Sabtu, 30 Mei 2009

Kedah Land Policy - Pakatan Continue Elegant Silence

1


I heard from a Gerakan leader in Kedah that the State has not called off the 50 % Bumiputera in housing development (for swap Malay Reserve land) - an increase from 30%.

He has written it in his blog article here - Pakatan Rakyat, One Malaysia and Kedah Housing Policy.

Why didnt Anwar Ibrahim or Lim Kit Siang take a drive down to Kedah and talk to Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak there?

Kedah initially announced that they will revert to the 30% quota housing policy in late 2008. In Feb 09, MB Kedah then slammed Tan Keng Liang for his press statement and reverted back to the 50% quota housing policy.

I have a lot of respect for the Malay reserve land because after all, this was once Tanah Melayu before the formation of Malaysia.

But I don't think this policy is in line with the ideologies of Anwar Ibrahim and Lim Kit Siang. Moreover, freehold lands have been developed and the remaining land left to build on is the Malay reserve land.

So does the 30 % quota policy apply as a blanket rule or not ? Are the Pakatan leaders People First Performance Now or are they Politics First Putrajaya Now ?

The Bumiputera land quota has been relaxed in Perak - under Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali and the current MB Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Cheers to you, Dr Zambry. In the words of Dr Zambry,

"We don't want to live in a polarised world, but in the context of practicality, we have to discuss and study such policies."

Also, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak recently announced the financial sector liberalisation. Published HERE.

1 Malaysia is in Barisan Nasional. Minority Malaysia in Pakatan.

After Aminah Tape and A Thiruvenggadam's expose HERE and HERE, where is the voice of the vocal Teresa Kok, Lim Kit Siang, Teng Chang Khim and Anwar Ibrahim ?

How long will the "elegant silence" of Pakatan leaders on their own mess and the roar on Barisan Nasional's matters continue?

Apabila Peguam "BENGAP" Menggunakan Undang-Undang Menuntut Hak Chin Peng!

0


Chin Peng berhak pulang - Peguam. Peguam Chin Peng, Darshan Singh Khaira mendakwa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu berhak pulang ke negara ini di bawah perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand.

Beliau berkata, klausa 3.1 perjanjian itu menggariskan ahli PKM daripada unitnya yang telah meletakkan senjata dan merupakan seorang yang berasal dari Malaysia serta berhajat untuk kembali ke negara ini wajar diberi kebenaran berbuat demikian.

Bukan setakat itu beliau mendakwa, mereka yang memenuhi syarat tersebut telah dijanjikan untuk diberi bantuan bagi memulakan kehidupan baru.

''Selepas perjanjian dimeterai, semua bekas pemimpin PKM termasuk Rashid Mydin dibenarkan pulang namun saya musykil kenapa Chin Peng seorang sahaja tidak dibenarkan pulang,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau juga mendakwa, setiap ahli PKM yang pulang ke Malaysia berhak mendapat bantuan RM50,000 dan elaun bulanan serta tanah untuk bercucuk tanam.

''Apa sudah jadi dengan bantuan kewangan yang dijanjikan? Saya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan meminta mereka menyiasat perkara ini,'' katanya.

Selain itu katanya, sebagai peguam Chin Peng, beliau telah membuat permohonan di mahkamah di sini untuk membenarkan Chin Peng pulang tiga tahun lalu namun permohonan itu ditolak.

''Semua adik-beradik dan anak-anak Chin Peng ada di Malaysia,'' katanya.

Mengenai kekejaman PKM pada masa lalu beliau berkata; ''kalau PKM dituduh bunuh banyak orang, Britain lagi banyak bunuh orang apa lagi Jepun.''

Komen : Ini apa cerita pulak "Peguam Banggap" ini. Kalau Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia sekalipun, adakah beliau boleh hidup dengan senang dan selesa. Veteran-veteran perang sanggup menggangkat senjata sekali lagi demi mencari Chin Peng? Kalau nak ambil kes pun, carilah kes-kes yang lebih munasabah. Tak perlulah mengambil kes-kes yang bakal mengguris perasaan orang Melayu lagi. Mungkin kamu tak pernah merasai apa yang orang Melayu dahulu telah lalui. Hidup kamu sudah senang hasil pengorbanan orang-orang Melayu dahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara ini. Dan apabila kamu melihat orang Melayu semakin berpecah, kamu menggunakan kesempatan ini untuk menyakitkan hati orang Melayu. Kamu menuntut yang bukan-bukan dari orang Melayu? Hormatilah sedikit hati dan perasaan orang Melayu.

Saya orang pertama tuntut bela!

"Kalau Chin Peng masuk ke Malaysia, sayalah orang pertama mencarinya untuk menuntut bela atas kekejaman yang dilakukan," luah pesara tentera, Yahya Shafie, 76 tahun.

Menurutnya, kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) tidak mungkin dilupakan oleh bekas Pegawai Waran 1 Pasukan Pertama Meriam Diraja British itu.

Katanya, walaupun sudah dimamah usia, peristiwa yang terjadi sepanjang Chin Peng dan pengikutnya mengganas di Tanah Melayu masih segar dalam ingatan dan menghantui hidupnya sehingga kini.

''Ketika di bangku sekolah saya melihat sendiri kekejaman Chin Peng terhadap orang kampung di Junjong, Kulim termasuk bapa saudara saya dibakar hidup-hidup dengan tangan terikat di stereng lorinya.

''Seluruh anggotanya rentung dan tidak dapat dikenali. Bayangkan hati saya ketika itu," katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seronok, Bayan Lepas di sini.

Menurut Yahya, mereka yang bersetuju Chin Peng dibenarkan pulang adalah orang yang 'buta' mata dan hati serta tidak tahu penderitaan yang dilalui penduduk ketika itu.

''Nama dia pun sepatutnya tidak boleh kita sebut, inikan pula membenarkannya masuk ke negara kita. Adakah patut orang yang membuat kita sengsara dan derita puluhan tahun lamanya, senang-senang kita terima?

''Kekejamannya tidak boleh diterima akal, saya pernah berkhidmat di Indonesia, Brunei dan Hong Kong yang ada komunis, namun kekejaman yang dilakukan Chin Peng pada rakyat Tanah Melayu tidak dapat dibayangkan," katanya yang cedera ditembak di telinga dan perut semasa berjuang menentang komunis.

Menurut beliau, soal membawa pulang Chin Peng tidak sepatutnya dibangkitkan lagi kerana perbuatan itu jelas tidak bertanggungjawab dan hanya akan membuat keluarga veteran perang yang terkorban dan cedera bangkit memberontak.

''Masih terdengar di telinga saya kata-kata Chin Peng kepada pengikutnya bahawa satu hari nanti mereka akan menakluki dunia," katanya.

Jangan benar Chin Peng pijak bumi Malaysia!

''Kalau Chin Peng balik, saya akan cangkul buang satu persatu tapak kakinya dari bumi Malaysia bertuah ini. Kalau tapak kakinya pun saya akan buang, inikan pula Chin Peng. ''Kalau boleh, saya akan minta orang buat jerangkap samar seperti yang saya kena dulu dan masukkan Chin Peng ke dalamnya biar berkecai tubuh badannya sehingga tiada secebis daging pun yang tinggal."

Begitulah marahnya bekas anggota Rejimen Askar Melayu, Suparman Taib, 55, yang pernah berjuang menentang pengganas komunis sekitar tahun 1980-an dulu apabila mengetahui ada pihak yang beria-ia mahu membawa balik bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu ke negara ini.

Suparman kehilangan kaki kirinya dan cedera parah di kaki kanannya akibat terkena jerangkap samar yang dipasang komunis semasa melakukan Ops Bersih di Kampung Lalang, Kelian Intan dekat Keroh di Gerik pada 21 April 1981 semasa berusia 25 tahun.

Menurut bapa kepada sembilan anak itu, walaupun tidak pernah berdendam dengan komunis atas apa yang berlaku kepada dirinya itu, dia tidak dapat memaafkan cara komunis membunuh anggota keselamatan dan orang kampung dengan kejam.

''Paling tidak dapat dilupakan ialah peristiwa anak-anak buah saya terkorban apabila trak dinaiki mereka diserang hendap komunis.

''Semasa ditemui, bukan saja telinga dikerat, alat kemaluan mereka juga dipotong dan disumbatkan ke dalam mulut," katanya.

Sebab itulah, kata Suparman, Chin Peng tidak boleh dibenarkan menjejak kakinya ke Malaysia dan patut dibiarkan mati di luar negara.

Dia turut melahirkan kebimbangan wujud usaha pihak tertentu untuk menghidupkan semula ideologi komunisme di negara ini sehingga boleh menyebabkan peristiwa berdarah seperti 13 Mei 1969 berulang.

''Orang kena faham, walaupun komunis telah berdamai dengan kerajaan, mereka tidak menyerahkan senjata dan menyimpannya di tempat lain.

''Saya hendak tanya berapa ramai anggota PKM yang mempunyai 10 kekuatan menyerahkan senjata mereka,'' katanya.

Suparman juga tidak bersetuju dengan tindakan pihak tertentu menggunakan istilah perikemanusiaan bagi mewajarkan usaha membawa balik Chin Peng.

''Kalau kita bantu orang miskin, mangsa tsunami atau bekas perajurit yang kini hidup susah selepas cacat anggota akibat kekejaman komunis, itu barulah dasar perikemanusiaan,'' katanya

Jadi kepada peguam banggap, adakah kamu mahu melihat orang-orang ini bangun untuk menuntut bela dengan apa yang Chin Peng telah lakukan pada mereka. Fikir-fikirkan lah....?

Suara Politik

Taminsari





Kenyataan Zaid boleh nyalakan api perkauman

Malaysian Insider reported Zaid Ibrahim, expressed concern today over the racial overtones of the campaign to prevent Chin Peng from coming home. Zaid, who was sacked from Umno and who is expected to join a PR party, defended those who have pleaded for Chin Peng to return to Malaysia. “I wonder if Chin Peng were a Malay, would our stand and emotions be the same?” Zaid noted that Utusan Malaysia was campaigning aggressively against Chin Peng, and while he agreed that the former communist leader was “cruel,” he pointed out the “cruel” communists included former fighters such as Rashid Maidin and Shamsiah Fakeh who were allowed to return home to Malaysia.

Selepas cubaan Nik Aziz meyakinkan masyarakat Islam untuk mewajarkan kepulangan Chin Peng ke Malaysia gagal, jentera propaganda pihak tertentu cuba meyakinkan masyarakat melalui Zaid yang kononnya mewakili golongan the liberal Malays. Malangnya Zaid sudah tersilap premis sejak awal lagi.

Pertama - Zaid tersilap kerana tidak ada sesiapa kisah sama ada Chin Peng itu orang Melayu atau Cina atau India atau Jepun. Isu UTAMA Chin Peng adalah dia adalah KETUA PARTI KOMUNIS MALAYA yang mengarahkan begitu banyak PEMBUNUHAN dan KEGANASAN ke atas rakyat ketika itu. Pembunuhan ini bukan sahaja melibatkan orang Melayu, tetapi juga kaum bukan Melayu. Memang benar terdapat lebih ramai kaum Melayu yang menjadi mangsa berbanding kaum lain, itupun kerana hampir kesemua orang Melayu menolak fahaman tidak bertuhan komunis dan pendekatan mereka yang bersifat militan, kejam dan zalim. Tidak timbul soal Melayu, Cina atau India - isu pokok adalah KEZALIMAN dan PEMBUNUHAN KEJAM yang dilakukan di bawah arahannya sebagai KETUA PARTI KOMUNIS. Berapa ramai orang bukan Melayu yang tidak mempunyai rekod kezaliman seperti Chin Peng yang dibenarkan bebas keluar masuk negara ini. Malah sejumlah besarnya ditawarkan kewarganegaraan pula.

Kedua - soal Rashid Maidin atau Samsiah Fakeh adalah soal kedua kerana mereka bukan Ketua Parti Komunis Malaya. Mereka hanya pemimpin dalam kalangan orang Melayu yang diperkuda untuk melaksanakan arahan Chin Peng termasuk menggagalkan rundingan Baling. Melayu yang diperkuda dan hilang pedoman seperti ini bukan baru dalam sejarah dan ia masih berlaku pada hari ini - misalnya, Si Kitul, talibarut Inggeris dan Jepun, Melayu yang hilang pedoman sehingga terlibat mendokong perjuangan komunis (walaupun mungkin bukan fahaman tidak bertuhannya), seorang bekas Menteri Besar dan terdapat sejumlah lagi dalam DAP. Melayu sebegini akan terus dikenang sebagai pengkhianat bangsanya. Begitupun, dalam hal ini dosa paling besar tidak dipikul oleh mereka yang diperkudakan ini, tetapi oleh ketua mereka. Dalam hal Parti Komunis Malaysia, orang itu tidak lain dan tidak bukan adalah Chin Peng. Jika Ketua Parti Komunis Malaya itu orang MELAYU dan melakukan kezaliman seperti yang dilakukan oleh Chin Peng, kita, orang-orang Melayu sendiri tidak akan memaafkannya dan langkahlah mayat kita, kita tidak akan membenarkannya dia pulang.

Jadi nasihat kita kepada Zaid, look back at the premise, it has never been racial tone, but cruelty of the person. Banyak hati yang akan terluka dan MARAH bila Ketua Parti Komunis Malaya ini dibenarkan pulang dan lebih ramai lagi yang akan memberontak jika kepulangannya disambut secara besar-besaran pula oleh kelompok tertentu; tidak bermaksud kaum tertentu, tetapi kelompok yang tidak sensitif dan sengaja hendak menggunakan kesempatan ini bagi mengocak keharmonian masyarakat.

Isunya bukan kaum, tapi KESALAHAN. Misalnya dalam kes Zaid, ramai orang meluat dan menyampah kepadanya, bukan kerana dia Melayu atau kerana dia datang dari negeri Kelantan atau kerana dia golongan yang kononnya liberal Malays - tetapi kerana KESALAHAN demi KESALAHAN yang dilakukannya - misalnya, dikhabarkan tidak berada dalam negara dan tidak berjuang bersama-sama anggota parti semasa pilihan raya, tidak berkelakuan dan berpegang kepada etika serta tatacara sebagai seorang Menteri Kabinet, kenyataan akhbar dan alasan tentang ganti rugi bekas hakim yang menjadi jenaka rakyat, perlakuannya yang tidak sensitif dengan menghadiri dan menyertai majlis pembangkang, - menyebabkan rakyat melihat beliau sebagai pelawak yang serba tidak kena.

Hari ini Zaid sekali lagi TIDAK SENSITIF dan membuat KESALAHAN lagi.

Kesalahan Zaid adalah menyimpulkan secara melulu bahawa penentangan terhadap kepulangan Chin Peng berbau perkauman, sedangkan ianya tidak. Sekali lagi Zaid berlaku tidak sensitif - Zaid gagal memahami bahawa dalam kalangan kami, rakyat Malaysia, tidak kira kaum, ada yang menerima kesan langsung akibat kezaliman komunis di bawah arahan Chin Peng; ada juga yang mempunyai datuk, nenek, ayah, ibu, saudara mara yang menjadi mangsa kekejaman komunis di bawah arahan Chin Peng.

Posted by Tun Faisal Ismail bin Aziz

Khamis, 28 Mei 2009

Kekejaman komunis

0



BANGI 27 Mei - "Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.

"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya."

Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor.

Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.

Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan komunis.

"Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.

"Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada hidup atau mati.

"Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.

"Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.

Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah ditolak.

Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.

"Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura pada masa itu.

sumber : Utusan Malaysia


Posted by SangKunang

Mulut longkang Azmin gelarkan Kak Min = Minah Ronggeng

0



Bukan main laser juga budak kesayangan Anwar ini , mungkin selalu belajar dari brother Anwar yang suka gelarkan orang itu dan orang ini. Siri ceramah di Penanti saya juga ikuti ,dan pelbagai gelaran dibuat kepada pemimpin BN seperti virus H1N1 adalah H = Hisyamuddin , N = Najib , Mat keris ,dan sebagainya .

Terbaru si budak Azmin ini gelarkan Kak Min yang enggan ikut cakap mereka malah menolak rasuah dari PKR lalu digelarkan sebagai Minah Ronggeng .klik di sini

Ini kenyataan dari seorang Ahli Parlimen dan Adun yang suka hati dia gelarkan orang yang mereka benci . Inikah pemimpin yang nak bersama rakyat ,tetapi calon dari rakyat biasa mahu bertanding Bebas dikutuk ikut sedap mulut dia. Sudah la calon itu seorang wanita ,dan aku yakin golongan ibu tidak suka seorang pemimpin seperti ini mengherdik dan menghina seorang wanita yang mahu menegakkan kebenaran dan keadilan . Kalau marah sangat pun terhadap Kak Min yang tidak mahu mengikut cakap PKR supaya menarik diri jangan lah kata yang bukan-bukan terhadap beliau .Aku yakin sesiapa yang buat pendedahan mengenai keburukan PKR pasti akan dikutuk dan akhirnya akan dibenci oleh penyokong pembangkang, seperti berlaku kepada Azizan ,Nala,Ezam ,Lokman Adam ,Chandra Muzaffar ,saiful bukhari dan terbaru Kak Min . Orang yang membuat pendedahan semuanya tidak pernah betul , Mereka saja yang betul. Jelas sudah ada rakaman perbualan , mereka masih mahu menegakkan benang yang basah.Mulut laser Azmin gelarkan Kak Min = Minah Ronggeng

Bukan main laser juga budak kesayangan Anwar ini , mungkin selalu belajar dari brother Anwar yang suka gelarkan orang itu dan orang ini. Siri ceramah di Penanti saya juga ikuti ,dan pelbagai gelaran dibuat kepada pemimpin BN seperti virus H1N1 adalah H = Hisyamuddin , N = Najib , Mat keris ,dan sebagainya .

Terbaru si budak Azmin ini gelarkan Kak Min yang enggan ikut cakap mereka malah menolak rasuah dari PKR lalu digelarkan sebagai Minah Ronggeng.

Ini kenyataan dari seorang Ahli Parlimen dan Adun yang suka hati dia gelarkan orang yang mereka benci . Inikah pemimpin yang nak bersama rakyat ,tetapi calon dari rakyat biasa mahu bertanding Bebas dikutuk ikut sedap mulut dia. Sudah la calon itu seorang wanita ,dan aku yakin golongan ibu tidak suka seorang pemimpin seperti ini mengherdik dan menghina seorang wanita yang mahu menegakkan kebenaran dan keadilan . Kalau marah sangat pun terhadap Kak Min yang tidak mahu mengikut cakap PKR supaya menarik diri jangan lah kata yang bukan-bukan terhadap beliau .Aku yakin sesiapa yang buat pendedahan mengenai keburukan PKR pasti akan dikutuk dan akhirnya akan dibenci oleh penyokong pembangkang, seperti berlaku kepada Azizan ,Nala,Ezam ,Lokman Adam ,Chandra Muzaffar ,saiful bukhari dan terbaru Kak Min . Orang yang membuat pendedahan semuanya tidak pernah betul , Mereka saja yang betul. Jelas sudah ada rakaman perbualan , mereka masih mahu menegakkan benang yang basah.

*****






PENANTI:PKR MENGAKU TAWAR GANJARAN:PKR AKAN TERKUBUR DI PENANTI

Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam mengaku dua ahlinya menemui dan menawarkan ganjaran kepada calon Bebas, Aminah Abdullah, supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Pengarah Pilihan Raya PKR DUN Penanti, Saifuddin Nasution, bagaimanapun berkata tawaran itu dibuat berdasarkan hubungan rapat mereka dengan Aminah dan bukan mewakili parti.

"Saya menemui kedua-duanya dan mereka memaklumkan Aminah menjemput mereka makan tengah hari di rumahnya. Mereka menerima jemputan itu kerana menghormati Aminah sebagai sahabat lama mereka," katanya pada sidang media di Yayasan Aman di sini


Kelmarin, Aminah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cakera padat (CD) mengandungi rakaman perbualan berhubung tawaran ganjaran wang tunai RM80,000 dan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) jika beliau menarik diri bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang itu juga mendakwa beliau ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, jika menang pilihan raya kecil itu dengan syarat menyertai semula parti berkenaan.

Tawaran itu didakwa dibuat oleh dua ahli PKR yang mengunjungi rumah Aminah di Jelutong, 13 Mei lalu.


AMINAH menyerahkan CD yang mengandungi gambar dan rakaman audio beberapa ahli PKR yang menawarkannya ganjaran kepada kakitangan SPR di Pejabat SPR di Komtar, Georgetown, semalam.


Aminah adalah antara tiga calon Bebas yang menentang calon PKR, Mansor Othman pada pilihan raya kecil Penanti Ahad ini yang diadakan berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairudddin.

Saifuddin juga berkata, peguam PKR, Ong Chin Wen sudah menghantar notis tuntutan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat Aminah terhadap parti itu.

"Kita sudah menghantar notis ke alamat calon terbabit. Notis itu bertujuan supaya Aminah menghentikan fitnah yang dilemparkan bagi tujuan memperoleh keuntungan peribadi. Kita memberi masa tujuh hari kepadanya (untuk menjawab notis itu)," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim, yang dihubungi mengesahkan pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes itu selepas Aminah membuat laporan kelmarin.

"Apabila ada laporan sudah tentu kami perlu membuat tindakan susulan iaitu menyiasat. Beberapa individu akan dipanggil bagi memberi keterangan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Aminah menemui dua pegawai SPRM di pejabat suruhanjaya itu di Butterworth, bermula jam 4 petang hingga 10 malam kelmarin, beberapa jam selepas beliau membuat pendedahan kepada media mengenai tawaran PKR itu.

Pada pertemuan itu, Aminah menyerahkan dekoder MP4 yang mengandungi rakaman perbualan berkaitan tawaran PKR kepadanya. Dekoder itu mengandungi perbualan dalam tiga pertemuannya dengan dua ahli PKR.

Semalam, Aminah turut menyerahkan sekeping cakera padat (CD) dan tiga cetakan gambar pertemuannya dengan ahli PKR itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang di sini.

Aminah yang ditemui pemberita, mengakui kedua-dua ahli PKR itu memang kawan baiknya, tetapi beliau terpaksa membuat pendedahan itu selepas dicabar Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mohamed Zahrain Hashim.

"Mereka mungkin faham mengapa saya buat rakaman. Hanya langkah berjaga-jaga. Malah, mungkin mereka juga membuat rakaman kerana ia memang tabiat orang PKR," katanya.

Selasa, 26 Mei 2009

Exco PR Kedah claim RM34.6k tuntutan perjalanan?

0


Saya membawa satu perkhabaran dari Kedah yang menceritakan sikap "kesederhanaan" seorang Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Khabarnya Exco tersebut adalah dari parti PKR, pimpinan agen Yahudi. Exco tersebut telah menuntut tuntutan perjalanan yang "terlampau"? Tuntutan perjalanannya mencecah RM34.6k sebulan! "Sederhana" sungguh tuntutan perjalanannya. Begitulah kalau kita hendak "membela nasib rakyat"! Pendek kata, "berbaktilah kepada rakyat dengan menuntut claim yang terlampau!". Alaaa...duit tu bukan duit rakyat pun, duit tu kerajaan yang punya...apa rakyat nak risau? Bukannya Exco tu buat claim tu kat rakyat punnn...

Dikhabarkan bahawa gaji dan elaun tetap Exco tersebut adalah berjumlah RM16.5k. Jika dicampur dengan claim perjalanannya, maka ianya berjumlah RM51.1k! Pakcik kayoooo!!! Eh! Silapppp...Pakcik "sederhana"!!! "Sederhana"nya hidup jika berpendapatan RM51.1k sebulan. Nampaknya Exco pilihan Ust. Azizan ni berjaya menunjukkan sikap "sederhana"nya kepada seluruh rakyat Kedah. Err...rakyat Kedah tau ke hal ni? Alaaa...kalau tau pun, apa rakyat peduli? Dia bukan claim kat rakyat Kedah pun...relax la!


Hakikatnya, saya mengatakan Exco ini "sederhana" sahaja pendapatannya berbanding "De Facto"nya. "De Facto" yang pernah dipenjarakan itu pernah mengaku hanya memiliki sebuah rumah banglo dan 2 buah kereta ketika dia diheret ke muka pengadilan atas tuduhan "korupsi" dan "Al-Juburi". Selepas 6-7 tahun, dia kerja di US, jadi pensyarah universiti yang terkenal melatih agen-agen rahsia US iaitu Oxford. Bila pulang ke Malaysia, khabarnya dia berjaya membawa balik berbillion-billion ringgit sehingga mampu membantu PAS yang "kekeringan" dana untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-12. Maybe atas "keterhutangan budi" tersebut, maka Ust. Azizan "malu alah" pada boss Exconya itu dan membiarkan Exco itu membuat tuntutan yang boleh dikatakan "sederhana", berbanding dengan "rasuah politik"..eh! silap lagi..."sedekah" yang dihulurkan oleh De Facto itu kepada PAS Al-Maksum!


Itu baru je kes tuntutan "sederhana"...belum lagi nak dikira dengan dakwaan menghina DYMM Sultan Kedah oleh ADUN PR. Kes tu dah "senyap"? Belum lagi dikira dengan "masyuuukkk ikut pintu belakang". Kes ni dah lama dah depa dok sebut di kedai-kedai kopi bangunan-bangunan kerajaan negeri. Itu belum digemparkan dengan kisah Kulim Hi-Tech yang mana si "pemerhati" yang berlagak bagaikan "CEO". Depa lantik orang depa yang tak tau apa-apa pasai Kulim Hi-Tech, lepaih tu depa "buang" pekerja-pekerja termasuk pengarah yang mengasaskan Kulim Hi-tech, padahal pengarah tu la yang dok bertungkuih lumuih memajukan Kulim Hi-Tech. Macam-macam lagi perkara "yang tak elok yang dihalalkan" oleh "depa" ni...cuma malas nak tulis.


Tapi tak apa lah...bila kita dah cukup bukti, nanti kita dedahkan la...bukan apa, kita ni bukan macam depa...Kita bukan suka fitnah orang sana sini macam depa..."matlamat tak menghalalkan cara"...tapi PR ni lain sikit depa punya perangai...depa ni pakai slogan "wal halaluku...wal haramu mu"...depa tu takdak saksi pun depa sanggup buat ceramah merata, dok jaja merata fitnah depa dekat BN, khususnya UMNO. Depa jarang "attack" MCA atau MIC. Tak tau la pasai apa depa suka "attack" saudara sesama Islam. Depa fitnah merata, malah ada penyokong depa yang sanggup pi tumbuk saudara seIslam sendiri...yang DAP kapiaq yang tolak Islam secara terang! "Over my dead body!" katanya...

Mykmu.net

Anwar ajak BN Derhaka Kepada Sultan Perak

0


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemelut politik di Perak bukanlah isu perundangan yang boleh diselesaikan di mahkamah.
**
Sebaliknya, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, ia hanya boleh diselesaikan melalui pilihanraya yang bebas dan adil.”Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya,” katanya.
**
Sehubungan itu, Anwar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan pilihanraya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik sekarang."
**
Benar, apa yang disebutkan oleh Anwar Ibrahim itu ada kebenarannya, apabila berfikir secara mana dia berfikir.
**
"Matlamat menghalalkan cara" itulah cara dia dan itulah yang sedang di jiwai dengan sepenuh jiwa dan raga oleh Nizar. Kalau diteliti tindak tanduk dan lakonan Nizar, anda akan setuju bahawa watak dia lebih mirip macam "bukan puak PAS". Itupun atas dasar kita tengok PAS tu bawa agama dan tentulah akhlaknya agama. Namun apa nak heran kerana PAS pun hanya guna agama. Jadi kelaku Nizar ini sebenarnya kelaku PAS yang sebenar. Padanlah dia orang ini boleh elok berkomplot dengan parti macam PKR dan DAP. Sesuai sangat.
**
Kenapa yang Anwar sibuk nak serahkan kembali pilihan kepada rakyat? Bukan kah rakyat dah buat pemilihan pada 8 Mac, 2008.?
**
Apakah hanya sebab Komplot Pakatan pimpinan Nizar di Perak telah gagal sehingga mengakibatkan dia berhadapan dengan kehilangan sokongan di DUN maka dia hendak paksa Sultan bubarkan DUN?
**
PRU 12 Majoriti Kawasan di Perak telah pilih BN. Bukankah 28 Kawasan telah pilih BN? Cuma apabila 3 Parti berkomplot, maka DAP 18 berjaya mendapat sokongan rakan-rakan sehati sejiwa PKR 7 dan PAS 6 untuk mempersembahkan kebawah Paduka Sultan yang dengan komplot ini, merekalah yang berhak tubuh Kerajaan? Siapa yang halang? BN tak sibuk pun?
**
Jadi apabila komplot tidak bertahan lama, akibat hilang percaya, 2 PKR dan 1 DAP isytihar jadi Bebas dan memberikan sokongan kepada 28 BN, maka BN lah sekarang mempunyai majoriti dan dia tubuhlah Kerajaan sehingga tempoh mandat rakyat ini berakhir pada PRU 13? Apa masaalahnya? Bak kata orang "kalau aku tak boleh dia pun tak boleh juga", ini lah sikap puak Komplot ini sehingga sanggup laku apa sahaja, walau derhaka walau guna rakyat sebagai perisai!
**
Nak saman Paduka Sultan takut dilihat derhaka yang terlampau dan mungkin dibenci orang, maka samanlah keabsahan (ayat lazim terkini anwaribrahim) Dr.Zambry. Bukankah itu mempersoalkan Titah Sultan, umpama saman Paduka Sultan lah juga, cumanya tak secara langsung.
**
Apabila nampak semua cara menuju gagal, jalan terakhir sekarang ialah jolok BN untuk rasa tercabar dan secara langsung selamatkan Komplot dari mendapat malu di Perak! Jatuhnya Kerajaan akibat hilang percaya oleh 3 ADUN sendiri, sudah sepatutnya diterima sebagai kelemahan bukan salahkan orang lain! Kalau bukan sebab kelemahan sendiri itu mahu dilindungi, tidaklah perlu menipu rakyat dengan cerita konspirasi dsbnya.
**
Tak payah! Tunggu sahajalah jalan keadilan di Mahkamah yang dimulakan sendiri. Alang-alang menderhaka, ambil sahajalah jalan derhaka! Diakhir perjalanan, benang yang dah kuyup itu akan gagal juga ditegakkan! Sekarang Anwar kata Mahkamah bukan caranya, kenapa?
**
Mahkamah isytihar Nizar Menteri Besar yang sah! Memanglah sah sebab dia dilantik oleh Paduka Sultan! Dr.Zambry juga sah sebab dia juga dilantik oleh Paduka Sultan!! Bukankah yang terbaru itu bermakna ganti yang lama? Kalaupun Sultan tak boleh pecat tetapi Baginda boleh lantik bukan? Jadi yang baru ganti lantikan yang lamalah! Budak sekolah pun faham! Lepas ini kita adakan sidang DUN untuk sahkan didalam DUN lah, apa susahnya! Takuuttt? BN boleh panggil sidang DUN untuk nyatakan sokongan sepenuhnya dan percaya terhadap Dr.Zambry sebagai MENTERI BESAR kerajaan baginda. BN juga boleh ambil sikap tunggu keputusan mahkamah memandangkan ianya sudah berada disana.
**
Rakyat jangan digunakan walaupun sudah terdesak! Ikut nasihat YAB Perdana Menteri, Rakyat didahulukan. Jangan asyik jadikan rakyat keliru kemudian rakyat di tipu dengan cerita karut!
**
Bawa bersabarlah wahai tuan hamba!
**
Jangan kalutkan orang lain hanya untuk mencari teman didalam perjalanan mu yang gelap gelita dan sunyi derita itu!
**
Untuk Nizar, seruan kita ialah bawalah bershalawat banyak-banyak dan ingatkan diri itu dari puak PAS. Takut nanti bak orang kata, "Perangai seseorang itu, sepertimana perangai orang yang dikawannya".

**~ Sumber http://penpusaka.blogspot.com

Ahad, 24 Mei 2009

AnWAR CUBA MERASUAH?

0



1. Puan Aminah Abdullah, calon bebas di Penanti adalah bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang. Beliau meninggalkan PKR pada tahun 2007 kerana tidak 'sebulu' dengan kepimpinan PKR terutama AnWAR dan isteri Dr. Wan Azizah. Beliau juga sering 'membelasah' AnWAR dan Wan Azizah dalam mesyuarat PKR Pulau Pinang.

2. Sejurus setelah Puan Aminah menyatakan hasrat ingin bertanding di Penanti menentang PKR, AnWAR menghantar Puan Suzana Manja, bekas Timbalan S/U Agung PKR menemui Puan Aminah. Puan Suzana membawa mesej AnWAR dan Wan Azizah agar Puan Aminah tidak turut serta dalam p/raya kecil Penanti nanti.

3. AnWAR tahu keupayaan Puan Aminah, namun kerana tidak mahu maruahnya tercalar, AnWAR berusaha keras memujuk Puan Aminah melalui utusannya. Malulah jika bekas Ketua Wanita PKR menentang calon PKR yang didukungi AnWAR. Pastinya juga Puan Aminah tahu 'serba sedikit' perihal dalaman AnWAR dan Wan Azizah.

4. AnWAR cuba menawarkan 'sesuatu' yang cukup besar kepada Puan Aminah agar beliau tidak menyertai p/raya di Penanti. Kesilapan Puan Suzana, utusan AnWAR, ialah beliau menyatakan bahawa 'sesuatu' itu akan datang dari AnWAR. Cubaan Puan Suzana ini juga bukan sekali, tapi berkali-kali. Pelbagai cara digunakan, panggilan telefon, SMS, emel dan juga faks.

5. Setelah Puan Suzana gagal dalam misinya, AnWAR menggunakan PKR Pulau Pinang untuk memujuk PAS kawasanJelutong untuk memujuk Puan Aminah. Puan Aminah punya hubungan akrab dengan PAS Jelutong kerana beliau tinggal di kawasan ini w/pun menjadi Ketua Wanita PKR di Bukit Bendera.

6. Mungkin 'segan' dengan pimpinan PAS Jelutong untuk bermain 'sesuatu', AnWAR menawarkan jawatan senator kepada Puan Aminah dengan syarat beliau tidak bertanding serta mengumumkan kembali kepada PKR. Puan Aminah juga ditawarkan memiliki sebuah rumah mewah di Bayan baru selepas dilantik sebagai Senator.

7. Puan Aminah seorang pejuang sejati. Tawaran demi tawaran gagal mengaburi mata beliau, matlamat perjuangannya jelas! Beliau juga pasti kenal siapa AnWAR sebenarnya. Manusia yang akan berbuat apa saja demi memenuhi matlamat peribadi. Puan Aminah telah mengumumkan beliau akan mendedahkan perkara ini dengan BUKTInya sekali, sama-sama kita nantikannya.

Salam Hormat.

by X-PKR

Sabtu, 23 Mei 2009

Siapa Brother Pet?

1


Oleh x-pkr

Pet adalah panggilan mesra AnWAR kepada Raja Petra Kamaruddin (RPK). Fantasia RPK juga amat tinggi, seiring dengan fantasia AnWAR. Berikut serba sedikit RPK yang saya kenali dahulu:

1. Beliau adalah rakan AnWAR di MCKK yg byk membantu AnWAR di awal era reformasi. RPK menerajui ‘Free AnWAR Campaign’ (FAC) menerusi internet yg mencetuskan fenomena baru ketika itu. Kesan terhadap kempen ini ‘diragui’ kerana tiada hasil yg nyata ianya berjaya.

2. Namun kewangan Wan Azizah ketika itu ‘kopak’ dikerjakan RPK. Segalanya perbelanjaan hasil rumah RPK ditanggung oleh Wan Azizah, kononnya RPK terlalu sibuk dgn. kempen FAC. Bosan dgn sikap RPK yang berjanji menggunakan media maya membebaskan AnWAR, Wan Azizah menarik balik segala pembiayaannya kpd RPK.


3. RPK kemudian di pindahkan mengetuai Suara Keadilan (SK) dan beroperasi di Jalan Telawi, Bangsar. Di tengah kehangatan reformasi, SK laris bak goreng pisang panas. Jualan SK pernah mencecah 30,000 naskah setiap dua minggu. Jumlah yg amat baik utk suratkhabar pembangkang tanpa permit ketika itu.


4. Namun SK ‘tidak pernah untung’. Tiada rekod kewangan yg jelas. Jumlah suratkhabar yg dikeluarkan tidak sepadan dgn kewangan yg diterima. Terlalu byk rungutan dari syarikat percetakan berkaitan invois yg tidak dibayar. Gaji staf SK juga tidak dibayar, sedangkan RPK dan keluarga hidup mewah. Ketua unit kewangan SK ketika itu adalah Marina Lee Abdullah, isteri RPK.


5. Setelah ditendang keluar dari SK, RPK seperti ‘hantu raya tidak bertuan’. Melilau ke sana ke mari mencari sumber kewangan. Pendapatan sbg ketua editor ‘Malaysia Today’ tidak stabil krn masih baru dan tiada cerita sensasi yg boleh menarik iklan sbg sumber kewangan. RPK bersahabat baik pula dgn Datuk Kamarul Baharin, setiausaha agung PKR ketika itu.


6. Datuk Kamarul melantik RPK suami isteri sbg Pengarah Majlis Makan Malam PKR yg diadakan di Shangri-La Hotel KL pada 2003 . Makan malam tersebut bertujuan mengumpul dana membiayai kegiatan PKR. Sekali lagi, penyata kewangan majlis tersebut tidak selari dgn sambutan hangat makan malam tersebut. Penyata yg di bentang dipersoal oleh Presiden PKR namun ditutup oleh Datuk Kamarul.


7. Selepas p/raya umum 2004, pejabat s/u agung PKR, Datuk Kamarul diamanahkan mengutip kembali wang deposit p/raya yg dipinjamkan PKR kpd semua calon PKR yg bertanding. RPK dan isterinya Marina Lee dilantik sbg agen menuntut kembali wang tersebut dari bekas-bekas calon PKR ketika itu. Sekali lagi, PKR pusat mempertikaikan jumlah wang yg diserah kpd parti dgn jumlah calon yg mengembalikan wang deposit tidak selari. Namun kes ini ditutup oleh PKR.




8. Setelah AnWAR bebas dari penjara tahun 2004, bermulalah episod sensasi ‘Malaysia Today’ dgn RPK sbg Ketua Editor. 2005, AnWAR memulakan serangan dgn isu komisyen sukhoi, kapal selam dan altantuya. Semua serangan bermula dari Malaysia Today dan dilakukan dengan pelbagai peringkat. AnWAR merancang serangan penuh strategi mengelirukan masyarakat tanpa bukti mahkamah yg kukuh. AnWAR menggunakan RPK bagi menjayakan misi, pastinya bukan percuma dan ada timbal balas antara mereka!

Rumah RPK di tengah-tengah Kelab Golf Rahman Putra Sg. Buloh boleh menjawab segala permasalahan kewangan RPK. ‘Trademark’ RPK yg menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson, suka pesta-pestaan melambangkan gaya hidup RPK yg penuh kebaratan! Beliau tidak merokok, namun isterinya sering kelihatan ‘berasap’ di majlis-majlis PKR (tidak pelik pun wanita merokok….)

Inilah di sebalik tabir RPK, penulis upahan terhebat abad ini. Mungkin benar RPK adalah ‘pet’ (haiwan peliharaan) AnWAR yg dibela bagi melaksana segala arahan tuan. Saya sekadar berkongsi pengalaman kerana saya tidak pernah mempercayai RPK dulu, kini dan selamanya….


sumber - x-pkr

Say “No” to Hindraf Bumiputera Status Demands!

0


Hindraf. An illegal organization which claims to be the “voice” of hero for the Indian ethnic, had demanded for an equality of status quo as the “bumiputera” in Malaysia. A proposal will be made by Hindraft leader, M. Manoharan, to our Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak. He proposed that “all Malaysia who born after 31st of August 1957 should be accorded as Bumiputera status. He claims that the proposal was made to suit “one Malaysia” concept?

Bumiputera can be defined as :

Peninsular Malaysia

"If one of the parents is Muslim Malay or Orang Asli as stated in Article 160 (2) Federal Constitution of Malaysia; thus the child is considered as a Bumiputra"

Sabah

"If a father is a Muslim Malay or indigenous native of Sabah as stated in Article 160A (6)(a) Federal Constitution of Malaysia; thus his child is considered as a Bumiputra"

Sarawak

"If both of the parent are indigenous native of Sarawak as stated in Article 160A (6)(b) Federal Constitution of Malaysia; thus their child is considered as a Bumiputra"

In article 153, the federal constitution of Malaysia had indicates that Yang Di Pertuan Agong will be the safeguard of Bumiputera’s interests. It means that Yang Di Pertuan Agong is the “supreme power” to maintain the interest of Bumiputera, the status quo in demand of Hindraf.

Why Hindraf really wants the Bumiputera status quo? Perhaps that they wanted to have the “special” rights own by the Malays and the origins of which stated in the Federal Constitution. They want to be treated equally as Bumiputera, as they were born in Malaysia, live in Malaysia and working in Malaysia.

Demanding against the constitutions, showing that they are not thankful to the Bumiputera and the state ruler of Malaysia, DYMM Yang Di Pertuan Agong. They forget the “Social Contract” which had been “agreed”. They had been given the citizenship of Malaysia which will not be ever given to Malays in India. It is impossible for every Bumiputera in Malaysia to get the citizenship of India in every angle if they migrated to India. And the Bumiputera and the Malays’ rulers were “very generous” to give them the status of citizenship in their country.

They demand for the Bumiputera status again while we give them the right to practice their religion, customs and they are free to practice their way of life in Malaysia. The Government of Malaysia allows the Indians to build their temples and even help them to build their biggest temple at Batu Caves! The Government even funds their religious activities, their community and helps them to get a better life in Malaysia compared to their fathers and grand grandfathers.

We give them opportunity to be well educated in Malaysia. Their children get the same right as the Bumiputera children in school. They are even free to run their business in Malaysia. They get rich and richer, even some of them are declared as business tycoons in Malaysia. Ananda Krishnan and Tony Fernandez are some of the most successful fellow among them.

By the citizenship given, the ethnic Indian gets their every chance to participate in politics. They had been given the chance to cast their vote on the Malaysia election. They have their right to choose their state assemblyman, members of Parliament, and even the ruling government. Most of the Indian are very good citizens to vote for the current Malaysia ruling government as the sign of “thankfulness”. And these Indians are of course are not Hindraf!

Deyyy Hindraf! Will the Malaysia’s Bumiputera get the same life if they live in India right now? Will Bumiputera get their right to run their business “without any question” in India? Will we get every single chance to cast vote in India state elections? Will we get subsidies in India just the same like you now? And will we get what you get in Malaysia if we migrate to your very own origin country? Think about it for thousands times and you will get the same answer. And the answer is still “NO”, right?

Please be a good citizen of Malaysia. Stop making riot! Do not ever ask or question the right of the Bumiputera as it mention in the “social contract”. Do not try to “touch” the “social contract” or even ask to review the “social contract” again. It “hurt” us, the bumiputera! And don’t ever think to threat us with “road demos” or “unlawful gathering” if we reject your demands, because we “will not ever” granted your wish. I remind you not to blame us if you are arrested making riots to our beloved country. This is our beloved country, you and me!

You get so much from us in this country. Why do you demand for more? You touch our sensitivity. Don’t you feel “guilty”? You make bumiputera angry. Don’t you think what we feel by making such demands? We can’t accept it. Don’t say that we are “racist”. Being “racist” has nothing to do with your demands. We are just protecting out right. We are the real bumiputera in Malaysia according to the history, constitutions and the “world” even “certified” our status. Please. Live in peace. We are “One Malaysian”!

Selasa, 19 Mei 2009

AnWAR MELUTUT?

0


AnWAR semakin terdesak menanti Julai – perbicaraan kes liwat beliau. Kini beliau akan mengguna apa jua ruang bagi melepaskan diri dari perbicaraan terbuka di mahkamah.

SAH! AnWAR cuba mengusulkan pertemuan dengan DS Najib, namun AnWAR membuatnya seolah-olah pihak kerajaaan yang terdesak mahu berjumpa beliau. Mainan AnWAR, kerajaan negeri Perak diserahkan kepada BN. Sebagai balasan, AnWAR minta kes liwatnya digugurkan. PAS dan DAP bakal dipermainkan AnWAR demi melepas diri sendiri.


AnWAR dengan muka selamba menyatakan kepada penyokongnya, DS Najib yang beria-ia mahu berjumpa beliau bagi menyelesaikan ‘beberapa’ perkara. AnWAR ‘mengkhayalkan’ penyokongnya konon mereka kini di ambang kejayaan dan ‘kuat’ untuk menekan BN di Perak. Atas alasan itulah beliau ‘sudi’ menerima pelawaan DS Najib untuk bertemu…kononnya!!!


Selepas dibebaskan dari penjara 2004, AnWAR cuba membina hubungan dengan Tun Mahathir bagi mengalahkan Pak Lah. AnWAR memberitahu penyokong rapatnya, Tun Mahathir yang nak sangat berjumpa beliau dan sebagai seorang yang pemaaf, beliau sudi untuk berjumpa Tun.


Sebenarnya AnWAR cuba nak berpakat dengan Tun bagi mencapai cita-citanya menyisihkan Pak Lah. Tun amat mengetahui taktik AnWAR. Beliau menerima ‘utusan’ AnWAR, Andrew Leong. Sebagai seorang yang berpengalaman, Tun mencadangkan AnWAR menulis secara rasmi hasrat menemui beliau.


AnWAR enggan, kerana beliau tahu pembohongannya pasti terbongkar jika beliau menulis secara rasmi. Ada bukti mengesahkan AnWAR yang memohon untuk menemui Tun nanti. Saya pasti Tun juga tahu ‘auta’ AnWAR, kerana itu Tun secara sinis mencadangkan AnWAR menulis surat kepada beliau. Akhirnya pertemuan tersebut tidak menjadi kenyataan kerana AnWAR tidak mahu menulis secara rasmi kepada Tun. Kita optimis, DS Najib juga tahu taktik AnWAR ini!


Mengenali AnWAR, beliau tidak akan merendah diri meminta sesuatu dari orang lain yang pernah duduk di bawahnya. DS Najib pernah menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO tatkala AnWAR Ketua Pemuda. Tambahan pula sekarang ini, AnWAR mendakwa dalam keadaan yang ‘cukup kuat’ untuk berhadapan dengan BN.


Pasti kes liwat ini benar-benar merisaukan AnWAR, jika tidak masakan beliau kini ‘gabra’ dan ‘ghaflah’ merancang itu dan ini sementara menanti Julai yang kian menghampiri detiknya...


Salam Hormat.

by x-pkr

Anifah Aman - Pahlawan Sabah yang cemerlang, gemilang dan terbilang!

1


Bravo !!!

Tahniah Datuk Anifah Aman !!!

Datuk Anifah Aman telah menjalankan tugas beliau sebagai Menteri Luar yang bagus dan baik. Selepas sebulan lebih dilantik sebagai Menteri Luar beliau telah menjalankan satu misi yang amat penting kepada Malaysia.

Beliau telah melawat Amerika Syarikat tanpa rasa gentar dengan virus H1N1 untuk memenuhi undangan S/Usaha Negara Amerika,Hillary Clinton.

Yang paling penting sekali semasa disana beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik,iaitu membersihkan segala fitnah yang dilemparkan oleh anwar ibrahim.

Kelam-kabut anwar dibuatnya apabila dalam sidang media bersama Hillary Clinton ,Datuk Anifah Aman telah membongkarkan rahsia anwar yang sebenar berhubung projek 16 sept.

Malu tidak terkira gamaknya anwar ini, hingga tergesa-gesa mengambil tindakan ingin menyaman Datuk Anifah Aman. Mana tak malunya wahai sahabatku sekalian,dia dok pi kelentong benda lain kat AS,tiba-tiba Datuk Anifah pula pi cerita benda yang sebenar.

Nampaknya akaun anwar tak berisi lagi lah gamaknya bulan ni. Tiada lagi transaksi perbankan daripada bank-bank di AS ke dalam akaun anwar atau Azmin mulai bulan ini. Kerana cerita sebenar telah terbongkar.

Bukti anwar dalam ketakutan dan kelam kabut anda boleh lihat disini. Beliau cuba mengabui mata masyarakat dunia ,kononnya beliau di pihak yang benar. Hinggakan surat peguam beliau kepada Datuk Anifah dalam bahasa inggeris disiarkan di blog dia. Agar senang saudara mara Uncle Sam di AS untuk memahami apabila membacanya melalui blog beliau dari AS.

Habislah kau,wahai Anwar dan Azmin,dah berpuluh juta duit yang dihabiskan oleh AS terhadap kamu berdua,tetapi kamu gagal memenuhi hasrat mereka untuk menawan Selat Melaka dan membina Pangkalan Tentera mereka di Malaysia.

Kamu melaporkan perkara-perkara bohong kepada mereka. Kamu tidak menceritakan perkara yang sebenar iaitu ,kamu gagal menumpaskan Pahlawan Melayu Moden dari Pekan,Pahang untuk mencapai misi 16 sept.

Nasib baiklah ada seorang Pahlawan Sabah yang berani pergi menceritakan perkara sebenar tentang pembohongan kamu

Hey anwar podah chitttt.... ptui ! ptui ! ptui ! sikit-sikit saman,sikit-sikit akuan bersumpah. Kamu ingat rakyat Malaysia bodoh ke dengan permainan kamu itu untuk mengabui mata rakyat. Kami tak bodoh wahai anwar,kami tahu taktik licik kamu.

Dulu semasa kes kamu dengan Saiful pun,kamu pergi saman Saiful. Kenapa saman ? Kenapa tidak buat laporan polis kerana Saiful 'memfitnah' kamu meliwat dia ?

Kami tahu wahai anwar,kalau kamu buat laporan Polis,maka Polis akan menyiasatnya dan memakan masa yang cepat. Dan perkara sebenar akan terbongkar.

Tindakan menyaman adalah untuk mengabui mata rakyat,kononnya kamu difitnah dan kamu tahu sesuatu kes saman akan memakan masa yang lama untuk perbicaraanya. Silap-silap semasa kes saman berkenaan berjalan di Mahkamah kamu telah pun berada di dalam bilik kecil 5 kaki ke dalam tanah.

Sekarang kau rasa wahai anwar ! Kamu rasa ! Seandainya 'betul' Datuk Anifah membuat fitnah kepada kamu di luar negara,maka kamu harus merasakan betapa pedihnya diri kita bila difitnah,seperti mana kamu pergi membuat fitnah terhadap tanahair kamu sendiri di luar negara dan sebagaimana kamu melemparkan fitnah terhadap pemimpin-pemimpin BN. Begitulah yang dirasai oleh mereka-mereka seperti mana yang kamu rasa sekarang.

Kamu jangan kelentong wahai anwar. Kami tahu apa yang kamu buat dan janjikan untuk mencapai misi kamu 16 sept. Semua orang kamu janjikan untuk memberi jawatan Timb Perdana Menteri, Menteri dan Timb Menteri asalkan orang itu boleh membantu kamu mencapai misi kamu. Hatta, pondan di Lorong Hj.Taib pun kamu sanggup berjanji memberi jawatan Menteri sekiranya mereka juga membantu kamu mencapai misi 16 sept.

Satu soalan kepada pembaca untuk direnungkan bersama: -

Jika anwar ibrahim tidak mempunyai hubungan rapat dengan AS ,kenapa beliau terus melatah dan menafikan dengan begitu cepat apa yang dikatakan oleh Datuk Anifah Aman di AS ??? Renung- renungkan !!!

Sekali lagi Tahniah diucapkan kepada Datuk Anifah Aman kerana telah berjaya memulihkan sedikit sebanyak imej negara yang telah dicalarkan oleh pengkhinat bangsa di luar negara.

Inilah wajah sebenar dan ciri-ciri Menteri yang diperlukan oleh negara kita dalam menghadapi cabaran getir yang bakal mendatang.

Oleh yang demikian saya mohon pembaca-pembaca yang budiman sekalian agar meninggalkan komen-komen anda di ruangan ini sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada Datuk Anifah Aman.





Remarks With Malaysian Foreign Minister Y.B. Datuk Anifah bin Haji Aman After Their Meeting

SECRETARY CLINTON: Good afternoon. I want to thank Foreign Minister Anifah for being here today. He has traveled a far distance from Malaysia to participate in meetings both here at the State Department and at the United States Senate. And President Obama and I look forward to working with the new Malaysian Government, and we see many opportunities for engagement between our two countries.


I am especially delighted because I think that the role that Malaysia is playing and can play, regionally and even globally, on a number of important issues is significant, and therefore we want to broaden and deepen our strategic cooperation.


Before providing a readout of our meeting, however, I wanted to speak to the case of Aung San Suu Kyi. I am deeply troubled by the Burmese Government’s decision to charge Aung San Suu Kyi for a baseless crime. It comes just before the six-year anniversary of her house arrest, and it is not in keeping with the rule of law, the ASEAN charter, or efforts to promote national reconciliation and progress in Burma.


We oppose the regime’s efforts to use this incident as a pretext to place further unjustified restrictions on her, and therefore we call on the Burmese authorities to release her immediately and unconditionally, along with her doctor and the more than 2,100 political prisoners currently being held.


I have a great admiration for Aung San Suu Kyi, for her sacrifices and her love of her country. There are certainly political differences that exist in any society. The minister and I understand that. But we all should be striving to enhance the rule of law. And the ASEAN charter, which the minister and I spoke about in our meeting, sets a very clear direction for all the countries in the region to be headed.


The minister and I concluded a very productive meeting. We discussed a number of issues that matter to the people of Malaysia and the United States, including strengthening regional institutions like ASEAN, combating piracy and terrorism, finding solutions to the global financial crisis, dealing with refugee flows, and so much else. Malaysia is our strong and steady partner on these and other issues. And I want to also welcome the minister’s wife, who is here with us today.


Malaysia’s efforts to combat piracy in the Gulf of Aden are very effective. Malaysia has had military vessels deployed there since last fall. They have a lot of experience and expertise in combating piracy. And we’re very pleased that Malaysia will be hosting a meeting on piracy in about a week and that Malaysia will attend the meeting of the Contact Group for Piracy off the Coast of Somalia. We look forward to Malaysia’s membership in this important body and to benefitting from their advice and counsel.


I reiterated to the foreign minister that the United States is solidly committed under the Obama Administration to strengthening our relationship with Southeast Asia. As you know, I visited the region on my first trip overseas as Secretary of State. I will return this summer for the ASEAN Post-Ministerial Conference and the ASEAN Regional Forum meetings.


Malaysia is the United States’ 16th largest trading partner, and we are Malaysia’s largest. The United States appreciates this strong trade and economic relationship which has created tens of thousands of jobs in Malaysia and the United States, and we do look forward to closer cooperation.


I also told the minister that we will reach out to his government for lessons learned in the Malaysian financial crisis of about 15 years or so ago. We all have to learn from each other as we work through this global economic recession.


And I especially look forward to working on regional and international issues of common concern, such as trafficking in persons and the humane treatment of refugees and stateless persons.


You know, from U.S. Peace Corps volunteers in Malaysia in the 1960s and ‘70s, to the large number of Malaysian students currently studying in the United States, we have a long history of people-to-people ties. So I’m not only here on behalf of our government, Minister Anifah, I am here on behalf of the people of the United States who wish to strengthen these ties for the future.


So, again, welcome.


FOREIGN MINISTER ANIFAH: Thank you. Thank you very much, Secretary Clinton, for welcoming me to the State Department. It is my first visit to Washington, D.C., and I am indeed delighted to be here, and also happy to be calling you in your capacity as the Secretary of State.


And Malaysia and the U.S. has enjoyed excellent relations, covering practically in all areas, including trade and investment, security and defense, and also education and many more areas. And we – our – my visit here today is to hopefully to bring this relation to a higher level. And we believe that there’s ample room, as Her Excellency has been saying, the issues they will discuss, including piracy.


And also, we are also very concerned as to what’s happening in Burma, in Myanmar, and we hope to use the ASEAN Forum to put forward and to – also to discuss further, and if it’s necessary, upon my arrival in Malaysia I will immediately contact the secretary general of ASEAN if it is possible to have a meeting immediately to address the issues which is also of concern to ASEAN members.


And also, Excellency, we are looking forward to your visit in July for the ASEAN Regional Forum in which I think it will be very, very useful and helpful for us to work further in our relationship and therefore the – what have considered that the relationship between United States and Malaysia as mature, friendly.


And also, as I said earlier, we want to bring a new level in this new Administration which we hope that we can positively contribute through our experiences in the financial crisis and also our experiences in tackling piracy in the Straits of Malacca, and I would be very pleased to send our delegates to the Contact Group meeting which will be held very soon. And we appreciate all the efforts that have been made together and I feel that Malaysia could contribute effectively towards that causes and common causes with United States and also Malaysia.


Thank you.


SECRETARY CLINTON: Thank you, sir.


MR. KELLY: The first question, Mr. Carmichael from AFP.


QUESTION: A quick follow-up first for both of you on the case in Myanmar, or Burma. The Amnesty International says that the only way to really put pressure on the regime is for ASEAN members and China and Japan to act, but so far there’s been no reaction, no strong reaction, from either of these countries.


And the other question is on Sri Lanka. Beyond the increasingly tough U.S. and high-level rhetoric, what concrete measures are you planning to take? The IMF is considering a $2 billion loan, and the British have proposed investigating the possibility of war crimes.


SECRETARY CLINTON: Well, first, with respect to Burma, we are reaching out to our ASEAN partners like Malaysia. I hope to be speaking myself to the secretary general. We think that this does rise to the level of the kind of regional statements of concern that we would ask for.


We will also raise this with our other – other nations like China and see if we can’t, on a humanitarian basis, seek relief for Aung San Suu Kyi from this latest effort to intimidate and perhaps even incarcerate her.


With respect to Sri Lanka, we have been very clear in our statements, the most recent one by the President, that we have called for a humanitarian cessation of the hostilities and humanitarian relief to be provided to the perhaps as many as 50,000 people – we don’t have exact numbers – who are trapped in the fighting. We’ve called on both sides to cease their hostilities, and we’ve asked that both sides permit humanitarian relief to be delivered, and at the very least, a high-level humanitarian mission to make an assessment of what relief is necessary.


Obviously, this is a very troubling humanitarian crisis, and we have been focused on it and trying to convince both sides to cease their hostilities.


We have also raised questions about the IMF loan. At this time, we think that it is not an appropriate time to consider that until there is a resolution of this conflict. And that’s what we’re focused on trying to help bring about.


FOREIGN MINISTER ANIFAH: Thank you. And as I said earlier, you know, it is – I just got a report early this morning of what’s happening in Myanmar. And therefore, this is why we use a process of engagement, and we do not want to leave Myanmar in isolation. And we will use the good office of the ASEAN Secretariat to immediately engage in and to finding solutions to this matter, and if it is possible, this – the ASEAN+3, which includes China – we would also be, if it’s necessary to engage in, to seek their views and assistance in trying to solve the problem.


And insofar as Sri Lanka is concerned, I will be attending a (inaudible) meeting in London, where we’re going to discuss the issues on Fiji, and also to possibly include Sri Lanka issues. And I think it will be very, very useful and helpful in trying to see and assess the situations and to find solutions to what is happening there. Thank you.


MR. KELLY: Next question from this lady, (inaudible) in Malaysia.


QUESTION: Madame Secretary, Foreign Minister, with the new leadership in Malaysia and the U.S., what can be – what changes can be expected in bilateral relations?


SECRETARY CLINTON: Well, we are going to start a consultative process of engagement to determine how we can move our relationship forward. We think there are many opportunities for us to cooperate on regional and international problems more closely. We also think we have things to learn from Malaysia, for example, how they handled the economic crisis. The minister offered assistance in Afghanistan and Pakistan, if the U.S. can work with Malaysia to figure out how best to deliver that.


We are both concerned about refugees fleeing from Burma and other displaced persons. We need a system to work with that. We want to do more on preventing the trafficking of persons through Malaysia, or to or from Malaysia. Education exchanges, scientific and technical exchanges, greater trade opportunities. I think that there’s a very long list of an agenda that can be comprehensive that we are going to be looking to build up and then act upon with Malaysia.


FOREIGN MINISTER ANIFAH: As Secretary Clinton was saying, we have covered quite a wide range of subjects where Malaysia can also assist and through our experiences, especially in the financial crisis and also the piracy. And as I’ve informed just now, that we will be having international conference on piracy on the 18th of this month where 46 international speakers will be involved, including from the United States. And we feel that it is very, very important, and we place this high priority in order to solve the piracy in the Gulf of Aden, because it affects – it does affect the economy of the region and maybe the whole world.


And therefore, we want to share our experiences that we have gone through in the Straits of Malacca, as I said earlier. And there are instances whereby we have to seek the U.S. assistance in providing some assistance to Pakistan and Taliban in capacity building, especially our expertise in Islamic banking, and also to offer places of educations to Malaysia. And I think with the assistance from the United States and the cooperations that we have together, I think we’ll be able to contribute effectively towards this cause.


MR. KELLY: The next question, Mr. Mohammed from Reuters.


QUESTION: Secretary Clinton, just a quick one on North Korea. North Korea today said that it plans to try the two American journalists who have been held since March on June 4th. Any comment on that? And Ambassador Bosworth, before leaving Tokyo, said to the press that he thought everybody, meaning the other five, was quite relaxed or fairly relaxed with where the process is right now. I was a little surprised by that statement. It was almost as if you aren’t looking to find ways to entice the North Koreans back to the table.


And then one on Malaysia.


SECRETARY CLINTON: I can’t keep track of all these questions. (Laughter.)


QUESTION: You can do it. Opposition leader – or opposition figure Anwar Ibrahim faces charges again, and I believe a trial later this summer, on charges that the State Department itself in the annual human rights report said are politically motivated. Did you raise his case specifically in your meeting today?


And, Mr. Minister, if you would care to comment on that case and specifically on the American position that the charges against Mr. Ibrahim are politically motivated.


SECRETARY CLINTON: Well, with respect to the latter question, we raised rule of law issues and the larger questions concerning the institutional reforms that Malaysia has been pursuing. We’re on record as to our opinion as to that particular case, and I think that speaks for itself.


With respect to North Korea, actually, the trial date being set we view as a welcome timeframe. We believe that the charges are baseless and should not have been brought and that these two young women should be released immediately. But the fact that they are now going to have some process we believe is a signal that there can be, and I hope will be, a resolution as soon as possible.


I met with Ambassador Bosworth upon his return from the region. I think what he was conveying is the consensus among the five parties – Russia, China, Japan, South Korea and ourselves – that North Korea knows what we expect of them. There was a process that they agreed to with obligations they were committed to fulfilling. We intend to continue with the Six-Party process. We are all in agreement on that. And I think that, in and of itself, is quite an accomplishment because, obviously, each of these countries has a different experience and perspective of North Korea. But we are united in our belief that we have to be patient. We have to be very clear as to what our expectations regarding North Korea are. And we intend to have an open door for a return to the Six-Party Talks. And China, which is the chair, has made it clear as well to the North Koreans that they wish to see this begin again.


So we are – the ball is in the North Korean court. And we are not concerned about chasing after North Korea, about offering concessions to North Korea. They know what their obligations are. They know what the process is. And we are all urging that they return and begin once again to act with us to move the agenda forward.


FOREIGN MINISTER ANIFAH: I’d like to address the comment on Anwar Ibrahim. You know, we have utmost faith in our judicial system. And recently, as late as a few days ago, the court has declared that the chief minister of a particular state which comes from the opposition as election of a chief minister which is a rulings against the government. And insofar as Anwar Ibrahim is concerned, (inaudible) he – we know him very, very well. And he has – more or less, what he has said, especially overseas, most of the things are untrue; for example, like the involvement of our honorable prime minister and the murder of a Mongolian citizen. And he has repeatedly said before the elections that he will provide evidence and yet, until today, he has not given anything.


And also just for the information of the audience here that, you know, he also said that he will form a government on 16 September and he has changed the dates many time. And he was trying to entice the members of parliament. And I was personally offered to jump into the oppositions and offered a very lucrative position, and also to be told it’s like a deputy prime minister. And these are not known to the world at large. And he has started, you know, trying to buy into other, you know, legislative members. And I think what he is doing – he has not accepted the result of what – the last elections. And we have lost five states and we willingly and accept the people’s verdict. And all the time we leave it to the people to decide, and which, on the other hand has not been able to accept.


And it’s also my concern and that of our government that it is what he has been doing overseas to tarnish the image of Malaysia, which impinge trade and indirectly and directly, you know, bring hardship to the people of Malaysia, which he said he’s very, very concerned about. And therefore, it is our wish and hope that he will respect the democratic system in Malaysia, which is very open and which, I think, we have conformed to the wish of the people. And we have repeatedly told him that if he believes that he is the rightful prime minister, or his party has been sidetracked, then it is – wait for the next election. And he has continuously gave wrong impressions and accused all the government officials of being corrupted, which is part and parcel of the system (inaudible). And the people have rejected him in Malaysia, and is a proof that he has not been able to accept.


Thank you.


MR. KELLY: The last question goes to (inaudible) news.


QUESTION: Thank you. Hello, Madame Secretary and Dr. Anifah. Malaysia has a strong presence in the Organization of Islamic Conference. And I’m just wondering what role Malaysia can play in improving U.S. relations with Islamic countries.


SECRETARY CLINTON: That’s an excellent question. And we intend to engage with the Organization of Islamic Countries.[1] I think it’s clear from President Obama’s early months in office that the Obama Administration is reaching out to the Islamic world. Obviously, there’s a lot of diversity, and we understand that and accept and respect it. But we do want to work through organizations such as the OIC, and so we intend to do so, and both on a bilateral basis and then multilateral.


We would very much like to have the advice and the assistance of countries like Malaysia in how we can work more effectively with nations around the world. We’re interested in doing that with all nations. It’s not based on any kind of ethnic or religious or racial or any other characteristic. We won’t agree with everyone; no nation does. But we want to try to find as many areas of agreement as possible and narrow the areas of disagreement.


And where we have the opportunity, as I think we do through the OIC, we will be seeking out partners like Malaysia to guide and counsel us in the best way to make it clear that the United States wishes all countries well. We care deeply about building a world of peace and security, of prosperity. We would like to see the entire world improving and having the chance for many, many millions more people to live under democratically elected governments, to live under the rule of law, to have a chance to see their children fulfill their God-given potential. That is what the United States wants to promote. And we are looking for ways to make that clear and to have our values understood, to defend our interests and our security where we must, especially against extremism who threaten all countries and all faiths. So we think that there is a lot of opportunity ahead of us.


Thank you. Thank you all very much.


FOREIGN MINISTER ANIFAH: Thank you.

Source: US State Department

Isnin, 18 Mei 2009

HUKUM MENCEGAH KEMUNGKARAN POLITIK

0



Kita mengharap Allah memberikan petunjuk-Nya yang terbaik untuk menjalani hidup selaras dengan ajaran Islam. Sesungguhnya kejahatan yang perlu diubah oleh seorang Muslim, mengikut keupayaannya seperti dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w. Ia termasuk semua jenis kemungkaran dan kezaliman yang berlaku dalam masyarakat termasuk politik.

Orang Islam diseru untuk bersungguh-sungguh mencegah kejahatan dan kemungkaran dalam batas yang ditentukan oleh syariah. Malah al-Quran dan hadis dengan jelas mengutuk dan mengecam orang yang membiarkan kejahatan dan kemungkaran berlaku. Kecaman itu ditujukan kepada semua baik pemerintah atau rakyat jelata. Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 78-79:

“Telah dikutuk orang kafir di antara Bani Israel di atas lidah Daud dan Isa anak Maryam. Demikian disebabkan mereka derhaka dan berbuat aniaya (melampaui batas). Mereka tiada melarang sesuatu kemungkaran yang mereka perbuatkan. Sesungguhnya amat jahat apa yang mereka perbuatkan.”

Rasulullah bersabda: Sesiapa dikalangan kamu melihat kejahatan harus merubahnya dengan tangannya; jika ia tidak berupaya berbuat demikian, dia harus merubahnya dengan lidahnya, dan jika ia tidak berupaya juga maka merubahnya dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman.






Maka amatlah salah untuk merujuk kejahatan itu hanya kepada perkara-perkara seperti zina dan arak semata-mata.

Seorang raja yang memalukan rakyatnya adalah satu kejahatan; penipuan dalam pilihanraya juga satu kejahatan; tidak mengundi juga satu kejahatan keras kerana ia membiarkan kuasa diberikan kepada orang yang tidak layak memegang tanggungjawab awam. Selain itu, kejahatan juga merangkumi penyalahgunaan wang awam; monopoli barang-barang yang diperlukan oleh rakyat; menangkap tanpa bukti yang sah; menyeksa tahanan dalam penjara; memberi dan mengambil rasuah; menyembah raja; menjadikan musuh orang Islam sebagai kawan dan sebagainya. Justeru, maksud kejahatan itu merangkumi banyak perkara yang dianggap enteng dalam politik.






Seorang Muslim yang ikhlas mencari keredhaan Allah tidak patut berdiam diri terhadap kemungkaran yang berlaku tetapi harus bertindak merubahnya. Sekiranya sikap negatif ini menular dalam masyarakat Islam, maka mereka tidak dapat menanggung tanggungjawab menjaga keamanan dunia. Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 110:

“Kamu adalah sebaik-baik ummat, yang dilahirkan bagi menusia supaya kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran, serta beriman kepada Allah. Kalau berimanlah ahli kitab, nescaya lebih baik bagi mereka beriman dan setengah daripada mereka fasik.”

Orang yang beriman tidak akan membiarkan apa jenis kejahatan samada kejahatan politik, ekonomi, intelektual, sosial dan sebagainya. Mereka mesti berusaha sedaya upaya membanteras kejahatan.

Bagamanapun, mungkin usaha secara individu tidak berupaya merubah kejahatan, terutamanya jika ia wujud dalam keadaan yang dahsyat dan dilakukan oleh orang yang sepatutnya mencegahnya. Maka, menyatukan usaha-usaha mencegah kejahatan dengan apa saja cara sah di sisi undang-undang, adalah satu kewajipan agama oleh parti-parti politik dan organisasi yang diinginkan perubahan. Kerjasama ini amat perlu dan murni untuk kebaikan rakyat.

Jumaat, 15 Mei 2009

Politik wang mulai menular dalam PAS

0


Lidah UlamaIsyarat Penting Mengenai Rasuah Dalam Pas MUNGKIN kalau bukan Ketua Dewan Ulama yang menimbul perkara ini saya tidak berhajat untuk mengulasnya. Perkara ini adalah sangat sensitif dan memberi kesan buruk kepada Pas. Tetapi kerana Muhamed Daud Iraqi sudah memulakannnya maka elok juga kalau saya turut memblogkan perkara ini setidak-tidaknya sebagai rekod.Perkara yang dimaksudkan itu ialah mengenai rasuah dalam politik Pas.

Kononnya sudah berlaku politik wang dalam Pas untuk tujuan mendapatkan kuasa dan kedudukan dalam parti itu menjelang muktamar Jun depan. Muhamed Iraq mendedahkan perkara ini semasa merasmi mesyuarat Dewan Ulama Pas Kelantan di Machang kelmarin.

Menurutnya sudah ada fenomena rasuah dengan memberi hadiah berupa baju dan menjamu makan kepada perwakilan. Dalam nada bergurau tetapi penuh bermakna katanya, kalau sudah diberi baju dan dijamu makan maka senanglah perwakilan membuat pengundi. Apa yang beliau ingin analogikan manusia kalau sudah perut kenyang senanglah untuk dicucuk hidungnya dan ditarik ke mana saja yang disukai! Dalam kes ini bukan soal kita ingin mencari jawapan kepada perkara itu apakah benar atau tidak!

Itu tidak perlu dipersoalkan. Atas kapasitinya ketua dewan ulama, tentu Muhamed Iraq tidak berbohong mengenai hal itu. Sebagai seorang yang arif dengan hukum beliau tentu tahu apakah hukum membuat fitnah.Saya yakin beliau diberikan maklumat dan laporan tepat mengenai kejadian. Boleh jadi juga pemberian baju sebagai hadiah dan acara jamuan itu berlaku di kawasannya sendiri, di Kubang Kerian.Saya yakin seratus peratus Muhamed Iraq ada bukti mengenai perkara itu. Kalau tidak masakan beliau berani menuturkan hal itu. Tok Guru Nik Aziz sendiri rasanya tidak berani kerana beliau mempunyai perhitungan politik yang jauh ke depan berbanding dengan Mat Iraq yang lebih tulus.

Di sini saya ingin kemaskan sedikit pandangan Mat Iraq itu dengan dua kejadian yang dilaporkan berlaku pada sepanjang muktamar Pas kawasan baru-baru ini. Kedua-dua kejadian ini kalau ditilik dan dihalusi ia berunsur rasuah.Pertama, saya ada mendengar ada beberapa kawasan Pas telah dihulurkan wang sebanyak RM5,000. Tujuan wang itu diberi ialah kononnya untuk membantu Pas kawasan berkenaan. Pemberian itu ada syaratnya. Pas kawasan yang menerima wang itu hendaklah memanggil si pemberi wang itu merasmikan mesyuarat Pas kawasan berkenaan. Atau pun Pas kawasan berkenaan kena mencalonkan orang berkenaan untuk jawatan-jawatan tertentu. Permintaan agar pemberi wang itu dicalonkan tidak dibuat secara terang-terang, tetapi secara simbolik dan saling memahami antara pemberi dengan pihak yang menerima.Kejadian atau tutur mengenai perkara ini kerap berlaku di sebuah negeri di sebelah Selatan sana dan juga negeri-negeri di mana Pas miskin.

Kejadian ini katanya sudah menjadi buah mulut sampai ke peringkat pemimpin Pas. Bagaimana pun Pas tidak memberi reaksi serius kepada masalah ini kerana ingin melindungi Pas dari ditohmah sebagai turut sama mengamalkan rasuah. Tetapi amalan demikian sudah sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Pas.Kedua, semasa muktamar kawasan baru-baru ini ada orang-orang tertentu menggunakan kedudukan dan kuasanya untuk menggugut ketua-ketua cawangan atau para perwakilan. Bentuk ugutan ialah sekiranya mereka tidak mengundi calon tertentu kemudahan yang parti anugerahkan akan ditarik balik.Salah satu anugerah kepada ahli ialah saham skim Ladang Rakyat. Mereka yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa terhadap Ladang Rakyat ialah kepimpiann Pas peringkat kawasan dan juga wakil rakyat.

Pemimpin yang bertanding jawatan tertentu inilah telah menjadikan kemudahan itu sebagai bahan ugutan untuk mendapatkan jawatan.Kerana ugutan ini menyebabkan perwakilan atau ketua-ketua cawangan yang mula mempunyai pilihan lain terpaksa terus mengundi orang tertentu itu kerana bimbang takut kehilangan kemudahan mendapat saham Ladang Rakyat yang berjumlah kira-kira RM250 sebulan itu.Berdasarkan kepada dua kejadian itu maka jelas elemen rasuah semasa semasa pemilihan pemimpin peringkat kawasan ini seperti mana disebut Mohamed Iraq itu benar-benar berlaku.

Pendeknya gejala rasuah ini benar-benar berlaku cuma ia tidak diketengahkan lagi. Mereka yang melakukannya ialah mereka yang mempunyai sumber kewangan yang banyak dan ada kuasa untuk mendapatkan wang panas. Gejala ini sungguh bahaya dan wajar disekat segera. Jangan sesekali bertunas dalam Pas.Jadi pada saya apa yang didedahkan Mat Iraq itu ialah sebagai amaran agar Pas tidak bermain wang dalam menentukan kedudukan seseorang. Tujuan Mat Iraq dedahkan itu baik untuk menyelamatkan Pas dan demi menjaga maruah Pas sebagai parti Islam.

Justeru tidak timbul desakan supaya Mat Iraq perlu membuat laporan rasmi berhubung dakwaan itu. Desakan itu saya kira makin membuka pekong Pas yang kini sudah mula 'terkebek; itu.Laporan rasmi seperti mana yang diminta itu akan merosakkan Pas sahaja. Ingatlah sekiranya satu kes sahaja terbukti wujud politik wang dalam Pas ia akan memberi natijah buruk kepada Pas. Rakyat akan membuat tanggapan Pas sama saja dengan Umno. Cuma, kepada mereka yang termakan lada atau sengaja makan lada rasuah tentulah merasa pedas. Apa yang Mat Iraq mungkin harapkan kepada pemakan lada itu hendaklah cepat-cepat cari penawar ataupun minum air suam supaya rasa pedas lekas hilang dan jangan berdesis-desis menjeler lidah ke sana ke mari kerana tak tahan pedas. (sumber;http://msomelayu.blogspot.com/2009/05/lidah-ulama.html)

Rabu, 13 Mei 2009

SELANGOR DI BAWAH KHALID GAGAP SERABAI

0


Sepanjang setahun pemerintahan Kerajaan Pembangkang di Selangor, Khalid Ibrahim lebih gemar untuk mendengar cakap Ronnie Liu, Teresa Kok dan Xavier Jayakumar. Ronnie Liu Tian Khiew merupakan EXCO memegang potfolio Kerajaan Tempatan serta potfolio Kajian dan Penyelidikan. Potfolio Kerajaan Tempatan merupakan potfolio yang meliputi bidang kuasa menentukan perkara-perkara berkaitan binaan bangunan dan pelesenan premis berniaga. Dengan kuasa yang ada Ronnie Liu banyak bertindak mengutamakan orang-orang / peniaga Cina. Justeru itu banyak tindakan penguatkuasaan undang-undang Kerajaan Tempatan terhadap peniaga restoran dan lain-lain aktiviti perniagaan Cina tidak dapat dibuat dengan berkesan. Ini kerana tindakan-tindakan PBT sering dihalang / diganggu oleh beliau.

Umpamanya kesalahan premis perniagaan yang melanggar syarat binaan tambahan, meletakkan kerusi meja di tempat parking dihadapan restoran tidak dapat diambil tindakan penguatkuasaan oleh PBT. Atas arahan Ronnie Liu keputusan penguatkuasaan ditangguhkan sehingga bulan Jun 2009. Kesalahan yang dinyatakan merupakan kesalahan nyata yang sering diadukan oleh orang ramai yang tidak berpuas hati dengan gangguan-gangguan yang wujud dari binaan dan tindakan tersebut. MB yang turut menerima aduan berkaitan hanya menyerah bulat-bulat perkara ini kepada Ronnie Liu.

Teresa Kok Suh Sim pula merupakan EXCO potfolio Pelaburan serta Perindustrian dan Perdagangan. Namun begitu peranan beliau melangkaui batasan, kerana berupaya mempengaruhi MB dari aspek menetapkan kadar cukai di Selangor. Dalam kes terbaru daerah Gombak berhadapan dengan risiko kehilangan hasil tanah sebanyak lebih kurang 56 juta dalam tahun ini (2009) sekiranya cadangan Teresa Kok agar cukai tanah dikawasan perbandaran daerah Gombak disamakan dengan cukai Perbandaran Klang. Kadar ini dibuat berdasarkan nilai tinggi tanah di daerah Gombak yang terletak di pinggir Bandaraya Kuala Lumpur.




Semasa pemerintahan BN dahulu, wakil ADUN BN Rawang (Tan See Hang) pernah membuat kertas cadangan menurunkan cukai tanah di Perbandaran Gombak, khususnya di kawasan Pekan Rawang, Selayang Baru, Kundang dan Batu Arang. Usaha ini dibuat oleh Tan See Hang atas tujuan kepentingan orang Cina yang menjadi penghuni teramai di kawasan tersebut. Namun begitu perkara ini tidak sempat dilaksanakan kerana kekalahan BN dalam PIRU Ke 12 yang lalu. Di bawah Kerajaan Selangor sekarang Teresa Kok telah mendesak supaya ianya dilaksanakan dan ianya dituruti oleh MB.

Situasi ini tidak disenangi oleh pihak Pentadbir Tanah dan Daerah Gombak yang melihat nilai tanah semasa di kawasan terlibat adalah tinggi dan cukainya juga mestilah tinggi seperti yang dikutip selama ini. Isu ini dilihat oleh Pentadbir Tanah dan Daerah yang 90% terdiri daripada orang Melayu sebagai kelemahan MB dalam berdepan dengan tuntutan dan asakan orang Cina yang kian menguasai politik Selangor. Ekoran rasa tidak puas hati itu Pentadbir Tanah dan Daerah Gombak dalam masa terdekat akan membuat kertas cadangan balas untuk mengekalkan kadar cukai tanah semasa sedia ada dan membatalkan pelaksanaan cadangan Teresa Kok tersebut.

EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang serta Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin iaitu Xavier Jayakumar a/l Arulanandan pula dilihat lebih mementingkan orang India berbanding bangsa lain. Melalui beliau pelaksanaan tindakan terhadap kuil haram tidak boleh dibuat oleh PBT kerana ditegah oleh beliau. Paduan Xavier dan Ronnie Liu tindakan terhadap kuil dan tokong haram dan lain-lain rumah ibadat haram bukan Islam tidak dapat dilaksanakan. Pihak PBT yang bertegas untuk bertindak terhadap rumah ibadat haram bukan Islam atau yang membuat tambahan bangunan secara haram akan dimarahi oleh beliau (Xavier) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam. Keadaan ini telah melemahkan semangat pegawai PBT yang majoritinya atau 85% terdiri daripada orang Melayu / Islam untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan seperti yang sewajarnya. Perkara tidak puas hati ini telah disampaikan kepada MB, tetapi tiada sebarang perubahan yang berlaku. Xavier dan Ronnie Liu masih bertaring memarahi dan memperlekehkan pegawai PBT yang ingin bertindak terhadap rumah ibadat haram bukan Islam.

Berkait dengan rumah PPRT (Penempatan Perumahan Rakyat Termiskin) pula Xavier dilihat lebih mengutamakan masyarakat India dari masyarakat bangsa lain. Dalam kes-kes yang berlaku di daerah Gombak, Petaling, Hulu Langat, Klang dan Kuala Langat, orang India yang telah sedia ada rumah turut diberi rumah penempatan PPRT. Manakala terdapat orang-orang Melayu miskin yang tidak berumah dan menyewa, tidak diberikan tempat dibawah Skim PPRT. Dalam hal ini Pejabat Daerah terlibat tidak dapat berbuat apa-apa kerana kuasa muktamad adalah dibawah bidang kuasa EXCO yang berkenaan. EXCO ini pandai memberi alasan sehingga ianya diterima dan dituruti oleh pihak MB.

Berdasarkan pemerhatian dan komen daripada banyak pihak, ramai mengatakan MB sekarang tunduk dengan tuntutan Ronnie Liu, Teresa Kok dan Xavier atas kepentingan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang buat masa ini kuat didominasikan oleh masyarakat bukan Melayu. Tuntutan mereka ini sering dituruti oleh MB dan kelemahan ini telah dipergunakan sepenuhnya oleh mereka untuk kepentingan kaum Cina dan India. Tindakan ketiga-tiga individu ini pula mendapat sokongan wakil rakyat bukan Melayu lain yang menganggotai Kerajaan Pembangkang Selangor sekarang. Tekanan-tekanan yang mereka berikan kepada MB sekarang, menjadikan masyarakat kaum bukan Melayu semakin “naik tocang” di Selangor.

Seperkara lagi dalam menguatkan pengaruh Kerajaan Pembangkang di Selangor, MB dilihat sedang berusaha menarik pelabur-pelabur dan ahli korporat Cina dan bukan Melayu untuk melabur dan melaksanakan usahasama dengan anak syarikat Kerajaan Negeri. Justeru itu hampir setiap minggu terdapat ramai ahli korporat-korporat
bukan Melayu dan Cina bertandang ke Bangunan SUK Selangor.

Manakala dalam urusan harian di Pejabat SUK pula, dominasi kaum bukan Melayu semakin terserlah dimana semakin ramai mereka berkunjung dan berurusan di Bangunan SUK. Sementara kaum Melayu pula semakin berkurangan mengunjungi Bangunan SUK Selangor. Dalam kata lainnya kaum bukan Melayu sekarang menggunakan sepenuhnya ruang yang ada untuk kepentingan kaum mereka.

Situasi kebanjiran ahli korporat bukan Melayu dan pelanggan / orang ramai bukan Melayu mengunjungi Bangunan SUK Selangor adalah merupakan satu fenomena baru yang berlaku di SUK Selangor. Kalau di zaman pemerintahan BN dahulu kehadiran mereka tidaklah semeriah sekarang, dimana setiap hari akan kelihatan ramai pelanggan bangsa Melayu mengunjungi Bangunan SUK Selangor dengan pelbagai urusan. Budaya baru ini amat mengecewakan kerana lebih kurang 98% petugas di Bangunan SUK Selangor adalah terdiri daripada bangsa Melayu. Keadaan ini dilihat akan berterusan dan akan merugikan bangsa Melayu dalam jangkamasa panjang.

Selasa, 12 Mei 2009

Cerita tentang Negeri Perak dan Orang-Orang Besarnya…

0


Semalam Mahkamah telah menetapkan bahawa YAB Nizar kekal sebagai MB setelah perlucutan beliau telah berlaku tidak menurut aturan. Kami faham dan perlu akur dengan keputusan tersebut sebagai menghormati institusi kehakiman negara. Moga kejadian kekalutan ini tidak berterusan dan hanya membawa kehancuran dan kerugian kepada rakyat Perak. Kekalutan-kelutan ini juga memberi ruang kepada kaum kafirun untuk terus menindas umat islam di Perak. Wahai para pemimpin Islam, bersatulah demi menjaga kepentingan saudara-saudara keagamamu. Marilah bersama-sama membaca cerita suci dari Al Quran ini:-

Al An'aam

Ayat [122]: Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat).

Ayat [123]: Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya.

Ayat [124]: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu keterangan, mereka berkata: "Kami tidak akan beriman sehingga kami juga diberi (wahyu) sama seperti yang telah diberikan kepada pesuruh-pesuruh Allah". Allah lebih mengetahui di mana (dan kepada siapakah yang sepatutnya) Ia berikan jawatan Rasul (dan wahyu) yang diberikanNya itu. Orang-orang yang melakukan perbuatan yang salah itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah, dan azab seksa yang amat berat, disebabkan perbuatan tipu daya yang mereka lakukan.

Ayat [125]: Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

Ayat [126]: Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf.

Ayat [127]: Bagi merekalah Syurga Darus-Salaam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan Dia lah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan.





Ayat [128]: Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia". Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: "Wahai Tuhan kami, sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (Syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami". (Allah berfirman): "Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah". Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

Ayat [129]: Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu kawan rapat dengan sebahagian yang lain, disebabkan apa yang mereka telah usahakan (dari perbuatan-perbuatan kufur dan maksiat itu).

-Penjaga Ketuanan Melayu-




Pilihanraya Negeri akan dibuat di Perak?

Tahniah PAS. Kemenangan Datuk Seri Nizar sebagai MB Perak hasil daripada keputusan mahkamah semalam tidak membuktikan bahawa rakyat Perak menginginkan kepimpinan PAS secara menyeluruh. PAS mempunyai bilangan ADUN yang paling sedikit jika dibandingkan dengan DAP dan PKR selepas PRU12.

Kini setelah mendapatkan kedudukan sebagai MB Pakatan Rakyat yang baru, Nizar sedar bahawa dia tidak akan kekal dalam jawatannya itu memandangkan bilangan ADUN-ADUN mereka tidak lagi menjadi majoriti dalam pentadbiran kerajaan negeri. Sebelum sidang DUN PR yang pertama dibuat lagi, sudah kedengaran usul undi tidak percaya kepada MB PAS itu. Begitu juga dengan pengumuman rasmi PM tentang rayuan mahkamah yang bakal dibuat.

Bagi mengelakkan hal itu, Pakatan Rakyat bertindak awal mencadangkan pembubaran DUN supaya BN tidak boleh merampas kembali Perak secara mudah. Hari ini Nizar akan menghadap Raja Dr. Nazrin pada 8.30 pagi bagi memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak sekaligus memberi laluan kepada pilihanraya negeri diadakan. Kini terpulanglah kepada baginda sultan samada untuk membubarkan DUN ataupun sebaliknya.

Ini adalah cara Nizar yang yakin bahawa mereka boleh memenangi kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri di Perak yang dijangka akan dibuat nanti sekiranya diperkenankan sultan. Laungan bubarkan DUN pasti tidak menjadi satu desakan lagi. UMNO Perak kena bersiap sedia daripada awal sekarang.

-Rajahmas-





EJAKULASI AWAL PAKATAN PEMBANGKANG DI PERAK..!

Pakatan Pembangkang di Perak yang diketuai oleh Nizar semalam telah diputuskan mahkamah sebagai sebuah kerajaan negeri yang sah.

Akibat keseronokan yang melampau yang berada ditahap maksima, mereka lantas mengalami ejakulasi awal dalam membuat beberapa keputusan yang drastik seperti di sini dan di sini.

Seperti yang kita maklum, ejakulasi awal bermakna kekuatan sebenar tidak mencapai tahap yang diiingini. Akibatnya, pakatan pembangkang akan mengalami permasalahan lembik lutut akibat keputusan mahkamah hari ini yang menangguhkan pengisytiharaan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

DES : Sila layari Harakahdaily yang banyak memaparkan ubat tahan lama, ubat lambat pancut, ubat kebahagiaan rumah tangga dan lain-lain lagi!

-Desperado-