
KOTA BHARU 28 April – Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan, tulisan beliau dalam blognya mengenai kerajaan perpaduan hanya untuk menyerang para pembantu bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ini kerana kata beliau, pembantu-pembantu itu memberikan gambaran salah kepada bapanya yang juga Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan untuk melagakan-lagakan kepimpinan ulama dalam parti itu.
Menurut Nik Abduh, bapanya mempunyai ramai pembantu tetapi apa yang dimaksudkannya ialah di kalangan mereka yang memberi nasihat dalam isu politik.
Nik Abduh menyifatkan pembantu-pembantu politik itu sebagai ‘pejuang nafsu’ yang cuba melaga-lagakan ulama dalam Pas terutama antara bapanya dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Mereka (pembantu politik) mungkin berpuluh-puluh, mereka adalah benar dan betul kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.
“Pekerjaan bodoh hanyalah satu dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Kerja bodoh bukan menolak kerajaan perpaduan, kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud tidak benar, dengan tujuan yang tidak benar di sisi agama.
“Mereka ini pejuang nafsu, saya tidak mahu katakan nafsu politik atau wang tetapi apabila disebut nafsu ia bertentangan dengan agama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisannya mengenai kesediaan Nik Abdul Aziz menerima kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Abdul Hadi dengan syarat Barisan Nasional (BN) memberi jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.
Dalam tulisannya, Nik Abduh menyifatkan para pembantu bapanya memberi gambaran salah tentang situasi berlaku demi meraih keuntungan peribadi sehingga menunjukkan seolah-olah budaya kotor mula menular dalam Pas.
Nik Abduh berkata, bapanya yang mengerjakan umrah telah menelefon dari Mekah dan memintanya memberi penjelasan lanjut berhubung tulisannya itu bagi mengelakkan orang ramai terkeliru.
Katanya, biarpun ramai yang marah malah mengecamnya kerana tulisan tersebut, beliau terpaksa melakukannya kerana bimbang ‘pembantu-pembantu’ terbabit mengancam keutuhan parti tersebut yang dipimpin oleh ulama.
“Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan antara ulama. Inilah kerja bodoh! Saya maksudkan kerja seperti ini dan tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.
“Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua berasa tidak tenteram. Saya menyerang pada puncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya, anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan,” katanya.
Kata beliau, ungkapan perbualannya dengan bapanya mengenai kerajaan perpaduan yang ditulis dalam blog tersebut adalah untuk memberitahu umum jawapan sebenar bapanya mengenai perkara tersebut.-UTUSAN.
----------------------------------------------------------------------------------
hampir 25 minit kami berbual. panggilan yang gap terima daripada seorang pimpinan pas pusat yang pro muzakarah telah menceritakan segalanya.
amukan timbalan ketua pemuda pas kelantan, nik abduh akhirnya terjawap. tuduhan mengenai wazir yang bermain kelong (kayu tiga) dan selama ini telah bejaya merosakkan perhubungan diantara mursidul am nik aziz dan presiden pas akhirnya telah gap ketahui.
kerja wazir (pembantu) ini tidak lain hanyalah menjadi mata dan telinga kepada anwar ibrahim. segala urusan dan hala tuju politik politik pas telah diracun dengan sebegitu halus oleh wazir ini.
nik ajis telah banyak terbabas, adakalanya terpesong dan memesongkan. kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau sejak kebelakangan ini banyak mengundang kontradiksi, kontra daripada perjuangan asal pas.
bicara nik aziz mengenai elizabeth wong jugak mengundang kontroversi. salahnya pada isu 'bersekedudukan' dengan helmy langsung tiada disentuh. kenyataan yang keluar dari mulut beliau hanyalah simpati. persoalan moral,akhlak dan hukum di tolak ketepi. zulkifli nordin dan pimpinan pas negeri selangor membantah berkali-kali, tetapi nik ajis menutup telinganya sendiri.
ramai yang tersentak dengan komen nik ajis ini. KALAU KES ELIZ TERJADI KEPADA UMNO, SUDAH PASTI NIK AJIS TAJI BERTUBI-TUBI.tetapi bila kena kepada rakan sendiri, kita cerita lain kali.. rrrupa-rupanya, dibelakang tabir nik ajis ada seorang penasihat peribadi. tugasnya melaporkan semua yang berlaku kepada anwar attaturki. bila nik ajis berdehem, satu panggilan di beri. "salam tok guru, ente sihat ke." ..kata anwar kepada nik ajisi.
budak tingkat 1 pejabat mb cukup hebat lakonannya. ini belum masuk bisikan-bisikan syaitan merosakkan hubungan nik ajis dan guru hadi. bila mesyuarat bermula, guru hadi membuka cerita. perpaduan melayu dan keselamatan islam harus kita tunjangi. umno sudah calling-calling untuk duduk minum kopi. tak kisah dimana pun, kita harus depani...
tatkala nik ajis mengangguk tanda setuju, wazir tadi sudah menghubungi anwar attaturki.. 'may day may day..nik ajis dan guru hadi mahu selamatkan islam dan politik melayu..ini bahaya kepada masa depan kita nanti." kata wazir sang penghasut kepada anwar attaturki .
' apa, perpaduan'. jerit anwar... 'apa selamatkan islam.' jerit saifudin... tak boleh tak boleh... cina dan india sudah buat jalan untuk kita ke putrajaya. takkan kita nak tarik balik hand brake. ayuh kita jumpa nik ajis, nasihati tok guru tolak ini cadangan muzakarahi.
begitulah game politik sundal wazir tingkat 1 dan anwar. nak tahu lebih jelas, maka perhatikanlah insiden elizabeth wong pakai tudung datang ke kelantan mencuci dosa di kota baharu, yang sebenarnya 'memberi nyawa' kepada anwar dan pkr.
nik abduh sudah tidak tertahan lagi melihatkan ayahanda nya dibodohi berulang-kali. satu pukulan maut telah diberi, BAPAK AKU NIK AJIS DIBODOHKAN OLEH WAZIRNYA SENDIRI !
11 bulan nik abduh memerhatikan perjalanan pas, sudah banyak terbabas dan kerap kali terpesong. dipesongkan oleh 3 jahanam, anwar, saifudin dan wazir di tingkat 1.
maka bergentayangan lah suara-suara membela diri. ada yang kontradiksi menyokong nik abduh tetapi ada juga yang menyokong penuh kenyataan beliau. PAS HARUS KEMBALI KE PERJUANGAN ASAL, BUKANNYA MENURUT KATA ANWAR DAN DAP !
maka diselidiki lah oleh gap siapa gerangan budak tingkat 1 ini. rrupa-rrupanya dia adalah setiausaha politik nik ajis sendiri, namanya khairul anual bakri. rambutnya kerinting badan kurus macam lidi. otaknya ligat memusing fakta demi kepentingan anwarun attatruki.
muslihatnya tidak terperi, surat tahniah kepada petra dikarang sendiri sebagai tanda mencipta persepi. nik ajis menyokong fitnah petra tanpa sebarang bukti.
maka aku gali dan gali...hhaaa bertemu lagi satu bukti sensasi. rrupa-rupanya anual bakri ini pernah bertugas sebagai PTD , BAHAGIAN BELANJAWAN KEMENTERIAN KEWANGAN ! di kala anwarun attaturki menjawat jawatan menteri !
oohh..rupa-rupanya cinta telah lama bersemi, antara anwar dan anual bakri ! patutlah segala rahasia sulit dan selit pas dibocori tanpa pimpinan pas sedari..
aduhai pas, mengapa begitu mudah dipermainkan begini. ayuh sedarlah seluruh penyokong pas, anwar sedang mencipta strategi untuk menghancurkan pas sekali lagi ! CATASTROPHI SUDAH MEJALAR LAJU DALAM PAS , AYUH SELURUH PENYOKONG PAS YANG SINGGULAR DAN PLURAL SELAMATKAN DIRI DARIPADA DILIWATI !





















