Selasa, 31 Mac 2009

SIAPA SEBENARNYA ANTI ISLAM DAN PETUALANG BANGSA!

0



Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda (maksudnya) : Tiga perkara, sesiapa yang ketiga-tiganya itu ada padanya, nescaya ia seorang munafik meskipun ia berpuasa, mengerjakan solat dan menduga bahawa dirinya orang Muslim, iaitu apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia ingkar dan apabila dipercayai dia khianat.

Jika dilihat ayat al-Quran dan hadis ini dan dipadankan dengan beberapa janji yang dibuat oleh parti pembangkang terhadap masyarakat, ternyata manusia munafik ini terlalu berkuasa dan rakus demi kepentingan politik mereka.

Dalam manifesto Pas bertajuk Program Pas Negeri Kelantan 1990 butiran 3.3 ( c ) , Nik Aziz berikrar mewujudkan sebuah badan bebas yang dinamakan Badan Hisbah bagi mengawasi pentadbiran kerajaan jika Pas menang dalam pilihan raya umum di Kelantan.

Sehingga kini badan yang bernama Hisbah itu hanya tinggal janji. Yang dipakai hanya Badan Pencegah Rasuah (BPR). Badan itu dibentuk oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pas juga berjanji beberapa enakmen akan dipinda ke arah lebih kepada kehendak Islam secara menyeluruh. Pas berjanji, “demi keadilan semua golongan, pindaan perlembagaan juga akan dilakukan bagi membolehkan pelantikan beberapa orang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (dilantik) untuk mewakili kumpulan tertentu.”

Pas sudah memerintah Kelantan lebih 17 tahun. Sehingga ini, belum ada satu pun janjinya mengenai pindaan enakmen itu dibuatnya. Begitu juga janjinya untuk melantik beberapa Adun. Sudah beberapa kali menang pilihan raya, mana Adun yang dijanjikan itu? Adakah janji itu nak bawa ke dalam manifesto baru pula?

Pas kutuk kerajaan BN kerana membenarkan pelbagai kegiatan dan perniagaan yang tidak dibenarkan Islam. Sewaktu kempen pilihan raya umum 1990, Pas berjanji untuk mengharamkan semua kegiatan judi dan arak. Pada 19 November 1992 kata Nik Aziz “kita mengharamkan sama sekali penjualan judi. Sementara bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.

Pendapat Nik Aziz pada 26 November 1994 lebih menarik lagi. Katanya, “Pendapatan hasil cukai daripada arak dan lesen anjing boleh diguna pakai untuk muslihat umum. Sebab itu, Kelantan menggunakan hasil cukai arak lesen anjing dan sebagainya (tentulah termasuk sama babi) bagi menmpung kos membuat jalan dan projek pembangunan lain. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila boleh minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana?”

DULU : “Pas hukum bahawa orang Islam menjadi kafir kerana berikat dengan orang kafir memerintah negara Oleh itu, orang UMNO adalah kafir kerana bekerjasama dengan orang MCA dan MIC. “Pas sedia bekerjasama dengan UMNO tapi dengan cara lain. Suruh UMNO tukar, terima Islam sebagai Aad-din. Syarat kita (untuk kerjasama ialah terima) Islam.” (Kenyataan kepada pemberita di Kota Bharu, Kelantan – 4 Oktober 1996)

KINI : “Pas terima DAP dengan mudah walaupun parti itu terang-terang bukan-Islam. Kerana perlukan bantuan DAP dalam usaha memenangi pilihan raya, Pas sanggup menggugurkan slogan bagi menubuhkan negara Islam. “Saya bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan Pas asalkan tidak mendirikan negara Islam.” (Kenyataan dalam Utusan Malaysia – 12 Mei 1999)

Pas meletakkan bermacam-macam syarat untuk bekerjasama dengan UMNO. Sebaliknya DAP yang letak syarat kepada Pas untuk gugurkan hasratnya menubuhkan negara Islam pun Pas boleh terima. Kenapa Pas berani dengan UMNO tapi penakut dengan DAP?

Jadi di sini siapakah yang sebenarnya anti-Islam, pengkhianat bangsa, dalang yang bakal menghancurkan negara? Tak perlu toleh ke mana kerana jawapannya sudah jelas. Hanya mereka yang buta hati dan dangkal pemikiran sahaja yang tidak akan mahu mengakuinya.

Suara Politik

Taminsari

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

ADAKAH BENAR TUDUHAN PAS UMNO MENOLAK ISLAM?

ADAKAH BENAR TUDUHAN DAN FITNAH PAS MENGATAKAN UMNO MENOLAK ISLAM? ADAKAH MEREKA SEDAR ATAU TIDAK SEJAK MEREKA LAHIR KE DUNIA INI, KERAJAAN KEPIMPINAN UMNO TELAH MELAKSANAKAN FARDHU KIFAYAH DAN FARDHU AIN DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMERINTAH DI MALAYSIA.

DALAM ISLAM MEMINTA KITA BERUSAHA MENINGKATKAN DIRI DAN MEMAJUKAN EKONOMI KERANA KEMISKINAN AKAN MENDORONG UMAT ISLAM MELAKUKAN MAKSIAT

PEMBANGUNAN DAN PEMBUKAAN TANAH

SEHUBUNGAN ITU, KERAJAAN UMNO TELAH MERANGKA PELAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN EKONOMI SECARA MENYELURUH BERMLA DENGAN PEMBANGUNAN HASIL PERTANIAN. ALLAH MENYEDIAKAN TANAH UNTUK DIUSAHAKAN DAN DENGAN HIDAYAT YANG DIBERIKAN MAKA LAHIRLAH PROGRAM BUKU HIJAU DI MALAYSIA. SELEPAS ITU, AYAHANDA PRESIDEN UMNO IAITU TUN ABDUL RAZAK TELAH MELAKSANAKAN PROGRAM MEMBUKA TANAH UNTUK MEMBERI PELUANG DAN KESENANGAN KEPADA RAKYAT MELAYU YANG BERADA DALAM KELOMPOK KEMISKINAN UNTUK MENGUBAH KEHIDUPAN MEREKA.

PEMBANGUNAN EKONOMI UMAT ISLAM

RAMAI YANG TIDAK SEDAR SEGALA USAHA KERAJAAN ISLAM UMNO YANG MEMBANTU BANGSA MELAYU UNTUK BERJAYA DALAM BIDANG EKONOMI DENGAN PENGENALAN DEB. ANTARA SALAH SEORANGNYA IALAH TAN SRI KHALID IBRAHIM YANG LAHIR DARI DEB. TAPI KINI MENJADI PENENTANG UTAMA DEB KERANA LUPA DIRI DARI MANA ASALNYA DAHULU.

KERAJAAN ISLAM UMNO MENGELUARKAN PERUNTUKAN KEWANGAN DAN BANTUAN TEKNIKAL KEPADA RAMAI USAHAWAN MELAYU ISLAM UNTUK MEMASTIKAN KESIMBANGAN AGIHAN EKONOMI DI NEGARA INI TANPA MENGHARAPKAN SOKONGAN POLITIK DARI MEREKA. WALAUPUN KEBANYAKAN DARIPADA MEREKA KEMBALI MENENTANG KERAJAAN ISLAM UMNO INI.

KERAJAAN ISLAM UMNO MENUBUHKAN TABUNG HAJI UNTUK MENGURUSKAN JEMAAH HAJI DI TANAH SUCI DAN DALAM MASA YANG SAMA TERLIBAT DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI UNTU KEPNTINGAN UMAT ISLAM.

MELAHIRKAN CERDIK PANDAI MELAYU/ISLAM

KERAJAAN KEPIMPINAN UMNO TELAH MELIHAT UNTUK MEMBENTUK SUATU BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM YANG MAJU MAKA MODAL INSAN PERLU DITITIK BERATKAN MAKA TERTUBUHKAN UNIVERSITI MALAYA, UNIVERSITI KEBANGSAAN, USM, UIA DAN SEBAGAINYA.. HANYA BERTUJUAN UNTUK MELAHIRKAN CERDIK PANDAI DARI KALANGAN ORANG MELAYU.. BAGI MEMASTIKAN MURID MELAYU TIDAK KETINGGALAN, KUOTA DILAKSANAKAN
MAKA LAHIRLAH PARA DOKTOR, PENSYARAH, PENTADBIR DAN PAKAR-PAKAR DALAM BIDANG TERTENTU.. INILAH ANTARA SUMBANGAN UMNO

MENDAULATKAN ISLAM

KERAJAAN KEPIMPINAN UMNO MELIHAT SINAR ISLAM PERLU DILETAKKAN DILANDASAN YANG BETUL DAN MENGERATKAN HUBUNGAN DENGAN NEGARA ISLAM YANG LAIN MAKA PERTANDINGAN MEMBACA AL QURAAN PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARA BANGSA TELAH DIADAKAN DAN BERJAYA MELAHIRKAN RAMAI QARI DAN QARIAH DI MATA DUNIA.

MENYEDARI PERMASALAHAN UMAT ISLAM DALAM URUSAN BANK MAKA KERAJAAN KEPIMPINAN UMNO TELAH MENUMPUKAN USAHA MELAHIRKAN SATU SISTEMPERBANKAN ISLAM YANG PERTAMA DI DUNIA DAN DIIKTIRAF OLEH UMAT ISLAM YANG LAIN.

KERAJAAN ISLAM UMNO JUGA MENGUJUDKAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, KOLEJ PERUBATAN ISLAM DAN PELBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI NEGARA INI.

KEBEBASAN AGAMA DAN MENDAULATKAN ISLAM AGAMA RASMI

KERAJAAN ISLAM UMNO TIDAK MENGHALANG MANA-MANA PENGANUT AGAMA DI MALAYSIA UNTUK MENGAMALKAN AJARAN AGAMA MASING-MASING. KERAJAAN ISLAM UMNO MEMBERI KEBEBSAN BERAGAMA KEPADA SEMUA RAKYATNYA DAN DALAM MASA YANG SMA MELETAKKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA.

MENYAMBUT SERUAN ALLAH SUPAYA KITA SALING KENAL MENGENALI DENGAN UMAT YANG DILAHIRKAN DI DUNIA INI MAKA KERAJAAN ISLAM UMNO TELAH MEMBINA KEMUDAHAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA DAN SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA BAGI MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT MENGENALI NEGARA LUAR DAN RAKYAT ASING MENGENALI MALAYSIA.

MENYEMAI AMALAN MURNI ISLAM DALAM MASYARAKAT DI MALAYSIA

KERAJAAN ISLAM UMNO MEMPERKENALKAN AMALAN MURNI DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN IAITU PUNCH CARD, BERSIH CEKAP AMANAH, MEMERANGI RASUAH DAN SEBAGAINYA BAGI MENINGKATKAN KESEDARAN AMALAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN..

NAMUN RAMAI YANG MENUDUH UMNO RASUAH. INI KERANA KAKITANGAN YANG MENGAMALKAN RASUAH DIKAITKAN DENGAN UMNO. MEREKA LUPA BAHAWA KERAJAAN JUGA DIANGGOTAI OLEH PELBAGAI AHLI PARTI POLITIK BAIK PAS, DAP DAN PKR. MENGAPA UMNO DIPERSALAHKAN KALAU SEORANG PEGAWAI KERAJAAN YANG MENYOKONG PAS DIDAPATI BERSALAH TERLIBAT DALAM RASUAH? PERKARA INI KURANG DIBERIKAN PERHATIAN

PEMIMPIN PAS HARUS SEDAR RAMAI AHLI PAS YANG MENCARI REZKI DENGAN BERKERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM KERAJAAN UMNO. MEREKA DIUMPAMAKAN GUNTING DALAM LIPATAN DAN MENANGUK DI AIR YANG KERUH. MEREKA MENGUTUK KERAJAAN DALAM MASA YANG SAMA MEREKA MENERIMA GAJI DARI KERAJAAN YANG MEREKA KUTUK.

MEMPERTAHANKAN KEMULIAAN ISLAM

KERAJAAN ISLAM UMNO JUGA HARUS TIDAK DILUPAI MENJADI TONGAK DAN BARISAN HADAPAN NEGARA INI UNTU MEMPERTAHANKAN SYIAR ISLAM BAIK DI PALESTIN ATAU NEGARA ISLAM YANG LAIN. PENGLIBATAN DALAM MEMBANTU UMAT ISLAM DI BOSNIA, PALESTIN, SAMOLIA DAN SEBAGAINYA DILAKUKAN ATAS DASAR KESEDARAN KITA SEMUA ADALAH BERSAUDARA.

APABILA ADA PIHAK YANG CUBA MENAFIKAN HAK ISLAM DI NEGARA INI, UMNO AKAN KEHADAPAN MEMPERTAHANKANNYA SEPERTI CUBAAN GEREJA KRISTIAN UNTUK MENGGUNAKAN NAMA ALLAH DALAM MAJALAH EDARAN MEREKA. UMNO TERUS MEMPERTAHANKANNYA WALAUPUN MENDAPAT TENTANGAN DARI PIMPINAN PAS DAN PKR.

APAKAH SUMBANGAN PAS

SELAIN MENAFIKAN SUMBANGAN PEMIMPIN UMNO INI, PEMIMPIN PAS MENGKAFIRKAN PEMIMPIN UMNO DAN MENGHARAMKAN SEMBELIHAN ORANG UMNO DARI DIMAKAN OLEH ORANG PAS, MENGHARAMKAN AHLI PAS MENGIKUTI IMAM UMNO DAN SEBAGAINYA.

KEADAAN INI MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA. ADAKAH INI YANG DIAJARKAN OLEH AJARAN ISLAM? TETAPI SEHINGGA KINI, PEMIMPIN PAS MERACUNI AHLI PAS BAHAWA UMNO MENOLAK ISLAM, PEMIMPIN UMNO TAK MENGAMALKAN KEHIDUPAN ISLAM, UMNO RASUAH DANS EBAGAINYA TANPA MELAKUKAN SEBARANG SUMBANGAN DAN IDEA UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA INI.

ADAKAH ISLAM SESEORANG ITU DINILAI DARI JENIS PAKAIAN YANG DIPAKAI, JENIS SERBAN YANG DIGUNAKAN?

TEPUK DADA TANYA SELERA. ANDA DIANUGERAHKAN AKAL MAKA GUNAKANLAH DENGAN SEADILNYA.

***Tungaklangit***

Kenapa pengundi perlu tolak Pak Kaduk Nizar

0


oleh : Tepakbersulam

Kenapa Pengundi Bukit Gantang Perak kena tolak Nizar ? soalan ini juga boleh dijawab oleh pembangkang di dalam laman ini. kami juga akan memberikan jawapan kepada anda.

1) Nizar tidak lebih sebagai boneka DAP yang memerintah Perak dahulu dan menjadi kuda tunggangan DAP.

2) Apa yang Nizar telah lakukan sebaik saja menjadi MB Perak , meluluskan hak milik tanah kepada kampung baru yang keseluruhan adalah penyokong DAP - Tidak mahu sebut bangsa apa

3) Rakyat Melayu Perak tidak mengecapi apa -apa pun setelah setahun PR mengambil alih Perak.

4) Membeli kereta mewah , Camry untuk dirinya dan Exco kerajaan negeri Perak yang mana agen penjualan kereta ini ialah seorang ADUN DAP dari Selangor.

5) Menyokong hak keistimewaan orang Melayu melalui DEB dimansuhkan.

6) Janji akur kepada keputusan Raja mengenai peralihan kuasa di Perak tetapi menentang apaila Raja meminta beliau melepaskan jawatan,tetapi akhirnya memohon untuk derhaka kepada Raja . patik mohon derhaka Tuanku katanya,

7) Dilantik oleh Raja tetapi menentang Raja kerana gilakan kuasa dan tidak mahu lepaskan jawatan walaupun sepatutnya melepaskan jawatan

8) Enggan keluar dari kediaman rasmi dan enggan meluangkan kembali kereta kerajaan.

9) Enggan melepaskan jawatan dan akhirnya akur dan mengakui bahawa jawatan MB kini hanyalah menjadi sejarah

10) Gila kuasa, sudah jadi DUN tapi mahu pula kerusi Parlimen. Sebagai bangsa yang terhormat dan sebagai bangsa yang budiman, janganlah kita menjadi sama seperti Nizar yang derhaka dan nizar yang menggunakan Islam sebagai perisai untuk kuasa.

11)Satu lagi “kejayaan” kerajaan boneka PAS di Perak adalah dengan mengenakan bayaran cukai pintu yang 500% lagi tinggi dari tahun-tahun sebelum ini.

Apa bezanya Nizar dengan DAP. Apa bezanya Nizar dengan Anwar Ibrahim? Apa bezanya nizar dengan Exco-Exco DAP di Perak. Cukuplah sekali kita membuat kesilapan , jangan diulangi sekali lagi kerana maruah bangsa dan nasib anak-anak kita ditangan undian kita, amat penting kita meluahkan protes kita terhadap PR bagi menyelamat maruah bangsa, jangan pertikai kan keistimewaan hak kita bangsa Melayu.

Kita tidak mampu untuk menjadikan negara kita sebagai negara Malaysian Malaysia seperti mana perjuangan mereka kini. Bukan kita perlukan satu kerusi Parlimen untuk menjadi pemerintah kerana kita sudah menjadi pemerintah. kalah atau menang kita masih menjadi pemerintah , apa yang kita mahu agar rakyat Perak insaf dan tebus kembali dosa -dosa kita terhadap bangsa agama dan negara. Maruah kita perlu ditebus kan kembali. setahun sudah cukup membuktikan bagaimana kepimpinan bangsa Melayu PR yang kini hanya tinggal nama sahaja tetapi tidak berjiwa Melayu lagi,

Posted by Pejuang Bangsa

Nga Kor Ming Mempermainkan Ayat Suci Al-Quran

0


Nga Kor Ming (Ahli Parlimen DAP Taiping) telah bertindak memberi salam dan membaca surah "Aura" yang tidak terdapat pun dalam Al-Quran. Sila lihat video ini.

Persoalannya siapakah yang mengajar Nga untuk membaca ayat tersebut? Mengapa ajar Nga membaca ayat Al-Quran ini untuk tujuan ceramah politik sahaja?. Ajar pun tidak habis, malah bacaan pun salah. Seolah-olah mempermainkan Islam. Kalau PAS mahu benar-benar berdakwah, mengapa Nga tidak peluk pun Islam. Malah hudud pun DAP tentang.

Ini bukan kali pertama DAP membaca ayat Al-Quran. Pada 13 November, Wong Kar Woh (ADUN Canning, Bekas Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak) membacakan dua ayat dari Surah Al-Hujurat (ayat ke-12) dan Surah Ali-Imran (ayat ke-10) dalam Dewan Undangan Negeri ketika mengulas bajet negeri.

Nizar memang tidak kisah ayat suci Al-Quran dipermainkan oleh kafir harbi ini? Orang PAS bangga? Hinggakan menyiarkan berita ini dalam Harakahdaily. (Baca kenyatan Harakahdaily ini). PAS mengajar DAP untuk menjadi semakin kurang ajar dan biadap terhadap Islam. Mahukah orang-orang PAS membiarkan perkara ini berterusan?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Isnin, 30 Mac 2009

"Nizar calon terbaik" - DAP Perak

0


"Nizar calon terbaik" - DAP Perak

Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | Mar 24, 09 | 1:46:20 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Ko Ham menyifatkan pencalonan Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin sebagai calon PAS di Bukit Gantang adalah tepat dan terbaik. Iklan

Demikian katanya, ketika mengadakan sidang media di Parlimen hari ini, mengenai penerimaan DAP terhadap calon PAS itu.

Beliau yakin Nizar akan mendapat undi di kalangan rakyat kerana ketokohan Menteri Besar Pakatan Rakyat itu menerajui Perak dengan pentadbiran yang baik dan berkesan.

Selama menerajui Perak 11 bulan, Nizar memperlihatkan kebajikan kepada rakyat dan beliau sangat disegani pelbagai lapisan masyarakat, katanya.

"Ini adalah calon yang sebaik sahaja bekas ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia, saya sendiri sebutkan bahawa Nizar adalah calon yang perlu diketengahkan bagi pilihan raya di Bukit Gantang, ternyata pilihan saya tepat dan benar," katanya.

Sebelum ini Ngeh pernah mencadangkan nama Nizar selaku calon terbaik bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang kerana ketokohan Nizar selaku MB Pakatan Rakyat yang diterima semua pihak.

Menyokong pandangan itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran turut melihat Nizar sebagai calon yang akan memberi peluang cerah kepada Pakatan Rakyat menang 7 April nanti.

Dalam pada itu beliau turut mencabar Umno-BN meletakkan Dr Zambri Abdul Kadir selaku calon BN di Bukit Gantang bagi memperlihatkan siapa MB sebenar yang dipilih rakyat.

"Ini bukan setakat satu pilihan raya kecil, ia adalah juga referendum rakyat kepada kerajaan BN Perak yang ditubuhkan secara rampasan kuasa dan referandum kepada Najib Tun Razak yang bakal menjadi PM akan datang," ujarnya. - mks.

Sumber: HarakahDaily.net

"Demang tidak mahu komen panjang-panjang. Berita di atas sudah cukup menjelaskan betapa bergunanya Nizar pada DAP. Maklumlah.. kesetiaan Nizar pada DAP amat hebat. Beliau sanggup melihat rakan-rakan PKR berbangsa Melayu dijerkah dan disergah oleh Ngeh ketika turut mencadangkan agar tanah untuk orang Melayu juga diberi kelulusan. Terkebil-kebil ADUN yang pernah menjadi posmen tersebut ditengking Ngeh. Barangkali Nizar juga membantah tindakan Ngeh itu walaupun kita tidak mendengarnya. Beliau membantah dalam hati.

Demang tidak tahu siapa yang akan menang dalam PRK yang diadakan serentak ini. Namun tinjauan Demang mendapati gelombang baru sedang berarak ke segenap bandar dan desa mengenai barisan baru kepimpinan UMNO bakal merubah landskap politik negara. Manakan tidak, DS NAjib memang sudah lama ditunggu-tunggu untuk menerajui negara. Tanyalah pada anggota tentera dan guru-guru yang pernah dinaungi oleh beliau. Malah suatu masa dulu jika sesebuah kementerian ingin dinaiktarafkan maka caranya ialah serahkan kementerian tersebut pada DS Najib. Perubahan drastik akan berlaku yang memberi kebajikan pada semua pihak.

Itulah sebabnya subuh Jumaat semalam Demang bangkit dengan ceria. Alhamdulillah, sinar kembali menyuluh Malaysia. Setelah beberapa tahun kepimpinan negara dipermainkan dengan hanya berbekalkan persepsi semata-mata, kini rakyat melihat satu harapan baru sedang menjelma.

Keadaannya begitu berbeza sekarang." (http://waadat.blogspot.com)

Khamis, 26 Mac 2009

PENGANIAYAAN PALING KEJI SI PELIWAT KEPADA ANJING-ANJINGNYA

0



Kaki liwat (siapa lagi!!!) ini boleh merancang apa sahaja bagi memburukkan FRU dan Polis Serta BN dan UMNO

Prosedur pilihanraya: Sebelum penamaan calon, tiada sebarang kempen dan ceramah dibenarkan dibuat. namun...

Anwar segaja cetus huru-hara.

Selepas pengumuman calon PAS di Taman Kota Jaya, Simpang Taiping baru-baru ini, dia mengarahkan anjing-anjingnya mengadakan ceramah tanpa permit sedangkan sebenarnya dia sendiri tahu ceramah itu pasti mengundang kehadiran FRU dan Polis.

Inilah kronologi strategi Anwar yang menaburi mata anjing-anjing bodohnya.

1. Anwar meminta supaya anjing penjaga kawasan itu mengadakan persiapan ceramah di mana-mana lokasi di Bukit Gantang dan minta dihebahkan bahawa dia sendiri akan datang.

2. Maka.. apabila anjing tersebut mendengar dewanya mahu datang, jadi persiapan rapi pun dibuat.

3. Dalam masa yang sama Anwar mengarahkan seorang anjingnya menghubungi polis dan melaporkan bahawa ada ceramah tanpa permit dibuat di lokasi tertentu.

4. Maka apabila tiba hari kejadian, Anwar yang sudah tahu, meminta supaya bapak segala anjing yang juga calon PAS, Nizar berucap dahulu dan selepas berucap tinggalkan kawasan ceramah segera dengan memberi alasan mahu berkempen ditempat lain.

5. Maka drama yang menyayat hati bermula. Ceramah diteruskan selepas Nizar keluar dan lesap dengan kereta mewah. Di waktu ini Anwar menelifon wakil anjing kononnya dia tidak jadi hadir dan mengantikan balacinya Azmin.

6. Wakil FRU pun datang berbincang dengan baik bersama wakil anjing lalu anjing-anjing terus berdegil mahu mengadakan ceramah.

7. FRU meminta semua bersurai selepas FRU memberi masa 5 minit untuk masuk ke dalam dewan tidak diendahkan oleh anjing bodoh ini.

8. FRU terpaksa bertindak "Mengaum" bagi menakutkan anjing-anjing tersebut tetapi jelas kedegilan mereka sebiji macam Nizar yang tidak mahu melepaskan jawatan MB dan serahkan kereta Cambry kepada BN walaupun diarahkan oleh Sultan Perak.

9. Akhir sekali, FRU terpaksa bertindak nekad menyerbu kawasan ceramah tersebut dan anjing yang cuba melawan terus bacul lari lintang pukang.

10. Maka merungutlah anjing-anjing tersebut:

" Bodoh punya polis... bukan ada buat apa pun..."
" Ya Allah.. Nak buat ceramah agama pun tak boleh" (Ceramah agama apanya kelau YB hutan Melintang (India) turut memberi ceramah sambil memberi salam dan mengutuk orang Melayu Islam bernama Zambry.)
" Ini mesti arahan dari UMNO dan BN"

"Memang ini jelas tak demokrasi..."

11. Anwar tersenyum di hotel mewah mendengar khabar itu.

Blog Azmin menokok tambah jelas menunjukkan Anwar dan balacinya segaja mahu memburukkan polis dan FRU.

12. Maka berjayalah Anwar memburukkan Polis dan FRU serta UMNO dan BN dimata pengundi di Bukit Gantang.

Polis dan FRU sudah melaksanakan tugas dengan baik namun dihambur bahawa mereka adalah alat BN sedangkan Polis dan FRU bertindak atas sebab anjing PR melanggar prosedur pilihnraya. Jika BN pun mengadakan ceramah tanpa permit maka BN juga akan dimina hentikan ceramah itu.

Inilah strategi paling licik Anwar menipu pengundi serta anjing-anjingnya yang menurut sahaja kehendak si celaka ini.

Strategi ini dikesan.. apabila ada salah seorang anjing Anwar menceritakan sendiri strategi ini kepada perisik BN.

Sudah lama diingatkan bahawa Anwar adalah munafik dan kaki pembohong.

Kalau dah ditipu seteruk itupun orang Melayu PR masih bersama PAS dan PKR dua parti Anjing yang bakal merosak ketemadunan Melayu yang berdaulat.

Kasihan.

Wallahhualam.

-Taming Sari-

Rabu, 25 Mac 2009

Kenapa Nizar perlu Ditolak Di Bukit Gantang: Malaysiakini

0



1. Dia mohon derhaka kepada sultan

2. Semasa jadi MB Perak, dia jadi boneka DAP

3. Dia team Erdogan yang Pro Anwar yang sokong Zionos

4. Dia lulus tanah kepada Cina selama 999 tahun

5. Dia bukan calon pilihan Nik Aziz Nik Mat tetapi calon pilihan Ngeh Kor Ham

6. Dia bukan anak tempatan Bukit Gantang.

7. Dia tamak kuasa dan enggan serah kereta Camry. Tu baru kereta

8. Dia lebih bertuankan Anwar dari PAS bermakna apa saja agenda pihak asing
melalui Anwardia akan disokong.

9. Dia lebih suka mengajak rakyat berdemonstrasi, yang kena tangkap dan sakit siapa????

10. Datuk Harussani, mufti Perak memfatwakan Nizar adalah penderhaka. Siapa yang harus kita percaya antara DUA ni.

11. Nizar tak sesuai jadi pemimpin sebab keras kepala, macam mana kita nak tegur dia nanti???

sumber sahabat BPN : http://brokenthecode.blogspot.com

Isnin, 23 Mac 2009

Sangat patut jika Muhammad berkompromi beri laluan pada Muhyiddin

0


Kalau hendak dikirakan patut, memang patutlah satu jawatan direbut hanya tiga orang bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Tapi takdir telah menentukan sekarang hanya tinggal dua sahaja yang bertanding – Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib setelah Jawatankuasa Disiplin UMNO menetapkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam hilang kelayakan bertanding.

Muhyiddin dan Muhammad sama-sama popular dan nampaknya macam sama-sama kuat. Tetapi tidak sama dari segi latar belakang dan sejarah masing-masing jika diukur dari segi pendidikan, pengetahuan, pengalaman, kewibawaan dan penampilan. Jika dihalusi, memang jauh perbezaannya. Dari segi manis muka, memanglah Muhammad lebih manis dari Muhyiddin. Dari segi kemampuan pula, mudah diambil kira Muhammad amat terbatas di mana beliau layak di paras domestik sahaja. Tidak lebih dari itu. Kalau nak lebih pun bolehlah hingga ke paras Indonesia dan Brunei sahaja.

Muhyiddin walaupun tidak mampu senyum berpanjangan seperti Muhammad, tetapi telah terbukti mampu berlegar bebas ke merata dunia membuat kerja untuk Malaysia sesuai dengan zaman kita bersaing di peringkat global yang lebih mencabar.

Tidak perlulah kita ukur dari segi peribadi yang mungkin beliau sudah sedar dan insaf apa yang berlaku terhadap dirinya yang sehingga hari ini orang ungkit semasa beliau ditangkap di Australia suatu masa dulu membawa wang berlebihan tetapi dilepaskan akhirnya dengan bantuan pemimpin kanan kita. Sama ada benar atau tidak Muhammad memberitahu pihak berkuasa Australia beliau tidak boleh bertutur dan tidak faham Bahasa Inggeris, itu soal lain kerana mungkin ketika itu beliau terpaksa memberi alasan untuk melepaskan diri dalam keadaan panik.

Semasa beliau jadi Menteri Besar Selangor pun beliau sering ke luar negara dalam banyak program dan bagaikan tidak munasabah beliau tidak tahu berbahasa Inggeris. Mungkin tidak sefasih Muhyiddin. Kalau boleh pun mungkin terhad kepada tahap yang belum terbukti lagi di mana-mana forum sama ada di luar negara mahupun di dalam negara. Orang ramai tidak pernah lupa juga suatu masa dulu, Muhammad pernah menggemparkan negara yang mungkin seluruh dunia bahawa beliau berdolak dalik terhadap isu menikah dengan anak Sultan Selangor yang akhirnya ia didapati benar dan jodoh mereka tidak panjang hingga Muhammad telah menjelaskan gantirugi yang cukup lumayan kepada bekas isteri berketurunan raja itu.

Bagaimanapun, isu tersebut terus menyelamatkan beliau dari terus menjadi Menteri Besar Selangor tetapi tidak kepada isu penahanan pihak berkuasa Australia dengan wang tunai berlebihan di tangan yang begitu banyak. Sebagai insan yang mungkin sudah insaf, sepatutnya Muhammad bersyukurlah dengan kedudukannya hari ini menjadi ketua penerangan UMNO, memegang jawatan menteri di Kementerian Luar Bandar sebagai tempat cukup selesa dalam parti dan kerajaan.

Apabila beliau mula bangkit mahu bersaing dalam jawatan Timbalan Presiden UMNO yang tempat itu juga akan melayakkan memegang jawatan Timbalan Perdana menteri, ramai yang menganggap Muhamad sudah kembali bernafsu dan lupa diri. Beliau dilihat lebih mahukan jawatan timbalan perdana menteri daripada menjadi timbalan presiden. Mungkin benar beliau layak dengan jawatan timbalan presiden, tetapi tidak untuk jawatan timbalan perdana menteri di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak nanti selepas ini.

Negara kita bukan lagi di zaman 60an dan 70an lagi di mana negara kita ketika itu tidak dilihat berdansa dengan negara-negara yang terlebih dahulu maju dari kita. Sekarang kita sudah jauh maju dan suara negara kita didengari oleh negara-negara luar di mana sedikitpun masalah yang menjejas negara maju, kita sudah dengan begitu cepat menerima bahangnya. Bagi meredakan kemelut politik orang Melayu yang sesama sendiri pun belum selesai lagi, adalah cukup baik dan sangat dihormati jika Muhammad dapat berfikir untuk menarik diri. Jangan kiralah titik bengik, penat lelah, kerugian masa dan mungkin wang ringgit semasa berkempen sebelum ini.

Anggaplah sahaja perkara itu satu perjuangan juga untuk bangsa, agama dan negara bagi merancakkan suasana menjelang pemilihan di Perhimpunan Agung UMNO yang ke 29 ini nanti. Nescayalah Najib tidak akan sia-siakan Muhammad sekiranya beliau menarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden. Malahan mungkin Najib akan berasa lebih bangga dengan beliau sebagai seorang yang benar-benar ikhlas mahu melihat perpaduan Melayu terjamin dengan tiada perlu ‘bergelut’ hanya untuk merebut jawatan yang belum tentu kalah menangnya.

Kalau menang pun, apalah kesudahannya kalau kita tidak dapat melaksanakan visi perdana menteri nanti untuk berganding bahu mengangkat martabat negara ke mata dunia dengan pelbagai kecacatan dalam barisan kepimpinannya menuju masa depan yang lebih bermakna untuk seluruh rakyat negara kita yang kerdil ini. Berkompromi adalah jawapan yang cukup bermakna di saat ini. Semoga Muhammad dapat melakukan semua ini dengan hanya menarik diri dan berikanlah sokongan kepada yang sudah ramai melihat Muhyiddin hanyalah satu-satunya anak Melayu yang sedia, sanggup dan layak pada ketika ini.

Oleh Ibnu Sadikin

CORAT CORET SEBELUM PEMILIHAN – BUAT RENUNGAN SAHAJA

0


Oleh Mika Padini

Ada gunanya juga bila sudah sedewasa ini saya masih berpeluang lagi melihat, mendengar dan mencampuri urusan politik UMNO yang kian dilihat semakin kalut terutama menjelang perhimpunan agungnya yang ke 29 pada 24 hingga 28 Mac 2009 ini.

Akan berhimpunlah segenap lapisan orang UMNO mahupun yang bukan ahli sekalipun berlegar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyaksikan satu-satunya masa di mana orang Melayu berkumpul bergesel bahu dengan meriahnya. Ada yang menyifatkan inilah satu lagi hari raya orang Melayu yang ditunggu-tunggu.

Paling seronok apabila melihat bagaimana tukang kempen begitu sibuk berbisik-bisik dengan perwakilan di mana-mana sudut untuk menyampaikan salam calon yang bertanding dalam semua jawatan dalam parti. Seronoknya bertambah bila kali ini adalah tahun pemilihan yang menentukan corak dan haluan parti apabila pucuk kepimpinannya bertukar buat kali ke enam.

Dalam pada masing-masing membawa calon mereka, ada yang berkata mereka tidak sokong mana-mana calon tetapi sedia menyokong mana saja calon yang menang. Alhamdulillah, itu pun baik juga.

Ada yang pernah dikatakan oleh seorang orang lama dalam UMNO bahawa janganlah kita bimbang sangat tidak pasal-pasal kerana jumlah orang waras lebih ramai daripada orang tidak waras. Tidak semua perwakilan UMNO pandang duit, tetapi ramai yang sudah pandai menilai siapa paling layak dipilih.
Kalau orang kata pasal antara Muhyiddin dengan Muhammad Taib, ramai yang mengatakan kali ini Muhammad lebih mudah menang kerana orang-orang Mohd Ali Rustam akan berpaling kepada Muhammad. Walaupun tidak semua, tetapi berkemungkinan besar majoriti akan menoleh kepada Muhammad Taib.

Pendapat paling buruk dan paling tidak munasabah, tetapi tetap satu pendapat bahawa di saat akhir, Jawatankuasa Disiplin UMNO akan menjatuhkan hukuman kepada kedua-dua baki calon timbalan presiden yang tinggal supaya tidak layak bertanding lalu perhimpunan agung kali ini membenarkan presiden baru membuat lantikan sendiri siapa yang beliau fikir layak.

Ataupun kedua-dua baki calon timbalan presiden tidak mahu bertanding dan sama-sama mohon restu semua perwakilan memberikan mandat pada presiden paru memilih siapa yang beliau mahu sebagai cara paling selamat dan amat memudahkan parti. Ramai juga orang-orang lama yang berfikir lebih baik daripada itu semua. Antaranya ialah kalau kita nak pilih pemimpin kita, pilihlah berdasarkan datang dari negeri yang mempunyai raja atau sultan dan dari negeri yang BN menang. Kalau mengambil faktor itu, Muhyiddin dari negeri yang beraja dan dari negeri yang BN menang sementara Muhammad dari negeri beraja tetapi negeri yang kalah.

Pendek kata, apa pun boleh berlaku kalau keadaan sudah terlalu terdesak kerana semua ada salahnya. Tak banyak pun sikit mesti ada yang boleh dikaitkan dengan disiplin parti. Tetapi tidak pada jawatan naib presiden, ahli majlis tertinggi, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri.

Yang paling gah diperkatakan sekarang ini dan semua orang mahu tahu adalah siapa akan berjaya dalam gelanggang pertandingan kali ini. Selain dari jawatan timbalan presiden, ramai yang mahu tahu muka-muka manakah yang akan terpilih menduduki kerusi naib presiden. Apakah Tan Sri Mohd Isa Samad akan diberikan peluang atau tidak kali ini juga berlegar di mana-mana.

Kalau mengikutkan desas desus UMNO masih memerlukan orang lama yang berpengalaman, taat setia kepada parti, peluang Mohd Isa begitu luas sekali. Ramai juga mahu melihat apakah Hishamuddin Hussin berjaya menaiki mata tangga ke jawatan naib presiden pun satu persoalan yang ramai terus bertanya. Lebih lagi Hishamuddin ialah sepupu Najib Tun Razak.

Satu lagi kerusi tentulah perwakilan antara Khaled Nordin, Zahid Hamidi, Shafie Abdal, Rais Yatim, Syed Hamid dan Abdul Rahim Tamby Chik. Kalau pilih Hishamuddin, Khaled dan Syed Hamid, ada yang kata ramai sangat orang Johor. Pilih Rais Yatim, sampai dua orang pulak dari Negeri Sembilan.

Pilih Shafie Abdal pun ada orang kata dia seorang menteri yang tidak ada kualiti dan tidak berapa menjadi apabila diuji di beberapa kementerian. Tetapi kalau memikirkan sentimen Sabah yang banyak membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN), patut Shafie dipertimbangkan. Pilih Zahid pula, pun ramai yang bercakap mengenai emosinya. Darahnya masih panas untuk duduk di kerusi naib presiden. Lebih lagi apabila beliaulah antara yang paling awal mengumumkan minta dicalonkan sebagai timbalan presiden dulu. Jadi, untuk beliau duduk di kerusi naib presiden, Zahid kena bersabar.

Baru-baru ini pun dalam satu rancangan hujah satu di TV ketika bersama dengan Mohd Isa, Zahid nampak agak emosional. Jadi, kira punya kira, Zahid belum layak lagi. Dia kena cool dulu dan cuba lagi di musim akan datang. Abdul Rahim Tamby Chik pula orang terkenal dan sentiasa gigih menjalankan sesuatu untuk orang Melayu. Kecerdikannya juga tidak boleh dipandang rendah. Beliau pun dikira layak juga diberi peluang kali ini kerana Mohd Ali Rustam pun sudah tinggalkan kerusi itu untuk rebut kerusi timbalan presiden dan tidak boleh pun patah balik kerana sudah terlepas kapal.

Namun begitu, kerusi yang Ali tinggalkan bukan kepunyaan Melaka. Tidak salah kalau perwakilan mengalih pandangan kepada orang lain biarpun terpaksa memilih calon dari negeri yang sudah ada calon berpotensi. Atas nasihat orang-orang lama, bagi jawatan ahli majlis tertinggi pula, tidak perlulah mengambil kira dari negeri yang beraja dan yang BN menang sahaja. Ukurlah kewibawaan dan penyerlahan mereka dalam perjuangan untuk mendapatkan semula negeri-negeri yang kita sudah kalah. Hendaknya juga biarlah mereka dari kalangan yang ada budi pekerti, ada bahasa, ringan tangan, bersifat setiakawan dan mudah dibawa bicara.

Dari kalangan mereka inilah nanti akan mudah kita letakkan di tempat lebih tinggi untuk menggantikan tempat apabila sampai masanya yang di barisan naib presiden perlu diganti kelak. Untuk ketua wanita, tentunya perwakilan wanita kali ini agak payah membuat pemilihan antara Rafidah dan Shahrizat. Kalau diberikan kepada Shahrizat, tentunya Rafidah cukup kecewa kerana beliau sudah terlalu konfiden untuk menang. Tetapi kena fikir juga naibnya yang lebih selahuan dengan Shahrizat dan belum tentu secocok dengan Rafidah.

Kalau perwakilan wanita memilih Shahrizat, regu mereka dengan Kamilia lebih cantik daripada membiarkan Rafidah dengan Kamilia. Lagipun, Rafidah sudah terlalu lama jadi Ketua Wanita. Pemimpin atasan pun tidak berminat lagi untuk beri beliau jawatan dalam kerajaan. Mesej ini wanita kena faham juga. Nampak dari mata kasar, Shahrizat tidak sehebat Rafidah. Tetapi belum cuba belum tahu. Mungkin Shahrizat lebih hebat, siapa tahu. Lebih lagi regunya dengan naib wanita bukan dari kalangan calang-calang orang. Mungkin bila mereka beregu nanti boleh membawa banyak pembaharuan dalam pergerakan wanita kali ini. Eloklah dalam musim perubahan dan peralihan ini, kita betul-betul alih dan betul-betul ubah.

Dalam Pergerakan Pemuda pula, tentunya akan lebih sengit kerana yang benar-benar berlawan nampaknya ialah antara Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin. Khir Toyo tu saja-saja nak cuba nasib setelah gagal mentadbir Negeri Selangor hingga terlepas ke tangan pembangkang. Dialah antara calon ketua pemuda yang heboh dikatakan bergelumang dengan politik wang, disiasat dan didapati tidak bersalah pula oleh Lembaga Disiplin. Masya’Allah...ramainya orang UMNO menghempuk dahi!

Jumaat, 13 Mac 2009

20 Sebab Kenapa PR (Pakatan Rakyat) Tidak Perlu Diberi Mandat!!!

0


Sebenarnya PR ( Penghancur Rakyat) adalah sebuah parti yang rapuh dan tidak membawa kepada kekucaran rakyat selama hari ini. apa yang dilihat PR ( Perobek Rakyat) hanya untuk mengugatkan keadaan keamanan di negara ini.

1. Sistem gabungan Pakatan tidak stabil, Parti baru (PKR) Parti Kinzir Rakyat menguasai parti lama (PAS & DAP), mana adil?

2. Presiden PAS, Haji Hadi kata Pakatan tiada ketua. Anwar bukan ketua Pakatan tapi Anwar bertindak lebih dari itu.

3. Karpal Singh pengerusi DAP desak Ketua Pakatan letak jawatan, apa lebih rapuh dari itu?

4. Ketua Pakatan diragui moral. Dibicarakan di mahkamah atas sebab kes liwat & pendedahan amalan free sex Elizabeth Wong.

5. Pakatan longgar dan saling merebut kuasa sesama sendiri

6. Jika Pakatan berjaya, semakin bertambahlah pengaruh asing menguasai negara kite pada hal pihak asing hanya nak gunakan kita demi matlamatnya sendiri.

7. Sistem Pakatan akan meningkatkan jurang kemiskinan. Yang kay bertambah kaya. yang miskin akan bertambah miskin kerana Pakatan percaya sistem pasaran 100% bebas.

8. Hak Keistemewaan orang Melayu akan dihapuskan kerana DEB dihapuskan & diganti dengan Agenda Ekonomi Nasional (AEN)

9. Kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu akan terancam kerana Pakatan Memperjuangkan sistem republik

10. Kedudukan agama Islam akan terancam kerana 2 parti terbesar Pakatan (PKR & DAP) memperjuangkan pluralisme agama ( persamaan Agama)

11. Jawatan menteri kabinet kerajaan persekutuan dan exco-exco kerajaan negeri untuk Melayu akan dikurangkan, tahukah kita implikasinya? Bayangkan apa akibatnya jika Pengarah Urusan Petronas diberikan kepada bukan ISLAM!!! Jawatan-jawatan lain seperti NC-NC universiti juga akan diberikan kepada kaum lain.

12. Jawatan Perdana Menteri mungkin diambil alih oleh bukan Melayu. Kalaupun Melayu naik, dia akan jadi boneka sahaja.

13. Kuasa Mahkamah Syariah akan dikurang atau dihapuskan sebab majoriti peguam tak sukakan sistem Syariah dan akan mempergunakan Majlis Peguam untuk itu.

14. Kedudukan agama Islan akan semakin terancam kerana peruntukan untuk semua agama disamaratakan

15. Akan semakin bertambah Melayu yang murtad kerana dasar IFC yang menyamakan agama2 lain dengan Islam akan diperkenalkan seperti yang sudahpun dimulakan di Pulau Pinang.

16. Tak mustahil akan bertambahnya gejala sosial seperti kegiatan gay, lesbian dan seks bebas kerana perjuangan Pakatan berasaskan Hak Asasi Manusia rekaan Yahudi pd 1948 sedangkan Allah lebih tahu apa yang sesuai untuk kita manusia.

17. Sejak pakatan mendapat mandat dibeberapa tempat, keadaan politik negara tidak stabil & sering berlaku demonstrasi yang amat menyusahkan.

18. Tidak mustahil bila Pakatan berjaya, mereka akan ejek Melayu & Target 13 Mei akan berulang sekali lagi.

19. Rezab tanah-tanah Melayu akan digadai kepada kaum lain seperti di Perak pd hal peribumi adalah majoriti yang tak bertanah atau mempunyai rumah.

20. Perpaduan kaum akan terjejas kerana majoriti kaum Melayu tidak akan berpuas hati bila hak disamaratakan dengan kaum-kaum lain pada hal majoriti Peribumi masih miskin.


Itulah antaranya pekara yang menyebabkan PR ( Penghapus Raja) ini tidak bole mentadbir negara ini dan dianggap tidak releven!!

Shahboy

Naib Presiden 1 Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Khamis, 12 Mac 2009

PANDAI TULIS, PANDAI LE TANGGUNG...

0


"Hanya menggertak anak-anak dan keluarga saya. Tindakan itu melampau, sudah melebih, berlaku tekanan kepada isteri dan anak saya. Mereka takut dan trauma. Macam kita ni penjenayah. Saya bukan pembunuh."

Begitulah luahan penulis blog, Pahang Daily Online, Mohd Shukri Mohd Ramli, kepada Malaysiakini akibat perbuatan fitnahnya terhadap Mohd Saiful. Anda boleh baca laporan penuhnya di S.I.N.I.

Des tidak mahu menyentuh mengenai perkara yang telah berlaku antara Saiful dan DSAI kerana kebenaran hanya diketahui antara mereka berdua dan Tuhan sahaja. Biarlah keputusan ditentukan oleh mahkamah dan diharap ianya dapat diterima semua.

Berbalik kepada Penulis blog Pahang Daily ini pula, perbuatannya yang cuba berbuat sesuatu yang sensasi memang amat memualkan serta jijik. Memanglah beliau bukan seorang pembunuh, tapi pastinya orang bijak pandai sepertinya faham erti, konsep dan kesan fitnah terhadap masyarakat.

Bukankah dosa memfitnah itu lebih dasyat dari seorang pembunuh. Andai beliau bukan seorang pembunuh sekalipun....kesan yang beliau berikan dari penulisan tersebut akan lebih dasyat dari membunuh seorang umat. Oleh yang demikian, dah pandai reka cerita, pandai juga la tanggungnya...tak kiralah kena serbu depan rumah pun kalau diri sendiri yang terlebih bijak membahayakan keluarga sendiri...Salahkan orang lain (polis)? Siapa yang mulakan dulu...?

DES: Berpesan kepada diri sendiri pada teman-teman blogger agar menulis apa yang benar serta telus. Biarpun jika ianya satu yang pahit, jika perlu diperbetulkan, wajib diperbetulkan. Jangan pula cuba mencipta sesuatu yang pahit kerana padahnya anda yang bakal menanggungnya...

http://www.pilihan-anda.blogspot.com/

Rabu, 11 Mac 2009

PAS = TAHI

0


Oleh: Ruang Bicara Faisal

Kenapa kau makan tahi Husam ? Tanya seorang ayah kepada anaknya.Maka jawab si anak kembali kepada ayahnya Mahfuz makan tahi ,jadi Husam pun makan samalah (ini hanya semata-mata dialog,tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati) Itulah perumpamaan yang boleh dikatakan kepada PAS pada hari ini.

Semakin hari semakin banyak kesilapan yang dilakukan oleh PAS kemudian dijawab UMNO yang buat dulu,kemudian PAS turut sama buat.

Terbaru hari ini Nik Aziz berkata isu derhaka kepada Raja dimulakan oleh UMNO,dan UMNO menjadi punca segala penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu pada hari ini. Persoalan saya adakah jika UMNO menderhaka kepada Raja,maka PAS pun turut sama ingin menderhaka kerana mengikut UMNO.Jadi apa bezanya UMNO dan PAS disini ? Selama ini PAS menjelajah ke segenap pelusuk desa dan kampung mendabik dada kononnya mereka lebih baik daripada UMNO,tetapi hari ini PAS turut sama melakukan ”kesilapan” yang dilakukan oleh UMNO.Adakah PAS cerdik dalam isu ini ?

Saya tidak mahu mengulas peristiwa UMNO dan Raja yang berlaku sebelum tahun 1993,kerana sebahagian kes tersebut berlaku pada masa saya masih belum lahir dan sebahagian pada zaman saya masih kanak-kanak .Saya belum faham lagi tentang apa perkara sebenar yang berlaku.Saya hanya boleh mengulas kes pada tahun 1993 sahaja,kerana pada masa itu saya sudah mula berjinak-jinak dengan politik.

Pepatah melayu ada berkata jangan biarkan diri kita dipatuk ular dua kali di tempat yang sama”.Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS pada hari ini berkata UMNO parti yang mula derhaka kepada Raja-Raja Melayu dengan meragut kuasa Raja pada 1993. Pada hari ini juga kesilapan menderhaka kepada Raja-Raja Melayu sebagai payung agama Islam sedang dilakukan oleh PAS.





Umno sekarang sudah mula bangkit memperbaiki kesilapan-kesilapan lalu setelah dilanda tsunami politik selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu.Kesilapan pertama kita boleh takrifkan sebagai pengajaran,kesilapan kedua, kesedaran dan kesilapan ke tiga UMNO bangkit memperbaiki segala kesilapan lalu.

Dewasa ini kita boleh lihat kesalahan dan kesilapan silam yang dilakukan oleh UMNO sedang diulangi oleh PAS sekarang.Dimana janji-janji PAS untuk memperbaiki segala kesilapan yang dilakukan oleh UMNO.Sebab itu kita boleh katakan PAS ini sebagai parti yang pembohong sepanjang hayatnya.

Adakah kerana Tan Sri Ghazali Jawi tidak mahu meletak jawatan ,maka si nizar pun tidak perlu meletak jawatan. Tetapi jawatan beliau telah gugur sekarang. Adakah kerana pemimpin UMNO Kelantan membuat satu demontrasi dan memorandum dihantar kepada Sultan Kelantan,maka PAS pun harus turut sama menahan kereta Raja Muda Perak di tengah jalan.Ini satu perkara ”kurang ajar” yang tak pernah dilakukan oleh UMNO.Menderhaka nya UMNO kepada Raja tidak sampai ke tahap itu,”derhaka” UMNO cara terhormat dan bersopan serta mematuhi arahan-arahan pasukan keselamatan.

Berbalik kepada kisah tahun 1993,PAS kena ingat siapa ”jaguh umno” pada masa itu selain Tun Dr Mahathir yang berlawan dengan Raja-Raja.Dimana orang itu sekarang ? Orang itu lah yang sedang dijilat oleh PAS sekarang.Melayu mudah lupa.....

Kerajaan pada masa itu tidak senang hati dengan sikap feudalisme beberapa orang Raja yang tidak menghayati dan menghormati Pindaan Perlembagaan 1983.Tun Dr Mahathir pada masa itu berpendapat jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera maka beliau risau akan berlaku lebih banyak kes tidak elok akan dilakukan oleh Raja-Raja,dan dengan sendiri rasa hormat rakyat kepada istana akan terhakis dan terus hilang.Maka kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk memelihara martabat Raja-Raja Melayu agar terus terpelihara dan sentiasa dihormati.

Kemuncak kepada krisis ini ialah apabila timbul ”kes hoki” di Johor pada 1992.Maaf ! saya tidak dapat ceritakan secara terbuka peristiwa tersebut disini,kerana saya berpendapat tidak molek bagi saya membangkitkan peristiwa yang sudah lepas serta kesilapan tersebut telah pun diperbetulkan dan kerana saya seorang yang menghormati serta menyanjungi intitusi Raja-Raja Melayu.

Sehubungan dengan itu pada 11.Dis.1992,kerajaan telah mengumumkan pindaan perlembagaan bagi menghadkan kekebalan Raja. Antara intipati yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir pada masa itu ialah

Bagi menghindarkan Raja-Raja daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang terhadap mereka. Menghadkan imuniti Raja-Raja di sisi undang-undang

Membenarkan Ahli Parlimen membahaskan isu Raja-Raja secara terbuka di Dewan Rakyat .

ASALKAN tidak mencadangkan penghapusan sistem Raja Tujuannya hanya satu pada waktu itu,iaitu untuk terus memelihara martabat Raja-Raja Melayu.Dengan boleh mendakwa Raja-Raja di mahkamah,atau membahaskan isu mereka di Dewan Rakyat ,maka sudah tentu Raja-Raja akan sentiasa menjaga tingkah laku mereka agar tidak diseret ke mahkamah atau dibahaskan di Dewan Rakyat yang sudah tentu akan mendapat liputan media dan seterusnya memalukan serta menghakis rasa hormat rakyat kepada mereka.Adakah ini yang dikatakan derhaka oleh PAS ?

Tun Dr Mahathir berkata,sebelum ini banyak berlaku insiden yang tidak diingini dilakukan oleh Raja.Beliau berkata ketiga-tiga PM sebelum beliau adalah penasihat kepada Raja-Raja pun pernah menegur Raja-Raja berkali-kali tetapi semua teguran itu tidak berkesan.Maka Tun Dr.Mahathir harus mengambil tindakan drastik bagi terus memelihara Intitusi Raja-Raja agar ianya terus dihormati.Akhirnya Parlimen telah meluluskan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 dengan majoriti dua per tiga dan ini segera diikuti dengan tindakan Kabinet membuat keputusan menarik balik segala kemudahan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu yang tidak terkandung dalam perlembagaan. Antara kandungan pindaan ini ialah,

Raja-Raja boleh didakwa di bawah undang-undang,tetapi mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Khas. supportLineBreakNewLineYang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Negeri dikehendaki berhenti daripada berfungsi apabila menghadapi tindakan undang-undang dan jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih daripada satu hari,mereka akan diturunkan takhta melainkan diampun.

Pada masa itu juga semua Negeri yang beraja turut sama meminda Perlembagaan Negeri masing –masing sama seperti Kerajaan Persekutuan,kecuali KELANTAN yang tidak memindanya kerana Sultan Kelantan pada masa itu lebih condong ke arah Kerajaan Angkatan Perpaduan Umah (APU) ,gabungan PAS dan S46 yang memerintah Kelantan ketika itu.Kononnya hendak membodek Sultan Kelantan supaya Sultan terus menyebelahi mereka dan memberi keuntungan politik kepada PAS. Pada waktu itu juga hiruk pikuk seluruh Negara pemimpin PAS menjaja cerita , kononnya UMNO menderhaka kepada Raja dengan meminda perlembagaan. Allah maha adil dan maha kaya, nah ! sekarang ambil kau , giliran UMNO pulak menjaja yang PAS menderhaka kepada Raja dalam krisis politik di Perak.

Sehingga ke saat ini hanya Kelantan sahaja negeri yang belum meminda Perlembagaan tersebut. Tetapi Kerajaan Kelantan cuba memindanya,kerana pada masa itu mereka mempunyai hubungan yang dingin dengan Istana Kelantan.Jika tidak silap saya pindaan itu cuba dilakukan diantara tahun 1997-2002.(maaf,saya tak ingat dengan tepat,dan tiada rujukan fakta,tapi saya masih ingat kes tersebut,jika ada sahabat yang ada fakta tersebut mohon e mail kepada saya)

Kenapa saya masih ingat kes tersebut ? kerana pada masa tersebut rakyat Kelantan sibuk bercakap ”ha ! pade muko, dulu ore pinda mu tokse pinda,la nih baru serabut nak pinda” (ha ! padan muka,dulu orang pinda,kamu tak nak pinda,sekarang baru kelam-kabut nak pinda).

Tetapi rang undang-undang tersebut tidak berjaya dipinda kerana tidak mendapat perkenan Istana. Ianya diluluskan di DUN Kelantan,tapi Sultan Kelantan tidak tandatangan lagi sehingga sekarang.Saya juga difahamkan di waktu itu kesemua Adun-adun PAS Kelantan dikurung di JKR 10 untuk ”dicuci otak” agar menyokong pindaan tersebut. Pada masa itu Kerajaan PAS Kelantan tidak berpuashati dengan campurtangan Istana berhubung beberapa perkara,termasuk perlantikan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri.Sebab itu sampai sekarang perlantikan Pegawai-Pegawai kanan Kerajaan Negeri ,seperti SUK,Pegawai Kewangan Negeri dll masih lagi di bawah kuasa Sultan Kelantan.

Berbalik kepada kisah Pindaan Perlembagaan 1993.Buktinya boleh dilihat dengan jelas daripada 1993 hingga sekarang tidak ada satu kes , yang memalukan berkenaan dengan Raja yang dibawah ke mahkamah atau Dewan Rakyat ,kecuali kes Almarhum bekas Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan lawan Standard Chatered Bank.Itu pun kes sivil,bukannya kes salah guna kuasa atau jenayah. Bermula daripada situlah intitusi Raja terus dihormati hingga kini,kecuali oleh PAS dalam kes Perak baru-baru ini.

Saya tidak nafikan dalam menghadapi kemelut besar seperti ini pada 1993,sudah tentu akan ada kenyataan atau ayat-ayat yang boleh melukakan hati Raja-Raja.Sebagai contoh pada 15.Jan.1993,Naib Presiden Umno pada masa itu ANWAR BIN IBRAHIM telah memberi amaran kepada Raja-Raja Melayu,bahawa Kabinet akan menimbang untuk mengadakan satu pungutan suara jika Raja-Raja Melayu gagal memberi persetujuan berhubung dengan Pindaaan Perlembagaan tersebut.Disini PAS boleh lihat dengan jelas siapa yang turut sama ”menderhaka” kepada Raja pada masa itu.Harap PAS tidak butakan mata dan hati dengan fakta ini.
Melayu mudah lupa..

Tun Dr.Mahathir akhirnya dapat memastikan rakyat mendapat perlindungan undang-undang daripada sebarang penyalahgunaan kedudukan Raja-Raja dan memberikan makna lebih jelas dan tepat kepada konsep Raja Perlembagaan.Tiga Perdana Menteri yang lalu sebelum Tun Dr.Mahathir telah mencuba tetapi hanya Tun Dr.Mahathir yang dapat menyempurnakannya.Inilah kehebatan seorang yang bernama Mahathir.Adakah apa yang dilakukan oleh Tun Dr.Mahathir ini penderhakaan ? Tidak ! tentu jawabnya tidak,tidak dan tidak.

Sekali lagi saya ulangi ayat Allah maha adil dan maha kaya.Dulu siang malam PAS berceramah seluruh Negara kononnya UMNO dan BN ”kafir” kerana bergabung dengan MCA,MIC,Gerakan,dll.Sekarang PAS pun turut ”kafir” kerana bergabung dengan DAP serta PKR yang bukan parti Melayu. Dan yang paling ”sedapnya” PAS pun dah jadi parti pelbagai kaum sekarang.Syarat menyertai PAS mesti beragama islam tidak diperlukan lagi,kerana PAS sudah bertukar menjadi ”PAS FOR ALL” .Sekarang orang bukan islam sudah boleh menjadi ahli PAS malah boleh menjadi calon PAS lagi.(di Johor dalam pru 2008).Pas sekarang sudah sebaris dengan DAP,PKR,Gerakan dan PPP.

Dulu PAS sering mendabik dada kononnya BN tidak pandai mentadbir Negara dan Negeri ,kononnya mereka lebih pandai,sekarang lima Negeri dalam tangan mereka.Opssss ,maaf,sudah berkurang satu di Perak (terlupa pula).Tengok apa jadi kepada semua Negeri-Negeri tersebut ? Penuh konstrovesi dan masalah.Kelantan sendiri sudah 18 tahun diperintah oleh PAS. Apa yang boleh dibanggakan di Kelantan 18 tahun.Negeri tak ubah seperti di Negara Kemboja.Jika tiada bantuan Kerajaan Pusat sudah lama Kerajaan tersebut jatuh menyembah bumi.Masalah air pun sampai sekarang tidak dapat diatasi.Setakat buat gimik papan-papan tanda Al-Quran di tepi jalan sahaja.

Satu saja yang saya dapat berikan kepada Kerajaan PAS Kelantan iaitu,ptuiiiiiiiiiii.Hanya ludahan air liur saja yang layak diberikan kepada mereka.

Dulu PAS mengatakan pemimpin BN tidak bermoral,sekarang mereka dan rakan-rakan mereka pun turut sama tidak bermoral,ada kes gambar bogel,ada kes liwat,ada kes anak luar nikah,anak kes tangkap khalwat,ada kes rasuah dan ada kes berkahwin rakyat Kemboja dan bercerai.

Dulu siang malam berceramah mengutuk Kerajaan BN kononnya membenarkan kilang arak dibina di Selangor.Besok sudah genap setahun PAS berkongsi kuasa dengan rakan-rakan mereka di Selangor,tetapi kilang arak masih berdiri megah disana.Adakah kilang arak tersebut perbaharui lesen mereka lima tahun sekali ? Tidak,lesen diperbarui setahun sekali oleh PBT.Tapi kenapa mereka masih sambung lagi lesen kilang arak tersebut ? Tak mungkin daripada 8.Mac.2008 hingga 8.Mac.2009 lesen kilang arak tersebut belum tamat tempoh lagi.

Daripada dulu sehingga sekarang kerja PAS ini hanya menipu sepanjang masa,cakap tak serupa bikin. Bikin tak serupa cakap. Cakap-cakap-cakap,tak bikin-bikin.Lidah segelintir pemimpin dan orang-orang PAS ini adalah ”lidah syaitan”.Sebab itu mereka berceramah selalu bohong dan meraung sekuat hati kerana mulut mereka ”penuh syaitan”.Dalam soal ini orang-orang PAS tak boleh salahkan saya kerana Nik Aziz sendiri mengakui mereka berkawan dengan Syaitan,sebab tu mereka jadi Syaitan.

Saya tidak tuju kepada semua pemimpin atau orang-orang PAS,tetapi kepada segelintir mereka.Saya juga tidak ”menghina tok guru” (kepercayaan karut) kerana tok guru tetap tok guru ,tetapi orang politik adalah orang politik.Dua perkara yang berbeza.Saya juga hormat kepada ilmu-ilmu agama yang ada pada semua orang,tak kira PAS atau UMNO,tetapi tidak menghormati orang yang menyalahguna ilmu agama untuk kepentingan politik

Beza PAS dan Umno seperti berikut:

PAS MENGGUNAKAN AGAMA DAN BANGSA DEMI KEPENTINGAN POLITIK

UMNO MENGGUNAKAN POLITIK UNTUK KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA.

Tidak perlulah PAS kelentong kononnya perjuangan UMNO adalah perjuangan Kebangsaaan dan perjuangan PAS adalah perjuangan Islam,kerana untuk menguatkan sesebuah agama maka bangsa itu perlu diperkuatkan terlebih dahulu.

Tidak perlulah PAS hendak menjaja cerita kononnya mereka ulama pewaris Nabi dan berpolitik cara Nabi Muhammad.Bohong ! Tak payah nak mencemarkan kesucian Nabi Muhammad dan menggunakan nama baginda untuk kepentingan politik PAS.Saya cabar orang –orang PAS sebut satu nama parti politik zaman Rasulullah.Tiada memang tiada.Jadi PAS tak perlu nak menyamakan taraf poltik mereka mengikut Rasulullah.Baginda tidak berperang sesama islam seperti mana yang dilakukan oleh PAS terhadap UMNO dulu dan sekarang.

Nabi Muhammad tidak berpolitik wahai orang-orang PAS.Baginda berdakwah mengajak seluruh kaum yang menyembah berhala dan api supaya tunduk dan menyembah ALLAH S.W.T.Baginda juga menyebarkan syiar-syiar islam kepada orang-orang jahiliah.Baginda mengajak orang-orang kafir memeluk islam.Tidak seperti PAS yang MENGKAFIRKAN orang – orang yang memang sudah islam tetapi tidak menyokong parti politik mereka.

Ternyata UMNO dan BN lebih baik daripada PAS dan Pakatannya.Tiada apa yang boleh kita banggakan dengan PAS.Jika UMNO sudah bangkit memperbaiki segala kesilapan silam,mengapa kita harus memberi peluang kepada PAS yang sedang mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh UMNO.Tidak tahu berapa puluh tahun lagi barulah PAS hendak bangun memperbaiki kesilapan mereka.Selama ini rakyat memilih PAS dengan harapan PAS tidak melakukan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO kerana PAS sering mendabik dada kononnya mereka lebih baik daripada UMNO.Tapi nampaknya rakyat hampa dengan janji-janji PAS.Semuanya omongan kosong.Ibarat tin yang diketuk dengan besi,bunyi bising bagai nak rak,tapi isi kosong.Itulah perwatakan PAS yang sebenar.Dan segalanya telah terbukti hari ini apabila rakyat tegur kesilapan PAS,maka jawapan bodoh PAS adalah UMNO buat juga.

Samalah seperti dialog yang saya beri seperti pembuka bicara ini di atas.Itulah wajah bodoh PAS.Oleh itu saya seru kepada sahabat semua,marilah kita semua bersatu di bawah panji-panji UMNO dan BN.Sesungguhnya tiada parti lain yang dapat membawa suara kita,hanya UMNO dan BN sahaja.Saya akui ada juga perkara-perkara yang tidak betul di dalam UMNO,dan UMNO cuba untuk berubah,dan kita harus memberi peluang kepada UMNO.

Umno bukannya bodoh seperti PAS yang terus-menerus membuat apa yang rakyat tidak suka seperti yang dibuat oleh UMNO dahulu.Lagi satu tiada pun pemimpin-pemimpin PAS ini yang berkaliber dan mampu membawa Negara kita maju ke depan.Pemimpin-pemimpin PAS hanya pemimpin yang pandai bercakap atau lebih tepat seperti yang saya kata di atas tadi iaitu tin kosong.Seandainya kita diperintah oleh PAS maka negara kita berundur balik 30 tahun ke belakang.Sekarang pun sahabat sekalian boleh melihat dengan jelas kualiti Adun-Adun atau Ahli-Ahli Parlimen PAS dan BN.Kualitinya jauh berbeza.Mana yang lebih ”standard”.? Tepuk dada tanya selera.
Sebagai penutup kepada bicara ini,marilah kita bersama merenung kembali sikap-sikap PAS selama ini.PAS puncanya perpecahan umat islam di bumi Malaysia ini.Di mana ada PAS disitu pasti ada perpecahan masyarakat.Kerja memecah belah manusia ni kerja syaitan sahaja dan PAS pun memang berkawan dengan syaitan.

Sahabat buatlah lah tafsiran sendiri

http://faisalrohban.blogspot.com/2009/03/pas-makan-tahi.html

Selasa, 10 Mac 2009

Syed Hamid… mutiara yang ‘sukar’ diterima

0


Oleh Pemerhati Alam

BILA Datuk Seri Syed Hamid Albar Tan Sri Syed Jaafar Albar turut menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden Umno, tidak ramai yang memberi komen. Ini kerana rata-rata ahli Umno tahu bahawa Menteri Dalam Negeri dan Ahli MT Umno ini memang layak, malahan, jauh lebih baik jika dibandingkan dari tujuh saingannya.
Mengatakan Syed Hamid terbaik, agak keterlaluan tetapi disebabkan tokoh ini ibarat ‘mutiara yang bergemelapan’ usaha memudarkan namanya dibuat dari pelbagai sudut. Yang pasti, rakan-rakan dan anak buahnya dari bahagiannya sendiri, Kota Tinggi cuba sedaya upaya memalukannya.

Namun, Syed Hamid adalah pejuang. Segala bentuk halangan dan rintangan sudah pernah ditempuhnya. Malahan, beliau pernah bertanding melawan Anwar Ibrahim bagi jawatan Ketua Pemuda, sedangkan ketika itu, langkahnya berlawan dengan Anwar dianggap ‘salah’. Bliau pernah sekali menarik diri untuk bersaing dengan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bagi jawatan yang sama dalam tahun 1993 demi perpaduan Umno. Dalam kes ini, Syed Hamid meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan dirinya!
Apalah sangat gangguan yang diterimanya di Kota Tinggi jika dibandingkan dengan tekanan yang beliau hadapi di peringkat Pusat? Malahan, silat dan kuntau yang disaksikannya di Kota Tinggi hanyalah satu ‘tarian naga’ yang bising gendangnya tetapi tidak langsung membahayakan keselamatan politiknya.

Satu kelemahan Syed Hamid, bila beliau menolong kawan-kawan beliau tidak menghebohkannya. Maka, kawan-kawan yang sudah ‘dapat darinya’ mendiamkan diri dan mereka yang bising sebenarnya sudah pernah ‘dapat’ tetapi tidak pernah puas. Kebanyakkan kawan-kawannya jenis makan kawan. Ketika Syed Hamid suka makan berkawan, tetapi kawan-kawannya jenis makan kawan. Kata orang makan berkawan tapi jangan makan kawan. Syed Hamid sedar semua ini tetapi, sebagai orang yang penuh pengetahuan agama, mana mungkin beliau bertindak balas, jauh sekali berdendam.

Memaafkan kesilapan kawan-kawan menjadi amalannya menyebabkan beliau tidak digemari kawan yang lain. Memaafkan si A menyebabkan si B menjauhkan diri. Memaafkan si C menyebabkan si D memusuhinya. Ketika Syed Hamid berusaha menambah kawan-kawan, ramai pula kawan-kawan yang rapat dengannya mencemburuinya.

Bukan ramai tokoh apabila menang bertanding dalam pilihan raya, terus diberikan kerusi Menteri. Syed Hamid salah seorang darinya. Ketika menang buat pertama kali di Parlimen Kota Tinggi, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri ketika itu memberi kepercayaan kepadanya menjadi Menteri di dua Kementerian. Beliau menjadi Menteri di JPM dan Menteri Undang-Undang. Mustahil Dr. Mahathir melantik ‘orang yang tidak layak’ mengemudikan dua kementerian sekaligus.





Dari segi senioriti, Syed Hamid adalah Menteri yang paling senior sekarang dalam Kabinet. Jika kita melihat foto susunan Kabinet, jelas selepas Tan Sri Bernard Giluk Dompok (kerana beliau Presiden sebuah parti komponen BN) ialah Syed Hamid. Jika kerana senioriti melayakkan seseorang Menteri dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, orangnya ialah Syed Hamid.

Apabila beliau menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden, perwakilan Umno kenalah ‘memberi perhatian’ kerana senioriti dan kebolehannya. Syed Hamid bukan baru setahun dua menjadi Menteri. Syed Hamid bukan baru satu dua Kementerian beliau menjadi Menteri.

Selain dari pengalaman yang sama dengan pengalaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui beberapa Kementerian yang dilaluinya termasuk Jabatan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Luar dan Menteri Dalam Negeri, membuktikan Syed Hamid jika diberi kepercayaan, beliau akan mengalasnya dengan penuh tanggungjawab dan berintergriti.

Itulah sebabnya, ada ura-ura Timbalan Menteri yang terlibat dengan dakwaan ‘menceroboh bilik mayat’ bercadang menyaman Syed Hamid yang dianggap membuat tuduhan palsu terhadapnya tetapi, dari satu sudut lain, Syed Hamid tidak pernah takut atau lemah menjalankan tugasnya.

Malahan, dalam banyak isu beliau tidak teragak-agak untuk berdepan dengan sesiapa sahaja yang cuba mencabar polis. Pada suatu ketika, banyak pihak beranggapan jika bukan Syed Hamid menjadi Menteri Dalam Negeri ketika keadaan politik negara begitu gawat, situasi mungkin lebih teruk lagi.

Cuma, banyak pihak mengharapkan Syed Hamid dapat mengarahkan pegawai-pegawainya di KDN supaya lebih teliti terhadap permit-permit penerbitan yang dikeluarkan kepada syarikat-syarika individu dipajakkan kepada parti pembangkang atau kepada syarikat yang ‘menjadi milik parti pembangkang’.

Kata mereka, keadaan sekarang memerlukan pegawai-pegawai KDN yang lebih faham dan tahu tanggungjawab mereka, mengawal media cetak yang disalahgunakan pihak-pihak tertentu demi mendapatkan wang mudah dan membenarkan permit penerbitan mereka digunakan untuk tujuan memburuk-burukkan kerajaan dan Umno.

Ketika banyak pihak bertanya, bagaimana harus memilih tiga calon Naib Presiden dari Johor iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd Khalid Nordin dan Syed Hamid, ada pihak mendakwa, Syed Hamid berada di kedudukan yang berbeza dengan dua calon senegerinya.

Jesteru, mereka yang ingin melihat Umno memerlukan seseorang tokoh berwibawa dan tegas dalam berdepan dengan pelbagai isu perkauman yang mendesak, Syed Hamid perlu ditabalkan di kerusi nombor tiga dalam hirerki kepimpinan Umno itu.

Menurut mereka, masa untuk calon-calon muda mencuba nasib di pertandingan penggal hadapan masih ada dan tidak sebab mengapa mereka perlu gopoh untuk duduk di kerusi Naib Presiden, sebaliknya membuka laluan kepada tokoh seperti Syed Hamid, bukan sahaja atas faktor usianya malahan pengalamannya menjadi Menteri di pelbagai Kementerian.

Isnin, 2 Mac 2009

PAS Ibarat layang-layang terputus talinya

0


Jangan lihat dari dalam tempurung, lihatlah dari mata burung, kata M.Nasir. Dan burung melihat dari atas bumi. Ada juga burung mampu terbang sampai ke angkasaraya. Kata mereka itulah burung cenderawasih. Burung azimat. Manakala burung ababil juga adalah haiwan ajaib yang datang menolong tentera Islam menumpaskan tentera Abrahah bergajah.

Pada 6 Feb 2009, Zambry Abd Kadir telah mengangkat sumpah sebagai MB Perak. Maka di kala dan saat itu lengkaplah ketumbangan Kerajaan DAP-Pakatan di Perak. Dua hari sebelumnya, Kerajaan itu tumbang secara de jure nya.

Lambang PAS kini telah menjadi Wau. Wau Bulan. Diterbangkan megah ke langit biru. Bila angin kuat menderu, maka bergemalah bunyi dengungnya. Salah seorang pemain wau tersebut ialah Nizar. Nizar anak Jamaludin. Seorang Cino Melayu. Ahli dan pemimpin PAS. Tatkala wau bulannya semakin gah di udarakasa sana, tiba-tiba... terputus talinya. Nizar yang tadinya terlalu angkuh, megah dan sombong bondong dengan kemegahan waunya, tersipu mutlak. Nizar bingung seketika. Waunya terputus tali.

Para-penonton yang sibuk menyokong Nizar tergamam. Benar atau mimpi ini semua? Wau Nizar sudah terputus talinya. Terputus talinya. Angin di atas sana meribut ganas. Wau terhayang-hayung. Sekejap ke atas, sekejap mengereng ke bawah. Dan wau makin lemah tanpa tali pegangan Nizar. "Lambang Hijau Bulan sudah hampir junam!", jerit seorang penyokong.

Manakala, layang-layang kecil mainan si Zambry semakin naik ke atas. Talinya juga semakin lentok membelai arah tuju layang-layangnya. Lambang Dacing Keadilan semakin terpesona di langit sana. Biru pekat yang tersemat di biru muda langit biru itu.

Zambry semakin tekun memandu layang-layangnya. Manakala Nizar sudah merah padam mukanya. Wau Bulan semakin menjunam. Menuju ke pokok besar lalu tersangkutlah ke dahannya.

Lalu Muftipun membacakan Surah An Nasr kepada semua rakyat Perak yang sedang dizalimi Kerajaan Dikatator Nga Ngeh yang mana pemimpin bonekanya Nie-zha. Beginilah mafhumnya.

Apabila telah datang PERTOLONGAN ALLAH dan KEMENANGAN. Dan kamu lihat MANUSIA MASUK AGAMA ALLAH - berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan MEMUJI TUHANMU dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat.

Penyokong Kerajaan Komunis Kejamis sudah menjadi huru-hara tingkah laku mereka. Lalu disumpah menjadi lembu-lembu dan berbaringlah mereka di atas jalanan. Ada yang disumpah menjadi beruk mak nyeh terkinja-kinja melompat-lompat. Kuala kangsar menjadi saksi manusia berwajah lembu dan beruk tersebut.

Seorang wanita bernama Lolo dilihat terlalu lolo yoyo pada hari tersebut. Cemarlah nilai keprofessionalisme seorang insan. Dihinakan dan terhina. Hari ini ramai yang telah menjadi OKT di Mahkamah Kuala Kangsar . Si Pesalah Jenayah. Berperangai seperti Abu Lahab pelahap. Gelojoh! Aduh siPiang Kontang! Sebagaimana kisah di dalam Surah Al Fil, di mana mereka bagai dilempari batu-batu berapi. Lalu jadilah mereka seperti DAUN-DAUN yang DIMAKAN ULAT.

Wau Nizar tersangkut di dahan pokok besar tadi. Nizar terus memanjat pokok untuk mengambil waunya. Malang seribu kali malang. Ketika menarik Wau tersebut, kaki Nizar tergelincir. Wau pun koyak rabak dan Nizar tersungkur ke tanah. Nizar! Nizar! Nizar! Semakin halus suara jerita itu dalam gegendang telinganya. Semakin sayu dan akhirnya Nizar pengsang... Ambulan datang membawanya ke hospital.

Suatu pagi Nizar terjaga. Dia sedang mengadakan Mesyuarat Exconya. Dia sungguh berbangga kerana berjaya merampas kembali Kerajaan Perak. Wah aku sekarang seorang MB. Mana Toyota Camry ku tolong ambilkan. Tiba-tiba loceng berbunyi. Waktu makan sekarang! Nizar pun berjalan ke Dewan Makan. Di atas papantanda itu tertulis besar DEWAN MAKAN HOSPITAL BAHAGIA, TANJUNG RAMBUTAN. Allah Maha Besar. Allahu Akbar!

Anwar disanjung oleh Majlis Gereja!

0


Sebagai pembuka ayat dalam Church Times, yang ditulis pada 14 March, 2008 Peter Riddell mengatakan "Pilihan raya ke-12 itu telah melemahkan Islamisasi di Malaysia". Peter Riddell atau nama sebenar Dr Peter G. Riddell, adalah Profesor dan Dekan di Pusat Kajian Islam & Kepercayaan-kepercayaan Lain di Kolej Kitab Bible Victoria, di Australia.

Kata-kata pembuka bicara profesor Kristian itu ditulis dalam artikel bertajuk "Satu titik perubahan untuk Malaysia" (A watershed for Malaysia) sebagai mengulas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dalam PRU 12 Mac lalu.

Dakwa Peter Riddell; Kemenangan itu didorong oleh rasa tidak puas hati rakyat Malaysia yang berbilang agama dengan dasar kerajaan. Minoriti agama lain, yang mempunyai 40 peratus undi telah menyuarakan protes. Komuniti Kristian, yang menyumbang sembilan peratus undi telah dilayan secara tidak adil dengan dakwaan kerajaan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Tulis Peter Riddell lagi; Pihak berkuasa Islam di Malaysia telah mengharamkan penggunaan perkataan "Allah" untuk penganut Kristian dalam sembahyang dan penerbitan-penerbitan mereka. Masyarakat Kristian di Malaysia berhujah perkataan "God" itu merujuk kepada "Allah" jika diterjemah Kitab Bible ke Bahasa Melayu.

Dakwa penulis itu lagi, dasar-dasar ketidakadilan kerajaan dalam pembahagian ekonomi menyebabkan penganut agama Hindu dan Buddha di Malaysia telah bersama-sama menyuarakan bantahan. Akibat perobohan kuil-kuil, beribu-ribu penganut Hindu telah berdemonstrasi di jalan-jalan ibu kota pada November lalu.

Penulis itu merumuskan kejayaan besar PR di Malaysia kerana faktor Anwar Ibrahim yang memiliki karisma tinggi. Anwar Ibrahim yang membawa imej Islam Moderat dalam partinya (PKR) telah berjaya menyatukan pembangkang dan dalam masa sama PKR menumpukan sepenuh perhatian kepada pengundi bukan Islam.

Hasilnya PKR berjaya menghantar 31 wakil di parlimen dan menjadi rakan kongsi senior dalam kerajaan campuran di tiga negeri yang dimenangi oleh PR.



Tulisnya lagi, Golongan bukan Islam sangat gembira dengan keputusan itu berasaskan beberapa faktor. Pertama, tiada lagi dominasi Islam kerana PAS juga termasuk dalam PR yang bersedia menggugurkan konsep "Negara Islam" diganti dengan "Negara Kebajikan". Kedua, tiada lagi perlumbaan menjadi jaguh agama dalam PR tetapi diganti dengan sifat pluralist dan Islam-friendly kerana diketuai oleh PKR yang bercakap kepelbagaian etnik dan persamaan pelbagai agama.

Anwar Ibrahim pula berkata; "Orang ramai telah mengundi dengan tegas untuk satu era baru di Malaysia, di mana kerajaan mesti benar-benar menyeluruh, dan mengiktiraf semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, budaya atau agama, kerana mereka adalah sebuah negara bangsa Malaysia."

Menyentuh mengenai PAS, profesor Kristian itu menulis seperti berikut; Golongan lama PAS, yang diwakili oleh Mursyidul Am, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah dipaksa menyebut dalam syarat-syarat serupa dan mengisytiharkan: "Kita akan menghampiri kemenangan daripada satu sudut pandangan Islam, dan ini bermaksud semua orang adalah sama rata. Semua adalah bersaudara. Sepatutnya tiada lagi pembahagian rakyat berasakan perkauman."

Mengapa Anwar terkenal dalam masyarakat Kristian?

Nama Anwar Ibrahim bukanlah asing kepada Dr Peter G. Riddell, Profesor di Pusat Kajian Islam Kolej Kitab Bible Victoria, Australia itu kerana sebelum ini, pada tahun 2006, Anwar pernah menghadiri dailog antara agama anjuran Majlis Gereja-gereja Victorian, di Australia.

Rev Dr Duncan Reid dari Majlis Gereja-gereja Victorian menulis laporan mengenai ucapan Anwar dalam majlis itu.

Tulisnya, Anwar memberitahu, sepanjang tempohnya, 6 tahun di penjara, beliau bukan hanya menghafal surah-surah dalam Al-Quran, tetapi juga membaca kitab Shakespere sebanyak empat kali setengah, "dan jika Perdana Menteri membenarkan saya tinggal dipenjara untuk tempoh 6 bulan lagi, jumlah tersebut akan menjadi lima kali".

Dakwa Anwar, "Mengapa tidak kita sebagai Muslim, Kristian, Hindu dan Buddha menjadi lebih matang? Ini adalah lebih dari dialog kepercayaan antara agama yang merangkumi nilai dan budaya, malah mengenai manusia secara menyeluruh. Konsep utama bukan setakat tolak ansur, tetapi bagaimana untuk mengetahui, memahami dan menghargai antara satu sama lain, termasuk kepercayaan masing-masing."

Semasa Anwar Ibrahim diwawancara oleh majalah Aliran Monthly, pada 5 Jun 2007, beliau secara tegas mengatakan hanya dengan IFC (Interfaith Council) dapat mewujudkan keharmonian antara agama.

Kata Anwar, "Kita mesti bergerak ke arah itu (IFC). Tiada pilihan. Bagaimana, dalam apa bentuk sekalipun, untuk mendapatkan kumpulan yang lebih mesra mestilah bermula daripada perbincangan - itulah yang telah saya usaha dengan dialog di kalangan Muslim. Saya tidak tahu sama ada anda melihat bahagian dalam resolusi di mana isu komitmen kepada demokrasi dan kebebasan bersuara dipersetujui oleh semua pihak. Atau isu toleransi dan bagaimana ia diikat dengan urus tadbir dan tanggungjawab. Ini adalah isu-isu yang lebih luas, kita perlu mempunyai komitmen yang bersatu".



Terence Netto menulis di Malaysiakini pada 2 Februari 2008, mengenai pertemuan tertutup Anwar Ibrahim dengan 200 paderi dan aktivis Kristian dari Persekutuan Kristian Malaysia di Petaling Jaya, menjelangnya saat-saat akhir PRU 12.

Kehadiran Anwar dan wan Azizah sebagai tetamu jemputan Ketua Biskop Kristian Murphy Pakiam pada 25 Disember 2007, di Rumah Terbuka anjuran Christian Federation of Malaysia di Bukit Nanas, dilihat sebagai satu gambaran positif kepada penganut agama Kristian di Malaysia.

Kunjungan balas, wakil Persekutuan Kristian Malaysia mengunjungi Rumah Terbuka Anwar sempena hari raya aidilfitri.

Pertemuan tertutup ini ekoran daripada kunjungan Anwar dan Azizah sebagai tetamu jemputan Majlis Rumah Terbuka Perayaan Christmas, Catholic Archbishop Murphy Pakiam yang dianjurkan oleh Christian Federation of Malaysia pada 25 Disember 2007.

Dalam pertemuan itu Anwar telah berjanji empat perkara utama kepada masyarakat Kristian.

Pertama : Walaupun beliau beragama Islam, tetapi pegangan Islam beliau bukan penghalang kepada pembelaannya untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang bebas dan demokratik serta berpegang teguh kepada Perlembagaan Merdeka.

Kedua : PKR akan menjadi 'orang tengah' untuk menuetralkan sekularisma yang didukung oleh Democratic Action Party(DAP) dengan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Manakala dasar PKR secara tegas menolak Negara Islam.

Ketiga : Sekiranya PR membentuk kerajaan, penganut Kristian Malaysia boleh dibenarkan menggunakan perkataan 'Allah' kerana rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi.

Keempat : Mahkamah Syariah hanya terhad kepada muslim sahaja khusus dalam Undang-undang Keluarga Islam dan pewarisan tetapi Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa ke atas masyarakat bukan Islam.

Sebenarnya hubungan baik Anwar dengan Kristian bukanlah sesuatu yang asing. Pada tahun 1990-an, beliau pernah dianugerahkah ijazah kedoktoran kehormatan oleh sebuah universiti Kristian di Filifina iaitu Ateneo de Manila University dan anugerah presiden oleh Universiti Kristian Amerika, Georgetown University.

Selepas dibebaskan dari penjara Malaysia, Anwar telah berhijrah ke Amerika dan menjadi pensyarah pelawat di Pusat Persefahaman Muslim dan Kristian, Universiti Georgetown di bawah seliaan gurunya John Esposito.

Pada tahun 2007, semasa di Amerika, Anwar merupakan salah seorang aktivis Muslim yang menandatangani surat kepada Pemimpin-pemimpin Kristian seluruh dunia meminta diadakan perdamaian dan persefahaman. Surat itu dinamakan "A Common Word Between Us and You".

Suara Politik
Taminsari