Jumaat, 30 Oktober 2009

AnWAR DAH CABUT?

2


1. Kalut, ribut dan berkecamuk, itulah kesimpulan yang dapat dibuat tentang kemelut terbaru yang melanda PKR! Usahlah dinafi ini mainan media arus perdana atau upahan seteru PKR bagi menutup kelemahan mereka. Bangkai gajah tidak akan tertutup dengan pelepah kelapa. Azizah si 'kakatua' (spt kata Azmin) mengakui kemelut ini bakal menghakis sokongan kepada PKR. Nampaknya bateri AAA ini semakin lemah.

2. Persoalan sekarang, kenapa Azizah yang harus tampil memberikan kenyataan berhubung kemelut terkini PKR. Itu pun melalui kenyataan media yang diedarkan tanpa beliau sendiri hadir dalam sidang media. Apakah beliau bimbang tidak dapat menjawab soalan-soalan dari wartawan atau masyarakat umum yang ingin tahu kemelut PKR ini? Atau beliau bimbang menunjukkan 'kebodohan' beliau di hadapan para wartawan?

3. Kelibat AnWAR yang mencetuskan pergolakan ini juga tidak kelihatan! Entah dimana beliau sekarang. Menurut beberapa teman wartawan usaha menjejaki AnWAR gagal sejak kelmarin. AnWAR dijadualkan tidak punya apa-apa program besar sehingga 3 November ini (kes liwat beliau). Pastinya kenyataan Azizah selaku Presiden PKR dikeluarkan atas arahan AnWAR. Azizah juga tidak dapat dipastikan berada dimana sekarang.

4. Ramai juga pemimpin PKR bertanyakan dimana AnWAR ketika ini. Mungkin satu dua yang tahu dimana AnWAR dan Azizah tetapi tidak mahu berkongsi maklumat ini dengan ahli dan penyokong mereka sendiri. Pemimpin apakah ini yang tidak mahu memberitahu dimana AnWAR hatta kepada penyokong mereka sendiri yang bersengkang mata dan kehidupan mempertahankan AnWAR selama ini. Masih berbaloikah mereka menyokong AnWAR?

5. Umum mengetahui, setiap kali AnWAR berak di tengah jalan, Azizah dan pimpinan yang lain akan tampil mencuci tahi AnWAR, sedangkan AnWAR senang-senang berehat dengan tenang selepas berak. Sementelah, beliau akan mentertawakan pecacai-pecacai ini mencuci tahi yang ditinggalkannya. Nanti diberitahu kepada penyokong, saya ke luar negara bertemu pemimpin itu dan ini, berbincangg tentang ekonomi dunia, berbincang mengenai masalah umat islam sejagat!

6. Apakah AnWAR senyap-senyap telah ke Amerika sekali lagi menagih simpati, meminta nyawa bagi meneruskan hidupnya yang bergelumang hipokrasi. Apakah AnWAR ke Timur Tengah agar menjelang 3 November ini, AnWAR bisa memberitahu beliau baru kembali dari bertemu ulamaa' itu dan ini konon memberi persepsi yang baik mengenai dirinya. Barangkali ini juga helahnya nanti yang memebenarkan dirinya tidak mahu bersumpah!

7. Nyata kehilangannya sekarang diragui. Jangan dikesampingkan andaian AnWAR telah bersedia untuk lari dari negara ini meninggalkan penyokongnya nanti. Alasannya nanti, beliau bimbang keselamatan diri serta keluarganya. Penyokong PKR dan pembangkang yang kelabu asap masih bisa percaya kelentong AnWAR ini. Segalanya dirancang rapi oleh AnWAR bagi menjayakan drama terbarunya kali ini.

Azizah sentiasa digunakan bagi menarik simpati umum. Kenyataan Azizah yang 'berbau' rayuan agar peyokong memberi peluang kepada pimpinan menyelesaikan kemelut terkini adalah permulaan kepada episod drama terbaru ini......

Sekian.

Posted by x-pkr

Khamis, 29 Oktober 2009

Telor NGA bengkak!

0


Semasa Persidangan DUN Perak semalam, Cina-cina dari parti komunis DAP buat hal lagi. Kalau dulu, Tian Chua dituduh menggigit anggota polis sehingga di penjara dan didenda, oleh mahkamah, kini Nga Kor Ming pula 'digigit' oleh orang tertentu.

Drama gigit menggigit selalunya dalam aksi DVD XXX, namun di pentas politik kini, kita boleh lihat cerita yang sama, Nga digigit di anu oleh anggota polis. abe MIE tidak pasti sama ada semasa dia kena gigit, Nga buat tak tahu sebab sedap macam Helmi kena gigit kat Alizaberth Wong. Nga hanya membuat pengumuman selepas persidangan yang anunya kena gigit.

Lucu ke bila dengar cerita ini? Kalau digigit oleh orang yang tidak dikenali, kenapa Nga tidak tendang orang itu? Kenapa Nga biarkan anu dia kena gigit? Kalau gigit kat lain tempat, tak kira di batang timun atau atas kepala ikan kerapu, abe MIE rasa itu gigit 'sayang'. Nie tak, nak juga gigit kat 'batu bersurat'.

Setahu abe MIE, binatang yang suka gigit dan menendang batu ialah ketam dan kerang untuk dijadikan makanan. Tak tahu lah ada ketam dan kerang dalam Persidangan DUN Perak untuk gigit dan tendang 'batu' Nga.

Itu tak apa lagi, siapa agaknya yang gigit batu Nga kerana ADUN Pakatan diberi kerusi khas dan tidak bercampur dengan ADUN BN! Tak kan Tajul Rosli atau Zamry. Diaorang dok kerusi lain dan jauh dari Nga. Yang dekat dengan Nga ialah Nizar Jamaluddin.

Mujur Anwar Ibrahim tak datang ke Persidangan DUN semalam, kalau tidak ada yang pergi ke balas polis untuk membuat repot yang buntut kena gigit ! Kemudian, melakukan pemeriksaan di klinik Pusrawi Perak, kalau ada lah untuk melihat sama ada buntut ada kesan lebam! Itu dah jadi cerita lain.

Boleh jadi anu Nga kena gigit kat brother Sivakumar, bekas Speaker Pakatan. Maklumlah dia sedang marah kepada pihak polis yang merampas baju 'jubah' kegilaannya selama ini sehingga koyak. Tidak 'terperasan' apabila Sivakumar sedang gigit anu Nga, sangkanya sedang menggigit anu orang lain. Untuk mengelak malu, Sivakumar menendang anu Nga.

Yang bertambah hairan, pada masa itu Nga tidak rasa sakit pula. Ahli gusti WWE dan WWF pun akan meraung kesakitan sekiranya batu anu kena tendang, inikan pula Nga. Hebat tu.

Apa yang bermain di fikiran abe MIE, siapa gamaknya yang mahu menggigit batu Nga. Dah lah kencing tak basuh, wayar broandband pun tak POTONG. Busuk weiii...bau macam-macam rempah-ratus yang haram kejadah. Tapi yang haram dan busuk itu macam kata Shahnon Ahmad, itulah yang digemari oleh orang politik. Bila ada busuk, ada juga rasa masam dan masin. Semua itu menambah perisa dalam satu pakej macam iklan SECUKUP RASA.

Tetapi tidak logik sekiranya anu Nga kena gigit, untuk menambahkan kehebatan drama semalam, Nga memberitahu yang anunya lebam kena pukul oleh polis. Kalau tidak, orang tak percaya. Kalau ditendang orang boleh terima.

Kalau ditendang kuat, batu anu Nga akan mengalami gejala H1N1 yang boleh menyebabkan muntah, batuk dan selesema. Ini kes teruk. Kena jumpa bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek untuk pemeriksaan lanjut.

Sekiranya gejala ini tidak dirawat, kemungkinan besar Nga akan mandul dan yang akan menerima nasib malang ialah isteri Nga. Sanggup kah isteri Nga melihat buat yang lebam pada setiap masa sedangkan ia tidak pernah luruh untuk dimakan! Tupai pun tak mahu makan buah kelapa yang lebam!

Apa pun, cerita batu belah batu bertangkup ini hanya drama dan lakonan sahaja. Dahulu ada kejadian 'buah epal' kena raba, namun kes ini berakhir di situ sahaja. Maklumlah, buah epal tua, siapa nak terutama sebaya bini Lim Kit Siang dan bini Karpal Singh. Kalau buah epal macam Fasha Sanda tu, lain lah. Nizar Jamaluddin pun boleh bertakbir jadinya.

Entahlah, agaknya anggota polis itu gian sangat kat anu Nga, pada hemahnya nak raba tetapi terkasar jadinya. Nga ingat anggota polis yang berkawal di bangunan SUK Perak itu lembik macam asisstant Anwar Ibrahim ke? Semua macam jambu-jambu.

abe MIE bimbang kisah telor anu Nga akan menyebabkan harga telor ayam di sekitar Perak akan meningkat sekali ganda, bukan kerana kenaikan harga petrol atau buntut ayam tidak mahu mengeluarkan telor, sebaliknya kerana banyak telor yang sudah pecah. Apabila pecah, ia tidak dapat menampung permintaan di pasaran dan menyebabkan harga naik secara mendadak.

Posted by abe MIE 'TERJAH'

Guan Eng (DAP) mula robohkan rumah orang Melayu hari ini!!!

0


sumber : sinar harian 27/10/2009

Kira -kira 20 orang ahli Persatuan Silat Minangkabau Pak Darus akan membantah tindakan kerajaan negeri PP yang menghalau sebuah keluarga iaitu keluarga Abdul Najib Darus daripada terus menetap di tanah milik kerajaan negeri di Kebun Bunga. Keluarga ini dan persatuan silat ini nekad akan pertahankan rumah ini dan akam membuat kubu manusia bagi melindungi rumah ini daripada dirobohkan .

Sepatutnya kerajaan negeri berbincang dengan keluarga ini dan mencari jalan penyelesaian terbaik bukan menghalau mereka dan menawarkan rumah sewa kepada keluarga mereka ini yang kais pagi makan kais petang makan petang. Harap pemimpin Melayu dalam kerajaan negeri seperti Dr Mansor dapat ambil perhatian isu ini . Ini nasib keluarga Melayu yang susah dan perlu perhatian bukannya menghalau mereka keluar sahaja sehelai sepinggang .

Menurut sumber dari rakan keluarga ini, lebih memilukan lagi kerajaan negeri mengarahkan Abdul Najib yang tiada pengangkutan ini pergi mengadap Exco Kerajaan negeri untuk mendapat jawapan tetapi akhirnya beliau hanya bertemu Pembantu Khas kepada Exco itu . Sepatutnya Exco ini turun padang menyelesaikan masalah ini bukan anggap mereka ini seperti sampah .

Ini kah kerajaan negeri yang sering melaungkan Cekap ,Akauntabiliti dan telus (CAT) ???

sumber: dun11

Komen Pisau: Kalau nak roboh,bukan setakat rumah pak najib, rumah di weld quay,di kg raja uda,di paya terubung,bukit mertajam,semua tu kawasan cina banyak lagi beratus buah rumah haram di penang, kenapa rumah melayu saja nak roboh,banyak lagi rumah haram yang didirikan tetapi khalifah guan eng ni pandang sebelah mata. Puak sosialis tidak akan sesekali menghalau pengundi DAP keluar dari tanah pulau,semua tu fix deposit.

Mana perginya pemimpin melayu pakatan haprak? Oh,terlupa,mereka ini jadi tunggangan & balaci sosialis DAP saja.

Pisau kata " pemimpin melayu buat apa? tidor lagi ka? "

Selasa, 27 Oktober 2009

BERITA TERHANGAT DARI PERAK.

0



Surat Sivakumar kepada Adun Pakatan Rakyat untuk hadir persidangan Dun 28 Oktober 2009.

Surat jemputan ini telah diedarkan kepada semua Adun PR di Perak, Surat diatas ialah salinan surat yang ditujukan kepada YB Su Keong Siong. Su pula teramat suka hati dan mengedarkan surat ini kepada orang awam.

"Apa ertinya semua ini wahai Nizar, Siva, Ngeh dan Nga???"

Semalam hari Isnin dalam mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh DSAI telah bermesyuarat di Parlimen dan bersetuju dalam banyak perkara untuk mengembalikan demokrasi di Perak dengan beberapa resolusi baru.

Antaranya ialah membuat persidangan berasingan di Hotel Heritage seperti yang dijalankan sebelum ini dan yang paling penting ialah pada petang 28 Oktober 2009 jam 3.00 ptg Nizar akan mengadap DYMM Padukan Seri Sultan Perak untuk membubarkan Dun. Dalam surat tersebut juga Siva mendakwa telah mendapat perkenan Paduka Seri Sultan untuk mengadap.

"Sama-samalah kita lihat apa yang dilakukan oleh mereka."

Rombongan atau perarakan akan bermula dari Hotel Heritage dan melalui jalan ke hotel Seri Malaysia dan terus ke Istana Kinta. Perarakan tersebut akan diketuai sendiri oleh DSAI , Hadi Awang dan juga Lim Kit Siang dan anak.

Berita panas seterusnya hasil risakan TM ialah Dap sudah bersedia untuk PRK khas bagi negeri Perak. Nizar pula sudah kelihatan serba salah dan keliru dengan agenda Dap iaitu Ngeh dan Nga dalam percaturan mereka. Kenapa Nizar amat sedih? Jawabnya ialah beliau tidak lagi tersenarai sebagai MB Perak. kerana jika Nizar menang pun dalam PRK ini Nizar tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar. Alasan nya mudah. Sultan tidak akan perkenankan untuk beliau dipilih semula sebagai MB kerana Nizar terang-terang telah menderhaka kepada pihak Istana. Nizar hanya berharap agar rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 November memihak kepadanya. Jika PRK makan hancur leburlah cita-citanya untuk memiliki Camry AGS 10.

Ngeh dan Nga juga yang begitu mesra dan boleh membaca Quran hari ini sudah diterima baik oleh setengah orang Melayu Perak. Ngeh juga telah mendekati beberapa bekas-bekas pemimpin Umno yang dikategorikan sebagai desperado agar sama-sama membantu Dap dalam menawan semula Perak. Dap yakan akan sokongan Melayu terutama dari Parti PKR dan PAS. Hari ini Dap juga sedang giat menambah ahli-ahli dari kaum Melayu dan sudah ada pun Cawangan Dap di kawasan Melayu.

Beberapa individu Melayu yang telah diclose up oleh Ngeh dan Nga ialah Fauzi Muda dari Ipoh Barat, Shaarani @ Mat Lengkong dari Sungai Rapat, Haji Taslim dari Ipoh Barat juga, Datuk Abd Malik Hanafiah bekas Ketua Bahagian Taiping dan Hasbullah bekas Ketua Pemuda Umno Larut. Kesemua orang kuat yang mampu membantu Dap dalam usaha merampas semuala Perak dari BN.

Sekian.

Sumber dari

http://taipingmali.blogspot.com/2009/10/nizar-kudik-berita-panas-dari-perak.html

PENDAPAT PENULIS..

NI SEMUA KERJA GILER BAGI MENGACAU PERJALANAN SIDANG DUN YANG AKAN BERLANGSUNG BESOK IAITU 28 OCT 2009.

TAK HABIS-HABIS PUAK-PUAK PAKATAN RANAP NI NAK BUAT HAL.

MACAM-MACAM...DARI PERBAGAI SUDUT..DENGAN PERBAGAI TAKTIK MEREKA AKAN CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MENGAGALKAN ATAU MENGANGGU GUGAT SIDANG DUN PERAK DAN MENGAGALKAN USAHA KERAJAAN BN PERAK.

PENDAPAT PENULIS...PIHAK BERWAJIB PERLU MENAGANI MASALAH INI DENGAN LEBIH TEGAS LAGI. APA MEREKA INGAT NEGARA NI TIADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN. JANGAN DI BIARKAN LAGI PUAK-PUAK DAN MB SERTA SPEAKER HARAM INI MEMBUAT PERHIMPUNAN DAN PERSIDANGAN HARAM DAN SEWENANG-WENANGNYA PULA MENGELUARKAN USUL-USUL HARAM.

Posted by AbgTuah

SAH!!!PAS SELANGOR SUDAH SEDIA KELUAR DARI PAKATAN!!!

1



SALAM 1 MALAYSIA

AKHIRNYA POST SAYA SEBELUM INI TELAH DISAHKAN DGN PERTEMUAN HASSAN ALI DAN USTAZ SAMPAH(NASHA) BERSAMA BLOGGERS...(di bawah)

***GEMPAR!!! PERTEMUAN 8 ADUN PAS SELANGOR MALAM TADI DI PJ HILTON***

MALAM SEMALAM JAM 12.15 TGH MALAM BERLANGSUNG PERTEMUAN TERTUTUP DIANTARA 8 ADUN PAS DISELANGOR...

DIFAHAMKAN PERTEMUAN TERSEBUT MEMBINCANGKAN TENTANG TUDUHAN KERAS NIK AZIZ YANG MAHU MEMBERSIHKAN HASSAN ALI DALAM EGM KHAS PAS PUSAT...

HASSAN ALI DILIHAT BEGITU MARAH DAN AMAT DUKACITA DENGAN KENYATAAN NIK AZIZ DAN DIJANGKA AKAN MEYANGGAHNYA PADA MESYUARAT KHAS PAS PUSAT PADA RABU INI...

7ORANG ADUN PAS SELANGOR MEYATAKAN SOKONGAN PENUH KEPADA HASSAN ALI DAH MENYANGGAH SEKERAS-KERASNYA PEMBERSIHAN YANG INGIN DILAKUKAN OLEH NIK AZIZ DAN ADA JUGA YANG BERSELOROH TOK NIK PATUT DAH LAMA DILETAKAN DI MUZIUM NEGERI KELANTAN.

sumber diatas ialah dari salah seorang p.a dari 8 adun yang hadir di hilton semalam dan disahkan oleh reception pj hilton ada satu sewaan bilik oleh seseorang yang bernama Hassan

RABU INI PENENTUAN, KECABULAN NIK AZIZ DAH TAHAP MAKSIMA, MULUT TOK GURU YG TAK BERSIJIL HALAL DARI JAKAIM INI HARUS DITUTUP RAPAT KERANA BAU MULUT DIA UMPAMA BANGKAI YANG AKAN MEROSAK KAN PAS...

KEPADA 8 ADUN YANG HADIR SEMALAM, USAH LAH PIKIR LAGI... MARI BERSAMA BN KITA BUKTIKAN KERAJAAN PERPADUAN LEBIH BAIK DARI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT...

APA YG DIFAHAMKAN PAS SELANGOR SUDAH SIAP SEDIA DGN SEGALA KEMUNGKINAN UNTUK KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT...

PENGUMUMAN AKAN DIBUAT DALAM MASA TERDEKAT...DAN DIFAHAMKAN JUGA KESEMUA 8 ADUN TERMASUK HASSAN ALI SENDIRI SUDAH BERSETUJU...

KEPADA ALBANJARI KAKI BODEKI...
KENAPA HARUS MEMPERTIKAIKAN TULISAN GOMO...KENAPA??
TAKUT ATAU KECUT TELOR??KENAPA BARU HARI KHAMIS PENDEDAHAN ISI KANDUNGAN PERTEMUAN HASSAN DAN BLOGGERS AKAN DIBUAT?KENAPA TIDAK SEKARANG? DAN KENAPA HARUS MEMPERCAYAI BULAT2 ARTIKEL YG AKAN DIKELUARKAN OLEH BANJARI PADA KHAMIS INI??? AL BANJARI NABI KE? ATAU MAKSUM???

BLOGGERS PEMBANGKANG LAGI TERUK DARI BN...
APA PUN SEMOGA PERTEMUAN SEMALAM MENJADI TITIK TOLAK KEPADA KERAJAAN PERPADUAN... KEPADA ALBANJARI DAN MSO YG SEMEMANGNYA PENCACAI NIK AZIZ... BELAJAR LAH MENERIMA HAKIKAT....

MELAYU ITU UMNO DAN PAS
ISLAM ITU UMNO DAN PAS

ISLE SAHAJA MILIK NIK AZIZ

RENUNG2KANLAH
SELAMAT BERAMAL...


Posted by KOMANDO BRIGED MOHON SETIA

Khamis, 22 Oktober 2009

Anwar cipta pasukan The Knight Templar dalam PKR ?

1


Dari egroup AIDC

Jika kita membaca secara teliti kenyataan media Dr Chandra Muzafar, 7 Mac 2008,(klik di sini) dalam menjawab kenapa beliau berpendapat Anwar Ibrahim tidak layak menjadi ketua/Perdana Menteri di negara, kita akan menjumpai satu perkara yang menarik yang tidak pernah kita ketahui sebelum ini.

Tulis Dr Chandra; "My answer has prompted a variety of individuals and groups within and without the political arena to expose the machinations and manipulations of a Machiavellian politician. For this master of deceit and duplicity was beginning to hoodwink a gullible segment of Malaysian society into believing that he was that long awaited 'knight in shining armour' who would deliver the masses into that glorious paradise of justice and equality"

Dr Chandra mengakui PKR akan mencipta dan memanipulasi apa sahaja keadaan yang boleh menguntungkan mereka tanpa mengira halal/haram. Matlamat menghalalkan cara (politik Machiavelli). Tetapi yang lebih menarik adalah Anwar dan PKR telah mencipta satu grand design untuk memperkukuhkan ahli-ahli mereka. Menipu dan memperdayakan ahli-ahli mereka sebagai sebagai 'The knight' - pahlawan berkuda yang mengejar syurga abadi yang dipenuhi keadilan dan kesamarataan.

Persoalan 'The Knight' diulang berkali-kali dalam kenyataan media itu, yang sudah tentu membawa maksud yang tersendiri. Menurut Dr Chandra, master plan mencipta 'The Knight' ini sangat bahaya, kerana menipu dan memperdayakan ahli-ahli serta masyarakat ke arah mempercayai sesuatu perkara yang tidak betul/tahyul/mitos.

Apa itu The Knight ?

Seandainya anda adalah peminat teori konspirasi/ secret society anda mungkin dapat menjawab persoalan ini.

The Knight diadaptasi daripada satu pertubuhan rahsia 'The Knight Templar', salah satu cabang freemason. The Knight Templar yang dibentuk pada 1118 M, merujuk kepada Kesatria Kristian atau Tentera Solomon. Mereka bercita-cita mendapatkan semula Kuil Sulaiman di Israel yang menjadi sebagai tempat suci kaum Yahudi atau tempatnya kaum Mason.

Pada mulanya 'The Knight Templar' bekerja untuk pasukan Kristian yang terlibat secara langsung dalam perang Salib (The Crusader) berperang dengan tentera Islam di bawah pimpinan Salahuddin Al Ayubi, tetapi setelah mereka mencapai kemenangan, mereka hidup kaya raya dan mengamalkan kepercayaan sendiri yang berlawanan dengan agama Kristian.

Mereka melakukan upacara-upacara memuja syaitan. Majoriti ahli Knight Templar mengamalkan amalan homoseksual, dan mereka menyembah dewa Baphomet (Manusia berkepala kambing hitam).

Anton Szandor la Vey, pengasas Satanic Worship(1966) dan pengarang 'The Satanic Bible' merumuskan; Simbol Baphomet yang dipakai oleh The Knight Templar mewakili ajaran Syaitan. Simbol-simbol itu merujuk kepada pelbagai nama iaitu dewa kambing Mendes, Kambing Hitam, Kambing Judas dan sebagainya.

Sejak itu pengikut The Knight Templar bermusuhan dengan penganut Kristian Khatolik. Mereka menyelar penganut Kristian sebagai "Kalian telah mempercayai sesuatu yang salah, sebab dia (Kristus) hanyalah nabi palsu. Berimanlah hanya kepada Tuhan di syurga dan bukan kepada dia (Kristus). Jangan beriman kepada seorang yang bernama Yesus, yang disalib oleh orang Yahudi di Outremer. Dia bukan Tuhan dan tidak akan menyelamatkan kamu."

Pada tahun 1307, Raja Perancis, Philip le Bel dan Paus Clement V memutuskan untuk menangkap dan membubarkan anggota-anggota The Knight Templar ini. Paus Clevement V menjatuhkan hukuman dengan nama Vox in Excelso (suara dari langit), bahawa pengikut ajaran The Knight Templar adalah sesat dan patut dihukum mati.

Maka, Grand Master(pemimpin besar) Knight Templar bernama Jacques de Molay telah dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1314 M. Manakala sebahagian besar pengikut-pengikutnya telah dihukum penjara, tetapi sebahagian daripadanya sempat melarikan diri.

Yang sempat melarikan diri kebanyakannya memilih negara Negara Swiss. Di sana mereka mengumpulkan semula kekuatan mereka.

Sebuah buku yang ditulis oleh dua orang Mason, Christopher Knight dan Robert Lomas, yang bertajuk "the Hiram Key" menyebut beberapa fakta penting tentang akar-akar gerakan Freemasonry. Menurut mereka, Masonry adalah kesinambungan dari para Knight Templar.

Itulah latar sejarah pasukan 'The knight' yang disebut oleh Dr Chandra dalam kenyataan medianya. Kalau begini latar sejarahnya, sesungguhnya PKR sedang bermain api, dengan mencipta satu ideologi yang berlawanan sama sekali dengan agama sama ada Kristian atau Islam. Pada mula nampak seperti pro Kristian, tetapi akhirnya mencipta agama sendiri yang menentang semua agama di dunia ini.

Persoalannya kenapa Anwar dan PKR memilih ideologi "The Knight Templar" sebagai inti ideologinya ?

Kenapa memilih model kumpulan tentera yang lebih dikenali sebagai 'model tentera homoseksual' ?

Perdana V6 "Low Class"

0



Nak naik Perdana V6, penyelia yang bekerja di kandang babi pun pakai Toyota Vios, mana suka sama Proton Perdana.

HAIRAN juga, ketika rakyat Pulau Pinang kini bergelut dengan masalah pemberhentian kerja oleh sektor swasta, pada kali ini Laporan Audit Negara 2008 mendedahkan penyelenggaraan kereta yang dinaiki oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencecah RM50,000 sebulan.

Lim begitu 'malu' hendak menggunakan kereta Proton Perdana V6 yang pernah digunakan oleh pemimpin sebelum ini kerana 'Low Class'. Untuk itu, Lim telah membatalkan tempahan Perdana yang terbaharu untuk kegunaannya dan beberapa orang EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Apakah alasan yang digunakan oleh Lim untuk tidak menggunakan kereta Perdana?

1. Adakah kereta Proton dikeluarkan oleh kebanyakan syarikat bumiputera dan pekerjanya adalah orang Melayu, jadi 'Cina' tidak boleh guna?

2. Sekiranya Perdana V6 tidak berkualiti, kenapa kerajaan tidak menggunakan kereta Waja atau mana-mana model dari Perodua? Adakah menaiki kereta 'Made In Malaysia' akan menyebabkan status Lim sebagai khalifah Umar Abdul Aziz akan terhakis?

3. Menurut laporan berkenaan, penyelenggaraan melibatkan masalah tayar kereta berkenaan yang selalu pancit, botak dan pecah. Macamana 'depa' bawa kereta!!! abe MIE selalu berulang alik dari tempat kerja sehari 100 km dan kerap kali pulang ke Kelantan pun memerlukan dua, tiga tahun sekali baru tukar tayar kereta. Nak kata Lim pandu kereta dengan laju, negeri Pulau Pinang kecil sahaja dan jalannya selalu sesak teruk.

abe MIE- Cina yang bergaji murah sahaja sanggup menggunakan kereta Proton dan Perodua kerana tidak mampu memiliki kereta import yang berjenama. Bagi mereka, kereta import mempunyai kualiti yang baik dan melambangkan taraf sosioekonomi, namun yang menjadi masalahnya, kenapa kos penyelenggaraan 'diclaim' dari kewangan negeri.

abe MIE- Betul ke parti DAP memperjuangkan nasib rakyat, Kerajaan Rakyat dan mempraktiskan konsep Negara Kebajikan? Kalau begitu, kenapa berboros dalam penyelenggaraan kereta melebihi pemimpin dari BN. Orang Melayu dan India yang miskin menetap di Pulau Pinang hanya makan nasi dengan garam sedangkan DAP menghabiskan wang kerajaan begitu banyak hanya untuk menyelenggara kereta sahaja.


Posted by abe MIE 'TERJAH'

Rabu, 21 Oktober 2009

Khalid Ibrahim Tak Mengenang Budi!

0



Dr Novandri Hasan Basri

Semasa ditemuramah oleh News Straits Times di Singapura baru-baru ini, Khlaid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dengan tanpa segan silu dan tanpa malunya membuka pekung di dada beliau!

Di antara soalan yang ditujukan kepada beliau :

Being an ex-UMNO man?

"I didn't get rewards from UMNO. I got rewards for the work I had done."

(Saya tidak mendapat ganjaran daripada UMNO. Saya mendapat ganjaran daripada kerja yang saya telah lakukan.)

Penulis telah menyangka manusia seperti Khalid Ibrahim akan lupa kepada segala kemudahan dan kesenangan yang telah beliau terima semasa beliau berada di dalam parti UMNO dahulu.

Khalid Ibrahim telah lupa bahawa kemewahan beliau itu bersandarkan pengaruh beliau semasa beliau berada di dalam UMNO.

Beliau perlu ingat bahawa jawatan-jawatan beliau di dalam beberapa GLC juga dipengaruhi oleh platform parti UMNO dan bukan kerana beliau secara individual!

Manusia yang tidak mengenang budi dan kacang lupakan kulit seperti Khalid Ibrahim sepatutnya tidak layak untuk menjadi Menteri Selangor dan tidak dipilih lagi di PRU-13.

Atau pun, mungkin akan berlaku perubahan kerajaan negeri Selangor tidak lama lagi agar Khalid Ibrahim dijatuhkan daripada jawatan beliau hari ini dan agar beliau kembali insaf.

Tapi, jika difikirkan, beliau tidak akan merasa rugi atau kecewa yang amat sangat kerana 'perut' beliau telah penuh di isi dengan kemewahan yang beliau dapat semasa beliau di dalam UMNO dahulu!

Selasa, 20 Oktober 2009

Pembangkang Tak Takut Dosa Mungkir Janji!

0



Pilihan raya tak ubah macam drama romantis yang kadangkala jalan ceritanya tak masuk akal. Senarionya seperti seoarang lelaki yang ingin memujuk wanita idaman menjadi pasangan hidupnya bersedia ‘menabur janji’ asalkan gadis impian setuju memilihnya.

Ungkapan seperti lautan api sanggup direnangi atau “tetap setia sepanjang hayat” begitu mudah diungkapkan selagi gadis idaman belum lagi berada dalam pangkuan. Apa lagi jika lelaki itu masih belum lagi menikmati asam garam kehidupan berumah tangga maka gadis itu akan dipujuk dan dirayu dengan pelbagai janji manis yang sesetengahnya “mungkin nampak romantik dan indah meskipun tidak realistik” sehinggalah gadis itu benar-benar yakin dan bersedia mengahwininya.

Dalam manifesto pilihan raya, “janji yang ditabur” parti politik juga memiliki elemen yang serupa. Parti yang belum pernah mendapat mandat memerintah negara pasti menyenaraikan pelbagai komitmen, impian dan ‘janji muluk’ kerana belum menyedari bebanan yang akan ditanggung bagi merealisasikannya.

Pemimpin parti pembangkang biasanya menetapkan sasaran belum berjaya dicapai kerajaan dalam manifestonya dengan harapan rakyat tidak lagi memilih kerajaan pemerintah dalam pilihan raya. Sebaliknya, memilihnya parti pembangkang itu sendiri untuk membentuk kerajaan baru. Sebagaimana parti-parti politik yang lain, barisan gabungan parti pembangkang di negara ini turut mengemukakan janji pilihan raya dalam manifestonya hampir sebulan sebelum pilihan raya umum negara.

Dalam intisari manifesto bersama barisan gabungan itu, beberapa janji dikemukakan yang dirumuskan kepada lima bidang iaitu ekonomi, pemerintahan, pendidikan, perkhidmatan sosial dan pekerjaan..

Rumusan prinsip utama manifesto itu mengukuhkan ekonomi negara, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan, mewujudkan kontrak sosial baru, memupuk perpaduan nasional, membina demokrasi tulen dan memulihkan imej dan kedudukan negara di pentas dunia. Sebenarnya tiada yang luar biasa mengenai prinsip utama itu. Mana-mana parti politik di dunia sekalipun sudah tentu tidak menjanjikan “perpecahan rakyat, menyembunyikan maklumat daripada rakyat, menghancurkan ekonomi negara, mewujudkan pemerintahan kuku besi dan merosakkan imej negara” dalam manifesto pilihan rayanya.

Malah pemimpin paling kejam di dunia seperti Hitler pernah berjanji kepada rakyat Jerman untuk menyatukan dan menjadikan bangsa Aryan sebagai bangsa agung di dunia meskipun mereka lebih terkenal sebagai pembunuh paling terbilang membabitkan kebinasaan. Begitu juga dengan pemerintah Jepun ketika perang dunia ke-2 yang berjanji mewujudkan Asia yang bersatu dan makmur meskipun akhirnya bangsa Asia “berjaya menjadikan ubi kayu cecah garam sebagai makanan ruji dan pembina profesional landasan kereta api maut diutara Asia Tenggara”.

Selalunya ketika tiada manusia mampu menjanjikan segalanya kerana tujuan utama untuk memiliki sesuatu. Tapi apabila memperolehinya janji akan hanya tinggal di celah gigi. Begitulah juga janji pembangkang dalam manifestonya, begitu indah, begitu asyik dan begitu lunak alunannya. Hakikatnya sejarah lalu membuktikan mulut yang manis sebelum pilihan raya akan bertukar pahit bak hempedu kerana pembangkang tidak pernah takut dengan dosa mungkir janji. Justeru itu mereka sesekali tidak akan terkejut jika rakyat tidak akan mengundi mereka kerana mereka tahu dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini.
Wallahuallam.

Suara Politik

Taminsari

Isnin, 19 Oktober 2009

"Lelaki Mabuk itu Agen BN" kata Gobinad

3



Tampa perlu berfikir panjang, Gobinad Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong menuduh seorang lelaki mabuk adalah agen provokasi yang diupah oleh BN untuk menggangu kelancaran Majlis Deepavali anjuran DAP yang hanya untuk ahli parti pakatan haram, dalam majlis itu seorang lelaki yang dikatakan mabuk oleh Gobinad meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada gobin dan Majlis Perbandaran Subang Jaya kerana gagal menyelesaikan banyak masaalah seperti sampah, longkang, lampu jalan dan lain-lain masaalah yang ada selepas Pakatan Haram memerintah selangor.

Apa yang diluahkan oleh lelaki itu mendapat tepukan gemuruh oleh mereka yang hadir di majlis rumah terbuka deepavali anjuran DAP Puchong di Dewan Seri Serdang, bagi menutup aibnya gobin menuduh lelaki itu mabuk dan ianya di upah oleh BN untuk menggangu majlis itu. det difahamkan ada kira-kira 400 orang miskin berbangsa India yang hadir tetapi sumbangan hanya di berikan kepada 200 orang sahaja, lagi 200 orang hanya duduk melopong di tipu hidup-hidup oleh gobin. sebelum majlis itu berlangsung, penduduk miskin ini telah dijanjikan dengan bermacam-macam sumbangan, tetapi bila majlis berlangsung hanya 200 orang sahaja yang layak mendapat sumbangan dari DAP yang berupa hamper dan duit sebanyak RM 50 setiap sorang, bayangkan la bertapa punya hebat Gobin dan DAP menipu rakyat miskin di kawasan Puchong.

Majlis yang sepatutnya tamat pada jam 11.30 malam terpaksa di tamatkan seawal jam 10 kerana ada diantara mereka yang miskin ini tidak mendapat bantuan seperti yang dijanjikan pulang dengan perasaan hampa dan mereka baru tahu yang mereka ini telah di tipu hidup-hidup oleh DAP dan Ahli Parlimen mereka.

Posted by det

Azmin's seige mentality, Another missed opportunity

0



Allow me first to take off my UMNO cap as a feeble symbolic attempt to maintain some level of non-partisan objectivity.

The event surrounding Dato' Zaid Ibrahim six month leave is anticipated to lead to him leaving PKR.

However, this is not the first time for Zaid. Other than his personal perseverance through many years of building the legal firm that bears his name, Zaid seemed to have a recurring habit of involving himself in organisations or attaining posts for a short while before quiting due to irreconcilable differences.

The recent one most remembered must be his short stinct as Minister in the PM's Department in charge of judiciary. It happened somometimes in the 90s when Zaid was the Manager for the Persatuan Bolasepak Kelantan. One blog commentator by the name Borhan told of Zaid quiting the Vice President of Majlis Kesatuan Siswaa, ITM post, which he won in a student election, when his ideas were not received and he has no means of attaining his ideas.

All this does not really matter. This posting is not about shooting Zaid. All was done in the judges compensation issue. It is Zaid has yet to find a home for his ideals to flourish.

But Zaid's eventual departure will be another missed opportunity for a positive national political evolution. As my friend Aspan Alias described, the problem is created by Azmin Ali's jealousy and seige mentality. If only Anwar can be awaken, Azmin's endless politicking will eventually make life easy for UMNO.

In his press statement Zaid explained that he joined PKR with no political ambition but with an objective to develop a common platform between PAS, PKR and DAP to infuse a clearly defined policies and create a united leadership. In other word, Zaid wanted to create an alternative to Barisan Nasional from this three ideologically opposing parties.

A two party system would certainly be a political development for Malaysia in its practise of the Westminister system of democrasy.

For his own reasons from his own observation, my blogger compatriot Syed Akbar feels Zaid's attempt is a futile effort. He is perhaps sick, as I am, with the manner the opposition is going about with their BN bashing.

But I was am a bit more hopeful.

Yes, me - the blogger described by The Malaysian Insider as right winger and a new converted reader as ultra - had a glimpse of hope that Zaid - a person I bashed to pieces when he was "justice" Minister - look forward for the creation of a two party political existence.

My basis is simple. With the existence of a two party system, Malaysian will have a choice between the two. This could evolve positively in the long run into a common direction for the country.

I am aware of what Zaid was attempting. Without devulging the content of negotiating process going on, which I am privy to, I was hopeful that Zaid will succeed. Bearing in mind, my support will remain with UMNO (particularly, with the transformation process proceeding well).

My believe is that in the process of horse trading between the players in the Pakatan Rakyat, they will evolve into another clone of Barisan Nasional.

What failed the Angkatan Perpaduan Ummah and Barisan Alternatif in the past was the reluctance to create another Barisan Nasional? The argument then was that why go for the clone when you have the choice of the original.

The difference would not be too ideologically different like Democrats and Republicans in the US. Their existence of such system will help to develop both parties into a more progressive existence.

Why would I, a BN supporter want another BN created to compete with BN?

The answer is quite simple. So that Malaysian do not have to be torn apart by idelogical differences. Essentially, the Constitution and Constitution should be sifficient as the guiding ideology of the country, if not for selective interpretations by certain political parties. Surely not BN la ...

Then the electoral process should be about selecting between which party can make better Government? Who between the two have a better solution to the problem of the day should be entitled for the votes. Who will have a greater and acceptabel vision of the nation?

It is not like the current situation, whereby for an UMNO loyalist to vote PR is like converting out of one's own religion. There is reluctance by UMNO or BN supporters to vote out UMNO or BN, even if it was Al Capone that is running for office. The converse holds true for PR loyalists.

I tend to believe that a two party system is good for UMNO too. It makes them work harder, be true to their struggle, and keep them on track. After all, what's wrong with a good competition and meritocrasy.

This way no 'seige mentality' will arise that Malays will lose everything and Singaporeans will flood Malaysia by voting Pakatan. It doesn't take many years for Malaysians to kick them out if they do somethning stupid.

Maybe, there will be a lot of bipartisan initiatives and joint committees. Less politicking and more working.

If Pakatan leaders, particularly among the old hardcore like Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz, etc. can realise that no party can assume control of the nation with their ideology taking dominance, they will be more realistic.

There will realise that no party can gain control of the country without the Malay majority support. The same holds true for the non Malay minority.

Though Malays have begin to vote oppositions and they could vote opposition again, it takes more than just anger to sustain that vote away from UMNO. Jaga hati Melayu. Till people of all races and categorisation of jubs, wealth, etc is no more along racial lines, all ideologies are wet dreams.

Now, where did I put that Bagan Pinang BN cap?

-Another Brick In The Wall-

Selasa, 6 Oktober 2009

Pas pertahan Kafir mempermainkan Al Quran!

0



Di negara Asia Barat, Bahasa Al-Quran dah jadi pertuturan mereka. Jangan kerana nak halalkan perbuatan Gobala, Salahuddin memutarbelitkan fakta.

PORT DICKSON 5 Okt. – Tidak salah Ahli Parlimen Bagan Serai, N. Gobalakrishnan menggunakan petikan ayat suci al-Quran ketika berkempen kerana ia bertujuan untuk menguatkan hujah sewaktu berceramah.

Itu alasan yang diberikan oleh Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub ketika mempertahankan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang memetik ayat dari surah al Imran dalam ucapannya di markas Pas di sini malam kelmarin.

Menurut Salehuddin, tindakan itu tidak salah malah bukannya sesuatu yang bertentangan dalam Islam kerana apa yang dilakukan oleh Gobalakrishnan itu bertujuan untuk mempertahan serta menguatkan hujahnya.

Justeru beliau berkata, golongan yang menyelar tindakan Gobalakrishnan kerana tindakannya memetik ayat-ayat suci al-Quran ketika berkempen disifatkan sebagai mereka yang berfikiran lapuk dan terkebelakang.

‘‘Salah ke Gobalakrishnan memetik beberapa ayat al-Quran di dalam ceramahnya? Pas melihat ini bukannya satu kesalahan kerana tujuan Gobalakrishnan adalah untuk menguatkan hujahnya ketika memberi ceramah.

‘‘Di Mesir, rakyatnya yang bukan beragama Islam antaranya masyarakat Yahudi sering memetik ayat-ayat suci al-Quran.

‘‘Sebenarnya Islam tidak pernah menghalang orang yang bukan Islam berbuat demikian,’’ katanya di markas Pas Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang di sini hari ini. - Utusan


Posted by Fokus 1 MALAYSIA

Naib Presiden PAS Tak Hargai Hati dan Perasaan Tentera...

0



Provokasi ini adalah kredit awal kepada calon BN TS Isa Samad. Apakah Pengarah Induk PRK DUN Bagan Pinang mahu menambah kredit itu dengan mengenepikan hati dan perasaan tentera darat di Bagan Pinang?

Tentangan terhadap keputusan Perdana Menteri mengisytiharkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat oleh Naib Presiden PAS, Sallahuddin Ayub, selaku Pengarah induk PRK DUN Bagan Pinang dilihat satu percaturan politik yang silap.

Di saat-saat PAS memerlukan simpati dan sokongan tentera , dia pula membuat kenyataan yang menidakkan kepentingan tentera. Mungkin kerana yang ditentang dan disanggah pendapatnya ialah Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak maka Sallahuddin merasa gah dan setanding pemikiran Perdana Menteri. Dia lupa, dia berada di Bagan Pinang kerana ingin "membeli hati dan perasaan" pengundi Bagan Pinang yang dikatakan mempunyai pengundi yang ramai dari kalangan tentera, BUKAN untuk mnyaingi kuasa Perdana Menteri.

"Bukanlah datang di saat Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dan terus isytihar ini bandar tentera darat," katanya kepada media di Markas Induk PAS bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang di Batu 4 dekat sini Isnin.

Kiranya Salahuddin menyedari bahawa pengisytiharan itu untuk menarik pengundi, mengapa ianya ditentang? Bukankah lebih baik baik kiranya ianya juga diisytiharkan Bandaraya Tentera Darat dan sekaligus sebagai kawasan "Pelancungan Si Baju Hijau". Andainya ia pula diisytihar sebagai "Pusat Pelancongan Terbaik Dunia" seperti yang Salahuddin cadangkan, itu sudah keterlaluan kerana masih terdapat pusat pelancongan di dunia yang lebih layak mendapat tittle sebagai pusat pelancongan terbaik dunia yang perlu kita akui.

Barangkali ini kaitannya dengan soal ego. Namun ego yang sebegini merugikan PAS dalam konteks PRK Bagan Pinang. Inilah pertanda bahawa apa saja yang dicadangkan oleh kerajaan walaupun baik dan menguntungkan rakyat, PAS mesti tentang. Lebih-lebih lagi bila idea datang dari Perdana Menteri sendiri.

Apakah menafikan perasaan Tentera Darat ini sebagai pertanda dan isyarat awal bahawa PAS mula memberikan kredit dan kelebihan kepada calon BN untuk menang dengan mudah di Bagan Pinang? Atau mereka sudah mula melakukan kesilapan kerana "terlalu takut" akan kalah?


Posted by Senjaliza

Orang Bagan Pinang Nak Melingkup : Undilah PAS !

0


oleh Cucu Tok Selampit

Tersurat:

Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar akan mendekati golongan berpendapatan rendah serta mendapatkan gaji minimum untuk pekerja ladang dalam kawasan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Ini merupakan antara usahanya untuk menyelesaikan isu-isu yang disuarakan penduduk di kawasan berkenaan, seramai kira-kira 2,500 pengundi di kawasan Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall serta Sua Betong.

Sumber: Malaysiakini.

Tersirat:

Sudahkah kerajaan Pakatan Haram di 5 opps ... 4 buah negeri melaksanakan gaji minum kepada semua pekerja ladang di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka? Sekiranya mereka gagal melaksanakan gaji minimum di 4 buah negeri di bawah jajahan mereka, apa yang boleh diharapkan oleh calon Pas yang seorang ini hendak melaksanakan gaji minimum di DUN yang kecil di dalam negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional? Berbmimpikah beliau? Adakah beliau hendak menggunakan duit poketnya untuk membayar gaji minimum tersebut?

Tersurat:

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin anggota tentera yang akan mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan bersama-sama rakyat untuk mempertahankan negara ini dari serangan politik wang. "Rakyat semakin berubah dan semakin berani menentang cengkaman kuasa mereka yang berkeras dengan rasuah dan politik wang. PAS yakin, anggota-anggota tentera pasti akan bersama-sama rakyat mempertahankan negara kita dari serangan rasuah dan politik wang," kata beliau yang juga pengarah pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut

Sumber: Haprakdaily.

Tersirat:

Orang yang sama pernah menguris hati kaum kerabat tentera dengan mencadangkan bahawa Chin Peng hendaklah dimaafkan oleh Kerajaan Malaysia dan dibenarkan pulang menetap di Malaysia. Adakah selepas menghina golongan tentera dan bekas-bekas pejuang negara dengan mengiktiraf Ketua Komunis, adakah beliau yakin anggota-anggota tentera akan berjuang bersamanya?

Tersurat:

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendakwa kerajaan BN lebih teruk daripada dinasti Mongol Yuan di China dan menggesa pengundi Cina di Bagan Pinang supaya mengikut 'jejak langkah' nenek moyang mereka dengan menolak calon BN. Berucap di satu majlis sambutan pesta tanglung di Bagan Pinang malam tadi, menteri besar Pakatan Rakyat Perak itu berkata, festival tersebut adalah mengenai "menumbangkan satu rejim yang kejam". Dan mengenai cerita mengenai bagaimana kaum Han pada Abad ke-14 menggunakan 'kuih bulan' untuk mengedarkan mesej menentang dinasti Yuan, Nizar menggesa penggundi Cina di Bagan Pinang untuk"menolak BN".

Sumber: Malaysiakini.

Tersirat:

Siapa lagi yang menjadi barua dan talibarut DAP di dalam Pas melainkan DS Nizar "The Puppet" Jamaluddin. Beliau akan melakukan apa sahaja termasuk mengadaikan maruah dan hak orang Melayu semata-mata untuk berkuasa. Di Bagan Pinang, beliau digunakan sebagai senjata untuk menarik undi kaum Cina dan bukan orang Melayu. Kenapa? Orang-orang Melayu di Bagan Pinang sudah mengenai siapa pengkianat Bangsa Melayu dan menjadi barua DAP.

Isnin, 5 Oktober 2009

PRK N31: "Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada calon Pas..."

0



Lokasi: Restoran Kak Mah Port Dickson
Tarikh: Bersamaan hari penamaan calon PRK N31
Masa: Lebih kurang jam 6 pagi

Seorang pemuda yang baru selesai bersarapan, sedang berjalan ke ruangan solat yang disediakan di restoran berkenaan. Sebaik tiba di ruangan solat, kelihatan 6 orang lelaki yang memakai baju serta vest berlogokan parti Pas sedang mengerjakan solat bersama beberapa orang awam yang lain. Salah seorang daripada 6 orang Pas itu sedang mengimami solat subuh.

Disebabkan ruangan solat yang disediakan agak terhad, maka pemuda tersebut terpaksa menunggu di luar sementara menantikan jemaah selesai menunaikan solat. Sementara menunggu, pemuda tersebut mendengar dan menghayati surah yang dibaca oleh imam. Namun ketika di rakaat kedua, sebaik selesai imam membacakan doa Qunut, pemuda tersebut mendengar imam Pas berkenaan menyambung doa dalam bahasa Melayu yang berbunyi lebih kurang begini;

"Ya Allah, selamatkanlah calon Pas di Bagan Pinang. Berikanlah kemenangan kepada calon Pas. Hancurkanlah Umno...bla...bla...bla".

Pemuda berkenaan termasuk beberapa orang awam yang menjadi makmum kelihatan terkejut. Mereka kemudiannya berniat mufarakah dan solat bersendirian. Sebaik solat itu selesai, pemuda itu melihat salah seorang makmum daripada kumpulan Pas tersebut telah bertindak menegur imam,

"Kau tak boleh buat macam tu. Kita sekarang di tempat awam. Kalau sesama kita saja takpelah kalau kau nak baca doa dalam bahasa Melayu lepas Qunut tu."

"Siapa kata tak boleh...bla...bla...bla..."

Kumpulan Pas itu dilihat mula berbalah (bak kata orang negori begoghok) sesama sendiri. Pemuda itu lekas-lekas mengambil wudhu', mengerjakan solat subuh serta berlalu dari situ meninggalkan sekumpulan ahli Pas yang masih bertekak sesama mereka.

NASIB KAU LA YEH!

(Sumber: http://paneh.blogspot.com/)

Bagan Pinang: Ceramah PAS di Taman PD Utama tiada sambutan

0



Aduhai.. kesian aku tengok ceramah PAS (salah satu team komplot pakatan jahat) bila ceramah dia orang di Taman PD Utama malam ni tak dapat sambutan. Menung aku tengok jentera pilihanraya PAS...Apa nak buat brader...orang dah tahu kau orang tu sebenarnya kaki kencing. Pinjam kata politikputramerdeka.blogspot.com 'awas musibat dan muslimut PAS at work'...Satu negara dah tahu intipati ceramah kau orang...Dah hafal dan dah muak...Ceramah kau orang hanya tabut fitnah dan cerca orang. Islam taik kucing.

Hadi Awang pun takde mood nak ceramah apabila orang yang datang sekitar 50 orang. Gila jauh datang dari Terengganu tapi cakap dia sorang pun tak nak dengar. Baik kau balik je Terengganu le Hadi...Cakap kau tak laku kat sini...

Lepas Hadi Awang...majlis terhenti seketika...Pasal apa? Pasal Lim Kit Siang tak sampai sampai lagi. Alasannya sangkut dalam jammed kat simpang...hahahha...tak abis abis kau orang nak kencing..takde yang jammed jalan malam tadi...semua clear...agaknya Lim Kit Siang pun dah tahu yang dia akan cakap sorang sorang dalam ceramah tu...

Dah lah pergilah balik...buang masa je kau orang kat sini...Orang orang Bagan Pinang tak mahu kau orang tu...Budak Lenggeng yang dah tiga kali kalah tu bila nak sedar diri yang dia tu hanya kambing hitam yang hanya akan dimalukan di Bagan Pinang...

Posted by jebat berkokok

Khamis, 1 Oktober 2009

Bagan Pinang, PAS Minta Rakyat Menderma…

0



PORT DICKSON, 1 Okt – Seperti yang pernah berlaku dalam pilihan raya-pilihan raya yang lalu, maka pakatan pembangkang khususnya parti PAS akan meminta derma daripada rakyat tempatan yang kononnya akan digunakan bagi menampung kos pilihan raya yang mereka sertai.

Dalam hal ini, penglibatan PAS untuk turut bertanding menerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.31 Bagan Pinang juga akan menggunakan cara sama iaitu dengan meminta derma apabila mewujudkan tabung pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Dengan meletakkan nama Bendahari PAS Negeri Sembilan, Md. Nor Rahman sebagai nama yang boleh dihubungi berkaitan hal tersebut, tabung ini juga mempunyai penamanya sendiri iaitu menggunakan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan.

Sesungguhnya, cara meminta sumbangan dan derma ini seringkali dilakukan khususnya membuat rayuan kepada ahli-ahlinya agar memberikan sumbangan untuk melancarkan operasi dan gerak kerja jentera PAS dalam pilihan raya.

Dilaporkan bahawa PAS meminta ahli-ahlinya bersedekah kepada parti kerana tidak mempunyai sebarang peruntukan bagi pilihan raya kecil.

Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa bagaimana mungkin PAS mampu untuk mentadbir dan membangunkan sesebuah kawasan sedangkan bagi menghadapi pilihan raya kecil sahaja perlu membuat rayuan dan sumbangan daripada orang ramai.

Lantaran itu, bukan sahaja untuk membangunkan kawasan Bagan Pinang yang sememangnya terkenal sebagai kawasan pelancongan malahan tentunya bukan sedikit kos yang diperlukan bagi memastikan kesinambungan pembangunan yang dilaksakan oleh BN mampu diteruskan.

Sesungguhnya, PAS telah menunjukkan ketidakmampuannya apabila untuk menjalankan pilihan raya kecil sedemikian sahaja perlukan ‘sedekah’ dari rakyat, dan bagaimana mungkin untuk menjaga kebajikan masyarakatnya sekiranya menang pula?

Tentunya, ini amat berbeza dengan BN yang tidak pernah meminggirkan rakyat yang mengundinya, iaitu dengan peruntukan yang ada maka tentunya pembangunan, kemajuan dan kebajikan dapat terus dijalankan.

umno-online.com