
1.Kali ini pisau ingin membicarakan masaalah perpecahan dan percaturan orang melayu didalam politik tanah air.Sama ada sedar atau tidak perkara ini telah berlaku dan sedang menuju kearah kehancuran yang akibatnya orang melayu sendiri rugi.
2.Pisau ingin mengambil dari istilah politik dan sosiologi iaitu pecah dan perintah yang lebih kita kenali devide and rule.Ia adalah satu strategi yang mengabungkan tiga elemen iaitu politik,ketenteraan dan ekonomi.
3.Ketiga tiga elemen ini bergabung untuk menguasai dan memelihara kuasa yang ada untuk memecahkan pengaruh dan kuasa yang besar supaya menjadi kecil dan lemah dan akan mengakibatkan kuasa kumpulan yang kuat dan berpengaruh atau yang berkuasa berkurangan dan berbanding pihak yang melaksanakan strategi itu.
4.Umum harus tahu secara praktikalnya,strategi ini digunakan untuk mengelakkan kumpulan kecil ini bergabung dan membentuk kuasa yang besar atau pun sebaliknya.Sebagai contohnya pihak British pernah melakukanya keatas Tanah melayu,mereka memecahkan kaum kaum serta negeri yang ada dengan meletakkanya dalam koloni dan sistem pemerintahan yang berasingan bagi memudahkan pihak Inggeris memerintah pada waktu itu.
5.Pihak parti perikatan yang mengambil alih kekuasaan di negara ini mengamalkan strategi yang sama apabila parti parti yang mewakili kaum kaum terbesar digabungkan ,dengan mengetepikan parti parti lawan yang enggan bersama mereka.Kemudian Perikatan bertukar menjadi BN dan strategi itu kekal berjaya sehingga hari ini,selama 52 tahun.
6.Walaupun negara mengalami peristiwa 13Mei 1969,namun telah berjaya diselesaikan dan masing masing lupa perbezaan antara kaum ,ketika itulah DEB di perkenalkan dan dalam masa yang sama semua pihak dalam BN berjaya menjana negara sehingga Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan mewah.Melihat dari senario politik ketika ini,selepas PRU12 adakah strategi seperti ini masih mampu bertahan?Persoalan ini sering ditimbulkan oleh PAS,PKR dan DAP apabila mereka mempersoalkan ketuanan melayu dan mahukan kesamarataan.Mereka menyatakan konsep politik berdasarkan kaum sudah ketinggalan zaman.
7.Strategi pecah dan perintah mulai gagal setelah kuasa politik yang dipegang oleh orang Melayu mulai berpecah,melayu tidak bersatu seperti dulu,Melayu sudah berpecah kepada 6 kumpulan.Melayu UMNO,Melayu PKR,Melayu PAS,Melayu DAP , Melayu atas pagar dan Melayu yang langsung tidak ambil tahu soal politik.
8.Pru12 telah menjadi satu petunjuk yang tidak pernah kita sangkakan orang cina boleh menguasai kuasa politik dinegara ini.Masihkah anda ingat pada pilihanraya kecil Dun Penanti ,kata kata Azmin Ali "Melayu lebih rela dibawah pemerintahan cina",ini adalah salah satu contoh mereka mengamalkan pecah dan perintah,demi kekuasaan politik mereka sanggup melakukan apa saja.
9. Akibat daripada politik benci,fitnah,mengadu domba yang dipelopori oleh Anwar dan PAS dan timbulnya protes akibat kelemahan pentadbiran mantan PM Tun Pak Lah berlaku tsunami politik dan protes ini secara tidak sengaja memberi petunjuk ,yang parti berasaskan Cina seperti DAP pun boleh menguasai negara ini.Negeri negeri yang dikuasai DAP pada pilihanraya umum yang lalu ialah Pulau Pinang,Perak,Selangor dan sebahagian besar Wilayah Persekutuan.Negeri Sembilan hampir hampir juga dikuasai oleh mereka.jika Melaka dan Johor pun jatuh ke tangan DAP,maka sebahagian besar pantai Barat lubuk emas semenanjung akan dikuasai oleh DAP.Adakah anda sedar rakyat Perak,Nizar yang anda sifatkan sebagai MB hanyalah tunggangan DAP?Di Selangor,parti politik manakah yang lebih vokal?DAP?exco exconya siapa?DAP?
10.Wahai bangsaku adakah anda sedar jika berlaku maka empayar DAP itu akhirnya akan menemui titik pertemuan dengan abang mereka PAP dari Singapura.Jika ini berlaku apakah yang akan terjadi?tetapi dari senario politik yang sedang berlaku ketika ini kemungkinan Ya akan berlaku dengan dibantu oleh melayu melayu haprak pakatan haram.
11.Dari segi perkiraan dan percaturan adalah tidak mustahil perkara ini akan
berlaku,melihatkan perkembangan ketika ini,ia benar benar boleh berlaku.Jika perkembangan itu membawa kepada PRU13 kelak,makanya orang melayu yang sedar dan tidak gelap hatinya sudah boleh menjangka nasib mereka.hasil strategi oleh Anwar dan Pakatan Haramnya yang tidak berputus asa ,mereka telah mewujudkan beberapa puak yang bertelagah dikalangan orang melayu sendiri.
12.Pisau sedih,kalangan orang melayu tidak sedar mereka sedang diperkotak katikkan untuk membenci antara satu sama lain dan antara sekutu kutu(parti kompenan) yang dulunya bersama mereka.Orang Melayu pula dalam masa yang sama terlalu ego dengan pegangan dan fahaman masing-masing.Melayu Pas, Melayu PKR dan segelintir Melayu DAP terlalu taksub dengan ideologi kesamarataan,keislaman dan keadilan mereka.
13.Tiba tiba,Umno dituduh sebagai sebuah parti yang rasis,melayu bermusuh dengan orang cina dan india.Sama ada ia disengajakan atau tidak atau wujud permainan dalaman atau luaran itu pisau tidak pasti,tapi usaha untuk mewujudkan kebencian antara melayu dan kaum kaum lain semakin nyata sekarang.
14.Nah ,inilah strategi pecah dan perintah serta pecah dan tawan(devide and conquer)kini berada dalam tangan Pakatan haram.Mereka sedang dan telah bermain dengan strategi itu.Mereka menguasai keadaan dengan sebaik mungkin.Orang melayu yang tidak sedar,secara langsung terjerumus didalam kancah percaturan ini.Pisau katakan ini kerana orang melayu gagal melihat muslihat disebaliknya.
15. Strategi sebeginilah yang pernah dimainkan oleh sebuah pihak luar dan sememangnya terbukti berjaya.Apabila pihak yang dominan berpihak dengan satu kumpulan minoriti untuk mengetepikan satu lagi puak yang majoriti sedikit daripada puak minoriti itu.Kedudukan tinggi diberikan kepada puak minoriti itu dengan alasan puak majoriti tidak berupaya memegangnya.Sedikit demi sedikit puak yang ditekan itu terpaksa beralah.Akhirnya sehingga hari ini puak majoriti itu terpaksa menurut kata dan diperbodohkan. Ia adalah satu model strategi pecah dan perintah yang cukup licik untuk meminggirkan satu-satu puak.
16.Adakah anda sedar wahai bangsaku!Orang Melayu kini sedang mengalami proses tersebut. Kita sedang bermusuh dengan orang Cina yang pernah bersahabat baik dengan kita. Kita sedang bermusuh dengan orang India yang pernah bersahabat karib dengan kita. Tiba-tiba semua ini berlaku secara serentak. Orang Melayu sedang bermusuh dengan semua orang.Pelbagai isu dimainkan agar membangkitkan ketidakselesaan dan menjejaskan keharmonian didalam BN dan Negara.
17.PAS,PKR dan DAP bermain dengan perang psikologi dengan sengaja menuduh orang Melayu UMNO adalah kaum yang rasis dan perlu dilawan habis-habisan. Golongan ini tahu apa yang mereka sedang mainkan. Suasana baik itu perlu dipecahkan kerana selagi perikatan didalam BN itu kuat, pakatan haram tidak boleh berbuat apa-apa.
18.Ketika pengundi Cina (dalam pilihan raya kecil) lari dari kerajaan pemerintah kerana melihatkan mereka ada advantage ekoran pilihan raya umum ke-12 lalu, orang India pula cuba dilaga-lagakan dengan Melayu.Inilah titik tolah penubuhan Pertubuhan Haram Hindraf yang di gunakan oleh Anwar Berahi.
19.Adakah ini kebetulan atau tidak, kita tidak tahu. Tapi jika betul dan akhirnya orang India juga lari dari Melayu, maka pada masa itu gabungan peratusan undi Cina dan India akan menjadi penentu kepada kuasa politik tempatan. Orang Cina dan India akan bergabung untuk mengetepikan Melayu.Siapa yang menguasai siapa?kaum minoriti menguasai kaum majoriti?
20.Tanpa disedari, para strategis Pakatan haram(dalaman atau luaran) sedang mengatur strategi baru. Setelah melihat permusuhan Melayu-Cina-India sudah berjaya diwujudkan, mereka kini menuju kepada kumpulan yang lain pula. Mangsa seterusnya ialah anak-anak negeri dan etnik pribumi - Orang Asli, pribumi Sabah dan Sarawak.Jika kita amati PKR sedang giat menjalankan kempen dan menyebarkan dakyah di sana.
21.Jika itu juga berjaya dan apabila kumpulan itu pula mula membenci orang Melayu atau orang Melayu juga membenci mereka, maka ia adalah penamat bagi segala-galanya. Orang Melayu pada masa itu akan turut menjadi hamba,diperbodohkan dan menjadi orang asing ditanah sendiri.Dan perkara ini benar benar berlaku apabila melayu didalam Umno berasa dikhianati dan inilah bermulanya bibit bibit perpecahan didalam BN.
22.Strategi pecah, perintah dan tawan oleh pembangkang nampaknya sedang berlangsung dengan sempurna. Ia adalah permainan taktikal dan akal. Melayu yang alpa akan tewas.
23.PAS kononnya hanya pentingkan perjuangan agama,namun mereka juga tidak sedar,telah terperangkap didalam doktrin politik mereka sendiri,dalam mengejar kuasa,secara halusnya telah mengadai dan menghalal apa yang perlu demi matlamat mereka.Secara langsung juga terjerumus didalam kancah percaturan pecah dan perintah.
24.PAS seolah olah begitu yakin ,mereka adalah sebuah parti yang kuat,namun didalam tidak sedar mereka langsung tidak layak menerajui Pakatan haram,tidak berupaya menjadi sebuah parti yang teras ,kemenangan mereka hanyalah hasil ehsan kaum lain agar dapat menjatuhkan kerajaan melayu sendiri.
25.Pisau berani katakan orang melayu didalam pakatan haram telah persetankan keutuhan bangsa sendiri,dabikan dada menyatakan mereka sedang menuju kejayaan hanyalah halusinasi yang sebenarnya sedang menuju kehancuran.
26.Strategis DAP & PKR tahu,didalam politik Malaysia,parti dominan dan teras seperti Umno hanya mampu di runtuhkan oleh bangsa melayu sendiri,maka dipergunakan melayu haprak dan politik jalangan PAS dan PKR secukup cukupnya demi mencapai grand design dan matlamat mereka.
27. Dahulunya kita hanya mendengar,kaum cina hanya mahu berniaga,soal politik diserahkan kepada orang melayu,mereka menguasai hampir keseluruhan ekonomi negara,nah sekarang mereka juga mahu menguasai politik,dan mereka diberi jalan oleh kamu yang menganut politik jalang seperti PAS dan PKR. Lacurkan apa saja selagi ada,londehkan apa saja demi penyedap halwa politik.Kebaikan dibutakan dan hanya keborbrokan melayu diperlihatkan pada bangsa lain,bencinya pada pemerintah hingga bangsa sendiri diperlecehkan.
28.Cina dan India begitu menjaga nilai bangsa sendiri,tetapi melayu sendiri memperlecehkan bangsa sendiri.Katanya hanya Islam mampu menyatu padukan Ummah,tetapi Islam PAS memecah belahkan ummah.Pisau kata "kawan kawan aku,bila pilihanraya jer, tukar pakai baju pas & pkr,tiba tiba muka tukar jadi bengis,kenapa?"
PISAU UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN