Jumaat, 26 Jun 2009

Anwar Ibarat Pesalah yang Sedang Gelabah – Anu dalam Botol

0



Membaca keluhan saudara Saiful sungguh membuatkan siapa sahaja akan faham maksud hatinya. Sebagai mangsa yang teraniaya, sungguh sakit jika melihat si pemangsa bebas bergerak ke sana ke sini seolah-olah sudah makan besar dan kenyang pula.

Tidaklah diketahui sepenuhnya akan tujuan Anwar ke sana ke sini. Sekejap di dalam negara, sekejap lagi ke luar negara pula. Sungguh aktif dan bersemangat orang tua ini mengalahkan Perdana Menteri ataupun Menteri Luar. Nak dikata mencari peluang dagang yang boleh membantu lonjakkan ekonomi negara, atau bahkan global, tidak pula nampak hasilnya. Di negeri pembangkang sendiri masih mengharap peruntukkan persekutuan.

Cuma yang menariknya, Anwar makin galak menjelang Julai. Ada yang cakap dia sedang gelabah dan dah tak tentu arah. Dia sengaja mencari jadual untuk ke sana ke sini supaya rakyat dan para penyokongnya tidak nampak yang dia sedang bergelut. Biarlah skuad peguamnya sahaja yang buat kerja. Dia mesti nampak tenang dan kalau boleh perlu terus ketawa di pentas ceramah. Egonya mesti tak boleh kurang.

Anwar sememangnya diketahui umum pandai berlakon dan penuh dengan helah psikologi. Dia pandai bermain dengan fakta dan bijak pula menanam keyakinan orang terhadap kata-katanya. Tapi Anwar mungkin terlupa ada yang lebih bijak. Dia mungkin sudah mengumpul banyak penyokong dan pentaksub, tapi Anwar juga tidak boleh lupa yang musuhnya juga sebenarnya semakin bertambah, bahkan semakin mengganas. Anwar pasti akan dilanyak.

Buat Anwar, ingatlah, setiap yang banyak itu pasti ada kekurangan.

...........................

Saya mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada semua rakan blogger yang mahu menentang Anwar Ibrahim sehingga terbukti segala kebenaran. Ayuh katakan yang benar meskipun pahit.

...........................

Ada sedikit keterujaan apabila berita tentang kemunculan sebuah filem songsang – Anu dalam Botol – diuar-uarkan. Mungkin ramai yang tidak suka dengan judul filem ini. Bahkan, para pensyarah ramai juga yang secara berseloroh semasa di dalam kuliah meminta pelajar tidak membayangkan lebih-lebih semasa menyebut judul filem ini.

Kisahnya tentang golongan songsang. Tak tahulah sesongsang mana ceritanya nanti sebab belum pun ditayangkan. Pun tentu, dalam ribut-ribut kalut pengulas dan pengkritik filem nasional (yang serba pakar mengkritik) tentang judul filem ini, moganya, jadilah ia diterbitkan kelak. Sebab kita tentu tertarik dengan jalan ceritanya, dan tentu juga dengan reaksi orang ramai.

Cumanya, dalam ribut-ribut itu, soal kesesuaian masa dan suasana mungkin jadi isu tersirat yang barangkali malu untuk dibahaskan, tapi demikian ia sebenarnya amat memberikan impak. Ketika ini, kisah songsang yang bakal dibicarakan (moganya jadi jugaklah nanti) seolah-olah memberikan sentimen yang kurang mesra kepada filem ini. Nasib badanlah nanti kalau ada yang memberontak. Moganya, taklah..

Posted by rizuan mh

Harussani VS Nik Aziz : Tetamu Dari Sungai Derhaka

0



Harakah Online pada pagi ini cuba menyelewengkan fakta dan memburuk-burukkan Tuan Guru Tan Sri Harussani, melalui lidah Tuan Guru mereka, Nik Aziz. Menurut laporan Harakah Online, Tuan Guru Harussani dianggap tidak tahu atau terdedah dengan sejarah politik Islam di Malaysia, sehingga menganggap bahawa PAS adalah punca kepada perpecahan umat Melayu di Malaysia. Malah, Nik Aziz juga turut membidas kenyataan tersebut dengan mendakwa bahawa PAS hanya mengikut Nabi Muhammad dan tidak mungkin boleh dituduh sebagai memecahbelahkan masyarakat.

Fakta yang betul : Kenyataan Mufti Perak dalam Utusan semalam sama sekali tidak membangkitkan langsung isu PAS adalah punca kepada perpecahan umat Melayu di Malaysia. Menurut Tuan Guru Harussani, adalah wajib bagi umat Islam bersatu padu khususnya di Malaysia (lihat laporan Utusan di bawah ini), dan kepada para pembaca sekalian, adakah tuan-tuan terjumpa ayat yang mendakwa bahawa Tuan Guru Harussani menuduh bahawa PAS adalah punca segala perpecahan di Malaysia? (walaupun hakikatnya adalah benar). Soalnya mengapa Harakah Online tidak mengikut ayat Quran yang melarang kita menjadi pengadu-domba? dan memusingkan fakta? Dan mengapa mesti memfitnah Tuan Guru Harussani, jika benar Harakah Online menjadi lidah rasmi perjuang Islam? Adakah ini sikap sebuah akhbar yang mendakwa bahawa mereka mendaulatkan Islam? Di samping itu, Nik Aziz pula, mengapa dengan mudah menolak hujah-hujah Tuan Guru Harussani berhubung isu kerajaan perpaduan? apakah Nik Aziz berasa bahawa beliau terlalu tinggi ilmu agamanya berbandingan dengan orang lain? Mengapa terlalu ego dan taasub kepada diri sendiri? Nik Aziz mahu ikut al-Quran atau pun nafsu sendiri? Jika Tuan Guru Harussani berhujah dengan al-Quran, terima la. Satu ketika dahulu, bukan main hebat PAS menyokong kenyataan Tuan Guru Harussani bahawa Konsert SureHeboh adalah haram dan Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah mubahalah, berkenaan isu liwat Saiful Bukhari, tetapi sekarang bukan main melalak peyokong-penyokong PAS membelasah Tuan Guru Harussani, kononnya beliau merupakan boneka UMNO dan lebih baik Tuan Guru Harussani menjadi ahli politik sahaja daripada menjadi mufti atau ulama. Sindrom yang berlaku sekarang adalah seperti berikut :

1. Islam hanyalah atas nama PAS, selain daripada PAS Islam mereka boleh dipertikaikan.

2. Sesiapa yang menyokong PAS, walaupun jelas bercanggah dengan kehendak atau ayat al-Quran, itu tidak mengapa, hal ini adalah kerana PAS mempunyai tafsiran mereka tersendiri.

3. Kata-kata Tuan Guru Mursyidul PAS selalunya tidak boleh dibantah, walaupun banyak kenyataan beliau bercanggah dengan ajaran Islam. Sehingga kini, sama sekali tidak kedengaran dalam kalangan ulama-ulama PAS yang sanggup menegur atau mengkritik Nik Aziz. Seolah-olah segala kenyataan Nik Aziz benar berlaka selama ini.

4. Islam yang betul, hanyalah Islam yang dibawa oleh PAS, Islam orang lain, semuanya salah. Jika mahu memperjuangkan Islam, kena masuk PAS dahulu barulah dikira sebagai pejuang Islam.

5. Kebanyakan penyokong PAS percaya bahawa Islam itu adalah dengan mengikut tafsiran PAS, dan tafsiran orang lain, semuanya hampir salah. Jika sesuatu tafsiran itu (al-Quran/Hadis) menyokong pegangan PAS, maka itu betul, tetapi jika tafsiran tersebut seolah-olah merugikan PAS, maka tafsiran tersebut adalah mungkar dan tertolak sama sekali, walaupun ayat al-Quran sudah terang maksudnya.

Kesimpulan saya : Umat Islam di Malaysia berada dalam keadaan bahaya, jika fahaman ini berterus pada masa akan datang. Sesuatu harus dilakukan dengan segera.

PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka. Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri. ‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu. ‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri

Di sebalik Video Fitnah Rosmah

0



Oleh UNTA BELANG

Sejak akhir-akhir ini maka 'bertebaranlah' video klip Datin Seri Rosmah Mansor di dalam Internet yang para pelakonnya terdiri daripada beberapa wanita dan lelaki yang didakwa 'rapat' dan mempunyai talian darah dengan beliau. Dalam video tersebut Rosmah secara terang-terangan digambarkan sebagai 'wanita jahat dan berpuaka' yang mengamalkan ajaran sihir untuk menawan hati Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tak cukup dengan itu, Rosmah juga digambarkan sebagai ibu yang kejam kerana mengabaikan anak-anaknya serta kakak yang zalim kerana membuang adik kandungnya sendiri.

Tetapi tahukah anda realiti dan kebenaran di sebalik semua tuduhan berat itu? Tahukah anda ia adalah sebahagian daripada strategi pihak tertentu untuk terus mencalitkan arang di muka Rosmah dan Najib setelah usaha sebelum ini untuk mengaitkan mereka berdua dengan kematian Altantuya gagal?

Tahukah anda dalam video klip berkenaan, para penonton telah ditipu hidup-hidup dengan fakta yang jauh menyimpang daripada keadaan yang sebenarnya?

Antara yang paling mengejutkan adalah pengakuan 'adik' Rosmah iaitu Rosmanuddin yang membuat pelbagai tuduhan dan fitnah liar termasuk melabelkan perkataan 'pembunuh' terhadap kakaknya sendiri.

Setelah disiasat dan diselidiki, rupanya Rosmanuddin hanyalah anak angkat tetapi telah dianggap sebagai darah daging sendiri baik di pihak Rosmah mahu pun Najib.

Rosmanuddin diserahkan oleh keluarga kandungnya kepada ibu bapa Rosmah seawal umur 12 hari lagi di dalam sebuah estet dengan masih berbalut kain batik.

Sejak itu Rosmanuddin disayangi dan dijaga bak menatang minyak yang penuh oleh keluarga Rosmah.

Sampai satu tahap, disebabkan ketidakmampuannya memiliki kediaman sendiri, Rosmah membenarkan Rosmanuddin dan anak isterinya tinggal di rumah mereka. Oleh kerana itulah, kad pengenalan Rosmanuddin tercatat alamat kediaman Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta.


Tidak cukup dengan itu, Rosmah juga memberi sebuah apartment untuk keselesaan Rosmanuddin dan keluarganya berhampiran kediaman mereka

Namun Rosmanuddin ternyata telah melampaui batas apabila sering menyalahgunakan nama baik Najib dan Rosmah untuk kepentingan dirinya sendiri. Walaupun Rosmah belum melihat video yang dimaksudkan, Unta Belang difahamkan beliau sangat kecewa di atas tuduhan yang Rosmanuddin 'ciptakan' itu.

Lebih menyedihkan Rosmah, Rosmanuddin turut mendakwa yang beliau telah mengabaikan anak-anaknya hasil perkongsian dengan suami terdahulu.

"Ibu mana yang tak sayangkan anaknya," jawab Rosmah yang kesal dengan fitnah tak berasas berkenaan.

Dalam video berkenaan, turut dipaparkan sedutan temubual dengan sepupu Rosmah yang bernama Mohd. Arshad, makciknya yang bernama Induk Leha, keluarga angkatnya Datin Che Mah dan seorang lelaki bernama Ikmal Hisham (anak Datin Che Mah).

Difahamkan Rosmah sekali lagi terkejut dengan kemunculan nama-nama 'asing' tersebut kerana tiada seorang pun di antara mereka yang dikenalinya

Rosmah menegaskan, beliau tidak dibesarkan di kampung ibunya dekat Seri Menanti kerana sejak kecil lagi dibawa oleh ayahnya ke Rembau.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penjelasan kisah yang memalukan ini boleh baca disini.

Malangnya dalam masyarakat kita, ramai yang malas berfikir. Lebih suka bergantung kepada cerita orang lalu dipencenkan otak sendiri. Apa yang orang cakap ditelan bulat-bulat, apatah lagi jika berita-berita sensasi.

Tuduhan jahat itu lebih enak dari segala hidangan istimewa. Dalam kelompok agama pun ada yang sanggup menuduh orang murtad sehingga dipercayai umum.

Sumber yang beginilah yang membawa cerita yang pelbagai untuk menjatuhkan orang yang dibenci, atau yang bersaingan dengan dirinya atau kerana mengangkat namanya.Jika manusia menganggap apa yang disebut masyarakat itu semuanya benar, tentulah masyarakat fasik juga berada atas kebenaran.

Dalam dunia Internet hari ini maruah dan harga diri manusia dijual begitu murah.

Seseorang yang ada di hadapan komputer begitu ringan tangan dengan memfitnah orang lain apa yang dia suka.

Seakan mereka berasa dosa memfitnah melalui maya itu tidak dapat dikesan oleh Allah atau disoal pada hari kiamat.

Para pelayar Internet pula ramai yang menerima khabar bohong itu lalu dijadikan bahan masyarakat untuk memburukkan orang lain.

Sabda Nabi s.a.w. ketika haji terakhir baginda: "Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah)." - Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Mereka ini jika ditanya mengapakah awak menyebarkan berita tidak ada bukti yang diterima oleh syarak?

Mereka akan menjawab dia itu musuh kami, kami pejuang Islam dan lagipun ramai orang suka berita itu dan cakap di sana sini.

Maka cakap orang ramai pun seakan mengambil tempat wahyu Tuhan dalam kehidupan mereka, lalu terhukumlah ramai manusia tanpa bukti melainkan atas nama ‘ramai orang cakap’.

Astagfirullahazim... - Malaysia-Instinct.com

Posted by Mohd Sufian

KETUA AJARAN SESAT AYAH PIN MERUPAKAN PUNYUMBANG DANA BUAT PAS DI KELANTAN

0


NIK AZIZ TELAH MELUDAH KE LANGIT DAN JATUH KEMBALI KE MUKANYA APABILA KENYATAAN NYANYUK TELAH DIKELUARKAN OLEH NYA SEMASA CERAMAH DI MANIK URAI BARU-BARU INI.

NIK AZIZ TELAH MELABELKAN UMNO SEANGKATAN DENGAN AJARAN SESAT AYAH PIN DAN KOMUNIS. SESUNGGUHNYA KENYATAAN NIK AZIZ INI MERUPAKAN SATU BENTUK FITNAH YANG AMAT KEJAM DAN PENUH BERBAUR DENDAM KIANAT NYA PADA UMNO.

TELAH LAMA NIK AZIZ INI MENYIMPAN DENDAM PADA UMNO SEHINGGAKAN SESAMA UMAT ISLAM SEKALIPUN NIK AZIZ AKAN HANCURKAN!!! PERPADUAN DEMI UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU JUGA NIK AZIZ SANGGUP LACURKAN DEMI MEMBALAS DENDAM KESUMATNYA YANG TELAH LAMA DI PENDAM NIK AZIZ INI.

AJARAN SESAT AYAH PIN DISAMAKAN DENGAN UMNO KATA NIK AZIZ. APAKAH NIK AZIZ TAHU AYAH PIN MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI PEMIMPIN PAS DI KELANTAN???

SEDAR ATAU TIDAK NIK AZIZ SENDIRI JUGA MERUPAKAN KENALAN KEPADA AYAH PIN! YA....RAMAI TIDAK MENYEDARI HAL INI. NIK AZIZ SALAH SEORANG KENALAN AYAH PIN YANG MANA BANTUAN DAN SUMBANGAN DARI AYAH PIN INI PADA PARTI PAS DI SALURKAN MELALUI SALAH SEORANG PEMIMPIN PAS KELANTAN!!!

AYAH PIN KETUA AJARAN SESAT MEMPUNYAI IKATAN YANG KUKUH BERSAMA BEBERAPA PEMIMPIN PAS DI KELANTAN! SEHINGGAKAN ADA DI ANTARA PEMIMPIN PAS INI YANG TELAH MENGAGALKAN USAHA PIHAK POLIS DARI MENANGKAP AYAH PIN.

AYAH PIN KETUA AJARAN SESAT TELAH DI LINDUNGI OLEH PARA PENGIKUT NIK AZIZ SENDIRI. DAN NIK AZIZ JUGA BERSUBAHAT DI DALAM HAL AJARAN SESAT AYAH PIN INI.

DAN SEKARANG NIK AZIZ MENYAMAKAN AYAH PIN DENGAN UMNO PULA. MENGAPA NIK AZIZ TIDAK MEMBANTERAS AJARAN SESAT AYAH PIN SEBELUM INI??? MENGAPA NIK AZIZ SUDI MENERIMA SUMBANGAN DARI ORGANISASI AJARAN SESAT AYAH PIN??? APAKAH SUMBANGAN AYAH PIN BUAT POLITIK PAS DI KELANTAN MERUPAKAN SATU SEDEKAH???

DANA YANG DI SALURKAN OLEH ORGANISASI AJARAN SESAT AYAH PIN BUAT PARTI POLITIK PAS MERUPAKAN SATU BENTUK RASUAH!!! RASUAH BAGI MELINDUNGI MARKAS AJARAN SESAT AYAH PIN DARI DIHANCURKAN DAN DI BANTERAS.

NIK AZIZ JANGAN DILUPAKAN AKAN PERANAN AYAH PIN DALAM MEMBANTU PARTI POLITIK PAS TERUTAMA DI KELANTAN!!! SEKARANG NIK AZIZ SUDAH MENOLAK NAJIS YANG ADA DI SEKELILINGNYA KE ARAH UMNO PULA.

UMNO TIDAK MEMPUNYAI URUSAN DENGAN AYAH PIN KETUA AJARAN SESAT! TETAPI PAS SEBALIKNYA YANG ADA KAITAN DENGAN AJARAN SESAT AYAH PIN. BUKAN SEMUA AHLI POLITIK PAS. TETAPI ADA SEBILANGAN MEREKA YANG BERHUBUNGKAIT DENGAN AYAH PIN. MALAH NIK AZIZ SENDIRI KENAL AKAN AYAH PIN INI!!!

AYAH PIN KETUA AJARAN SESAT MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI SEGELINTIR PEMIMPIN PAS. DIHARAPKAN HAJI HADI TAHU AKAN HAL INI. HAJI HADI PERLU BERSAMA USTAZ NASHA DALAM MENGEMPUR PARA PEMIMPIN PARTI POLITIK PAS YANG BERSEKONGKOL DENGAN KETUA AJARAN SESAT AYAH PIN INI.

HAJI HADI DAN USTAZ NASHA PERLU MELAKUKAN SESUATU BAGI MEMBERSIHKAN KEKOTORAN DAN KEAIBAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH PARA PEMIMPIN PAS DI KELANTAN. SEMEMANGNYA AJARAN SESAT AYAH PIN DAN MEREKA YANG MEMBANTU AYAH PIN PERLU HAJI HADI DAN USTAZ NASHA BERTINDAK DEMI AGAMA ISLAM!!!

Posted by GOMO


Palo hotak mu Tok Guru!

Apa hal pulak orang tua nyanyuk Nik Ajis ni. Tak habis habis mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah dan bermotif jahat. Setelah dia dihentam oleh anak buahnya sendiri dalam Pas ekoran kenyataan berkaitan Kerajaan Perpaduan yang telah dicadang oleh presidentnya, Dato Seri Haji Hadi Awang, Nik Ajis memaki dan menyamakan Ustaz Nasha sebagai sampah, semalam, beliau samakan pula UMNO dengan Komunis.

Kalau ikutkan hati, penulis nak maki balik je dia dalam blog ni, tapi atas dasar professional dan juga adab seorang muda dengan orang tua yang nyanyuk, penulis pendamkan hasrat tersebut.

Penjilat PR bolehla memaki hamun caci maki semua bloggers pro - kerajaan tapi bloggers pro - kerajaan (BPN) tak akan berbuat demikan, sebab kita ada prinsip masing - masing.

Tok garu ni dah melampaui batas. Sesedap mulut je kata orang lain tak mengikut ajaran Islam. Tok garu, kamu pakai serban dengan jubah labuh tu, cukup ke amalan Islam yang anda lakukan? Ada ke ikut syariat Islam?

Harap pakai je serban besar bak perut ibu mengandung, tapi mulut busuk macam longkang. Busuk kalah lagi longkang, busuk mulut dan busuknya perangai Tok Garu ni bak loji rawatan najis Indah Water. Huduhnya perangai manusia berjanggut seperti kambing ini. Konon ikut nabi, tapi perangai tak huduh. Tak layak nak jadi pemimpin.

Tok garu, cukuplah! Cukuplah! LETAK JAWATAN anda sebagai MB Kelantan dan Muryidur Am Pas. Memalukan rakyat Kelantan dan parti Pas sahaja. Cukupla!

Dicatat oleh Pewaris Melayu

Rabu, 24 Jun 2009

PAKATAN PERJANJIAN SYAITAN

0


Nik ajis: bahwaso nyo..ambo nik ajih bin nik mat denge ini bersumpoh setio, sobilik sekatil, somati sohidup, sobongap sobodoh bersamo PKR denge DAP dowh


KeADILan terus perkukuhkan Pakatan Rakyat - Anwar
Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir Tue | Jun 23, 09 | 4:39:20 pm MYT
KOTA BHARU, 23 Jun (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat akan terus memperkukuhkan hubungan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat biar pun terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan.

Ketua umum parti itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pihak dalam Pakatan Rakyat mahu memperkasakan pakatan tersebut supaya bertambah mantap.

"Soal isu kerajaan perpaduan telah dibincangkan sebelum ini bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Dato' Harun Din.

"Mesyuarat yang diadakan lebih menumpukan soal kesepakatan dan perpaduan dalam Pakatan," katanya ketika ditemui selepas mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini, kelmarin.

AKU NAK GELAK BESAR BILA BACA PASAL 'ANU'WAR YANG BERIYA2 NAK TERUS KUKUHKAN HUBUNGAN 'SONGSANG' DGN PAS KEHKEHKEHKEH. KENAPA TAK CAKAP "AKU 'ANU'WAR @ "BAPAK AYAM" NAK JADIKAN PAS RAKAN SEBILIK!"!. 'ANU'WAR SAJE NAK GEMBAR GEMBUR CERITA PENYEDAP RASE SEBAB DIA TAU DAN DIA TAK AKAN MENGAKU YANG PAKATAN SEBENARNYA TAK BOLEH 'SEKEPALA' APABILA BERCAKAP PASAL KERAJAAN PERPADUAN. ALAA KIRA SESUATU YANG TABOO LA SENANG CITER!.

'ANU'WAR SEBENARNYA RALAT SEBAB PERAK DAH JATUH KE TANGAN BN. PUNAH LA SEGALA HARAPAN DIA NAK TENGOK DAP KONTROL PAS MCM LEMBU. DIA TAU SI NIZAR KATUN TU MEMANG SENANG DI TARIK KE SANA KEMARI MACAM ZOMBIE!. KAU BAGI LA DIA KETA BARU SEBIJIK, KAU TENGOK LA GELAGAT DIA MACAM BERUK DAPAT BUNGA.

PADA AKU KALAU PAKATAN BOLEH TOLAK MENTAH2 PSL KERAJAAN PERPADUAN, BN PUN BOLEH WAT DERK BILA 'ANU'WAR AJAK BERBINCANG PASAL KERAJAAN DI PERAK. LAGI PUN TAK PAYAH NAK SUSAH2KAN DIRI TUNJUK PERASAAN KT JLN RAYA. JANGAN GANGGU KERJA DS ZAMBRY. ADALAH LEBIH BAIK SI JUBURI PERSIAPKAN DIRI DGN KES DIA KT MAHKAMAH.

SESUNGGUHNYA PERPECAHAN YG 'ANU'WAR DAKWA DAH BERLAKU SEJAK DULU LAGI TAK SETERUK KALI NI MALAH DIA "YANG MENAMBAH PARAHKAN LAGI" SITUASI. 'ANU'WAR SENGAJE MENANGGUK DI AIR KERUH. MENGERUHKAN LAGI KEADAAN!. DASAR MANUSIA JAHANAM! AKU KESIAN SEBAB TOK GURU DAH 'TERR'SAIN 'AGREEMENT' DENGAN MEMBUAT PERJANJIAN SYAITAN BERSAMA 'ANU'WAR DAN DAP!...DENGAR KATA PAKATAN NAK BUAT DEMO 100,000 ORANG PSL TAK PUAS HATI SEBAB UMNO BUAT FITNAH PASAL KERAJAAN PERPADUAN? ADOIYAIII!! SENDIRI BUAT SALAH ORANG LAIN PULAK YANG KENA? MANE PUNYE LAW LA KAU PAKAI NI 'ANU'WARRR? JUNGLE LAW KER? SENDILI PIKIR MAAAA...



Kisah Anwar Al Juburi dan KY Jelly!

0


Malam Isnin Anwar berada di Manek Urai untuk kempen bagi persediaan pilihanraya kecil di situ. Dalam ceramah, dia dok cerita kat orang kampung pasal tuduhan liwat terhadapnya.

Dia beritahu orang ramai Saiful telah diperiksa pada pukul 3 petang di Pusrawai dan tidak ada kesan tembus dan luka. Kemudian dibawa terus ke Hospital Kuala Lumpur, diperiksa pula oleh tiga pakar dan keputusan yang sama. Ini juga alasan yang dia dok guna untuk memohon pada mahkamah agar pertuduhan digugurkan.

Cuba kita pikiaq skit. Kalau Anwar guna KY Jelly, kemungkinan perbuatan liwat itu tidak meninggalkan kesan fizikal. Pasal kita bukan buat dan guna benda-benda macam ini, kita carilah maklumat.

Menurut Wikipedia, KY Jelly adalah alat pelicin peribadi bagi kegunaan antara lain, seks anal atau liwat. Articlesbase pula beritahu kaedah penggunaan yang betul boleh mengelakkan berlaku luka dan koyak pada kulit.

Anwar ni kata dia sendiri prihatin terhadap rakyat. Katalah dia guna KY Jelly supaya pasangannya tidak cedera. Pastilah tidak ada kesan. Tetapi adakah bermakna perbuatan liwat tidak berlaku?

Sedaq tak hangpa Anwar tidak sebut langsung laporan perubatan tidak terjumpa kesan air mani? Mungkinkah ada terjumpa kesan air mani dari punggung Saiful tapi Anwar malu nak khabaq kat kita? Kalau ada, ia bermakna perbuatan liwat berlaku. Cuma siapa empunya air mani itu?

Anwar enggan beri sample DNA terbaru semasa pemeriksaan doktor. Alasan dia takut dianiaya dan fitnah. Jangan lupa polis masih ada rekod DNA Anwar dari perbicaraan dulu. Mungkinkah DNA dari air mani yang diperolehi dari punggung Saiful sama dengan rekod DNA dalam simpanan polis?

Betoi betoi ... kita tau rekod DNA yang ada pada polis tak boleh guna untuk mahkamah. Walaupun tak boleh guna, persamaan DNA cukup untuk meyakinkan polis bahawa mereka tak salah tuduh. Mereka kena berjaga pasai nanti orang tuduh polis nak kenakan Anwar.

Bila dah yakin, tidak mustahil untuk polis perolehi bukti-bukti lain. Itu pasai mahkamah yakin dengan affidavit dari pendakwa untuk kes dibicara. Kalaulah ini semua teka-teka dan tak betul, takpe. Anwar boleh pi ke mahkamah dan hujah. Dah yakin menang, tak payahlah nak lari dan main wayang untuk tangguh-tangguh.

Orang kampung Manek Urai bolehlah hang auta, Anwar. Itu pun belum tentu mereka nak caya buta-buta.

Dipetik dari Blog The Unspinners!





PARPUKARI: PERGHHH, KEBELAKANGAN INI PELBAGAI CARA DIGUNAKAN OLEH AL JUBURI DAN PENJILAT KUNYIT DIA UNTUK MENGENAKAN PARPUKARI! TAPI PARPUKARI TAK KISAH KERANA PARPUKARI BERANI KERANA BENAR!

Sebenarnya saya amat bersetuju dengan artikel di atas ini, sebenarnya seorang peliwat yang suka meliwat dan berjuburi selalu sudah tentu dia tahu macamana untuk mengelakkan dari dikesan bukan, lagipun al juburi ni dah kira expert dalam hal lubang bontot ni!

Bagi dia meliwat adalah satu kebiasaan, come on lah guys! Takkan la dia nak meliwat tanpa menggunakan pelincir, itu gila namanya, logiknya mesti kena pakai pelincir bukan? Anda tak perlu menjadi pakar seperti saya untuk mengetahui benda ini, this is common sense!

Itu la pasal saya selalu cakap penyokong si Mahaguru Kunyit ni memang taksub nak mampos, mereka anggap dia ni suci sesuci air kunyit yang mengalir, gunalah akal, jangan ikut hati nanti mati!

Kalau dia dah dok balun hari-hari tempat yang sama menggunakan KY Jelly, sudah tentu la takde kesan, kepada yang tak tau apa mende KY Jelly tu, sila ke farmasi dan beli, pastu cuba, jangan la korang pi jadi peliwat pulak ya, i mean cubalah anda rasai kelicinan KY Jelly tersebut.

Lepas ini kalau masih ada lagi yang percaya terhadap al juburi tu, lantak koranglah, pi mampos la korang dengan korang punya teori KUNYIT tu, aku bukan nak kata apa la, al juburi tu ada ramai pengikut yang bahalol, tetapi what about Saiful? Siapa yang sokong dia? Tahukah kamu selama setahun yang lepas betapa deritanya hidup dia?

Mungkin ada dari kalangan penyokong tegar al juburi akan berkata "Padan muka dia" tapi pernahkah anda terfikir, ditakdirkan Saiful tu adik, abang atau saudara kita, sanggupkah kita melihat dia diperlakukan begitu???

Semata-mata kerana yang terlibat adalah dari kalangan VVVIP, maka mahkamah atau pihak berkuasa pun tidak kisah akan nasib dan penderitaan saudara SAIFUL! Kenapa? Adakah pihak berkuasa takut kepada si bajingan laknatullah pengikut kaum Nabi Luth ini!???

Persoalannya sekarang, nak tangguh sampai bila???

Posted by Parpu Kari

Akhirnya PAS cium juga buntut Lim Kit Siang!

0


Tok garu Nik Ajis telah mengumumkan tiada perpaduan Melayu antara Pas dan UMNO. Sebelum ni pun, Nik Ajis dah laungkan, tidak ada sebarang rundingan berasaskan perpaduan Melayu tapi kalau ada perpaduan pun berasaskan Islam. Yakni, tidak pada perpaduan Melayu dan ya kepada perpaduan Islam. Itu menurut Nik Ajis.

Nik Ajis tak sedar diri yang dia tu orang Melayu dan dia tak pernah pun dia Melayu. Sebabtu la Nik Ajis tak pernah nak pakai baju Melayu, yang dia duk pakai pun hanyala jubah dan serban besar bak busut atas kepala. Kenapa dia duk pakai macam tu?

Oh Tok Garu, buanglah serban besar bak busut diatas kepalamu itu jika kamu takut nak laksanakan hukum dan undang - undang Islam seperti yang anda laungkan tu. Anda lebih takutkan Anwar Ibrahim dan DAP lagi dari nak memperkasakan perpaduan Melayu - Islam. Anda lebihkan menjaga periuk nasi sendiri daripada perpaduan.

Nik Ajis, malukah anta mengaku sebagai seorang Melayu? Oh, penulis rasa malu ada pemimpin sebangsa dengan penulis yang malu sangat nak mengaku bangsanya sendiri. Oh, Tok Garu. Nanti, tukarlah status Bumiputera dalam kad pengenalan anda dan tukarlah bahasa sekali ya. Sebut ISLAM betul - betul, jangan sebut ISLE!

Akhir sekali apa yang dapat dirumuskan disini:

-Tok Garu Nik Ajis takutkan Anwar Ibrahim demi menjaga karier politik sendiri.

-Anwar tunjang Pakatan Rakyat cerminan Dajjal di muka bumi ini. Apa yang Anwar seru, semua tak baik. Tidak pada perpaduan, tidak pada Islam dan semuanya tidak. Dia hanya cakap YA berkaitan kejahatan. Adakah benar?

-Pemimpin PR (Anwar, Guan Eng, dll) naik menjadi pemimpin besar dan kerjasama PR tertubuh atas PERPECAHAN dan PERBALAHAN orang Melayu. PRU12 dah menunjukkan Melayu dah pecah belah.

-Pemimpin Pas (Hj Hadi) takut nak suarakan dan tak tegas dalam pendiriannya. Mula - mula pelawa nak perpadu dengan UMNO, tapi bila Nahkoda Nyanyuk parti sendiri menyalak bak anjing kena jolok punggungnya tu melenting, beliau diam membisu.

Benarlah orang kata, presiden Pas memang macam tunggul.

Tulisan Pewaris Melayu


Tersenyum Puaslah DAP, Bila Melayu Tidak Jadi Bersatu

Lihatlah reaksi Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak) yang tersenyum puas setelah Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Pakatan Pembangkang tidak akan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO pada 22 Jun 2009. Ngeh Koo Ham memegang erat kerusi yang diduduki oleh Haji Hadi Awang (Presiden PAS), seolah memberi sokongan kuat agar Haji Hadi menolak kerajaan perpaduan. Sivakumar pun tersenyum puas memandang Ngeh bila perpaduan tidak jadi.

Malah Haji Hadi menyifatkan idea kerajaan perpaduan sebagai satu fitnah dan tindakan jahat UMNO. "Satu cara yang sangat jahat, satu fitnah untuk melaga-lagakan bukan untuk perpaduan." kata Haji Hadi. Keikhlasan telah disambut dengan kata nista dan putar belit. Inilah yang berlaku bila ada orang Melayu sendiri yang sanggup termakan hasutan DAP agar Melayu terus berpecah belah. "Jangan tutup langsung rundingan dengan semua pihak kerana ia bercanggah dengan tuntutan Allah," kata Haji Hadi ketika mengulung perbahasan Muktamar PAS yang ke-55 di Shah Alam pada 7 Jun 2009. Diharap Haji Hadi sedar apa yang diucapkannya semasa muktamar lepas. Rundingan yang baik untuk perpaduan orang Islam tidak wajar ditolak.

Racun DAP telah "patuk" Haji Hadi Awang hinggakan tidak dapat bezakan siapa musuh dan siapa lawan sebenar. Haji Hadi sedang dipengaruhi DAP, harapnya Nasharuddin Mat Isa mampu teruskan rundingan untuk kepentingan bersama orang Islam di Malaysia.

"Kita minta ahli kita supaya dapat membezakan musuh sebenar dan musuh rekaan."Tetapi jangan leka dengan musuh rekaan sehingga lupa musuh sebenar," kata Haji Hadi lagi ketika Muktamar PAS. (baca sini). Siapa musuh sebenar dan musuh rekaan yang dimaksudkan Haji Hadi? Erdogan adalah musuh rekaan? DAP dianggap sebagai apa? Musuh sebenar atau musuh rekaan? Mengapa Haji Hadi sanggup menarik balik usulnya untuk berunding dalam muktamar lepas? Apakah ini sebahagian daripada drama politik Pakatan Pembangkang?

Sampai bilakah orang Melayu dalam PAS perlu diperbodohkan oleh lakonan politik ini? Ianya seolah satu drama opera. Skripnya sudah ditulis oleh Anwar Ibrahim sendiri untuk divert isu liwatnya yang hampir untuk diadili. Skrip yang sama juga bakal dinyanyikan atas pentas ceramah PAS di Manek Urai. Kalau di Kuala Terengganu skripnya adalah hudud, di Manek Urai pula isunya adalah kerajaan perpaduan. Di Kuala Terengganu pertembungan antara Karpal Singh dengan pimpinan PAS, di Manek Urai pertembungan antara Nasharuddin Mat Isa dan Nik Aziz. Apakah ianya sengaja dirancang sebegitu?

Posted by azrinizam

Selasa, 23 Jun 2009

Siri Satu: 11 bulan berkuasa...apa kata Ngeh, Nizar ikut aje

0


Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, adalah antara tiga ADUN Perak yang membuat keputusan meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Ekoran daripada tindakan mereka yakni Jamaluddin dan Osman Jailu ( Changkat Jering) dari PKR dan Hee Yit Foong DAP Jelapang, kerajaan negeri Perak bertukar tangan selepas baru 11 bulan berkuasa.

Ini apabila BN yang semasa pilihan raya Mac 2008 memperolehi 28 kerusi kini mendapat sokongan tiga ADUN menjadikan majoriti menyokong BN sebanyak 31 kerusi.

Sebaliknya pakatan pembangkang daripada 31 kerusi turun menjadi 28.

Namun, selama ini beliau hanya mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang.

Dalam satu temuramah hampir tiga jam dengan Agendadaily di Kuala Lumpur Sabtu lalu Jamaluddin memberi sedikit sebanyak gambaran lebih jelas kenapa beliau mengambil tindakan tersebut.

Bagi siri kali ini, fokus diberikan kepada sebab-sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang yang berkaitan dengan sikap Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan perjalanan mesyuarat Exco yang secara jelas menggadai kepentingan orang Melayu.

Ini katanya, kerana penguasaan dua orang kuat DAP, Ngeh Koh Ham ,(Pengerusi DAP Perak,ADUN Sitiawan,Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Beruas) dan Nga Kor Ming ( ADUN Pantai Remis Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Taiping ) ang terlalu besar dalam Exco membuat keputusan.

Soalnya bilakah beliau mula rasa lain macam dengan Exco dan rasa-rasa tak boleh duduk dalam Exco lagi ?

Jamaluddin menjelaskan mengikut isu. Dalam soal penukaran kereta rasmi Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry beliau berkata:

“Saya sebut kita kena angkat kereta nasional. Kita kena ada semangat kenegaraan. Kalau kerajaan Terengganu masa itu nak tukar Mercedec, itu kerajaan BN, ini kerajaan pakatan. Kita tunjuk kita sayang kepada kereta nasional. Semangat patriotik kena ada.

Nizar minta saya sediakan kertas untuk hujahkan perkara itu. Mulanya dalam Dewan (Dewan Undangan Negeri) dia sebut 10 biji Camry yang bernilai RM920,000 tapi bila mesyuarat Exco dia kata 15 buah termasuk ex-officio. Tapi kita tak dapat pengeculian cukai, harganya menjangkau RM2.5 juta. Kalau Perdana baru RM1.76 juta jadi kita boleh jimat RM740,000. Ada lagi perkara lain yang saya hujahkan dalam kertas itu hinggakan saya sebut kalau Anwar jadi PM adakah kita nak tutup kilang Proton.

Nizar setuju dengan hujah yang saya kemukakan dan kekal untuk gunakan Perdana.

Tapi bila masuk mesyuarat Exco , sebut sahaja soal kereta, Ngeh Koo Ham kata Camry baik, itu baik ini baik dan macam-macam lagi hujahnya, daripada 10 buah, keputusanya tempahan dibuat 15 buah. Walhal sebelum itu beliau setuju dengan saya.

Nizar dengan Ngeh... dia terlalu tunduk. Apa kata Ngeh dia akan ikut. Dia bukan pemimpin Melayu.

Dalam isu hak milik tanah Kampung Baru 999 tahun dan penukaran syarat tanah rumah kos rendah ?

Semua ini berlaku dalam mesyuarat Exco. Soal rumah murah, kerajaan BN banyak luluskan tapi belum dilaksanakan lagi. Tapi bila kerajaan pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat daripada rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana dan rumah banglo.

Saya sebut dalam mesyuarat Exco, kerajaan dulu (BN) rancang benda ini baik. Usaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di bandar.

Saya sebutkan kepada Nizar usaha tukar syarat tanah akan menyebabkan orang Melayu tidak ramai yang berkemampuan untuk miliki hartanah di bandar dan terus pastikan orang Melayu hanya tinggal di pinggir dan di kampung-kampung sahaja.

Waktu pertama beliau membuat undian dalam mesyuarat Exco siapa yang menyokong siapa yang tidak bersetuju ?.

Yang menyokong Tai (PKR), Nga Kor Ming dan Ngeh. Yang menolak saya dan Kapten Osman Jailu.

Nizar pada hari itu ambil keputusan menolak walaupun tiga menyokong dan dua tidak setuju manakala lain-lain Exco berkecuali.

Saya tulis nota kepada Nizar, jangan amalkan undi angkat tangan. Jika angkat tangan, Melayu ada tiga orang sahaja dalam Exco termasuk Nizar sebagai MB ada empat.

Lepas daripada itu tiap-tiap minggu ada sahaja permohonan, saya bantah... hendak tukar syarat tanah daripada bina kos rendah kepada sederhana dan bunglo. Pada hal syarat yang telah diluluskan oleh kerajaan dahulu untuk rumah kos rendah. Semua cadangan tu datang daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputera.

Namun jika ada permohonan daripada syarikat Bumiputera, ada sahaja yang dipertikai oleh Ngeh dan Nizar setuju walaupun Pengarah Tanah dan Galian beri syor untuk diluluskan.

Bagi permohonan bukan Bumputera, walaupun cadangan dibuat untuk ditolak, tapi Ngeh kata ia perlu diluluskan dan Nizar setuju. Sampai saya buat catatan M (Melayu) dapat berapa dan C (Cina) dapat berapa. M lulus tiga C lulus sembilan.

Hinggakan pada mesyuarat berikutnya saya ambil pendirian berdiam diri...cuma bila permohonan datang daripada C, saya terus jerit LULUSKAN sahajalah, bila permohonan Melayu saya jerit TOLAK aje. Tujuan saya nak memperli Nizar supaya dia sedar... tapi dia tak peduli pun.

Nampak sangat dia takut dengan Ngeh.” katanya.

Dalam isu tanah 999 tahun, siapa yang bawa cadangan itu kepada Exco?

Jamaluddin berkata: “Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. saya bantah kerana perkara itu kerana ia tidak ada ada dalam manifesto PKR pun. Saya sebut kepada Nizar jangankan 999... 99 tahun pun kita akan dikritik hebat... tapi kerana terlalu nak jaga kehendak DAP, Nizar ikut sahaja.

Sampaikan saya kata UMNO dah lebih 50 tahun memerintah, baru rakyat tolak mereka.Tapi pakatan baru 11 bulan.

Saya dengar di kantin pegawai-pegawai dah mula bersungut pasal pemberian tanah 999 tahun yang mereka rasakan melampau.

Ekoran itu, saya bertemu Nizar. Saya bangkit soal tanah...balak semua ditender. Jadi saya tanya dia bolehkah ada pertimbangan atau diasingkan dalam soal pemberian tender kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera. Dia kata tak boleh.

Saya beritahu dia kalau macam itu, peluang Bumiputera khususnya Melayu sampai bila nak dapat.

Bila kita hujah lebih sikit, dia diamkan dirinya. Tapi dalam ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangan satu kaum sahaja. Kenapa masa kita jumpa dia bincang dia diamkan diri sahaja.

Begitu juga dalam soal pemberian tanah kepada sembilan sekolah Cina

Saya sebut dengan Nizar, tiap-tiap tahun kita beri bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM30,000 setahun kenapa nak beri tanah pula.

Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh, daripada nak beri tanah 1,000 ekar kepada sekolah-sekolah itu, Ngeh tukar kepada 1,000 hektar, Nizar pun setuju juga. Daripada ekar kepada hektar, Nizar ikut sahaja.

Berdasarkan pengalaman selama 11 bulan bersama mereka, Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga. Nizar patung sahaja. Segala-galanya dikawal oleh Ngeh dan Nga.

Dayuslah kita, hanya kerana nak duduk jawatan Exco, apa sahaja Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja.

Saya tak boleh. Kita dari dulu kaki lawan. Selama 10 tahun berjuang apa kita dapat. Habis wang ringgit sendiri untuk parti...hari ini dapat RM14,000 sebulan besar sangat ke,” ujar beliau mengenai senario sebenar yang berlaku dalam Exco Perak di bawah pimpinan Nizar semasa pakatan pembangkang perintah negeri Perak.

Siri berikutnya, kita ikuti, kenapa beliau tinggalkan PKR, apa konspirasi PKR terhadapnya dan bersih sangatkah kerajaan pakatan pembangkang negeri Perak ? – 19/5/2009

Sumber: Agenda Daily

ISLAM AJAR UMAT MENIPU

0


***Gus Dur dianggap sebagai ulama terhebat dan tersohor oleh pemimpin dan rakyat Indonesia. Dia dikatakan mempunyai kuasa ajaib tertentu seperti ditembak tidak akan mati. Kepercayaan ini tidak ada beza dengan kepercayaan pengikut PAS yang Nik Aziz dan Haji Hadhi setaraf ulama Gus Dur***

Bila UMNO ajak PAS untuk bersatu dalam BN, pada mulanya PAS kata- lihat dulu, nanti kita bincang.

Kemudian PAS mahukan sekolah rakyat PAS dapat bantuan, maka kerajaan BN hulurlah bantuan dan guru-guru sekolah berkenaan dapatlah pendapatan bulanan. Dengan pendapatan itu dapatlah mereka membeli makanan dan bila kenyang dapatlah mereka maki hamun kerajaan BN.

Hishamuddin dihantar oleh Pak Lah ke Kelantan untuk melihat bagaimana dan berapa bantuan yang diperlukan. Nik Aziz bukan main sambut Pak Lah, masa itu dia jadi PM lagi.

Selepas balik ke Putrajaya, Nik Aziz dalam Harakah bukan hendak berterima kasih tetapi berkata- lihat PAS sudah berjasa memperkasakan sekolah rakyat!!! BN sebenarnya mahu merosakkan sekolah rakyat dan sekolah agama. Kalau tak kerana PAS, sudah tentu sekolah rakyat tidak sehebat kini.

Atas penipuan demi penipuan, Pak Lah akan bersara sebagai PM dan mengamanahkan kepada Najib supaya meneruskan agenda perpaduan antara PAS dan UMNO. Najib tak macam Pak Lah yang menentang semua dasar TUN sehingga dikritik oleh TUN.

Sebenarnya perpaduan orang Melayu diwujudkan dan diasaskan oleh Pak Lah dengan bantuan pemikir ulama yang mahu melihat Melayu dan Islam kuat di negara mereka sendiri.

Kejadian demi kejadian membuktikan yang India sudah mula pijak kepala Melayu dengan tuntutan yang tidak masuk akal.

Tidak berakhir di situ saja, Cina pula mahu itu, ini sehingga apa yang ada pada orang Melayu hanya tinggal DUA BIJI BATU, SETANGKAI SARANG BURUNG. Itupun kalau dapat nak lagi.

Jahanam yang dilakonkan oleh Karpal Singh, Barua yang diwujudkan oleh DAP Perak dan 'yahudi' yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim atas dasar kerajaan rakyat untuk rakyat. Sebenarnya kerajaan kebajikan ialah kerajaan 'mayat' untuk rakyat. Mayat dan keranda diberikan kepada rakyat dengan janji-janji ditaburkan seperti bunga kemboja di atas pusara rakyat dan raja Melayu.

Bila Presiden PAS kata- kita akan mewujudkan kerajaan perpaduan, Nasharuddin pula mengatakan kita akan meneruskan agenda berkenaan. Bila Nik Aziz tak setuju, Anwar Ibrahim menggeleng kepala dan Lim Kit Siang mula tunjuk tanduk, isu kerajaan perpaduan sudah jadi 'mayat' untuk orang Melayu.

ABIM, Mufti Perak, Mufti Perlis, Ulama Islam, NGO Islam, UMNO, Orang Melayu, Sultan dan Raja Melayu, intelektual, profesional... kebanyakannya menyokong perpaduan antara Melayu demi Islam dan bangsa.

Kan Islam menganjurkan perpaduan sesama umatnya. Tanya budak sekolah TADIKA pun tahu pasal hal ini, tak payah tanya ulama atau profesional.

Bukankah orang Islam itu ialah bersaudara!!! Tidak kira bangsa Bangla, Pakistan, Iran, Bosnia..kalau mereka Islam, maka mereka juga adalah saudara kepada kita semua.

Tapi PAS menjadikan pemakan babi sebagai saudara dan menjadikan umat Islam sebagai sasaran modal politik.

Apa yang berlaku, kerajaan perpaduan yang diasaskan oleh Presiden PAS disanggah oleh PAS sebagai boneka UMNO. Katanya, PAS lebih senang bekerjasama dengan Pakatan sedangkan siapa yang sebelum ini benar-benar mahukan kerjasama antara orang Melayu dan siapa yang beria-ria melaksanakan kerajaan perpaduan kalau tidak Haji Hadhi.

Murtad ke Haji Hadhi? Dia yang melafazkan kata-kata kerajaan perpaduan masa Muktamar PAS baru-baru ini, tetapi di hadapan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, Hadhi kata lain pula.

Jadi apa yang dapat disimpulkan ialah PAS sebagai parti penipu atau berbelit macam ular sawa. Kalau jumpa Haji Hadhi di Terengganu ketika sedang makan keropok lekor, pukul dan belasah dia dulu, jangan bunuh ular sawa. belit Hadhi lebih bahaya dari belit ular sawa.

Haji Hadhi sebenarnya takut pada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang daripada takut kepada kekuasaan Allah. Mengetepikan pendapat semua bijakpandai Islam, dan menjadikan perpaduan sebagai perkara tidak baik. Jadi, Islam mengamalkan perpecahan dan Islam TIDAK membenarkan orang Islam bersatu.

Islam juga mengajar umat manusia berbohong, menipu dan bercakap dusta. Kalau dulu orang Islam takut digelar Munafik, kini bagi Islam PAS, munafik menjadi perkara yang mulia dan mendapat pahala sebagaimana melihat poster Nik Aziz dan gambar bogel Elizaberth.

Jadi Islam ialah menyuruh umatnya menipu, berdusta, berpecah-belah...dan lebih takut ialah Islam menyuruh kita takut kepada musuhnya sendiri.

Apa salahnya jadi buih dan ombak....hanya dihanyutkan oleh angin dan desiran pantai sahaja tidak mampu hendak bertindak...begitulah Islam PAS.

abe MIE- hendak melihat orang Islam Kelantan, DUN Manik Urai menolak PAS seperti orang Palestin menghalau orang yahudi di Tebing Gaza.

abe MIE- UMNO perlu menjadikan modal kempen pilihanraya mereka SOKONG PAS=SOKONG DAP. Makan babi dan tak makan babi sama saja- boleh sentuh al-Quran dan membacanya bila-bila suka tujuan memburukkan orang Islam sendiri.

abe MIE- jangan salahkan PM, Najib jika orang Melayu tidak mahu bersatu....

Posted by abe MIE 'TERJAH'

Tahniah Pas kerana terus membontoti Anwar

0


Tahniah Pas kerana mengikut bontot Anwar. Mereka yang ikut telunjuk ini wajar digelar MEMBONTOTI.

Tak perlu Anwar jadi presiden atau mursidul am Pas. Jadi penasihat umum dalam pkr pun dah cukup untuk menjadi broker yang membuatkan Pas tunjuk patuh 'samikna wa'atokna' kepada bontot Anwar.

Ini lah kelebihan Anwar. Umno pernah jadi sasaran kucar-kacir kerana Anwar. Malahan masa Anwar dalam Umno juga lah dia yang paling banyak meletopkan bom di kubu Pas. Anwar pernah jadi pengebom berani mati untuk umno menentang Pas.

Datuk Asri pernah 'dikelentong' Anwar. Yusof Rawa pernah jadi lauk Anwar, yang ini YB Mujahid lupa. Fadzil Noor juga biasa menjadi ejekan Anwar. Kali ini Hj Hadi pula gilirannya untuk menjadi makmum anwar. Manakala makmun yang paling kuat menjerit amin adalah Nik Aziz.

Nik Aziz membawa watak de facto leader dalam Pas. Hj Hadi cuma patung dalam Pas walaupun dia presiden parti. Ramai ahli Pas berani lawan Hj Hadi tapi mereka akan tunduk kepada Nik Aziz. Nik Aziz dikira suci dalam debu sehingga menjadi idola YB ratu bogel dari Dun Selangor.

Kini nyatalah cakap Anwar adalah cakap Pas. Cakap Dap juga adalah cakap Pas kerana Pas nak jaga hati kawan-kawan. Walaupun kawan-kawan itu adalah kafirun atau munafikun yang akan menikam Islam dari depan dalam belakang.

Agenda Islam sudah jadi agenda kesampingan dalam perjuangan Pas. Agenda utama Pas kini adalah menjadi pak turut, pak angguk kepada pemimpin umat yang sudah terpalit dengan pelbagai skandal liwat yang sudah dimaklumi umum.

Pas untuk semua, membangun bersama kafirun dan munafikun. Amanat Hj Hadi sudah tinggal sejarah. Ia telah menyembah bumi dek jilatan Anwar Ibrahim.

Posted by hk

Jumaat, 19 Jun 2009

Peguam Anwar Kata Tiada Bukti Saiful Di Liwat ?

1


Dipetik dari Malaysiakini

S Pathmawathy Jun 18, 09 3:29pm
Link : http://www.malaysiakini.com/news/106734

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur. Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.


Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini. Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut. Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad. Dan ia tidak ada dalam kes ini, tambahnya.




Komen Penulis;

Mengapa sampai ke tahap sekarang baru perkara ini hendak ditimbulkan? Hari perbicaraan tinggal hanya kurang 2 minggu sahaja dari sekarang....

Walaupun argumen ini dibenarkan oleh undang2 tetapi ditakuti ianya merupakan strategi tertuduh untuk memenangi persepsi masyarakat. Sepatutnya biarlah pertuduhan tersebut dibicarakan di makamah sahaja.


Kemukakanlah semua bukti2 dan juga bukti2 pembelaan di Mahkamah. Mengapa perlu membawa perbicaraan tersebut di luar Mahkamah? Mahkamah telah menetapkan bahawa tertuduh perlu membela diri, atau dalam lain perkataan ada "kes" atau tiada keraguan terhadap pertuduhan. Jika pihak tertuduh hendak menyanggah pertuduhan tersebut ianya sepatutnya dilakukan semasa pertuduhan kes dibacakan di Mahkamah terdahulu dari ini. Sekiranya memang benar terdapat bukti seperti yang dinyatakan oleh peguam tertuduh, saya kira pihak mahkamah tidak akan memerintahkan tertuduh untuk membela diri atau dalam kata lain perbicaraan adalah tidak perlu kerana tiada kes atau tertuduh berjaya mewujudkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Saya cuba untuk berlaku seadil mungkin & cuba untuk tidak membuat apa2 tuduhan. Jika kes ini dibincangkan secara terbuka begini adalah ditakuti akan mempengaruhi perbicaraannya kelak. Dan jika ini di sengajakan oleh mana2 pihak tentulah ia sesuatu yang tidak adil. Karena ada 2 pihak yang terlibat di dalam kes ini. Jika mana2 pihak, penuduh dan tertuduh cuba untuk mempengaruhi/memenangi perspektif awam bukankah ia sepatutnya dihentikan ?

Dicatat oleh ISAC

PAS ALU-ALUKAN KEDATANGAN MENTERI BESAR PERAK

0
Nukilan : Mystique



Adun Selinsing (PAS) YB Hussin Din bersama-sama YAB Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir di masjid Jame' Bagan Serai untuk berbincang dengan AJK Masjid dan bersolat Zohor bersama-sama.





PAS menggantung bendera-bendera mereka mengalu-alukan kedatangan YAB Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir ke Telok Medan Bagan Serai pagi tadi.

AKHIRNYA pakatan pasrah dan mengakui Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak!

Itulah kesimpulan yang boleh dibuat apabila parti-parti dalam pakatan menggantungkan bendera mereka menyambut kehadiran Menteri Besar Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir ke Teluk Medan Bagan Serai pagi tadi.

Parti-parti pakatan, kecuali DAP, memacakkan bendera mereka tanda menyambut Dr Zambry yang hadir ke kampung itu untuk merasmikan Program Khidmat Masyarakat Siswa UiTM Seri Iskandar dan Belia 4B Bagan Serai pagi tadi.

Mungkin majoriti ahli dan pemimpin PAS sudah menerima kenyataan bahawa Dr Zambry adalah Menteri Besar dan Nizar Jamaluddin hanya boneka DAP. Jika tidak takkan mereka sanggup mengorbankan wang dan tenaga untuk menggantung dan mengibarkan bendera-bendera mereka pada hari kedatangan Dr Zambry.

Di sebelah tengaharinya, Dr Zambry mengadakan perbincangan dengan AJK Masjid Jame' Bagan Serai. Turut hadir ialah ADUN Selinsing YB Haji Hussin Haji Din yang turut berjemaah solat Zohor.

NIK AZIZ TAKUT LAWAN HADHI

0



Nik Aziz sebelum ini menyetujui untuk menubuhkan kerjasama dengan UMNO semasa Pak Lah memandangkan Nik Aziz mempunyai 'niat' untuk memecahbelahkan UMNO dan penyokong PAS akan mengambil alih kubu kuat UMNO di luar Kelantan.

Masa sakit Nik Aziz dikatakan selalu menyebut nama Mahathir- orang yang paling banyak dihina untuk kepentingan politiknya. Dengar khabar, Najib menjadi 'posmen' supaya TUN berjumpa Nik Aziz pada masa itu. Tidak kira Ulama, dosa menghina dan mengaibkan orang Islam hanya boleh dimaafan oleh orang berkenaan.

Menurut sumber terdekat dengan Nasharuddin yang merupakan Timbalan Presiden PAS.

1. Nik Aziz sebenarnya tidak suka kepada Nasharuddin sejak dia diberikan tugas menjadi ahli Parlimen di Bachok menentang Awang Adek. Boleh dikatakan Nik Aziz mempunyai calon pilihannya sendiri.

2. Nik Aziz sebenarnya lebih suka kepada Hussam Musa. Hussam dilantik oleh Nik Aziz atas kriteria sebagai budak yang bijak belajar. Alasan lain tidak ada. Sedangkan Hussam bukan seorang aktivis atau seorang yang berpengalaman dalam bidang ekonomi, namun Hussam diberikan jawatan berkaitan kewangan dan master plan di Kelantan.

3. Hussam Musa mempergunakan 'orang tua' yang mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan ahli PAS, iaitu Nik Aziz supaya menerima 'saudara' DAP.

Semasa PAS dalam BN satu ketika dahulu, PAS pernah memberitahu kalau orang Melayu dan orang Islam bergaul atau memberi undi kepada DAP, mereka sebenarnya kafir dan perlu mengucap. Mereka menyokong kafir yang menjatuhkan umat Islam. Itu dulu, kini lain. Masuk Pakatan mulia dan masuk BN hina.

Tindakan 'orang tua' ini semakin hari semakin menunjukkan sikapnya yang sebenar dan TIDAK layak diletak setaraf ulama dan ilmuan Islam jauh sekali politiknya diganding dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

(Dengar khabar UMNO Kelantan sedang menyusun dokumentasi PAS mengenai pandangan mereka terhadap DAP dan kini kenapa mereka pula sanggup menjadi kafir atas fatwa sendiri).

4. Anwar Ibrahim berjanji akan memberi jawatan tertentu kepada Hussam jika berjaya memegang tampuk pemerintahan PAS pada masa akan datang, namun Hussam dikatakan kurang digemari oleh perwakilan dan dikalangan penyokong PAS kerana Hussam bukan seorang yang mempunyai pengaruh yang hebat.

Hussam tidak mempunyai karisma dalam semua aspek. Bahkan Hussam semasa berdebat dengan budak hinggus, KJ pun belum boleh dikatakan juara pemidato. Bila Ezam ajak berdebat menggantikan Zahid Hamidi, Hussam mengangkat punggung.

5. Nik Aziz dikatakan mudah memperendahkan Nasharuddin berbanding Haji Hadhi. Kenapa? Sedangkan isu Kerajaan Perpaduan itu diilhamkan oleh Presiden PAS sendiri dan Nasharuddin hanya menjalankan tugas sebagai 'pembantu' Presiden. Apa yang keluar dari mulut Hadhi, itulah juga dilakukan oleh Nasharuddin.

Dia bukan seperti Anwar Ibrahim yang melawan Presiden, TUN Mahathir. Nasharuddin budak baik. Bayangkan Mat Sabu atau Makhfuz yang sudah lama bergiat aktif dalam PAS pun tidak pernah memegang jawatan Timbalan Presiden PAS.

6. Nik Aziz sebelum ini menyetujui untuk menubuhkan kerjasama dengan UMNO semasa Pak Lah memandangkan Nik Aziz mempunyai 'niat' untuk memecahbelahkan UMNO dan penyokong PAS akan mengambil alih kubu kuat UMNO di luar Kelantan.

Tahu sajaleh yang Pak Lah adalah pemimpin yang lemah dan BUKAN politikus atau politiking. Pak Lah boleh dipermainkan termasuklah percaya yang PAS akan sokongnya nanti.

7. Kenapa hanya suruh Nasharuddin sahaja masuk UMNO. Tidak disuruh Haji Hadhi masuk UMNO dan penyokong PAS lain yang bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan masuk UMNO kalau mereka tidak bersetuju dengan pendapatnya sebagai Musyidur Am PAS!!!

Pemimpin PAS lain seperti Salahuddin Ayub sendiri tidak menyokong tindakan Nik Aziz sebaliknya mengambil jalan tengah atau 'angguk kepala' pada keputusan Presiden mereka saja.

8. Kerajaan Perpaduan adalah ilham Nik Aziz namun dia sendiri mempertikaikan dan berlagak hero kononnya PAS lebih halal bersahabat dengan DAP dan melakukan penipuan dengan PKR dengan janji-janji melangit pada pilihanraya yang lepas.


9. Presiden PAS, Hadhi membayangkan PAS akan kecundang dengan kepimpinan BN, Najib yang digandingkan dengan Mukhyiddin.

Jalan terbaik bagi PAS ialah bersama-sama dengan BN. Ini kerana Haji Hadhi mempunyai bukti dan percaya yang Anwar Ibrahim AKAN DISABITKAN DENGAN KES LIWAT. PAS tidak mampu bekerjasama dengan DAP tanpa pemimpin yang kuat dari PKR.

10. Ada sumber memberitahu, Nik Aziz tersinggung dengan PM, Najib kerana tidak menjemputnya atau berjumpanya.

PM lebih gemar berhubung dengan Presiden PAS. Ini seolah-olah membelaangi Nik Aziz sebagai Musyidur Am PAS.

Ada sumber lain memberitahu yang Nik Aziz bersumpah di hadapan orang tertentu yang disaksikan oleh Anwar Ibrahim yang dia (Nik Aziz) akan memberi sokongan pada pada Anwar Ibrahim walaupun terpaksa menanggung malu nanti atau merangkak untuk menjilat air ludah sendiri.

abe MIE mempunyai cerita ini dengan lebih lanjut lagi. Selalulah melawat blog ini. Insya allah dalam masa terdekat abe MIE akan dedahkan 'perjanjian' Nik Aziz, Hussam Musa, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.... kemasukan PAS ke dalam BN perlu disertakan dengan PKR.

Posted by abe MIE 'TERJAH'

KEEGOAN NIK AZIZ SI ULAMAK PAS

Murshidul am Pas dianggap ulamak...namun begitu KERAJAAN PERPADUAN yang cuba ditubuhkan ditentang sekeras-kerasnya tanpa sebarang usul periksa..

Lihatlah begitu angkuh dan sombongnya sikap Nik Aziz dengan serta merta mahu timbalan presidennya meletak jawatan dan menganggap timbalan presiden sebagai SAMPAH dalam Pas.

Keegoaannya bukan sahaja menjadi penghalang kepada penyatuan yang didambakkan oleh semua lapisan masyarakat malah menjadi senjata pemusnah kepada generasi yang akan datang..

Umno sebagai peneraju Kerajaan Barisan Nasional begitu merendah diri dalam hal ini dengan hati terbuka menyambut baik cadangan yang dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mengambil langkah untuk bertemu bagi mengadakan perbincangan.

Tindakkan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin yang memberi reaksi positif telah membuatkan si Nik Azik naik angin malah tanpa berselindung menghalau Nasharuddin dari Pas... Adakah ini satu tindakkan yang bijak???

Tentangan keras oleh Nik Aziz ini dilihat sebagai mengikut telunjuk si Anwar untuk tidak bekerjasama dengan kerajaan BN. Adakah ini ciri ulamak yang disanjung tinggi oleh pengikut-pengikut Pas????

PKR dan DAP lahanat sedar jika Pas bekerjasama dengan BN maka hancurlah harapan mereka untuk berkuasa. Pas merupakan pengaruh terbesar dalam pembangkang untuk meraih undi orang melayu..

Sudah pasti sekarang team2 edorgan dalam Pas sedang berusaha keras menghasut Nik Aziz untuk tidak bersetuju.. Adakah bodoh sangat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk melontarkan pandangan agar diwujudkan kerajaan perpaduan yang sudah pasti dia sedar tentangan yang akan diterimanya..

Mungkin Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedar akan ancaman terhadap masa depan orang Melayu Islam jika terus bergelumang dengan PR yang tiada hala tujunya serta tidak memihak kepada Orang Melayu Islam..

Bukalah mata hati dan jiwa kita untuk menilai semua ini... Jangan kita terlalu taksub dengan Nik Aziz yang begitu jelas tidak rasional di dalam hal ini....Perpaduan Umah tuntutan Wajib bagi kita untuk mengusahakannya..

Jangan biar Setan Keegoan menyelubungi hidup anda...........

Posted by Mata Hati Jiwa

Khamis, 18 Jun 2009

(ISU SELANGOR) Dendam Gobinad

0


Jika dulu Adun Kinrara Teresa Cock memberi amaran kepada seluruh masjid dan surau di Bandar Kinrara yang juga dalam dunnya supaya laungan azan di perlahankan mendapat tentangan hebat dari seluruh penduduk melayu di sana dan Teresa Cock sudah mendapat pengajaran di tahan ISA dan isu itu sudah sunyi sepi.

Kita ingatkan setakat itu aje tekanan yang di terima oleh penduduk melayu di sana, rupanya ada lagi tekanan yang di buat oleh Parti Komunis DAP terhadap penduduk di situ.

Terbaru, akibat dendam kesumat Parti Komunis DAP kerana tidak mendapat sokongan orang melayu di sana, Ahli Parlimen Puchong, Gobinad Singh Deo pula menjalankan kerja-kerja jahatnya, dia dengan muka tak malu menggunakan kuasa dia sebagai ahli parlimen telah mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya MPSJ untuk mengangkut sebuah kabin milik Jawatankuasa Khairat Kematian Bandar Kinrara.

Kabin itu di gunakan oleh penduduk islam di situ sebagai bilik operasi sekiranya ada kematian supaya mereka senang untuk menguruskan jenazah dan sebagainya, tetapi alasan gobinad berikan kepada MPSJ untuk menghalalkan perbuatannya ialah kabin itu di gunakan oleh penduduk melayu di bandar kinrara untuk tujuan politik.

Satu alasan yang cukup bangsat dan tak masuk di akal, itu menunjukan yang gobinad langsung tak ambil tahu tentang penduduk di sana. menurut salah seorang AJK pengurusan khairat kematian, si gobinad dan berberapa pemimpin PKR di kawasan tu memang cukup berbulu dengan penduduk melayu disana, jika dulu tekanan untuk memperlahankan Azan tidak menjadi maka sekarang ini jalan mereka untuk melemahkan masyarakat melayu di sana dengan membuat fitnah kononnya kabin tu di gunakan untuk tujuan politik dan kabin itu didirikan secara haram di atas tanah MPSJ padahal kabin itu adalah milik pemaju perumahan bandar kinrara dan tanah itu adalah tanah persendirian bukan tanah milik MPSJ.

Sewaktu MPSJ menjalankan operasi terhadap kabin tu, MPSJ gagal untuk memberi sebarang notis atau apa-apa surat peringatan kepada Jawatankuasa di situ, secara tiba-tiba MPSJ datang memotong rantai kunci kabin dan menghumban keluar peralatan pengurusan jenazah dan kain kapan yang mereka syaki kain putih itu di gunakan penduduk untuk membuat banner, sehingga bertaburan kain-kain itu di atas rumput.






Allah itu maha pengasih dan penyayang, ketika penguatkuasa MPSJ sebok menghumban keluar barang dari kabin itu, seorang penduduk yang juga Ajk Pengurusan Khairat telah ternampak kerja jahat MPSJ maka dia terus memberitahu berberapa Ajk yang lain, berlaku perang mulut antara penguatkuasa dan ajk khairat di situ dan setelah di terangkan mengenai status kabin dan status tanah oleh ajk khairat, penguatkuasa MPSJ sedar yang ini adalah satu mainan politik yang dimainkan oleh parlimen mereka.

Tindakan Parti Komunis DAP dilihat sebagai tekanan kepada penduduk melayu di Bandar Kinrara kerana tidak menyokong mereka masa pilihanraya yang lepas.

Posted by darul ehsan today

Nik Aziz Pencinta Kebencian

0


Apa lagi nak kita gelar manusia yang tak suka kan keamanan dan perpaduan demi keutuhan umat Islam di Malaysia tercinta ni selain "Pencinta Kebencian". Inilah Nik Aziz atau lebih senang di panggil Tuan Guru. Guru apa? guru kebencian, guru kemusnahan, guru kehancuran dan guru perpecahan umah. Nik Aziz rela PAS "di kuda" oleh DAP dan PKR dari bekerjasama dengan UMNO untuk menegakkan dan memperkasakan Islam dan Bangsa Melayu. Siapa sahaja yang membantah cakap nya akan di herdik, di halau dan di hina, nasib yang sama menimpa Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa apabila kesediaan beliau untuk mempertimbangkan hasrat UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama PAS.

Nasharudin di halau dari PAS oleh Tuan Guru. Aku guna perkataan halau, sama je la dgn ayat "Nik Abdul Aziz turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu." Kenapa lah agaknya Nik Aziz begitu bencikan UMNO? Nik Aziz tak dapat memaafkan UMNO sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR yang terang2 menentang perjuangan PAS selama ini! Dulu PAS di hentam teruk oleh DAP, tapi kenapa Nik Aziz boleh memaafkan DAP tapi tidak UMNO? Ya Tuan Guru, kita bukan malaikat, kita manusia biasa. Janganlah terlalu sombong dan bongkak. Apa Tuan Guru ingat di Malaysia ni Tuan Guru sahaja lah yang bijak dalam hal ehwal Islam? Nik Aziz lebih suka Nizar dari Nasharudin, sebab Nizar suka buat kecoh, suka bergaduh, menimbulkan kebencian org, sombong, tamak dan penderhaka.

Aku nak tengok sejauh mana ketelusan PAS dalam memperjuangkan ISLAM di Malaysia. Ini lah masa nya untuk kita semua menilai, SIAPA PAS sebenarnya.

Yang Ikhlas,

Malaysian2day



Nik Aziz Lebih Rela Bersatu Bersama DAP - USTAZ NASH, MARILAH BERSATU DI DALAM UMNO

Semalam seperti yang kita sedia maklum, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendesak Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyertai UMNO kerana sikap terbuka beliau bersetuju dengan idea Kerajaan Perpaduan. Datuk Nik Abdul Aziz begitu marah sehingga dihina Ustaz Nasharuddin sebagai sampah dan boneka UMNO di dalam PAS.

Insiden ini amat mengejutkan ramai pihak terutamanya penyokong PAS yang tidak menyangka sebegini teruk perpecahan berlaku di dalam parti itu.

Betul juga idea Datuk Nik Aziz. Apa kata pemimpin-pemimpin PAS yang menyokong Kerajaan Perpaduan terus meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO. Ini adalah demi perpaduan Islam dan Melayu. Setelah berada di dalam UMNO, kita dapat bersama-sama merealisasikan agenda perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Tapi, kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan sebenarnya amat kecewa dengan apa yang berlaku. Hanya kerana ingin melihat umat Islam dan Melayu bersatu, pelbagai helah dan tentangan diberikan. Inikah budaya kita di dalam Islam dan adat Melayu kita?

Bersatu demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara. Kami tidak nampak sebarang masalah. Apa yang kami harapkan, PAS dapat menyatakan pendirian sebenar mengenai perkara ini. Jangan dibiarkan ianya terus bergelut sehinggakan umat Islam dan Melayu di pijak orang lain.

Posted by UMNO Cawangan Gombak Selatan

KELEBIHAN MENGUNDI PAKATAN RAKYAT

0



1.BABI AKAN MENJADI BINATANG KESAYANGAN DAN PELIHARAAN RAMAI.
contoh - MB Kedah telah menandatangani surat penanguhan merobohkan kandang babi yang terletak di Kampung Berjaya, Alor Setar, Kedah


2.RUMAH PENDUDUK KAMPUNG YG DAIF AKAN DI ROBOHKAN UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN SETEMPAT.
contoh - Di Kampung Tok Bidan pula kampung itu telah diluluskan untuk dirobohkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Penduduk2 kampung yang daif itu bertindak membuat rayuan kepada pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri untuk menangguhkan tindakan untuk merobohkan rumah mereka untuk sementara waktu. Ini adalah untuk memberi mereka masa untuk mencari rumah sebagai tempat berlindung yang baru. Namun, rayuan penduduk Kampung Tok Bidan telah ditolak walaupun ramai penduduk meraung merayu agar rumah mereka tidak dirobohkan. Namun, Azizan Razak tidak pula meluluskan rayuan penangguhan untuk merobohkan rumah mereka. Maka, robohlah sudah rumah-rumah penduduk Kampung Tok Bidan!



3.PILIHAN RAYA BUKAN DI ADAKAN UNTUK 5 TAHUN SEKALI TAPI IKUT SUKA-SUKA HATI YB NAK BERHENTI LEPAS DAH BUNCIT DGN DUIT PROJEK.
contoh - tak payah nak tunjuk banyak contoh dah dari Permatang Pauh kita ker Bukit Selambau kemudian ke Penanti lepas nie gi mati kot.


4.RAKYAT BEBAS UNTUK MEMBUAT DEMONSTRASI HARAM TANPA TAKUT DI TANGKAP PIHAK BERKUASA
contoh - banyak contoh kalau nak sebut tapi paling terbaru macam si khalid gagap kata lah dia sokong rakyat berdemonstrasi tapi kalau nak contoh lain kita ada Hindraf,Bersih dan semasa era Reformasi 98 dulu


5.ANDA AKAN SENTIASA BERADA DI PIHAK YANG BENAR WALAUPUN ANDA MELAKUKAN KESALAHAN

contoh - Apakah akidah perjuangan PKR/PR?Bukan kah akidah mereka ''KAMI TAK PENAH SALAH'.YANG SALAH ADALAH UMNO SAHAJA DAN INI MAINAN POLITIK KOTOR UMNO/BN.itulah jawapan mereka setiap kali pendedahan segala keburukan dan kejelikan mereka di dada ahkbar atau pengetahuan rakyat.

Malah lebih kurang ajar lagi Ketua AMK yang terkencing dalam seluar di melaka hari tu shamsul iskandar dengan nada sombongnya mengatakan “Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang tidak baik datang dari Najib”

CUKUPLAH DULU 5 KELEBIHAN MENGUNDI FUCKATAN RIOT NI NANTI TEMAN SENANG2 TEMAN TAMBAH LAGI.TAPI YANG PASTI RAKYAT MAKIN DI TIPU BILA MENGUNDI FUCKATAN RAPUH BUKAN MAKIN SENANG

Dicatat oleh AntiHero

Rabu, 17 Jun 2009

Luar Tabii dan Tektik Anwar Ibrahim.

0


Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin merujuk kepada satu artikel di dalam MalaysiaKini mengenai satu kes jenayah persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. Di antara lain :-

Jenayah seksual luar tabii dipecahkan kepada beberapa seksyen dengan hukuman yang berbeza :-

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377 Kanun keseksaan, iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan, hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun penjara dan denda atau sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377A iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii sama ada melalui mulut dan dubur, hukuman ialah penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Seksyen 377C merujuk kepada persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan manakala Seksyen 377CA iaitu perhubungan seks dengan objek sama ada melalui dubur atau kemaluan, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Dan setahu penulis, pesalah boleh dikecualikan daripada hukuman sebatan jika seseorang pesalah itu mempunyai penyakit yang memudaratkan seperti sakit belakang atau sakit leher.

Rakyat biasa mungkin tidak menghadapi masaalah dengan sistem perundangan negara dan menerima segala keputusan mahkamah dengan rela hati tanpa menuduh mahkamah berat sebelah atau pun menipu.

Tetapi, pastinya ada segelintir rakyat yang tidak akan berbuat demikian. Sebelum kes mereka didengar di mahkamah, mereka akan melaung-laungkan kononnya berlaku ketidakadilan pihak mahkamah dan menuduh sistem tersebut tidak bebas.

Mereka juga akan mengatakan bahawa mahkamah telah menghukum mereka sebelum kes tersebut dijalankan lagi.

Modus operandi ini sangat diminati oleh DS Anwar Ibrahim, orang yang didakwa meliwat Saiful Bukhari. Beliau akan menekan sistem mahkamah sehingga mampu mewujudkan rasa ketidakyakinan pihak mahkamah terhadap diri sendiri dan juga lawan Anwar Ibrahim.

Mungkin bukan tidak percaya tetapi persepsi 'ketidakadilan mahkamah' yang dihujahkan oleh Anwar Ibrahim sebelum kes beliau bermula, terasa begitu menyengat dan boleh menjatuhkan kredibiliti pihak mahkamah!

2 finale yang bakal terjadi tentang kes liwat Anwar Ibrahim dan 2 respons yang berbeza akan diutarakan oleh beliau :-

1. Beliau didapati bersalah - Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang berita besar-besaran yang terdiri daripada pelbagai agensi media termasuk luar negeri. Di antara lain, beliau pasti akan menghina serta menuduh pihak mahkamah tidak adil, berat sebelah dan mengikut telunjuk kerajaan BN.

Beliau akan mengemukakan rayuan di mahkamah rayuan dan kes tersebut akan ditangguh dari masa ke semasa seperti yang berlaku hari ini. Tentunya, proses penangguhan itu akan berlarutan panjang sehinggalah jika tiba satu masa apabila Anwar Ibrahim diberi kuasa di dalam kerajaan dan menyalahkuasakan kuasa eksekutif untuk over ride sistem mahkamah yang satu ketika dahulu beliau tuduh di bawah telunjuk kerajaan BN. Tapi kita semua pun tahu bahawa masa itu tidak akan muncul tiba.

Janganlah kita terperanjat dengan kebolehan salahgunakuasa tersebut kerana Anwar Ibrahim pernah dipenjara bertahun-tahun lamanya kerana di dapati bersalah menyalahguna kuasa semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim akan mengadakan protes dan berarak di tengah jalan serta merosakkan harta awam.

DS Mohd Nizar Jamaluddin berkemungkinan akan mengulangi 'aksi sarkas' beliau di dalam parlimen dengan melaungkan 'Hidup Anwar' dan kemudiannya melilitkan kain bertulis 'Anwar Bukan Peliwat' di kepala beliau bersama-sama rakan pembangkang dan kemudiannya akan dihalau keluar dari dewan tersebut!

2.Beliau didapati tidak bersalah - Beliau akan memuji sistem mahkamah kerana transparens, berani dan telah mendengar suara rakyat.

Beliau akan melaung-laungkan bahawa kemenangan beliau tersebut adalah kemenangan rakyat pada hal beliau seorang sahaja yang meliwat dan bukannya kita, rakyat Malaysia!

Orang yang lupa daratan dan tidak mengenang budi seperti Zaid Ibrahim akan turut tampil ke depan memuji hakim-hakim tersebut dan mengatakan telah berlaku transformasi sistem perundangan yang lebih liberal dan cekap.

Karpal Singh yang satu ketika dahulu musuh politik Anwar Ibrahim dan pernah mendakwa mempunyai bukti kukuh tentang aktiviti luar tabii Anwar Ibrahim, akan senyum lebar kerana undang-undang negara dapat dimanipulasikan sekali lagi dengan jayanya.

Penyokong fanatik Anwar Ibrahim akan bersorak euphoria kerana pemimpin mereka itu berjaya 'dibersihkan' oleh sistem undang-undang yang dicipta oleh manusia yang terkenal dengan kelemahannya.

Mereka sudah lupa bahawa Anwar Ibrahim telah memperlekehkan Islam dengan tidak mengangkat sumpah seperti Saiful Bukhari. Beliau tahu bahawa sistem ciptaan manusia banyak loop holes nya dan tidak berdosa seteruk menggunakan sistem agama Islam.

Mereka juga sudah lupa bahawa Anwar Ibrahim pernah berbohong kepada dunia bahawa doktor di Hospital Pusrawi telah mengesahkan bahawa Saiful tidak diliwat padahal doktor tersebut tidak pernah langsung menulis diagnosis tersebut. Ramai yang tertipu sehinggalah ke hari ini.

Dan beliau juga tahu bahawa beliau mempunyai ramai pengikut fanatik yang tidak akan berubah hati walau pun Anwar Ibrahim bersalah di depan mata mereka. Pengikut-pengikut itu sudah tidak mahu lagi dibawa berbincang atau pun membuka minda mereka untuk menilai karakter sebenar Anwar Ibrahim dan kehadiran pembantu-pembantu beliau yang 'jambu-jambu'.

Pokoknya, Anwar Ibrahim akan terus wujud di dalam senario politik negara untuk lama lagi. Dan jika rakyat sudah mula melupai beliau, beliau akan mengeluarkan topik-topik kontroversi supaya rakyat kembali bercerita dan mengingati beliau.

Yang terbaru ialah kenyataan murahan beliau tentang Chin Peng.

Canggih tektik beliau itu tapi sudah mula mudah dibaca oleh rakyat Malaysia yang boleh berfikir.

Lihatlah realiti wahai Lim Kit Siang...

0



SUARA Saudara Lim Kit Siang cukup nyaring, berapi-api dan kasar semalam ketika membangkitkan mengenai isu biasiswa kerajaan di Dewan Rakyat - yang dakwanya ia diagihkan secara tidak adil dan hanya mengutamakan orang Melayu dan bumiputera sahaja.

Saya sungguh hairan mengapa beliau membangkitkan isu mengenai kaum itu. Kaum mana yang beliau sebenarnya perjuangkan dalam partinya? Jika orang Melayu ketinggalan dalam serba-serbi adakah beliau akan membelanya? Jika kebanyakan orang Melayu dan kaum bumiputara lain masih terkial-kial di luar bandar - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang - membanting tulang di sawah-sawah padi, sedangkan tauke-tauke hidup senang-lenang, adakah DAP akan turut menjadi juara membela mereka?

Mengapa DAP yang mendakwa berjuang berdasarkan hak asasi manusia, kesaksamaan, keadilan sosial dan ekonomi tidak mahu memperjuangkan nasib kaum bumiputera yang masih ketinggalan dalam ekonomi, sosial dan serba-serbi?

Mengapa isu biasiswa kerajaan (yang terlalu sedikit jumlah itu) digembar-gemburkan sehingga menjadi sebagai isu yang membara dan terlalu besar? Apakah Kit Siang mahu meraih simpati politik dan mahu mencetuskan suasana panas di kalangan kaum?

Tahukah Kit Siang kaum mana yang paling ramai belajar di luar negara sekarang? Berapa banyak yayasan-yayasan persendirian yang dikuasai oleh tauke-tauke besar, jutawan dan bilionair Cina yang menaja pelajar-pelajar bangsa mereka.

Jika kerajaan tidak memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar bumiputera yang cerdik pandai ini siapa lagi yang mahu memberinya?

Tahukah Kit Siang siapakah anak- anak bumiputera yang pandai-pandai itu. Kebanyakannya mereka datang dari luar bandar. Siapa yang mahu mempedulikan mereka jika bukan kerajaan? Apakah yayasan-yayasan yang disebut tadi mahu menaja anak-anak kampung itu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terbaik?

Kita tidak menafikan soal meritokrasi amat penting dalam penganugerahan biasiswa itu. Siapa yang layak dia akan dapat, tapi janganlah terlalu mempersoalkan isu ini sehingga menyebabkan kaum- kaum lain marah kepada kerajaan dan orang Melayu - kononnya kaum lain (terutamanya kaum yang banyak menyokong DAP) dinafikan hak dan diketepikan.

DAP cuba menonjolkan bahawa yang jahat ialah orang Melayu dan kerajaan.

Lihatlah hakikat di depan mata kita sekarang. Berapa ramai pelajar-pelajar bukan Melayu yang mendapat tajaan - malah oleh negara jiran untuk belajar di negara itu dan akhirnya terus menetap di sana, di Hong Kong malah di Taiwan.

Kita hairan, salahkah jika kerajaan mahu menolong anak-anak bumiputera yang mewakili kaum majoriti di negara ini? Di negara jiran Singapura juga, masih wujud jurang dan ketidaksamaan meklibatkan kaum. Tapi Melayu di sana tidak pernah berkobar-kobar pun seperti Kit Siang? Apakah orang Melayu di Singapura tidak boleh berkata apa-apa? Itu kita tidak tahulah. Tapi negara itu juga mengamalkan pendekatan yang sama seperti yang diamalkan oleh DAP di negara ini, bukan?

Oleh itu Kit Siang dan pihak-pihak lain, lihatlah kenyataan di depan anda. Siapa dia barisan bilionair-bilionair dan laksawan (terlalu kaya) yang hidup mewah di negara ini? Siapa dia yang menguasai ekonomi di negara ini? Siapa ahli-ahli profesional yang bersepah di negara ini? Siapa pemilik kedai-kedai perniagaan kecil atau besar di merata pelosok tempat di tanah air ini? Siapa yang tinggal di banglo-banglo besar yang merata di bandar-bandar besar di negara ini?

Saudara Kit Siang, tolonglah janganlah membangkitkan soal-soal yang boleh membakar perasaan antara kaum lagi. Kita sudah letih, kita sudah bosan. Kita mahu hidup dengan aman, tenteram dan harmoni. Kita mahu supaya kekayaan di negara ini dikongsi bersama - bukan oleh satu pihak sahaja. Kita mahu orang Cina juga mengajar orang Melayu berniaga.

Hakikatnya jika kita perincikan dasar-dasar kerajaan sebenarnya ia sebenarnya telah 'mengkayakan' bangsa lain yang mendapat tempiasan lebih lumayan daripada orang Melayu dan kaum bumiputera itu sendiri.

Jika dulu selepas peristiwa 13 Mei 1969 rakyat Malaysia kembali bertaut untuk hidup aman damai dan hormat menghormati - bagi membantu antara kaum memperbaiki diri masing-masing - mengapa falsafah itu semakin longgar?

Apakah kita semua sudah lupa? Apakah kita semua ini semakin selesa? Apakah kita ini sudah terlalu sombong dan bongkak?

Hakikatnya orang bumiputera di negara ini masih perlu dibantu. Lihatlah di mana orang Melayu berada? Jika saya katakan orang Melayu di Pulau Pinang adalah golongan kelas kedua - apakah DAP akan marah? Tapi itulah hakikatnya. Di mana pula orang Iban, Kadazan, Bidayuh dan lain-lainnya? Mereka semua masih perlukan bantuan.

Hayatilah puisi Usman Awang (seperti Cuit minggu lepas) yang menggambarkan murahnya hati orang Melayu:

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak dipangkuan mati kebuluran"

Lihatlah realiti itu wahai Kit Siang. Janganlah emosional, anda mewakili kaum yang paling bernasib baik di muka bumi ini.

Nizar Semakin Terlanjur

0


Dewakampung percaya rakyat berasa malu dengan sikap bahalul Nizar yang melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN" selepas upacara angkat sumpah dan tindakan Nizar jelas menunjukkan kebodohan yang nyata serta tidak menghormati Dewan Yang Mulia. Adalah amat bertepatan apabila Speaker Dewan menjatuhkan tindakan tatatertib kepada Nizar atas kebodohannya.

Jelas membuktikan Rakyat Bukit Gantang yang memilih Nizar telah ditipu kerana Nizar hanya memperjuangkan pangkat dan kedudukan beliau sebagai bekas Menteri Besar Perak sahaja dengan menjerit dalam Parlimen?. Tahukah Nizar perbezaan antara Dewan Parlimen dengan Dewan Undangan Negeri (DUN). Tindakan Nizar ini menujukkan sikap dan sifat beliau tidak pernah puas dengan jawatan ADUN dan Ahli Parlimen.

Nizar juga berjaya menipu perwakilan PAS hingga mendapat undi tertinggi sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai seorang yang berimej baik lagi sopan dan perjuang, dewakampung mengharapkan agar ulama dapat menasihatkan Nizar mengikut peraturan serta menerima qada' dan qadar. Sekali lagi diingatkan tindakan Nizar jelas memalukkan PAS dan menjatuhkan imej serta maruah Orang Melayu.

Posted by Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman







Berhempas pulas YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan dari PKR cuba mempertahankan tindakan DS Nizar yang telah melakukan perkara luar tabiee sebagai seorang ahli parlimen selepas mengangkat sumpah semalam di dalam Agenda Awani sebentar tadi.

Tahniah kepada Datuk Ruhanie yang tenang menangkis segala hujah YB Fuziah yang kebanyakannya lari dari konteks perbincangan. Syabas juga diucapkan kepada beliau kerana menekankan perkataan "tindakan sonsang" terhadap golongan-golongan pembangkang ini!

YB Fuziah Salleh sebenarnya hanya cuba menegakkan benang yang basah. Benda dah pun salah, tapi cakapnya berpusing-pusing nak mengelakkan soalan sebenar dari Suhaimi Sulaiman. Apa yang pasti, beliau sendiri tidak menyangka perkara luar norma sebagai ahli parlimen tersebut akan dilakukan oleh DS Nizar.

PAS SENDIRI PUN TAK TAHU! Inikan pula parti-parti luar dari PAS...

Ini diakui sendiri oleh Timbalan Presiden PAS sendiri. Nasharuddin berkata beliau tidak mengetahui sepenuhnya tindakan yang ingin dilakukan oleh Mohammad Nizar kerana beliau hanya dimaklumkan bahawa bekas Menteri Besar Perak itu akan memakai lilitan lengan, dan oleh itu terkejut apabila Anggota Parlimen berkenaan bertindak lebih daripada itu.

APASAL PAS tak tahu?

Kita telah sedia maklum siapa peneraju utama dalam setiap perancangan politik di Perak ketika dibawah Pakatan Pembangkang. Amalan politik rimba ini sebenarnya telah dirancang rapi oleh dua makhluk yang telah mengikat Nizar dengan tali halimunan semenjak dari beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak sehinggalah jawatan tersebut dinafikan oleh Mahkamah!

Itu pasal la PAS tak tahu!

DES : Pening kepala Ustaz Nasha dengan perangai anak-anak buahnya...

Gempar - Siapa kata PAS tolak idea Haji Hadi?

0



1. 15 Jun 2009, di bumi Kelantan Darul Na'im, Menteri Besarnya telah memanggil semua ADUN-ADUN PAS untuk taklimat mengenai kerajaan perpaduan. Tentunya ini inisiatif dari EXCO Kanan Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa yang menuruti aspirasi AnWAR yang mahu menghalang ide dan usaha mengenai kerajaan perpaduan.

2. Dalam taklimat tersebut, Husam selaku pembicara pembuka hanya bercakap sedikit sahaja dan selebihnya disambung dengan panjang lebar oleh datuk Nik Aziz. Ianya ternyata bukan majlis taklimat tetapi lebih kepada majlis menghentam UMNO, BN dan Datuk Seri Najib. Yang menariknya, ada teman PAS komen ucapan Datuk Nik Aziz ini suara AnWAR, bukan Nik Aziz.

3. selesai ucapan, maka dibuka sesi dialog untuk bertukar pendapat. Bangunlah seorang ADUN PAS dari timur Kelantan mempertikai ucapan Datuk Nik Aziz dengan cukup beradab. Beliau meminta Datuk Nik Aziz menamakan mana-mana ahli PAS yang cuba membawa PAS 'masuk' UMNO. Lebih 20 minit Nik Aziz bersilat nak menjawab, Husam juga cuba membantu namun gagal menamakannya....

4. Maka ADUN tersebut secara sinis menasihati dirinya dan semua yang hadir agar jangan dipengaruhi unsur luar iaitu dendam dan emosi dalam membuat keputusan. Selepas itu seorang ADUN PAS lain pula bangun berhujah. Beliau pernah mewakili PKR di Kelantan, juga bekas pimpinan ABIM Kelantan. Beliau adalah bekas pensyarah di Akademi Pengajian Islam di Nilampuri Kelantan.

5. Beliau berhujah mengenai konsep da'wah yang tidak terbatas serta menerangkan dialog dengan UMNO adalah satu proses da'wah dalam Islam. Tidak mahu duduk berbincang maka proses penyebaran da'wah akan tertutup! Beliau menambah ide Presiden PAS perlu disokong dan didokong oleh semua peringkat pimpinan PAS serta jangan terlalu dipengaruhi oleh 'politik persepsi' yang bertentangan dengan islam.

6. Hasil taklimat tersebut, 80% ADUN PAS Kelantan menyokong ide Presiden PAS dan mahu ia digerakkan segera demi kepentingan ummah. Ini satu lagi 'tamparan' buat AnWAR yang mahu PAS Kelantan menggerakkan usaha menggagalkan ide Presiden mereka. AnWAR gagal lagi 'membonekakan' PAS setelah satu demi satu orang AnWAR dalam PAS kehilangan jawatan.

7. Nyata sekarang, semakin pening AnWAR menanti 1 Julai bagi kes liwatnya, semakin pusing lagi beliau bila kini pemimpin PAS tidak lagi boleh beliau caturi. PAS semakin berdiri sebagai satu entiti sendiri, tidak lagi mahu bergantung kepada AnWAR. Bila memikirkan ini, AnWAR makin garu kepala yang mungkin menyebabkan rambutnya gugur sehelai demi sehelai.......

Sekian. oleh X-PKR!

PARPUKARI: Kepada penyokong-penyokong si peliwat tegar yang bahalol dan bodoh nak mampos, ini dia kenyataan dari mesyuarat yang dikendalikan oleh Nicky Ajiz dan Husam kusam bersama semua Adun PAS, 80 peratus setuju dengan saranan Tuan Guru Haji Hadi! Apa komen anda wahai pengikut kaum nabi Luth?

Aku malas nak hujah panjang-panjang, tapi inilah cara yang betul kalau nak berdakwah! Bukan duduk dan cerita pasal agama dikalangan sendiri, itu SYOK SENDIRI namanya, nak berdakwah kena berjumpa dan berkerjasama!

PARPUKARI TABIK GOLONGAN ULAMAK!

Posted by Parpu Kari

PAS SEKAT HAK KEBEBASAN BERSUARA!





Kalau dulu Pakatan Pembangkang melaung-laungkan hak kebebasan bersuara, hari ini mereka pula yang menyekat hak-hak tersebut.

PAS telah dikatakan mengeluarkan arahan kepada semua ahli-ahlinya agar "tutup mulut" dari terus membicara dan mendebatkan mengenai kerajaan perpaduan yang dicadangkan ketika Muktamar yang lalu.

Kononnya jika suara-suara perdebatan ini bergema, maka UMNO akan mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan suasana tersebut. Cuba lihat bagaimana stigma busuk yang terpendam dalam hati sesetengah pemimpin-pemimpin ini. Apa sahaja yang UMNO cuba lakukan untuk memperbaiki suasana politik di Malaysia, sering dilemparkan cercaan dan fitnah. Sedangkan cadangan tersebut datang dari pimpinan tertinggi mereka sendiri!

Apabila DS Najib membuat kenyataan yang mengatakan beliau melihat keikhlasan yang wujud dalam cadangan-cadangan tersebut, mereka pula mempertikaikan "keihklasan" UMNO untuk mengadakan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan.

Bukannya nak wujudkan terus pun, baru nak berbincang, itu pun dah gelabah...bila dah berbincang, barulah boleh nilaikan keikhlasan masing-masing. Ini tidak, terus keluarkan arahan untuk semua agar mengunci mulut masing-masing dari terus bercakap mengenai perkara tersebut.

Mulut manusia nie bukannya mulut tempayan yang boleh ditutup-tutup. Dalam dunia cyber nie, mulut memang bertutup, tapi akal dengan jari tetap berjalan dan bergerak untuk terus bersuara...Dah berapa ramai golongan-golongan pecacai nie menulis untuk memaki hamun pemimpin mereka...nak muntah baca!

DES : Teringin jugak nak tahu sapa yang keluarkan arahan untuk "tutup mulut" dari terus berbicara mengenai kerajaan perpaduan nie. Takkan Presiden kot...timbalan mesti ikut Presiden...sapa ye?

Isnin, 15 Jun 2009

PRU 13: RBF VS ZAID IBRAHIM DI KOTA BHARU

0


***Petikan dari rakan blogger RBF.

Semalam (Sabtu 13/6/09) kita menerima satu berita 'terkejut' yang tak terkejut pun dan memang telah dijangka,iaitu kemasukan Zaid Ibrahim ke dalam PKR.

Seperti biasa media-media yang menyebelahi pembangkang akan mencanangkan cerita kononnya Zaid adalah seorang bekas Menteri yang berprinsip kerana meletak jawatan sebagai Menteri akibat tidak berpuashati dengan penahanan pemimpin pembangkang dibawah ISA pada tahun lepas.

Semua itu bohong semuanya. Punca perletakan jawatan Zaid yang sebenarnya adalah kerana beliau malu. Malu kerana gagal mendapat pencalonan yang cukup daripada cawangan-cawangan UMNO di Bahagian Kota Bharu bagi membolehkan beliau bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu.

Kebetulan ada isu penahanan ISA pada masa itu ,maka Zaid mengambil kesempatan itu untuk menggunakan alasan tersebut. Andai ditakdirkan Zaid mendapat pencalonan yang cukup dan menang sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, saya yakin 100 % sampai sekarang pun Zaid masih bersama UMNO,hatta Pak Lah sekalipun yang ditahan dibawah ISA. Amat memalukan bagi seorang yang kononnya hebat dan berada di kedudukan yang tinggi meletak jawatan kerana Teresa Kok ditahan di bawah ISA. Carilah alasan yang logik sikit.Saya ingin memberitahu kepada anda semua. Jangan terlalu termakan dengan mainan pembangkang tentang kemasukan Zaid ke dalam PKR. Tiada yang hebat pun Zaid ini. Orang-orang Kota Bharu tahu siapa Zaid. Beliau adalah seorang kaki botol. Daripada dulu sehingga sekarang beliau adalah peminum arak tegar.

Didalam rumah beliau di Tropicana Damansara ada terdapat mini bar. Pernah sekali semasa beliau memegang jawatan dalam Badan Perhubungan Umno Kelantan dan mengadakan mesyuarat di kediaman beliau dengan bangganya beliau menunjukan satu peti khas koleksi arak-arak beliau kepada mereka yang datang bermesyuarat di kediaman beliau. Pelbagai jenama arak terdapat didalamnya. Inilah salah satu faktor beliau gagal mendapat pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian Kota Bharu.

Pada masa beliau memegang jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri beliau pernah mengadakan satu majlis makan malam yang dipenuhi pesta arak bersama Majlis Peguam bagi meraikan bekas-bekas Hakim yang pernah dipecat semasa krisis kehakiman 1988,termasuk Tun Salleh Abas.

Saya juga difahamkan yang beliau bukan seorang yang percaya kepada agama.,dan mempunyai kuda untuk tujuan berlumba bagi perjudian lumba kuda. Selepas dipecat daripada UMNO,maka beliau dengan bangganya menghentam dasar-dasar Kerajaan dalam membantu Bumiputra termasuk dasar DEB.

Apakah si Zaid ini tidak sedar yang kekayaan beliau ada pada hari ini adalah hasil daripada dasar-dasar Kerajaan yang membantu Bumiputra. Pernahkah anda mendengar atau membaca di akhbar-akhbar firma guaman milik Zaid mengendalikan kes-kes di Mahkamah ? Tidak ada.

Firma guaman Zaid hanya mengendalikan kes-kes perjanjian atau kontrak sahaja. (bahasa guaman saya tidak mengetahui ianya dipanggil apa) Dan kebanyakan perjanjian-perjanjian serta kontrak-kontrak yang dikendalikan oleh Zaid adalah berkaitan dengan Kerajaan.

Keuntungan yang paling besar dan membuat Zaid kaya adalah apabila firma beliau mengendalikan perjanjian dengan PLUS untuk disenaraikan di BSKL pada masa itu. Kes ini menimbulkan kontrovesi sehingga menyebabkan beliau beliau bergaduh dengan Halim Saad dan Tun Daim sebagai Menteri Kewangan pada masa itu . Saya difahamkan kes ini belum selesai sehingga sekarang.

Pada tahun 2002 Zaid juga pernah menimbulkan konstrovesi dengan PAS,apabila menyaman Kerajaan Kelantan kerana ingin melaksanakan Hukum Hudud. (Sila rujuk link di akhir artikel ini). Saya tidak tahu berapa lama lagi link ini akan bertahan. Saya jangkakan tidak lama kerana ,orang tesebut telah bersama mereka sekarang. Dosa orang tersebut telah pun cuci sekarang.

Jika selama ini PAS sering menuduh orang-orang UMNO jahat,menentang hudud dan sebagainya, maka yang jahat itu telah pun terkeluar dan menjadi rakan kepada PAS sekarang.

Apabila beliau menyertai PKR semalam beliau terus dilantik sebagai Ahli Majlis pimpinan tertinggi PKR. Dan seperti yang kita semua akan jangkakan ,Zaid sudah pasti akan dipilih bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu dalam PRU ke 13 nanti.

Saya yakin kerusi itu akan dipulangkan kepada PKR. Dalam PRU tahun lepas kerusi tersebut telah diberikan kepada PAS walaupun pada PRU 1999 ianya milik PKR melalui wakilnya Ramli Ibrahim. Pada 2004 ianya menjadi milik Zaid Ibrahim. Sebelum 1999 kerusi tersebut dipegang oleh Hajah Ilani mewakili Semangat 46 dan seterusnya BN.

Sekiranya benar Zaid Ibrahim akan bertanding di Kota Bharu dalam PRU 13 ,maka pada malam ini RBF ingin mengumumkan bahawa RBF akan bertanding menentang Zaid disana. Samada mewakili BN atau BEBAS ,itu tidak penting ,yang penting RBF akan tentang Zaid habis-habisan.

Kota Bharu bukan sesuatu yang asing bagi RBF. Itu adalah kampung asal RBF. Saya dilahirkan di Kampung Dalam Nyiur Kebun Sultan,Kota Bharu oleh bidan kampung,selepas itu dimasukan ke Hospital Besar Kota Bharu kerana terbelit tali pusat.

Saya sekolah rendah,menengah dan di besarkan di Kota Bharu. Saya mempunyai ramai kenalan serta sahabat handai dan ahli keluarga di Kota Bharu. RBF anak orang susah di Kota Bharu. Bukan seperti Zaid yang berasal daripada keluarga kaya dan banyak masa dihabiskan di KL.

Saya sekolah rendah di Sekolah Islah Kota Bharu dan Sekolah Menengah di Sek Men Kota Bharu. Daripada Bunut Payung ,Tanjong Mas, Penambang, Wakaf Mek Zainab ,Sungai Keladi,Dusun Muda,Seri Cemerlang ,Merbau,Kota Lama ,Pasar Bulu Kubu @ Pasar Siti Khatijah ,Bazar Buluh Kubu, Bazar MPKB ,Flat Buluh Kubu, Jalan Bayam,Padang Bas, Padang Bank,Atas Paloh,Kg.Sireh,Pintu Geng dan di lain-lain tempat ramai orang mengenali RBF.

Zaman kanak-kanak dan remaja RBF banyak dihabiskan di Bandar Kota Bharu dengan mengelilingi bandar sambil mengayuh basikal Raleigh Roamer warna hitam. Pada zaman cuti sekolah RBF sering menghabiskan masa dibelakang pasaraya-pasaraya atau kedai-kedai disekitar Kota Bharu dengan tujuan mengutip kotak dan menjualnya pada harga 10-15 sen sekilo untuk membayar yuran sekolah atau membeli pakaian baru sekolah.

Jadi RBF yakin ,sekiranya RBF bertanding menentang Zaid di Kota Bharu pasti RBF akan menang. RBF mempunyai kekuatan tersendiri di KB berbanding dengan Zaid Ibrahim. Orang Kelantan hanya mengenali Zaid melalui media masa saja itupun apabila dia nak saman hukum hudud. Tanya Zaid,dalam setahun berapa kali dia panjat Pasar KB atau dia mengunjungi kedai-kedai 'pati' disekitar KB. (Hanya orang Kelantan yang memahami istilah kedai pati)

Zaid pasti tertiarap apabila ditentang RBF di KB.

Kepada Parpukari,GOMO,GAP, Perak Bangkit, Garamanis, Pisau , Medan Info dan rakan-rakan blogger lain,tolong bagi sokongan padu kepada RBF menentang Zaid. Pastikan Zaid tidak balik deposit. Parpukari dan GAP tolong cari dana sekarang untuk RBF bertanding 2012/13 dan tolong cipta banner serta poster.

Bravo RBF !

Sila klik sini I

Sila klik sini II

Sila klik sini III