukankah Mekah dan Madinah di bawah Kerajaan Arab Saudi dan bagaimana mungkin fahaman wahabi disebarkan di sana sedangkan mereka Khadam Haramian ( penjaga dua tapak suci ) ???

Anda perlu klik sini http://informasidajjal.weebly.com l untuk memahami dan menjawab persoalan tersebut

Fikirlah dan di sana anda pasti terkejut dengan pendedahan yang pasti menggemparkan !

oleh penembak-tepat

Khamis, 12 November 2009

Dong Zong seeking a separate state?

0



What? Dong Zong said that Malaysia is a multi nation-state?

By Tam Dalyell

A state within a state?

A breakaway state yet part of the State at the same time? Dong Zong is putting together, brick by brick, a state within a state here in Malaysia?

So Dong Zong through your SRJKC you are carving out a state within a state out of this blessed nation? So that later you can 'legitimately' carve out another Singapore out of Tanah Melayu? So, that is your real agenda behind your SRJKCs? A state within a state? And you drew the first blood through Sekolah Wawasan?

How can there be one nation if we cannot be even one people? How to start down the path nurturing and building of a One Bangsa sustaining a One Nation if our Education Syestem fragmantalise our Bangsa right from its formative age? How can a Dong Zong be permitted a life-giving umbilical cord to destroy the womb pregnant with SSS elixiar of life?

So now Dong Zong is legally taking the place of those who tried to dismember our nation like the Bintang Tiga and the Chin Pengs and Ahmad Endras and their CPM? And Dong Zong is doing it from air-conditioned rooms?

There is no such thing as multi-nation-state. Let's monitor who perpetrate this destructive Dong Zong struggle. Let's cut off this contaminating and pulluting umbilical cord. Ours is a One People committed to One Nation.

SATU BANGSA SATU NEGARA SATU BAHASA SATU SISTEM PENDIDIKAN.

Bagi mangkuk yang kata kita tak mau bersama rakyat kaum lain, ini dedikasi kami ke arah itu. Awat hangpa tak mahu support supaya anak-anak bercampur2 sama dari kecik. Budak2 tak rasis. Orang tua yang buat depa rasis. Dah banyak umur nak campuq kira lambat ... 1Malaysia beb!

Posted by The Unspinners

Dajjal-dajjal di sekeliling Nik Aziz

0



Dua ekor di atas inilah yang menjadi serangga pemusnah kepada Nik Aziz. Jerangkap samar yang dipasang oleh mereka berdua sudah hampir mengena Nik Aziz. Tapi tak tahu lagi samada jerangkap itu akan kena pada Nik Aziz atau akan makan tuan sendiri.

Inilah yang pernah dikatakan oleh anak Nik Aziz ,Nik Adli beberapa bulan lepas iaitu pembantu ayahanda.

Usaha terancang yang dilakukan oleh mereka berdua adalah dengan tujuan mencalarkan imej Nik Aziz dan dengan harapan dajal yang gambar di bahagian bawah akan dipilih sebagai MB.

Perkara ini mula dirancang beberapa tahun lepas. Siapa yang bersungguh-sungguh untuk meletak menantu Nik Aziz di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ? Tak lain tak bukan ialah dajal yang di gambar nombor dua. Manakala yang di gambar nombor satu pula mencari nas-nas untuk dibaca oleh Nik Aziz yang mengatakan Islam benarkan kroni.

Jika kita lihat apa yang berlaku sehari dua ini ,sudah terang lagi bersuluh penglibatan dajal tersebut untuk mencalarkan imej Nik Aziz.

Siapa dia Kickdefella ?

Dia adalah budak peliharaan dajal yang saya maksudkan. Kerjanya di PMBK,tetapi banyak masanya dihabiskan untuk berblog dan di pejabat dajal tersebut. Gaji ribuan ringgit sebulan,punch card kosong. Kerja di Kota Bharu, tinggal di KL. Bukankah ini semua mengkhianati wang rakyat seperti mana yang sering dilaungkan oleh PAS. Berikut adalah antara komen yang saya petik dari sebuah blog yang pro PAS.Rujuk di sini

1) Bukan isu menzalimi kickdefella tapi isu tak datang kerja dan tak buat kerja untuk PMBK.

Semua di Kelantan maklum bahawa kickdefella (KD) bekerja dengan Husam bukannya dengan dengan PMBK hatta beberapa beberpa orang excopun beranggapan KD bekerja dengan Husam kerana tempatnya hari-hari di pejabat Husam bukannya di PMBK.Sehinggalah tersebarnya berita pemecatannya kelmarin oleh PMBK barulah kita maklum rupanya KD bekerja dengan PMBK.Betulkah KD bekerja di PMBK kerana PMBK mengatakan KD tak pernah pun datang pejabatnya untuk bekerja selama tiga tahun ini.Tak pernahpun mohon MC dengan PMBK.Tak pernahpun mohon untuk ke mana-mana dengan PMBK.TAPI PELIK mengapa pula PMBK yang membayar gaji bulanannya walaupun KD tak pernah pun bekerja di pejabatnya.

Siapa sebenarnya yang membawa masuk KD ke PMBK pada 3 April 2007.Untuk kepentingan siapa KD di bawa masuk ke PMBK.Dengan siapa sebenarnya KD bekerja bermula dari tarikh tersebut.Setakat yang kita maklum tidak pernahpun KD datang bekerja di bilik yang disediakan untuknya di PMBK.Atau mungkin di sana ada benda lain yang cuba disembunyikan oleh kedua-dua belah pihak dari diketahui umum.Atau kepentingan dan kekuasaan seseorang (Exco) ke atas PMBK selama ini sudah terhakis sekarang dengan kuasa CEO yang baru sehingga orang-orang pentingnya di dalam PMBK di cabut keluar seorang demi seorang.

Harap-harap jangan tibai balak di atas nama PMBK sudah . yang lepas tu lepaslah, jangan lah pakat-pakat nak ungkit dan menuduh yang itu dan yang ini pula.Bukan apa,takut-takut yang tak sepatutnya keluar akan keluar.Lagi jahanammmm

2) bukan soal menzalimi sheikh tapi pasal dia tak datang kerja bertahun lamanya.Tak kan pmbk nak bayar gaji pada orang yang tak buat kerja.pejabatpun tak masuk.pergi ke hulu ke hilir buat kerja lain.ini namanya makan gaji buta, Allah marah kalau kita menjahanamkan duit rakyat bagi gaji pada orang yang tak datang kerja dan tak buat kerja.Sila rujuk pada pentadbiran pmbk sendiri untuk pastikan punca pemecatannya.

Kickdefella tidak akan berani membuat kenyataan mencabar menantu Nik Aziz meletak jawatan di PMBK atau beliau akan membongkarkan penyelewengan menantu Nik Aziz jika tidak mendapat lampu hijau dari dajal tersebut. Dajal tersebut bos dia,jadi apa-apa yang beliau hendak buat dia mesti beritahu dajal tersebut terlebih dahulu. Kalau benar-benar dajal tersebut tiada niat hendak memalukan Nik Aziz atau niat tersembunyi,maka beliau tidak akan benarkan kickdefella membuat kenyataan sedemikan. Semuanya ada udang di sebalik batu.

Kita semua boleh mengukurnya melalui blog dia. Kebanyakan yang ditulis di blog dia ada kaitan dengan dajal tersebut. Royalti minyak,kenyataan media si dajal,pemilihan jawatan Timb Presiden PAS dan lain-lain lagi. Anda rujuklah balik blog dia. Maaf ,saya tak boleh letak link dia disini nanti blog saya kena virus.

Dajal tersebut yang berusaha meletak menantu Nik Aziz di PMBK ,kemudian dia masukan pula mamat kickdefella. Selepas itu menantu Nik Aziz pula diumpan dengan habuan-habuan yang lumayan supaya kelabu mata,manakala budak suruhan beliau pula memainkan peranan belakang tabir. Sampai masanya ianya meletup, imej Nik Aziz tercalar. Inilah dia perangkap halus yang dipasang oleh dajal tersebut untuk mengenakan Nik Aziz sehingga dia meletak jawatan sebagai MB. Jangan lupa yang di gambar nombor satu pun tidak kurang hebat juga memainkan peranan menjatuhkan Nik Aziz.

Nasib yang menimpa Nik Aziz sekarang lebih kurang sama dengan yang menimpa Dr.Mahathir di tahun 97/98 yang lalu. Mereka sama dicucuk oleh orang yang dibawah mereka,tetapi berlakon baik depan mereka.

Bukan niat saya nak membela Nik Aziz pula,pada saya lagi cepat Nik Aziz dan PAS layu lagi bagus. Cuma saya nak memberitahu kepada anda sebuah parti yang katanya Islam tetapi permainan politik mereka mengalahkan jin tanah.

Kepada Tok Guru Nik Aziz,benar ulama pewaris Nabi, tapi ulama bukan Nabi. Ulama pun boleh kena tipu dengan anak buah sendiri. Ulama pun bernafsu juga. Menantu ulama pun bernafsu juga. Besar mana serban,berapa labuh jubah sekali pun ,nafsu tetap nafsu, duit tetap duit.

Anda boleh rujuk link dibawah untuk melihat antara kes yang melibatkan menantu 'ulama' tersohor di negara kita sekarang terutamanya di Kelantan. Rujuk di sini

Akhir kalam,PAS sekarang ibarat pokok yang sedang layu menunggu masa untuk reput. Selamat tinggal PAS. Hi Hi Bye Bye....

Posted by ruang bicara faisal

Rabu, 11 November 2009

Rumah buruk, kereta tak mahu guna Perdana V6... Biar papa (miskin), asalkan bergaya.

0



Ulasan abe MIE

1. Orang kaya dibantu- perbelanjaan ke Mekah pun ditanggung sedangkan bencana alam seperti banjir yang menimpa rakyat Pasir Mas, Kuala Krai dan beberapa daerah di Kelantan tidak dibantu. Siapa yang sebenarnya memerlukan bantuan, Nik Aziz atau rakyat Kelantan? Apakah bantuan berkenaan 'ada udang di sebalik batu'? Berkaitan dengan projek kayu balak atau kelulusan projek pasir di Sungai Kelantan?

2. Nik Aziz melantik menantunya sebagai jurutera kerana kelayakan. Adakah semua rakyat Kelantan sebodoh abe UJI (ADUN Manik Urai) yang hanya berkelulusan SRP (kini dipanggil PMR)? Itu bukan Nepotisma ke?

3. Rumah Nik Aziz buruk tetapi keretanya adalah BMW dan anak serta menantu semua kaya raya. Teringat kemiskinan yang dialami oleh keluarga Madihah yang memperolehi 20A1 dalam SPM baru-baru ini yang tidak dibela oleh kerajaan negeri.

4. Selama 19 Tahun berjaya memerintah Kelantan dengan mempergunakan dan mempermainkan agama Islam...bak kata, bangkai gajah mana boleh ditutup dengan nyiru (daun kelapa).

Baca petikan di bawah.


Petikan asal dari Utusan Malaysia, 11 November 2009

KOTA BHARU 10 Nov. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah tersebut.

"Orang hendak bawa saya ke Mekah kenapa saya tolak, saya pergi Mekah jarang saya belanja sendiri, semua orang berebut (bayar). Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat.

"Jadi orang hendak pergi Mekah, bertahun-tahun saya diminta oleh orang tertentu hendak pergi Mekah bersama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tawaran yang diberikan kepadanya bersama isteri untuk menunaikan haji pada 17 November ini.

Ditanya alasan individu terbabit mahu menajanya, Nik Abdul Aziz berkata: "Rasuah macam mana, kalau hendak kata itu rasuah saya tolak. Mana tahu (alasan pembiayaan itu) tanya dialah. Tahun depan kalau ada lagi saya pergi lagi."

Mengulas siasatan SPRM ke atas menantunya, Ir. Mohd. Ariff Fahmi Abdul Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), katanya, terpulang kepada pihak berkuasa tersebut untuk menjalankan tugas mereka.

Malah katanya, beliau juga bersedia pada bila-bila masa untuk disiasat oleh suruhanjaya tersebut berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam perbadanan yang dipengerusikannya itu.

Katanya, pelantikan Mohd. Ariff Fahmi sebagai CEO dilakukan mengikut proses biasa dan menantunya itu berkelayakan untuk menerajui perbadanan tersebut.

"Tidak ada apa luar biasa (tentang pelantikan Mohd. Ariff Fahmi), saya sendiri lantik jawatankuasa lembaga penasihat PMBK, kalau saya tidak lantik tidak ada apa-apa, benda ini berlaku baru saja, sejak saya duduk sini, sebelum saya jadi Menteri Besar tidak ada jawatan ini.

"Saya lantik dia kerana beliau jurutera ada kebolehan dan saya beri kepercayaan kerana saya kenal anak dan menantu saya, mana boleh Menteri Besar lantik orang yang tidak tentu untuk jawatan ini," katanya.

Isteri Pemimpin PAS Ibarat Minah Rempit

0



Barangkali ada yang akan berasa tersinggung dengan tajuk entri ini, Apakan daya,mereka mereka yang kononnya menjadi pemimpin dan perjuangkan Islam sanggup mengadaikan institusi perkahwinan bagaikan barangan yang boleh dipertaruhkan.

Begitulah rendah nilainya martabat perkahwinan didalam PAS, usahkan jumud malah lebih dari itu mereka sanggup buat demi menghalalkan cara.

Mat rempit jika kalah didalam perlumbaan sanggup pertaruh dan menyerahkan bohsia atau teman istimewa kesayangan mereka hanya kerana kalah didalam perlumbaan. Beginilah jadinya jika mereka yang lemah dan terpesongnya pegangan agama.

Yang amat menjengkelkan, jika terjadi masaalah moral dan sosial dikalangan anak muda,Umno yang dipersalahkan. Tetapi mereka mereka ini dengan nama gelaran alim ulamak didalam PAS yang kononnya lebih tahu dan kuat pegangan agama, perangai mereka saling tak tumpah seperti mat rempit. Kalau mahu berpaling tadah,taruhannya isteri dan jatuh talak 3.

Muslimah PAS ada mengeluarkan kenyataan menyokong perbuatan bi'ah ini,kononnya demi perjuangan,mereka sanggup menghalalkan apa saja.

Muslimah PAS sudahlah pandai berbohong(mereka pandai berbohong di Bagan Pinang) , sekarang sudah pandai menjual maruah mereka.Mereka yang bertudung labuh ini rupanya punyai akal yang singkat.

PAS tak percaya kepada pemimpin PAS?Semurah itukah institusi perkahwinan di mata pemimpin PAS?

Soal akhlak usah ceritalah,memang hancur jika hal ini di praktikkan dikalangan ahli PAS.

PAS, usah membuang masa berbicara soal perjuangan Islam,kerana kamu sememangnya tidak layak langsung ! hipokrit & munafiknya disana sini,ibarat pakaian bagi mereka yang menjadi ahli PAS.

Pisau kata " jauhi diri anda dari PAS,hidup anda aman tanpa parti yang rosak moralnya"

oleh Pisau.net

Selasa, 10 November 2009

Tindakan BANGANG Ketua AMK Selangor...!

0



Bodoh macam lembu, begitulah perumpamaan zaman berzaman sejak kita mempelajari bahasa melayu…..

Tindakan paling BANGANG oleh sekumpulan anak anak muda yang kuunuunnya mahu menjadi benteng kepada pimpinan Khalid LEMBU ternyata memakan diri sendiri.

Pagi tadi bertempat di perkarangan Dewan Undangan Negeri Selangor, AMK Selangor membuat bantahan keatas tindakan ADUN Pelabuhan Klang yang baru baru ini mengumumkan keluar parti PKR dan menjadi wakil rakyat BEBAS menyokong BN.

Mereka bertindak mahu menyerahkan Memorandum Bantahan kepada Yb Badrul melalui pejabat Speaker DUN Selangor. Sms yang mula beredar sejak petang semalam mengajak ramai ahli ahli AMK seluruh Selangor memberikan tekanan agar ADUN Pelabuhan Klang itu meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat agar dapat diadakan satu pilihanraya kecil yang pertama di negeri pemerintahan Khalid LEMBU.

Malang sekali tindakan bangang ini sah mendapat tentangan Speaker DUN Selangor sendiri, Yb Teng Chang Khim yang turut menegur “ ….ini satu tindakan tidak sopan.., mereka boleh serah memo tapi jangan anggap pejabat speaker pejabat pos… pejabat speaker harus dielakkan daripada terlibat di dalam gerakan politik sedemikian,” katanya ”.

"Saya minta AMK ambil kembali (memo) itu daripada pejabat saya. Saya tidak akan serahkan kepada Badrul,” tegasnya lagi.

Sila klik sini untuk baca laporan.

Menggunakan bahasa yang lebih sopan, perkataan bangang boleh disama tarafkan dengan “kurang bijak” memanglah bersesuaian dengan apa yang berlaku…., sepatutnya Ketua AMK Selangor pastikan apa sahaja tindakan yang beliau laksanakan mendapat “endorsement” daripada Yb Yb yang “sama waktu dengannya..”

“.....memang nampaklah mereka yang anjurkan bantahan ini terdiri daripada golongan yang “kecewa” kerana kempunan nak jadi Yb…., maklumlah dah sah tak ada pilihanraya kecil di Pelabuhan Klang..” sahut seorang rakan karib Yb Badrul.

Posted by Medan Info Kita

Isnin, 9 November 2009

Pengundi Islam lari kerana `tahaluf siyasi' Pas menyimpang?

0



Satu hakikat paling penting yang tidak dapat ditolak oleh peserta Seminar Memperkasakan Parti Pas dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah mereka mengakui bahawa imej Pas semakin merosot dan pengundi Islam semakin kurang yakin terhadap Pas dan pemimpin-pemimpinnya!!!

Mungkinkah pengundi Islam semakin lari dari PAS kerana Nik Aziz dan sejumlah pemimpin Pas seperti bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin yang tidak lagi berpegang kepada ajaran Islam sebaliknya berpegang kepada semangat assobiyah kepartian demi mendapatkan kuasa? Nizar misalnya, dalam sidang DUN Perak telah `membuang' perjuangan menegakkan negara Islam dari transkrip, manifesto dan perlembagaan parti tersebut.

Mungkinkah ia juga disebabkan sikap dan perilaku pemimpin Pas yang ibarat cakap tak serupa bikin dan yang dilihat tidak Islamik oleh rakyat? Misalnya, pakatan pimpinan Nizar telah melakukan amalan yang dilihat sebagai tidak Islamik termasuk melancarkan mogok lapar dan Husam Musa yang dikaitkan dengan politik wang semasa Muktamar Pas.

Kajian Zentrum Future Studies terhadap 2100 responden Kajian Mikro Kepercayaan Politik Malaysia yang dibentangkan oleh penerajunya Professor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah di Seminar Memperkasakan Parti PAS kelmarin menunjukkan bahawa 519 orang daripada golongan berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding 181 orang yang positif.

Didapati juga bagi golongan berusia 41 hingga 50, seramai 751 orang menyatakan hilang sokongan terhadap kepemimpinan Pas, manakala 396 responden masih menyokong; kebanyakan mereka yang berpandangan negatif terhadap Pas ini adalah dari negeri Pantai Timur dan Utara.

Kata Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang sewaktu menyampaikan ucaptama beliau, beliau "bukan setakat mahu menang tetapi yang penting adalah mengisi kemenangan itu." Kenyataan ini agak berbeza dengan kenyataan yang pernah dibuat beliau lama dahulu yang saya dengar sewaktu masih belajar, iaitu beliau "kami rela kalah kerana Islam, kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah".

Beliau juga menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab PAS untuk mengajak umat golongan bukan Islam menjadi penyokong kepada perjuangan ini. Kata beliau, hasil daripada 'tahaluf siyasi' dan kerjasama bersama Pakatan Pembangkang telah berjaya melumpuhkan ego kerajan Barisan Nasional (BN) yang begitu takbur sebelum ini.

Sebelum penyokong Pas begitu seronok menjadi kakak tua menyokong `tahaluf siyasi' yang dianjurkan oleh Presiden Pas ini tanpa memahami maknanya, mungkin elok juga kita membentangkan beberapa pandangan yang saya kira tidak dibincangkan dalam usrah pengikut-pengikut Pas.

Terdapat 2 pandangan berbeza tentang konsep kerjasama `tahaluf siyasi' Pas ini. Kebanyakan ulama terdahulu tidak menerima langsung konsep kerjasama ini dan menghukumnya HARAM, atas alasan:

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 51-52 - "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: “Kami takut akan mendapat bencana”. Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka."

Dihujahkan bahawa Islam mengharamkan segala bentuk kesetiaan kepada orang Yahudi dan Nasrani adalah kerana kesetiaan dilarang untuk diletakkan kepada ahli kitab yg berpegang teguh dengan ajaran yang mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan akidah Islam; inikan pula ahli kitab yg jauh menyimpang dr ajaran asal mereka. (dibaca - apa lagi dengan golongan sosialis, komunis dan sekularis di dalam DAP dan PKR.)

Manakala satu lagi pandangan yang mengharuskan tahaluf siyasi adalah berdasarkan hujah tersebut:

Pertama - berdasarkan peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW, yang diriwayat menyatakan "mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan." membawa makna bahawa sebarang perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.

Kedua - berdasarkan perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy, termasuk ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW.

Ketiga - berdasarkan perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”

Keempat - berdasarkan perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian ini melahirkan Perlembagaan Madinah dan menjadi hujah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.

Kelima - berdasarkan perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah yang berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Mekah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy.

Keenam - berdasarkan perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Mekah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.

Di dalam kesemua peristiwa ini, mungkin yang tidak dapat dilihat dengan jelas oleh pengikut Pas adalah;

menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya, tetapi tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh kepada mereka, apa lagi sehingga menggadaikan perjuangannya (seperti yang dibuat oleh Nizar atau yang mungkin dijanjikan oleh pihak tertentu kepada kaum lain dalam hal menentukan kedudukan dan keistimewaan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan).

dalam konteks Perlembagaan Madinah membentuk kerjasama dengan bukan Islam untuk membangunkan sebuah negara bersama-sama atas dasar patriotisme dan kerjasama ini tidaklah sehingga mereka berhak menentukan siapa yang sepatutnya menjadi pemimpin negara atau pemimpin umat Islam (atau menghalang perpaduan sesama Islam?)

dalam konteks hubungan dengan kafir zimmi dan bukan dengan kafir harbi
Kita yakin istilah `tahaluf siyasi' ini akan terus dimainkan sebab bukan semua yang berada di dalam Pas faham dengan maksudnya. Pada waktu yang sama ramai pula ustaz-ustaz dalam Pas yang akan bertindak menjadi `syaitan bisu' yang menyokong kepalsuan pemimpin mereka dan menyorokkan kebenaran atas dasar assobiyah.

`Tahaluf siyasi' apakah yang menjadi pegangan Pas dalam kerjasama mereka dengan golongan sosialis, komunis dan sekularis di dalam DAP dan PKR? Sudah terang lagi bersuluh - masihkah kita berasa hairan jika pengundi Islam semakin menjauhkan diri dari PAS?

Posted by Tun Faisal Ismail bin Aziz

PAS harus keluar daripada Pakatan Pembangkang !

0



Baguslah jika Tuan Guru, YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mula sedar dan turut mengakui yang parti PAS sekarang sudah mengalami kemerosotan sokongan daripada golongan muda. Tok Guru Nik Aziz ketika ditemui oleh wartawan dirumah kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan juga telah menyatakan bahawa mesej yang hendak disampaikan oleh beliau tidak sampai kepada seluruh ahli-ahli PAS.

Mesej yang dimaksudkan oleh Tok Guru Nik Aziz itu ialah mengenai cadangan beliau untuk PAS mengadakan EGM bagi membersihkan "beberapa kerat" pemimpin atasan dalam PAS yang disifatkan oleh Tok Guru Nik Aziz sebagai bermasalah dan akan tetap membawa masalah kepada PAS secara langsung. Maka bertitik tolak dari situlah harapan Tok Guru Nik Aziz mahu melihat PAS kembali mendapat tempat dihati masyarakat Melayu muda terutamanya dan orang-orang Islam amnya.

Jadi, oleh kerana Tok Guru Nik Aziz telah sedar akan perkara itu adalah lebih baik sekiranya Tok Guru Nik Aziz mengemukakan satu lagi usul yang boleh menggemparkan dunia politik tanah air dengan mencadangkan supaya Parti Islam SeMalaysia(PAS) keluar dari Pakatan Pembangkang dan kembali berjuang secara sendirian tanpa perlu mengikat kontrak lagi dengan DAP dan PKR.

Sejak PAS bergabung dengan DAP dan juga PKR setelah menubuhkan satu pakatan yang tidak sah dari segi undang-undang dan juga perlembagaan kerana tidak pernah berdaftar dengan ROS sebagai satu pertubuhan sebagaimana Barisan Nasional, kita telah melihat bagaimana PAS sanggup mengubah segala dasar yang telah dijadikan sebagai landasan perjuangan mereka sejak PAS ditubuhkan dulu tetapi perkara seperti itu tidak juga berlaku pada DAP dan juga PKR.

PAS seperti tidak kisah walaupun parti itu setelah bersatu dalam Pakatan Haram turut melupakan matlamat asal parti itu yang perjuangannya bertunjangkan agama Islam apabila terpaksa mengalah kepada tekanan yang dibuat oleh DAP agar menggugurkan slogan "membangun bersama Islam" bag menubuhkan sebuah Negara Islam yang akan menggunapakai segala undang-undang Hudud dalam pemerintahannya.

Jika PAS telah mengubahsuai dasar perjuangan mereka demi menjalinkan kerjasama dengan DAP serta PKR dalam Pakatan Haram itu, tetapi tidak pulak kita nampak yang DAP dan juga PKR turut berbuat demikian. DAP kita lihat masih kekal dengan slogan parti itu iaitu " Malaysia Malaysian" yang mahu memperjuangkan hak kesamarataan dikalangan rakyat seluruh Malaysia yang berbilang kaum dan agama serta turut berusaha untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru(DEB), iaitu dasar yang telah banyak membantu kaum Melayu dan bumiputera lainnya untuk duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi dengan kaum lain di negara ini.

Manakala PKR pula terus saja dengan dasar parti itu yang perjuangannya jelas berdasarkan kepada sentimen kebencian atau yang bersifat balas dendam serta turut berjuang untuk menegakkan "KeADILan" hanya untuk Anwar Ibrahim. PKR sama juga sebagaimana DAP yang tidak mengorbankan apa-apa juga dasarnya demi kerjasama dengan PAS.

Yang jelas dan terang sekali ialah apabila PAS sanggup menggadai dasar-dasar parti yang mereka perjuang selama ini demi untuk mengambil hati pihak DAP terutamanya dan juga PKR. PAS juga rela ajaran agama Islam seperti ayat-ayat suci dalam Al Quran untuk dinodai oleh rakan-rakan mereka dalam Pakatan Haram apabila telah terbukti membiarkan Nga Kor Ming, N. Gobalakhrisnan serta Lim Guan Eng untuk menyalahgunakan ayat-ayat suci dari dalam Kitab Suci Al Quran sebagai bahan untuk mereka mencerca serta menghina pemimpin UMNO khas Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib.

Tragedi yang terbaru apabila PAS telah merelakan ADUN Sri Andalas, Selangor YB Dr. Xavier Jeyakumar untuk berceramah didalam masjid iaitu satu tempat yang sebenarnya tidak boleh dimasuki oleh orang yang bukan beragama Islam. Sebagai seorang yang mungkin beragama Kristian, YB Dr. Xavier tentu faham akan kedudukan beliau kini dalam agama Kristian. Sebagai seseorang yang berpendidikan tinggi lebih-lebih lagi sebagai seorang Ahli Yang Berhormat Dr. Xavier lebih peka dengan dua keadaan yang ternyata berbeza seperti itu.

Dan terutama sekali bagi PAS iaitu setelah parti itu jelas dilihat sanggup untuk menggadaikan semua perkara yang sepatutnya mereka pertahankan selaku orang Melayu dan Islam demi untuk mencapaikan hasrat mereka hendak menjatuhkan serta menghancurkan UMNO yang juga merupakan nadi utama kaum Melayu dan Islam di negara ini, adakah PAS tidak terfikir untuk mengubah semula hala tuju perjuangan mereka dengan mengambil langkah drastik iaitu tinggalkan Pakatan Haram dan kembalilah keperjuangan asal.

PAS harus mencontohi UMNO dalam menegakkan ajaran Islam di negara ini. UMNO tidak pernah untuk membenarkan mana-mana pihak walaupun dari kalangan rakan didalam Barisan Nasional seperti MCA dan MIC untuk mengambil mana-mana satu ayat dari dalam Al Quran sebagai keperluan yang bertujuan digunakan untuk meraih sokongan serta simpati daripada rakyat. Dan oleh itu, jika PAS merasakan langkah yang mereka buat selama ini adalah satu kesilapan maka perlulah untuk PAS kembali dan mulakan langkah baru jika mahu kepercayaan rakyat tidak terus pudar terhadap PAS.

Dicatat oleh hilbert

Jumaat, 6 November 2009

Bukti Rakyat Semakin Marah Dan Benci Dengan Anwar Ibrahim

0



Jalan Tun Razak




Bukit Tungku berhampiran The Mall




Jalan Duta






Tokey meronda dengan sahabat pada awal pagi kelmarin. Asalnya mahu mengambil angin Kuala Lumpur pada waktu malam. Tak disangka-sangka Tokey terjumpa banner-banner tidak bertuan disekitar Kuala Lumpur.

Asalnya Tokey melalui Jalan Tun Razak berhampiran GH tetapi telah terjumpa banner yang pertama diatas. Tokey berpendapat ini adalah kemarahan rakyat terhadap apa yang berlaku pagi 2 Nov dimana Anwar Ibrahim telah memfailkan untuk menggugurkan pertuduhan terhadap kes liwatnya.

Setelah melalui Jalan Duta, Tokey terjumpa lagi satu banner berkaitan hal yang sama. Wah..ini sudah betul-betul hebat nie. Individu yang gantung pasti benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku. Tokey yakin pasti ada banyak lagi banner yang sama digantung disekitar Kuala Lumpur.

Pendapat Tokey, ini telah membuktikan bahawa rakyat sudah muak dan benci dengan tingkah laku Anwar Ibrahim yang cuba menafikan keadilan untuk Saiful Bukhari. Kepada mereka yang menggantung banner tersebut sekalung syabas untuk saudara kerana suara kemarahan anda sudah didengari oleh seluruh rakyat Malaysia bila Tokey mempublish cerita ini. Minta e-mail Tokey untuk ucapan syabas atas keberanian anda

Kepada saudaraku Saiful anda tidak keseorangan dalam menghadapi dugaan Allah. Percayalah rakyat Malaysia masih bersama-sama untuk berkongsi dugaan ini. Kepada sang peliwat pujangga Putrajaya berilah Tokey peluang untuk menampar mukamu sebagai tanda kekecewaan kerana merosakkan keharmonian bumi yang bertuah ini.

Tokey - Masih ada lagi gambar yang Tokey enggan siarkan kerana ini sudah cukup menggambarkan kemarahan rakyat Malaysia.

Tolong sebarkan....

Diluluskan oleh TokeyGaram

Khamis, 5 November 2009

Tanah Wakaf Di Pulau Pinang Mungkin Akan GHAIB

0


Bagaimanakah nasib umat Islam pada masa depan di Pulau Pinang jika tanah wakaf untuk kegunaan umat Islam ini dikawal oleh LGE DAP ULTRA KIASU bukannya oleh MAIPP ??

Jelas ia amat merugikan umat Islam di Pulau Pinang tetapi apa 4 ekor Adun Melayu PKR PENIPU RAKYAT dan PAS YANG HAMPAS dalam kerajaan Pakatan Haram buat?? Kalau puak2 ni dikatakan wakil kepada orang Melayu, apa yang mereka pejuangkan ?? Apa peranan Mansor Othman sebagak TKM 1 untuk jaga kepentingan umat Islam yang kini cuba dihapuskan oleh LGE DAP ULTRAKIASU ??

Jika dilihat daripada data yang merangkumi negeri Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan, Pulau Pinanglah merupakan negeri yang mempunyai tanah wakaf yang paling banyak dimana kebanyakan dari tanah tersebut telah disumbangkan oleh kaum India Muslim.

Jelas LGE DAP ULTRAKIASU ini mempunyai perancangan tersendiri di Pulau Pinang sejak dia pegang jawatan Ketua Menteri ,dia lebih banyak teropong tanah milik orang Islam di Pulau Pinang .

Apabila dia mencampuri urusan isu tanah wakaf dan membuat sekatan untuk MAIPP mengambil alih tanah wakaf untuk kegunaan umat Islam ianya jelas amat mendukacitakan umat Islam.

Mengapa Pemuda PAS YANG HAMPAS diam membisu dalam isu ini sedangkan mereka tahu semua ini ?? Dalam Harakah bukan main lagi mereka menghentam MAIPP kerana tak bangunkan tanah wakaf tetapi perkara pokok yang sedang menghalang pembangunan tanah wakaf ini adalah dari khalifah Umar Abd Aziz mereka iaitu LGE DAP ULTRAKIASU !!!!!!!

Posted by Rahman,Ahchong,Muniandy

Hussam mahu khidmat Amerika?

0



Hussam Musa tak layak menjadi Menteri Besar Kelantan menggantikan Nik Aziz kerana ideanya masih terkongkong dengan propaganda Anwar Ibrahim.

KENAPA agaknya mentaliti rakyat Malaysia lebih gemar membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara luar, misalnya Made in Thailand atau Made In US berbanding dengan 'Belilah Barangan Buatan Malaysia'?

Bahkan pelacur sekali pun 'kita' mengimport dari luar negeri terutama Vietnam, Republik Rakyat China, Indonesia dan negara Thailand! Adakah kerana 'ketahanan' dan berkualiti berbanding 'brand' tempatan?

Kalau kereta memang produk luar negara terutama dari Jepun dan Amerika atau Euro memang mempunyai ketahanan, tetapi jangan bandingkan kualiti Proton Perdana atau Kancil dengan Harier sahaja, bandingkan harganya sekali! Kereta Kancil harga RM25,00 misalnya, Harier dari Britain, harganya RM300,000. Kita lupa pasal kereta. Abe MIE hanya membuat perbandingan sahaja.

1. Kita lihat dalam kes kematian Teo beng Hock, kita lebih percaya kepada 'andaian' yang dilakukan oleh 'produk' Made in Thailand. Mayat terpaksa digali semula semata-mata tidak percaya doktor dan pakar dari Malaysia.

Bagaimana dengan saksi-saksi lain mengenai kematian Teo? Kalau begitu, kita menjemput pakar luar sahaja untuk menyelesaikan kes dan tidak perlu membayar gaji doktor, peguam dan hakim!

Bagaimana keadaan mayat Teo yang sudah ditanam sudah tentu dimakan ulat dan segala 'makhluk perosak'. Adakah pakar import yang ditaja oleh Kerajaan Pakatan Selangor akan kata, itulah kesan dipukul! Gila. Itulah kerja gila yang dilakukan oleh keluarga Singh di mahkamah sedangkan banyak kes tertunggak sejak 10 tahun belum diselesaikan.

Kalau begitu, kita gali mayat pemimpin PAS yang terbunuh semasa peristiwa memali untuk menegakkan keadilan di mahkamah!

2. Semasa Anwar Ibrahim ditangkap kerana tuduhan rasuah dan masalah moral, Pakatan meminta bantuan daripada negara Amerika. Bukan itu sahaja, kita sendiri mempertikaikan sistem perundangan negara dan cuba memberi peluang kepada penjajah untuk mengeksploitasi keadaan politik negara. Siapa yang mendapat keuntungan?

Kalau ada segelintir pemimpin Pakatan yang tidak suka tinggal di Malaysia, mereka memohonlah menjadi warga Nigeria atau Somalia, lihat bagaimana 'kemakmuran' negara Islam di sana. Pemimpin PAS boleh membunuh musuh politik sesuka hati dan berkahwin seramai mana perempuan tanpa disekat oleh sultan atau undang-undang.

3. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Hussan Musa mahu menggunakan khidmat Mahkamah Amerika Syarikat dan Kanada untuk menyelesaikan isu tuntutan Royalti Minyak.

4. Hussan Musa akan melantik panel peguam untuk mengkaji tindakan membatalkan perjanjian dengan Petronas yang ditandatangani pada 1975. Adakah perjanjian baru melibatkan kepentingan Amerika antara Kerajaan Malaysia dengan Petronas akan ditandatangani? Beruntunglah rakyat Kelantan kerana Kerajaan Amerika membantu mereka sebagaimana dilakukan ke atas rakyat Iraq!

5. Adakah PAS Kelantan akan meminta 'kebenaran' atau melantik peguam untuk membatalkan sistem perundangan negara semata-mata ingin melaksanakan hukum Hudud?

Abe MIE percaya, Amerika akan membantu PAS kerana ingin melihat orang Melayu bergaduh dan agama Islam menjadi agama pendatang di negara sendiri. Pada masa itu, orang Melayu Kelantan akan menjadi bangsa Amerika Kelantan dan menggunakan dialek bahasa Bush.

6. Hussam Musa lupa apa yang berlaku di dunia adalah kesan ketidakadilan yang dilakukan oleh Amerika! Kenapa PAS mahu mendapat khidmat nasihat dari luar negara? Adakah Amerika sudah memberi keadilan kepada negara Islam yang lain, boleh Hussam buktikan! Adakah orang Islam di Amerika setaraf bangsa Yahudi sebagaimana Melayu memberi taraf yang sama rata pada India dan Cina!

7. Apa yang berlaku terhadap negara Iraq kini? Apa yang terjadi pada Somalia selepas menghapuskan rangkaian pengganas? Apa yang dialami oleh penduduk Palestin? Apa yang berlaku kepada Iran? Korea Utara dan Selatan bergaduh sesama sendiri angkara siapa? Harga minyak meningkat mendadak angkara siapa? Siapa yang membenarkan Israel memiliki nuklear dan melarang Iran memilikinya?

8. Kalau Hussam Musa mahu menggunakan khidmat dari Amerika (Made In US) abe MIE cadangkan Kelantan diletak di bawah pentadbiran US sebagaimana Taiwan sebelum ini ditadbir oleh Britain! Kelantan dijadikan wilayah jajahan US. Setuju tak Hussam Musa dengan idea ini! PAS bolehlah buat hukum hudud sesuka hati!

9. Hussam Musa dan PAS Kelantan dan PAS Malaysia 'terhidu' bau sekiranya Royalti Minyak ditukar kepada Wang Ehsan, sudah tentu mereka semua tidak merasa wang berkenaan untuk kronis PAS yang akan menjalankan projek di Kelantan.

10. Kena ingat, kejayaan mengurus Wang Ehsan melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) membantu orang miskin dan pembangunan sebagaimana berlaku di Terengganu dan Perak akan menyebabkan tanggung jawab kerajaan negeri semakin mengecil.

Orang kampung akan kata, kita dapat wang bukan dari PAS, PKR atau DAP tetapi dari BN. Inilah yang ditakuti oleh PAS sebagaimana mereka berjaya mentadbir Terengganu sepenggal sahaja walaupun Presiden PAS dan Datuk Mustapha Ali berasal dari sana.


abe MIE- UMNO kena memberi penjelasan kerana isu ini akan menjatuhkan imej Kerajaan Persekutuan. PAS akan melakukan propaganda dengan memberitahu kita semua, DS Najib mengambil semua harta rakyat Kelantan. Sekiranya UMNO berjaya mematahkan hujah pembangkang, sudah tentu rakyat Kelantan akan kata, terima kasih DS Najib dan lebih baik menyokong Datuk PA sebagai Menteri Besar, bukannya Nik Aziz.

-abeMie Terjah-

Rabu, 4 November 2009

Edisi Khas : Rahsia kerajaan Pakatan Rosak di Selangor sudah terbongkar !

0



Pertama saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi hadir ke blog saya ini. Meskipun saya agak 'liat' mengemaskini kerana kesibukan kerja sekarang ini namun percayalah hati saya tetap gelisah untuk segera menambah artikel terbaru saya di sini. Mana mungkin saya akan biarkan anda datang dan hampa kerana tidak dapat sesuatu yang baru untuk dibaca di sini.

Semuanya hasil kesedaran bahawa negara ini akan dirosakkan oleh segelintir kafir harbi dan munafiq aka alkazzab yang sanggup menjadi pengkhianat kepada agama bangsa dan negaranya. Tahniah atas keberanian Tan Sri Muhyidin Yasin atas kritikan pedas yang diutarakan terhadap Anwar Ibrahim yang jelas telah mengancam kestabilan negara dengan agenda politik beliau yang tidak pernah puas selagi dendam kesumatnya terhadap UMNO tidak dilunas.

Untuk edisi kali ini saya ingin berkongsi beberapa info yang telah disampaikan kepada saya. Percayalah ini antara perkara yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rosak di Selangor selepas mendapat mandat untuk mentadbir negeri yang terkaya di negara kita tersebut. Rakyat perlu mengetahui kisah ini agar mereka tidak mudah keliru dengan retorik kosong mereka yang manis di lidah sahaja. Maklumat ini diberi oleh seseorang yang saya percaya dan kenal rapat dengannya.

Menurut info yang disampaikan, pada bulan Jun lalu Menteri Besar Selangor telah menyampaikan cek berjumlah RM 2 juta kepada 4 buah sekolah Menengah Cina ( Persendirian ) yang berada di Klang. Sebelum itu sebanyak RM 4 juta telah diberi kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Ia jelas hasil desakan DAP ( jika tidak siapa lagi ? ) yang memang ingin kekayaan negeri diagihkan kepada golongan bangsa mereka sahaja walau menimbulkan perasaan tidak puas hati bangsa atau agama lain. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa pembahagian 4 juta setiap kaum ( peruntukan semua berjumlah RM 12 juta ) adalah tidak berasaskan kepada konsep adil sebenar di dalam Islam. Itu tidak dikira lagi cadangan untuk memberi zakat kepada orang tidak memeluk Islam di Selangor.

Sepatutnya MB memberi peruntukan berdasarkan kepada jumlah sekolah yang ada di Selangor. Di mana mengikut maklumat yang saya terima sekolah agama rakyat samada SRA / SAR / KAFA berjumlah 70 peratus dari jumlah sekolah yang wujud di sana dan sek kebangsaan atau menengah jenis Cina hanya 15 persen dan India 13 peratus sahaja. Maknanya dari RM 12 juta sepatutnya 70% dari peruntukan Kerajaan Negeri Selangor ( lebih kurang 8.4 juta ) patut diagihkan kepada sekolah agama dan selebihnya barulah diberi kepada sekolah Cina dan India.

Adakah MB Selangor ini boleh diharap untuk menjaga hak hak kita ???

Namun perlaksanaan MB Badut tersebut tidak ubah menafikan hak kita dan anak anak kita sehingga peruntukan yang sepatutnya RM 8 juta telah berkurangan menjadi RM 4 juta untuk diagihkan kepada hampir lima ratus sekolah agama di Selangor. RM 4 juta yang lain diberi kepada yang tidak berhak memperolehinya. Sedangkan sekolah Cina yang sudah kukuh kewangan mereka diberikan lebih dari sepatutnya mereka terima atas dasar konsep KESAMARATAAN yang turut disokong oleh sesetengah umat Islam yang tidak faham apa erti adil yang diajar Tuhan.

Malang sekali perkara ini telah pun berlaku dan tentu tidak ada seorang pun pengundi Pakatan Rosak yang mampu buat apa apa lagi sekarang. Jika mereka membaca fakta ini pun mereka tidak dapat lagi merubah kerajaan Selangor yang penuh korupsi tersebut, walau air mata darah mengalir sekalipun. Mereka tidak wajar salahkan sesiapa sekarang kecuali diri sendiri yang begitu mudah terpedaya dengan ahli politik Pakatan Rosak yang banyak berjanji tetapi gagal tunaikan hingga hari ini.

Ada banyak lagi perkara yang saya terima tentang kebobrokan kerajaan Selangor bawah MB Badut yang agak GAGAP ini. Namun saya akan siarkan satu persatu untuk membuktikan bahawa mereka telah gagal dalam mengira perasaan kita sebagai umat Islam dan sayang kita kepada sekolah agama yang menjadi sekolah anak cucu kita semua...Malang sekali lagi kita semua tak dapat buat apa apa untuk menghalang mereka, kecuali sekadar menulis melepaskan kemarahan yang terbuku di dada.

Harapan saya tolong sebar dan fahamkan rakan-rakan kita bahaya yang menanti jika kuasa lebih besar diperolehi oleh mereka yang korup ini. Lihat sahaja kes kematian Teoh Beng Hock turut dipolitikkan dan tentu sahaja tuduhan liar mereka tetap dituju kepada kerajaan / agensi kerajaan walau ia tidak berasas sedikitpun. Ia hanya cubaan mereka untuk menutup tanggapan negatif rakyat terhadap puak puak mereka.

Tunggu akan ada lagi pendedahan sebegini dan pastinya tentang kerajaan Selangor yang telah menjadi perhatian ramai kerana tingkah laku adunnya yang memang melampau !!!

Pastikan Selangor akan kembali kepada ahli politik yang berupaya menjaga hak hak kita pada PRU akan datang tidak lama lagi !!!!!!!!!!!

oleh Panglima Perang Siber

Selasa, 3 November 2009

Farid Saad Mendedahkan Pembohongan Lim Guan Eng!

0



Dr Novandri Hasan Basri

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang telah berbohong di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Perkara ini telah diberitahu kepada penulis oleh YB Muhd Farid Saad, ADUN Pulau Betong. Penulis telah menerima sms daripada beliau semalam.

Sms beliau :- "Saya telah tegur Guan Eng kerana menipu dewan dengan maklumat tidak betul dalam mesyuarat dewan yang lepas."

Kenyataan YB Farid Saad juga telah disiarkan di dalam suratkhabar News Straits Times :-

"The state Barisan Nasional has accused Chief Minister Lim Guan Eng of lying to the people on the status of land conversion from leasehold to freehold. Pulau Betong assemblyman Muhammad Farid Saad said Lim had misled the state assembly at the last sitting in August when he said there were no such conversions between April last year and June this year.

Farid said it was unbecoming of Lim, who constantly advocated transparency, to mislead the assembly and the people of Penang. "We are wondering how many more land conversions have been approved on the quiet and what premiums were imposed."

Farid was referring to the question he posed to Lim on whether there had been any land conversions for development purposes during that period- NST"

YB Farid Saad juga telah menerangkan di dalam sms beliau iaitu :-

"Ramai orang bersetuju dengan usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganjurkan seminra intergriti pada 29hb Oktober 2009. Peluang yang diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (LGE) melalui ucapan perasmiannya dengan menyelar secara bersungguh-sungguh amalan rasuah yang secara tidak langsung ditujukan kepada pemimpin dan penjawat awam Persekutuan.

Antara yang dibangkitkan ialah Malaysia kehilangan RM28bilion akibat amalan rasuah disamping mengungkitkan kembali beberapa projek rasuah kerajaan BN seperti stadium di Terengganu yang roboh, laporan terkini Ketua Audit Negara dan peristiwa kehilangan nyawa 3 murid sekolah di Perak.

Dalam masa yang sama, LGE telah menggembar-gemburkan usaha Kerajaan Negeri dibawah kepimpinanannya membenteras rasuah seperti pengenalan CAT, sistem tender terbuka, perbelanjaan berhemah dan insentif khas pelapor rasuah. Sememangnya LGE mempunyai persepsi negatif terhadap kerajaan persekutuan yang dianggapnya rata-rata mengamalkan rasuah.

Malangnya institut intergriti yang merupakan agensi persekutuan dengan dibantu sepenuhnya oleh SUK telah memberi laluan kepada pemimpin pembangkang ini untuk mendapatkan mileage cukup besar dan memberikan ucapannya untuk memperkasakan PR/DAP di Pulau Pinang.

Sepatutnya, kempen dan promosi ini hanya diberikan kepada pemimpin persekutuan sahaja."

Pada dasarnya, penulis bersetuju dengan kenyatan Farid Saad bahawa manipulasi dan putar belit yang telah diambil oleh Lim Guan Eng. Lim Guan Eng berbicara seolah-olah parti DAP dan Pakatan Rakyat itu bersih daripada rasuah.

Akan tetapi, jika dibuat perbandingan dengan usia yang terlalu muda untuk parti Pakatan Rakyat/DAP mentadbir negeri Pulau Pinang, pemimpin-pemimpin mereka juga telah ramai yang terbabas dan telah mengamalkan rasuah!

Institut Intergriti adalah usaha bersungguh-sungguh kerajaan persekutuan untuk mengurangkan amalan rasuah di dalam negara ini. Tetapi pastikan juga tiada yang akan mengambil kesempatan atau meneguk di air yang keruh seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng!

Isnin, 2 November 2009

ANWAR BERADA DI MESIR

0



29 Oktober, Khamis - Anwar Ibrahim bersama pimpinan PKR seperti Saifuddin Nasution dan Ust. Badrul Amin telah memberikan ceramah yang bernuansakan politik kepada lebih kurang 400 mahasiswa/wi Malaysia dan sebahagian Indonesia yang hadir di Haiyyu Asyir, Kaherah.

Penulis hadir dengan tidak duduk bersama mahasiswa d tempat yang disediakan. Tetapi penulis mengambil keputusan untuk berdiri di belakang memerhatikan keadaan.

Pengerusi Majlis sempat memesan kepada hadirin untuk tidak membuat sebarang rakaman. Hal ini dikhuatiri kerana takut dengan isi yang disampaikan akan diketahui di dunia internet.

Penceramah pertama, Ust. Badrul Amin memulakan syarahannya dengan semangat berapi-api dengan mengatakan PMRAM itu lebih tua daripada Malaysia. Beliau sekali lagi mengatakan PMRAM adalah satu badan yang paling berwibawa di antara persatuan lain di Mesir. Demikian syarahannya berdasarkan pengalaman beliau yang pernah study di Mesir.

Penceramah kedua, Saifuddin Nasution pula memulakan dengan defisit kewangan yang melanda ekonomi Malaysia. Beliau mengatakan pentadbiran BN yang menyebabkan berlakunya defisit ini. Beliau tanpa menyedari bahawa berlaku defisit ini ketika Anwar mahu menubuhkan kerajaan pada 16 September pada tahun lalu yang menyebabkan para pelabur menarik dana daripada melabur di Malaysia.

Beliau juga membuat retorik apabila beliau menyatakan bahawa bentuk kewangan di negeri yang diperintah oleh Pakatan Pembangkang sangat baik. Beliau juga memetik kata-kata Lee Kua Yee ketka melawat Malaysia dengan mengatakan pentadbiran pakatan pembangkang di 5 negeri lebih baik berbanding negeri yang diperintah oleh BN.

Beliau tanpa menyedari bahawa Lee Kuan Yee berkata begitu atas dasar bermusuhan dengan bekas Perdana menteri Tun Mahathir. Beliau juga mengatakan bahawa Embassy Canada teruja dengan rumah Tuan Guru Nik Aziz yang begitu daif walaupun Tuan Guru Nik Aziz merupakan Menteri Besar Kelantan. Demikian khabar yang disampaikan oleh Saifuddin Nasution.

Kemudian, penceramah terakhir pada malam tersebut adalah Saudara Anwar Bin Ibrahim. Beliau memulakan dengan cerita fitnah ke atasnya. Beliau mendakwa 4 pakar perubatan telah men"check" anal saudara Saiful, namun tidak ada kesan pun, namun kerajaan Malaysia memaksa supaya Anwar dibicarakan. Sedangkan hanya seorang sahaja doktor yang men"check". Itupun bukan doktor pakar dalam bidang tersebut.

Kemudian Anwar mendakwa bahawa Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyokong beliau dalam kes ini kerana Anwar membawa kes ini ke mahkamah syariah. Sedangkan masih belum terdapat sumber yang mengatakan bahawa Anwar bertemu dengan Yusuf Al-Qardhawi dalam hal ini. Anwar kemudian membuat satu lagi khabar yang entah sahih ataupun tidak iaitu Sheik Ali Jum'ah, Mufti Mesir juga menyokong beliau dalam kes tersebut.

Penulis sempat tersenyum kerana Anwar telah membuat para pendengar teruja kerana kesemua mahasiswa pada malam itu terdiri daripada mahasiswa agama yang kenal dan familiar dengan 2 nama tokoh agamawan yang beliau sebutkan iaitu Dr. Yusuf Al-Qardawi dan Sheikh Dr. Ali Jum'ah.

Penulis membuat satu analisa tentang kenapa Anwar datang ke Mesir secara simplistik. Penulis sememangnya merasakan bahawa persatuan pelajar di Mesir ini merupakan satu kekuatan yang besar kepada pakatan pembangkang. Boleh dikatakan bahawa PMRAM (persatuan Mahasiswa Republik Arab Mesir) merupakan satu kilang melahirkan pembangkang di Malaysia kelak.

Ditemui begitu banyak blog-blog pro pembangkang datang dari PMRAM. Penulis merasakan semacam ada satu seruan untuk menyeru mahasiswa di Mesir ini untuk bersuara melalui apa jua media terutama melalui blog berdasarkan ceramah Anwar yang begitu berapi-api meniupkan semangat pelajar melalui penulisan.

Seakan memahami betapa pentingnya berblog. Kerana sesungguhnya mata pena itu lebih tajam dari mata pedang. Ia boleh mengubah masyarakat ke arah apa yang dikehendaki melalui penulisan, Kerana penulisan akan sentiasa dibaca di sepanjang zaman. begitulah kemukjizatan Al-Quran apabila kekal melalui Penulisan.

Pemerhati Lembah Nil...

Posted by EMANG