Sabtu, 28 Februari 2009

Perkiraan hak Melayu dan Pribumi tiada lagi untuk biasiswa JPA?

1


Dua minggu lepas, sebuah berita tersiar di suratkhabar The Star, kepunyaan MCA memetik Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan menyatakan persetujuan biasiswa JPA dianugerahkan hanya berdasarkan merit dan kedudukkan kewangan keluarga.

Kenyataan ini dilapor dibuat selepas suatu perjumpaan dan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin MCA, ketua-ketua masyarakat India, dan etnik Sabah dan Sarawak.

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, ini adalah kata sepakat yang dicapai dalam perjumpaan ini dan ianya akan dibincangkan dalan mesyuarat Kabinet. Kriteria keputusan baik dan pendapatan keluarga yang rendah perlu diperketatkan.

Katanya lagi, inilah cara untuk memastikan lebih ramai kaum Cina menyertai perkhidmatan kerajaan.

Berita sepenuh seperti berikut:


Merit, income criteria for PSD scholarship

The Star, Friday February 13, 2009

By ROYCE CHEAH

SERDANG: Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan has agreed that the Public Service Department scholarship should be awarded based only on merit and household income, after discussions with MCA leaders and community heads.

MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat said consensus was reached at a recent meeting and that the idea would be brought to the Cabinet for further discussion.

The other leaders involved in the move were from the Indian and Sabah and Sarawak ethnic communities.

“The consensus reached also included the fact that students who qualify for the scholarships will be eligible not only for overseas study but also for local universities.”

The proposed criteria to select students based on good results and low household income ought to be strictly adhered to, Ong said at the Serdang MCA Chinese New Year open house last night which was attended by top MCA leaders such as secretary-general Datuk Wong Foon Meng, vice-presidents Datuk Seri Liow Tiong Lai and Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, and Youth chief Datuk Wee Ka Siong.

Ong also said that MCA’s goal to see more Chinese civil servants would be realised soon.

“We cannot expect this to happen overnight but I assure you that proper steps will be taken,” he said.

Laporan ini menimbulkan pelbagai persoalan. Jika hanya merit dan kedudukkan kewangan saja diambilkira, maka hak orang-orang Melayu dan Pribumi telah tidak ambilkira. Mana ceritanya laungan mempertahankan "Ketuanan Melayu" dan "Sosial Kontrak"?

Kemudahan biasiswa untuk menyambung belajar bagi orang-orang Melayu dan kaum-kaum Pribumi etnik Sabah dan Sarawak adalah perkara-perkara yang jelas terjamin dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutan mengenai hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Pribumi lain.

Pihak berkuasa dalam hal ini adalah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu.

Suatu yang jelas adalah sebarang penarikkan balik hak-hak keistimewaan Melayu perlu mendapat perkenan Raja-Raja Melayu, samada dipersetujui oleh Agong atau diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu.

Itu prinsip yang mungkin sekali telah diambilmudah oleh pihak-pihak kerajaan Persekutuan atau Negeri sebelum ini atau dianggap tidak perlu berikutan tanggapan Raja perlu mengikut nasihat eksekutif.

Pendirian dan kenyataan terbuka yang dilaporkan telah dibuat oleh KSN dan pemimpin-pemimpin MCA adalah seolah-olah mengetepikan kuasa Raja dalam melindungi hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Pribumi lain.

Selain memperlecehkan martabat dan kuasa Raja dalam perihal ini, pendirian terbuka ini adalah suatu ketidak hormatan kepada Institusi Raja-Raja Melayu dimana terletak kesinambunagan kedaulatan dan sejarah negara ini.

Sayugia diingatkan keistimewaan mendapat biasiswa adalah perkara yang sudah dipersetujui oleh semua rakyat Malaya dan Malaysia semasa persejutuan kemerdekaan Malaya, pembentukan Malaysia dan pemberiaan kerakyatan pada tahun-tahun sebelum Merdeka. Artikel ini tidak boleh diubah melainkan dengan persetujuan Raja-Raja Melayu.

Ini adalah perkara pokok yang tidak boleh diambilmudah dan main langgar saja oleh mana-mana pihak. Sudahlah sebelum ini kerajaan ada memberi perseutujuan kuota 55:45 untuk Bumiputera: Bukan Bumiputera dan kini tak ambil kira langsung hak Bumiputera.

Dalam perkara ini, KSN tidak ada kuasa rasmi untuk membuat keputusan dan menyatakan pendirian sedemikian rupa mengenai perkara-perkara polisi tanpa kelulusan Mesyuarat Kabinet.

Yang anihnya, kenapa orang dan pemimpin Melayu berdiam?

Adakah kita sudah termakan dengan helah Ong Tee Keat kononnya dengan diberi biasiswa orang-orang Cina akan berterima kasih dan lebih ramai akan bersedia bekerja perkhidmatan kerajaan?

Orang Melayu berkhidmat dalam kerajaan kerana tradisi kewujudan Melayu dalam kerajaan. Selain itu, itu saja peluang pekerjaan yang mudah untuk orang Melayu perolehi pekerajaan. Peluang dalam swasta lebih terbuka hanya dalam syarikat-syarikat yang ada kaitan kerajaan.

Peluang untuk pekerajaan di dalam syarikat antarabangsa, swasta dan SME didominasi oleh orang Cina hingga ada hanya mengambil pekerjaan berdasarakan kebolehan berbahasa Cina. Orang Cina yang menyertai sektor awam mempunyai tujuan dan agenda tertentu. Tidak menghairankan kekurangan pendapatan mereka diberi kompensasi dari penyumbang lain.

Sekarang ini ada antara orang-orang kita mempertahankan hak Raja-Raja dalam menjadi penentu ketua Negeri. Selain menjaga kepeningan politik, mereka berdiam dalam perkara yang menjaga kepentingan bangsa.

Kenapa tidak dipertahankan kuasa Raja-Raja dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dankaum Bumiputera lain? Bukankah akhirnya kuasa memerintah itu mahu dipertahankan untuk memastikan kepentingan bangsa tidak terhakis dan hilang?

Fahamkah orang Melayu kenapa perlu dikekalkan kuasa dan immuniti Raja-Raja Melayu?

Khamis, 26 Februari 2009

Bukti PAS sokong IFC

0


Selepas Gerakan (BN) tewas di Pulau Pinang pada pilihanraya yang lepas (8 March 2008), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu Lim Guan Eng, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang (dan beberapa orang kuat DAP) tentang;

1. PAS akan menyokong DAP dalam apa jua keadaan. PAS akan menjadi sahabat paling akrab dan membantu DAP dan PKR terutamanya dalam penubuhan kerajaan campuran diterajui oleh mana-mana parti dalam Pakatan.


Susah dan senang...PAS akan bantu DAP...

PAS akan 'berjuang' dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO yang memonopoli sistem politik lebih 50 tahun..."


2. PAS akan pastikan orang Melayu beragama Islam-menjadi ahli PAS ataupun tidak menyokong dasar dan agenda DAP untuk kebaikan semua dalam semua aspek.


Harakah akan menjadi media dan lidah PAS dalam membentuk kefahaman tentang perjuangan DAP bersama PAS dalam Pakatan."

DAP melalui media rasmi seperti Roket perlu berbuat sedemikian.


3. PAS tidak akan membangkitkan dasar-dasar PAS sebelum ini terutama melibatkan soal hudud dan konsep membangun bersama Islam.


PAS akan memanipulasi isu-isu ini untuk menarik perhatian orang Melayu dan tujuan pengundian sahaja. Ini sahaja caranya PAS mengekalkan dominasi ke atas pemikiran Melayu.


4. PAS akan menjadi pemangking kepada kegagalan Islam Hadhari dan memastikan dasar berkenaan dibenci oleh orang PAS; dan DAP perlu menjadikannya sebagai propaganda di kalangan masyarakat Cina supaya membenci BN.

Parti kompenan Cina dalam BN seperti Gerakan dan MCA sebenarnya gagal berbuat demikian.


5. PAS akan memastikan DAP tidak dihina dan diaibkan dengan 'keburukan' pada pandangan orang Melayu dan DAP perlu memastikan PAS juga dipandang mulia oleh kaum Cina.

Sokongan DAP dan PAS akan memastikan kaum Cina dan India memandang buruk kepada BN kerana gagal dalam perjuangan bangsa masing-masing melalui saluran politik.


6. DAP dan PAS akan menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim-sebagai PM nanti.

Kejayaan Anwar Ibrahim untuk memancing calon dari Sabah secara pintu belakang dan lompat parti perlu disokong oleh PAS dan DAP.

Tujuannya hanya satu- memastikan BN jatuh.


7. DAP akan mengekalkan dominasi dalam beberapa perkara seperti ekonomi dan PAS akan memastikan orang Cina mendapat hak mereka seperti sediakala.

PAS juga bersetuju dan menyokong dasar untuk Merakyatkan Ekonomi-dengan menghapuskan ekuiti 30% milik bumiputera selaras dengan Islam- menggalakkan persaingan dalam bidang ekonomi.

PAS menentang sebarang bentuk penindasan yang dilakukan oleh UMNO terhadap orang Cina dalam bidang ekonomi dan politik.


8. PAS akan menyokong PKR untuk mengurangkan penguasaan orang Melayu dalam pentadbiran Awam. Hak sama rata diberikan kepada bangsa India dan Cina tanpa melihat komposisi kaum.


Siapa yang pandai akan mendapat hak mereka tanpa melihat kaum dalam pentadbiran awam di malaysia supaya generasi sekarang dan akan datang melihat Pakatan sebagai parti adil untuk semua.


9. Dasar penggunaan bahasa Mandarin tidak akan diperkecilkan. PAS mengutamakan Islam bukan bahasa dan bangsa. Mandarin boleh bersaing dengan mana-mana bahasa termasuk BM.


10. PAS SETUJU DAN MENYOKONG PENUBUHAN MAJLIS PERUNDINGAN SILATURAHIM ANTARA AGAMA yang akan diterajui oleh DAP dan disokong oleh PKR.

Buktinya:

Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam forum mengenai kebebasan beragama yang dianjurkan oleh NGO.

PAS dalam Pakatan 'tidak kisah' sekiranya kitab bible diterjemah dalam BM dan boleh digunapakai oleh semua bangsa termasuk orang Melayu.

(PAS hanya perjuangkan Islam, bukan bangsa-Melayu).


Kalau Islam boleh diterjemah dalam BM, kenapa tidak lain-lain agama dalam BM.

Kenapa orang Melayu tidak boleh memahami agama lain? Salahkan?

Dalam Perlembagaan ada mengatakan kebebasan beragama, kenapa ia disekat dan dihalang oleh pemerintahan diktator UMNO?

Negara lain-Indonesia, Arab, US, Filipin ..mereka satu bangsa tetapi mempunyai pelbagai kepercayaan. Kenapa orang melayu tidak boleh seperti mereka?

Kita memerlukan tokoh reformasi yang hebat pada abad ini, iaitu Anwar Ibrahim supaya perkara ini dibawa ke tengah dan menghapuskan amalan yang dipelopori oleh UMNO- kononnya- Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam.

Melayu adalah bangsa dan Islam adalah agama. Ia tak sama. Sejarah menunjukkan orang Melayu pernah menganut agama HINDHU dan Buddha. Ada amal kepercayaan ananisma.

Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, kalau Bahasa Inggeris menjadi bahasa kebangsaan nanti, adakah kitab Bible akan diharamkan kerana menggunakan bahasa Inggeris? (Lim Kit Siang)

PAS menyokong dasar-dasar berlainan yang diterajui oleh UMNO-terutamanya untuk menjaga kepentingan Melayu dan Islam seperti anti-D.E.B. dan anti-sekolah wawasan.

DAP tidak akan mengemukakan dasar Malaysia-Malaysian kerana Anwar Ibrahim sudah menjadikan slogan Pakatan- Harapan baru Untuk Rakyat. Persamaannya tidak jauh ketara.

PAS akan memberi 100% sokongan sekiranya orang Melayu bebas memeluk sebarang agama.

Bagi PAS, perjuangan mereka ialah untuk Islam. (Melayu adalah bangsa dan tidak diterima oleh Allah-Nik Aziz). PAS akan menyokong semua dasar dan forum yang akan diadakan bertujuan untuk menjalin kerjasama antara agama dilakukan.

PAS juga menentang sebarang parti untuk kepentingan bangsa tertentu seperti UMNO, MIC dan MCA. Semua bangsa adalah sama. Islam melarang seseorang khalifah mengutamakan bangsanya sendiri. Mereka perlu berlaku adil.


Disesuaikan)

Petikan dari kenyataan
Shabudin Yahaya,
ADUN Permatang Berangan, Tasik gelugur
YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)

Dalang2 gerakan menghancurkan Islam


Akhirnya gerakan anti Islam telah berjaya menyusup masuk merosakkan parti PAS dan PKR. Perhimpunan 10 November jelas didalangi oleh INTERFAITH COMMISSION (IFC) sebuah gerakan anti Islam di negara ini.

1. IFC Dulu dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC). Mereka menuntut supaya ia dijadikan sebuah badan berkanun yang ada KUASA mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) jika didesak oleh agama lain.

2. Ia mirip sebuah mahkamah dan SUHAKAM yang melayan segala aduan dan keputusannya adalah muktamad.

3. Penganjur penubuhannya ialah Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism melalui memorandum kepada Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001 di bawah pimpinan V Harcharan Singh.

4. Pada 8 Disember telah diadakan satu “Festival of Rights” dengan tema “Kebebasan Beragama”. Pada 10 Disember 2001 Majlis Peguam menganjurkan forum “Kebebsan Beragama” dan menerbitkan artikel dalam jurnal Insaf.

5. 17 Mac 2003 bengkel mengenai keperluan kewujudannya telah diadakan. Kewujudannya gagal apabila persatuan dan NGO Islam serta beberapa pemmpin Islam menarik diri.

6. Januari 2005 deraf undang penubuhan dikemukakan dalam persidangan penubuhan IFC yang dianjurkan oleh yayasan Kristian iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

MATLAMAT

7. Meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam.

TUNTUTAN IFC

i. Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam;

ii. Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang;

iii. kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil;

iv. Perkataan ”Islam” tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang Muslim;

v. Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil tindakan undang-undang;

vi. Suami isteri yang memeluk Islam tidak berhak diberi Hak Penjagaan Anak;

vii. Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarganya yang telah mati dalam Islam;

viii. Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa untuk orang Islam;

ix. Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkaaan-perkataan suci
Islam;

x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dibenarkan pengedarannya kepada umum secara terbuka;

Ini adalah beberapa tuntutan yang dibuat oleh IFC.

IMPLIKASINYA

1. Ia akan membuka ruang Menjadikan undang-undang Allah tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia;
3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja hatta murtad;
4. IFC bebas dan berhak menentukan status agama orang Islam;



DALANG-DALANG PERHIMPUNAN

1. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Parti PAS
2. Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Penasihat PKR
3. Sivarasa a/l Rasiah
Naib Presiden PKR
4. Tian Chua (Chua Tian Chang)
Ketua Penerangan PKR
5. Ronnie Liu ( Liu Tian Khiew)
Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat

6. Elizabeth Wong Keat Peng
Ketua Penerangan Wanita Keadilan
Setiausaha Agung HAKAM
Sekretariat SUARAM

7. Raja Petra Raja Kamaruddin
Pengendali blog Malaysia-today.net

NGO-NGO YANG TERLIBAT (MAJORITI NGO ADALAH AHLI DAN PENYOKONG KUAT IFC.

Aliran Kesedaran Rakyat (ALIRAN)
All-Women’s Action Society (AWAM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Centre for Independent Journalism (CIJ)
Citizens’ Health Initiative
Civil Rights Committee, KLSCAH
Community Action Network
ERA Consumer Malaysia (ERACON)
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
Group of Concerned Citizens (GCC)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Labour Resource Centre (LRC)
Malaysia Trade Unions Congress (MTUC)
Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA)
Malaysian Voters Union (MALVU)
National Human Rights Society (HAKAM)
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Pusat Janadaya (EMPOWER)
Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
Research for Social Advancement (REFSA)
Sarawak National Party (SNAP)
Save Ourselves (SOS Penang)
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Tamil Foundation
Unit Pemikiran Politik, IKD
Women’s Development Collective (WDC)
Writers Alliance for Media Independence (WAMI)

SIAPA SEBENAR NAK JADIKAN NEGARA REPUBLIK?

0


Gobind reveals Opposition's plan to turn Malaysia into a Republic,

Gobind's ruse called, Opposition jumps

DAP old dog Karpal Singh's son Gobind suggested that the PM be elected directly in parliament today and effectively removing the Agong's role in our constitutional monarchy - basically they are suggesting the first step towards a Republic of Malaysia

Ooh the way they just twist and turn to try and get Anwar to become PM but I digress

Minister at the PM's department Datuk Nazri Aziz saw what Gobind was trying to do,

Nazri spotted that Gobind's question is potentially a treasonous call to take the Agong out of the equation of a constitutional monarchy that we practice so Nazri called it the way he saw it

Angry that his ruse was called, Gobind and other opposition MP's tried their best to turn it around and say that Umno was suggesting that the Agong can be replaced.

They did their best to milk it of course,

Even the man desperate to be PM carried this story on his blogsite, of course his slant is that Umno is trying to take the Agong out of the equation

The truth is DAP is working towards a republic and if Anwar is beholden to them then you can guess which way Anwar is taking this country. Lets face it, Anwar's handlers and bosses comes from a republic called the US of A

Well you guys think about it

by Shamsul Yunos

Selasa, 24 Februari 2009

DAP hina Islam?

0


Oleh HASNURUL MOHAMED
utusanpenang@utusan.com.my

NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.

‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua di sini semalam.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam sebagai sama rata dengan agama-agama lain.

Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu.

Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. - Utusan

Sabtu, 21 Februari 2009

BEGITU BESARKAH KUASA SPEAKER?

0


Oleh Abd Wahab Idrus

BEBERAPA minggu lalu, surat pemberitahuan ada berlaku kekosongan dari Speaker di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, iaitu Behrang dan Cangkat Jering tidak diperakui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana ada kekeliruan terhadap isi kandungan surat tersebut.

Bukan main kecoh Speaker ini. Bila SPR buat tak tahu aje, mulalah dia cari jalan lain, bertujuan nak beritahu dunia (termasuk India dan Pakistan) bahawa Speaker DUN Perak ada kuasa menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai ADUN selama 18 bulan, manakala enam Exco, digantung 12 bulan.

Nasib baiklah Speaker ni tak gantung orang yang menyebabkan Dr. Zambry dilantik menjadi Menteri Besar. Kalau dalam syarikat, jika silap CEO yang melantik pekerja, mungkin pemegang saham akan memecat CEO. Di Perak, tidak pula Speaker bercadang memecat atau menggantung orang yang menyebabkan Dr. Zambry menjadi Menteri Besar.

Tidak tahulah, selepas ini mungkin dia akan bertindak begitu, jika dia baca undang-undang dan dia tafsirkan undang-undang itu, membolehkan dia bertindak sedemikian. Speaker ini pun sudah sampai ke penghujung hayat jawatan. Apabila berlaku Persidangan Dewan, berakhirlah tugasnya itu kerana ‘kerajaan baru, Speaker pasti baru’. Bye, bye Sivakumar.

Lazimnya, bila ada persidangan dewan, jika mana-mana anggota dewan ada melakukan sesuatu yang difikirkan boleh untuk dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan, maka bangkitlah seorang anggota mencadangkan supaya Speaker mempertimbangkan seseorang anggota dewan untuk dihadapkan ke jawatankuasa itu.

Ketika itu, jika Speaker yang duduk di kerusi Speaker (baca: jangan ketika duduk di Pejabat Speaker), boleh mempertimbangkan cadangan tersebut dan sekiranya perlu (atas budi bicaranya), dihadapkan ke Jawatankuasa tersebut. Kalau Speaker nak sangat ‘tunjuk kuasanya’ gantunglah mana-mana anggota dewan yang diadukan, melakukan sesuatu yang dianggap melanggar peraturan dewan.

Berbeza dengan V. Sivakumar dari DAP ini, bila dia jadi Speaker, dia nak bekerja macam hakim dan pendakwa raya. Dia nak bicarakan ADUN-ADUN yang tidak sehaluan dengan DAP. Maka, dengan pantas, dia buat keputusan, menggantung Menteri Besar dan barisan Exconya.

Inilah DAP sebenarnya. Kalaulah rakyat Negeri Perak dapat memikirkan betapa ‘gelojoh dan gopohnya’ mereka ini apabila mendapat kuasa, nescaya tertolaklah muka-muka ini jika mereka bertanding lagi nanti dalam pilihan raya akan datang. Maklumlah, baru ada sedikit jawatan, ada sedikit kuasa, dah nak tunjuk samseng, gantung orang itu, gantung orang ini. Bayangkan kalau orang macam ini berkuasa mutlak!

Cukuplah, kalau dia rasa dia hebat sangat, dia bekerja kuatlah untuk tumbangkan kerajaan yang ada dalam PRU 13 yang akan dating. Buatlah sesuatu untuk menjamin Umno dinyahkan dari bumi Perak, jika DAP merasakan Umno terlalu kuat mempertahankan orang-orang Melayu dan Raja-Raja Melayu. DAP memang tidak mengikhtiraf itu semua, kecuali ada seorang dua dari DAP sudah mula menerima ‘anugerah Datuk’ dari Sultan.

Dr. Zambry dan barisan Exconya kenalah terus bekerja dan dapatkan nasihat dari Penasihat Undang-Undang. Buatlah sesuatu yang boleh membina dan membangunkan minda rakyat. Berkhidmatlah untuk kebajikan rakyat kerana selama ini mungkin Dr. Zambry banyak menumpukan perkhidmatannya kepada penduduk di Pangkor tetapi sekarang ini, peluangnya untuk meluaskan lagi sayap perkhidmatannya kerana beliau mampu melakukannya.

Orang Perak, sama ada yang duduk di Perak atau tidak, berilah sokongan mereka tanpa was-was kepada Dr. Zambry. Jika Datuk Mufti yang bercakap benar sekalipun dimaki hamun melalui saluran internet, apakah sebenarnya yang PAS, DAP dan PKR mahukan?
Dr. Zambry perlu dibantu dengan maklumat dan cadangan. Jika ada idea yang baik untuk rakyat Perak, kita sebagai anak Perak kenalah berusaha untuk menyampaikannya kepada beliau agak dapat beliau pertimbangkan secara halus, kalau ia boleh digunakan.

Biarlah Mohamad Nizar turun naik mahkamah kerana dia berkeyakinan barisan 12 peguam handal yang dipilihnya dapat melantiknya semula menjadi Menteri Besar dengan sokongan Datuk Ngeh Koo Ham yang amat-amat mereka (PAS) sanjungi itu.

Biarlah V. Sivakumar terus dengan angan-angan kerusi Speakernya untuk dia memecat, menggantung dan menghantar surat kepada SPR bagi memaklumkan berlaku kekosongan mana-mana kerusi yang dia rasa patut dikosongkan.

Mudah-mudahan, rakyat Perak dapat kembali kepada pemikiran yang rasional. Mereka tidak perlu emosional berdepan dengan pelbagai isu sekarang jika mereka faham kenapa semuanya ini berlaku. Jika ada seorang dua yang nampak macam cerdik, belum tentu dia cerdik. Kalau dia mula bercakap soal Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, mereka tu baru sehari dua menyebut perkataan itu kerana ada tersiar dalam akhbar.

Kalau mereka hendak berbahas dengan Sultan mengenai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, kita yang mendengarnya kena tinggal orang itu supaya dia ‘berbahas’ seorang diri. Sebab, dia sudah dekat dengan ‘gila’ kerana dia tak belajar undang-undang tetapi dia nak mentafsir undang-undang. Memang orang bodoh tahu semua benda tetapi orang pandai hanya tahu apa yang dia belajar sahaja. Ini sudah menjadi pengetahuan umum.

Kita memang bermasalah dengan orang yang memandai-mandai, bukan kerana dia pandai. Kita juga pastinya bermasalah dengan orang yang buat-buat tahu sedangkan dia memang tidak tahu dan kita tidak perlukan orang yang tahu semuanya kerana kita juga ada benda yang kita tahu tetapi kita bukan pandai semuanya!

Marilah kita semua, sebagai orang Perak, kita mendoakan semoga Dr. Zambry dan rakan-rakan Exconya dapat menghadapi semua halangan dan rintangan ini demi pembangunan rakyat dan Negeri Perak yang amat-amat kita sayangi. Inilah negeri kita, inilah tanah tumpah darah kita. Di mana bumi di pijak, di situlah langit kita junjung.

Pantang anak Melayu menderhaka kepada Sultan. Janganlah kita terpengaruh dengan hasutan pembangkang kononnya pindaan Perlembagaan yang pernah dibuat dahulu untuk menghina Sultan.

Bukan itu maksudnya. Kita bukan bodoh dan kita jangan sesekali membenarkan diri kita, bangsa kita dan agama kita diperbodohkan oleh mereka yang lupa daratan, hilang pedoman dan menjadi angkuh kerana sikap kita yang suka bertolak ansur.

Mari kita bertekad untuk mengembalikan semula maruah orang-orang Melayu di Perak dengan memulihkan semula kepercayaan orang ramai kepada Umno yang memang terbukti parti ini amat berjasa kepada kita dan seluruh bangsa di negara ini.

Banyak sangatkah budi Pas kepada Ibrahim Ali?

0


Oleh Abd Wahab Idrus

SELEPAS menghadiri majlis pecah tanah Jambatan Pancor yang disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan ‘menyerang’ Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya mengosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas, jika beliau (Ibrahim) bermaruah.

Menurut Takiyuddin, Ibrahim seorang yang tidak mengenang budi kerana diberikan peluang bertanding atas tiket Pas tetapi tiada setiakawan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Pembangkang.

Dakwa Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini lagi, Nik Aziz yang memberikan peluang itu kepada Ibrahim walaupun Pas Pasir Mas tidak bersetuju dengan keputusan itu.
Dari segi gambaran luarannya, memang Ibrahim yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno terhutang budi dengan Pas kerana diberi peluang bertanding atas tiket parti itu.

Namun, Pas juga janganlah buat-buat lupa bahawa jasa Ibrahim kepada Pas juga banyak ketika Pas sedang berusaha (baca: terkial-kial) mendapat sokongan dari rakyat menjelang PRU 12 dengan mendapatkan khidmat Ibrahim untuk berceramah di merata tempat.

Tanpa sentuhan Ibrahim, mana mungkin Pas boleh menang besar seperti sekarang kerana kerusi-kerusi yang 50-50 antara Pas-BN, akhirnya dimenangi Pas, kerana ‘sentuhan akhir’ dari Ibrahim.

Mungkin Takiyuddin tidak tahu kerana dia bukan orang Kelantan sebaliknya berasal dari Kedah, tetapi ramai pemimpin-pemimpin Pas seperti Mohamad Sabu, Datuk Mahfudz Omar, Nik Aziz dan Nasaruddin Md Isa pastinya sedar, Ibrahim amat ‘berguna’ kepada Pas suatu ketika dahulu, ketika Takiyuddin mungkin sedang hidup senang lenang dengan kekayaannya.

Hingga ada orang mengatakan Takiyuddin kaya-raya disebabkan hasil pembalakan di Kelantan tetapi tiada siapa yang dapat membuktikan benar atau tidak dakwaan yang dibuat itu.

Rasanya, tidak ada tempat yang Ibrahim tidak sampai berkempen membantu Pas, termasuk di Batu Pahat, Johor, Masjid Tanah, Melaka selain Kuala Krai, Pokok Sena, beberapa tempat di Perak dan Pulau Pinang, termasuk di kawasan Parlimen Kepala Batas sendiri, Ibrahim yang merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berceramah satu pentas dengan Saifuddin Nasution Ismail dari PKR.

Pas memang sebuah parti yang tidak boleh dikritik. Pas memang sebuah parti yang merasakan mereka sahaja yang betul. Ketika Takiyuddin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad mendakwa Ibrahim seolah-olah mengaku beliau seorang sahaja memperjuangan Raja-Raja Melayu, dalam masa yang sama membuktikan Pas, merupakan parti yang cukup takut dikritik.

Betul Ibrahim bertanding atas tiket Pas tetapi Ibrahim merupakan calon Bebas. Beliau mempunyai pandangan dan pendirian yang jelas, walaupun Pas merasakan kenyataan dan ucapan Ibrahim itu tidak menguntungkan mereka.

Dulu pun, ketika Ibrahim berada di dalam Umno, kata-katanya juga menyebabkan beliau ‘dipinggirkan’ tetapi sebenarnya perjuangan Ibrahim masih begitu, lantang ketika mempertahankan kejujuran, keikhlasan dan tidak sesekali dapat menerima manusia (baca: pemimpin) yang hipokrit.

Biarlah Ahli Parlimen Padang Serai, Gobakrishnan dan Khalid Samad bertindak meninggalkan Dewan kerana perjuangan Ibrahim bukan mahu menjaga hati Gobalakrishnan dan Khalid berdua sahaja sebaliknya, kepentingan umum, khususnya orang-orang Melayu perlu diutamakan.

Ketika Ibrahim bercakap ‘bangsa asing’ ada pihak yang terasa, tetapi ketika mereka yang melakukan sesuatu hingga menyinggung perasaan orang-orang Melayu, Raja-Raja Melayu, pemimpin-pemimpin Melayu, adakah mereka semua sedar? Adakah mereka semua pernah meminta maaf?

Gobalakrishnan sebenarnya sudah berulang-ulang kali melakukan sesuatu yang menunjukkan dia tidak menghormati orang-orang Melayu. Malahan, suatu ketika, dia pernah bertindak mendatangi Speaker untuk membisikkan sesuatu, suatu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Ahli Parlimen.

Speaker menegur tindakan tersebut dan pembangkang melalui Azmin Ali (MP Gombak) pernah membuat permohonan maaf kepada Dewan kerana sikap keterlaluan Gobalkrishnan itu. Ketika mereka ‘berlaku biadap’ mereka seronok. Mereka suka-suka boleh menganjurkan majlis hari jadi di Parlimen tetapi ketika mereka disebut ‘bangsa asing’ yang kemudiannya Ibrahim menarik balik kata-kata itu, mereka cukup terasa.

Pas hari ini memang Pas yang sangat-sangat sayangkan DAP. Tidak hairanlah penyokong Pas di Perak sanggup berbaring di atas jalan raya kerana mereka mahu mempertahankan Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang kini merupakan Pengerusi DAP Perak.

Pejabat DAP Negeri Perak sekarang berdepan dengan pintu belakang Bangunan Perak Darul Rizuan, iaitu pintu masuk utama Pejabat Menteri Besar Perak suatu ketika dahulu. Kalau belok ke kanan, masuk Pejabat DAP dan kalau belok ke kiri, masuk Pejabat Menteri Besar.

Begitu sekali DAP ‘mendekatkan diri mereka’ dengan kuasa yang dipimpin Ir Mohamad Nizar Jamaluddin. Begitu sekali Pas membenarkan DAP berada di pintu belakang Pejabat MB Perak sedangkan Pejabat Pas Negeri Perak, entah di mana letaknya.

Ibrahim tidak perlu gusar. Ibrahim tidak perlu rasa terhutang budi Pas. Ketika Ibrahim bertanding atas tiket Bebas dalam tahun 2004, menyebabkan Pas menang kerusi Parlimen Pasir Mas boleh disifatkan sebagai budi Ibrahim kepada Pas.

Ceramah-ceramah dan kempen-kempen yang Ibrahim berikan selama ini, ketika beliau tidak menyertai mana-mana parti, adalah ‘jasa timbal balik’ antara Ibrahim dengan Pas. Takiyuddin dan sesiapa sahaja dalam Pas boleh membuat desakan supaya Ibrahim mengosongkan kerusi tersebut tetapi untuk apa Ibrahim melayan permintaan budak-budak ini?

Bohonglah kalau ada rakyat di Pasir Mas mendakwa permintaan mereka tidak berjaya dilaksanakan wakil rakyat di situ (Parlimen Pasir Mas) kerana ADUN-ADUN di Pasir Mas seperti Tendong, Chetok dan Pengkalan Pasir dimenangi wakil Pas. Kerajaan Negeri dikuasai Pas dan mengapa pula masalah tidak boleh diselesaikan?

Rakyat Pasir Mas tentunya dapat membezakan perkhidmatan Ibrahim dengan perkhidmatan bekas wakil rakyat Pas terdahulu. Mereka jangan berbohong kerana mereka tentulah sudah ‘menghirup nafas kelegaan’ semenjak Ibrahim bergerak aktif di kawasan Pasir Mas.

Takiyuddin dan Khalid Samad sepatutnya ‘menyerang’ dengan hujah yang membuktikan hujah Ibrahim tidak betul. Bukan anak lelakilah mereka jika mereka menyerang Ibrahim dengan mengungkit kononnya Pas menyesal memberikan peluang kepada Ibrahim bertanding atas tiket Pas.

Kalau Ibrahim mahu masuk Pas, sebelum pilihan raya umum lagi Ibrahim sudah membuat permohonan. Kalau Ibrahim yakin kepada PKR, tentulah Ibrahim sudah memohon menyertai PKR sebelum pilihan raya umum lagi. Ibrahim sebenarnya sedar bahawa Pas dan PKR memang bukan parti yang terbuka kepada kritikan menyebabkan beliau enggan menyertainya!

Khamis, 19 Februari 2009

Pelajarilah sesuatu dari sebalik Zambry tarik diri tanding MT

0


Oleh Abdul Wahab Idrus

KETIKA orang lain sibuk memperkemaskan jentera masing-masing untuk mencari kemenangan bertanding Majlis Tertinggi (MT) Umno, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir memilih jalan sebaliknya, menarik diri dari persaingan itu.
Langkah Dr. Zambry ini ada persamaan dengan tindakan serupa yang pernah diambil bekas Menteri Besar Perak yang lalu, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dalam pemilihan Umno tahun 2004.

Tentunya, Dr. Zambry memberikan alasan, tugasnya sebagai Menteri Besar menuntut komitmen yang besar, menyebabkan beliau tidak mempunyai cukup masa untuk turut berkempen ke seluruh negara, bagi memperkenalkan diri.



Inilah untungnya rakyat Perak, mereka mempunyai seorang Menteri Besar yang bukan sibuk berkempen ke hulu ke hilir mencari tempat dalam MT tetapi, beliau sabaliknya mahu memberi tumpuan penuh kepada pembangunan rakyat dan memberi pembelaan kepada mereka yang sebelum ini terabai disebabkan tumbangnya Kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak dalam PRU 12 yang lalu.

Hari ini, ketika Umno dilanda tuduhan berleluasanya politik wang, Dr. Zambry memilih untuk tidak terlibat sama dengan gejala tidak sihat itu. Jika beliau bertanding, mustahil tidak membelanjakan wang, paling tidak, untuk duit minyak ke sana ke mari bagi menemui perwakilan.

Perwakilan pula (bukan semuanya) mengharapkan sesuatu dari calon-calon yang bertanding, untuk mereka kumpul habuan ini bagi dibelanjakannya ‘ketika musim menuai tiba’ tidak lama lagi.

Ada juga calon-calon yang tidak berjawatan tinggi dalam kerajaan, menggunakan wang untuk menang. Mereka sudah bergerak awal dan menghulurkan bukan sedikit ‘fulus’ setiap kali perwakilan datang berjumpa.

Untuk apa mereka berebut-rebut untuk menawarkan diri bertanding MT, hanya mereka sahaja yang tahu kerana dari segi sumbangan, masih ada di kalangan anggota MT yang menang, tidak pernah sekalipun turun mengadakan kempen atau ceramah ke pringkat bahagian-bahagian, bagi membuat penjelasan terhadap pelbagai isu yang timbul.

Cuba kita bertanya dengan bahagian-bahagian, dari 25 anggota MT yang mereka pilih (dan calonkan) siapakah yang pernah sampai ke bahagian mereka dan siapa yang tidak pernah sampai.

Calon-calon ini lebih kerap sampai ketika mereka hendak bertanding tetapi selepas mereka menang, mereka lupa untuk datang sekali lagi bagi tujuan mengucapkan terima kasih kepada bahagian-bahagian yang mencalonkan dan menyokong mereka.
Itulah sebabnya, kali ini perwakilan kenalah betul-betul membuat pilihan, siapakah yang patut mereka undi kerana sebagai anggota MT, bukan banyak mana kerja mereka kecualilah jika orang yang dipilih itu berjawatan Presiden dan Timbalan Presiden, memanglah mereka tidak mempunyai cukup masa untuk datang ke bahagian-bahagian.
Kalau yang berjawatan Presiden dan Timbalan Presiden sibuk datang ke bahagian-bahagian, turut hadir majlis anjuran biro-biro di bahagian dan cawangan-cawangan, masalah negara siapa pula yang harus menanganinya?

Orang-orang Umno kena tahu membezakannya. Kalau mereka pilih anggota MT untuk kuatkan negara, mereka silap. Adalah seorang dua anggota MT yang berkemampuan membantu pucuk pimpinan mengatasi masalah-masalah dalam dan luar negara tetapi bukan semuanya mampu.

Dalam memilih Naib Presiden Umno pula, mereka perlu menyediakan ‘pelapis’. Pelapis ini perlulah mereka yang boleh membantu parti dan membantu negara. Jangan pilih Naib Presiden yang berlagak macam dia sahaja pandai dan tidak sabar-sabar nak jadi pemimpin besar negara.

Itulah sebabnya, apabila Dr. Zambry menarik diri dari persaingan ini, ia perlu dilihat dari satu sudut bahawa Dr. Zambry mahu memainkan peranan yang lebih kepada pembangunan Negeri Perak dengan memberi peluang kawan-kawannya yang lain, yang lebih banyak masa untuk membantu Umno di peringkat kebangsaan.
Sebagai seorang pemimpin muda yang diberi kepercayaan besar sebegitu, Dr. Zambry nyata tidak gelojoh.

Dulu, ketika beliau menawarkan diri untuk mendapat pencalonan, beliau hanyalah seorang ADUN biasa yang mempunyai banyak masa terluang untuk membantu Umno, terutamanya di Perak.

Berbeza kini, beliau memikul satu beban tugas yang cukup besar, yang menuntutnya mengenepikan semua kerja lain, dengan memberi tumpuan kepada perpaduan, keharmonian dan pelajaran termasuk ICT di Perak.

Beliau tentunya tidak dapat menerima budaya orang Perak berbaring atas jalan raya menghalang kereta Raja Muda untuk masuk ke Istana Bukit Candan.

Sebagai anak nelayan Pangkor, Zambry bukan jenis manusia yang mudah lupa daratan.
Itulah sebabnya, dalam setiap ucapannya, senyuman manisnya sentiasa mengiringi janjinya. Ini bukan bermakna janji manis ditabur tetapi ia melambangkan keikhlasannya untuk berkhidmat dan menyelesaikan segala kekeliruan.

Mana ada Menteri Besar memulakan tugas dengan merapatkan diri dengan Datuk Mufti? Zambry memulakannya dan ia seharusnya dipuji.

Rakyat Perak seharusnya merapatkan semula barisan dan memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Dr. Zambry. Hanya dengan sokongan jitu dan bulat akan memudahkannya menyalurkan pelbagai bentuk bantuan dan pertolongan.
Jika ada kemarahan rakyat Perak kepada BN sebelum PRU 12, ia jangan dibawa hingga ke hari ini. Jika Dr. Zambry diberi peluang untuk berkhidmat, mungkin dia boleh memperbaiki apa-apa kelamahan yang ada. Jika, rakyat terus menerus menyimpan syak wasangka, mahu berbaring atas jalan raya dan berminat untuk menanam rasa kebencian, tiada masalah yang mampu diselesaikan.

Bukalah buku baru. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Jika Datuk Seri Ir Mohamad Nizar memilih mahkamah untuk menyelesaikan masalah, berilah tempoh mahkamah membuat keputusan. Sementara menunggu mahkamah membuat keputusan, janganlah timbulkan sebarang huru-hara.

Sementara menanti mahkamah memberi tarikh perbicaraan, janganlah kita berbaring atas jalan raya. Apakah budaya berbaring atas jalan raya ini mahu kita terapkan kepada generasi akan datang?

Kalau Raja kita tidak mahu hormat, kita lontar kereta Raja dengan macam-macam objek, apakah ini ajaran agama kita? Bukankah mentaati Allah, Rasul dan Ulul-amri itu wajib?
Percayalah, tanpa izin Allah, mustahil Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir boleh menjadi Menteri Besar Perak yang ke 11. Percayalah, jika bukan kehendak Allah, Ir Mohamad Nizar tidak akan gugur sebagai Menteri Besar Perak yang ke 10.

Janganlah ketika Ir Mohamad Nizar berjaya menjadi MB Perak itu dianggap ‘campur tangan Tuhan’ tetapi apabila jatuh, mula buat onar dan tidak dapat menerima ketentuan Allah.

Kepada Allah kita berserah dan sama-samalah kita mendoakan semoga Datuk Dr. Zambry diberi kekuatan oleh Allah untuk berlaku adil selama beliau menjadi Menteri Besar Perak.

Rabu, 11 Februari 2009

Dah Lah BEKAS MB PAS Ingkar, Penyokong Pakatan MENGHINA SULTAN pula!

0


Apabila mendengar protes pembangkang baru Perak di Kuala Kangsar kini diberi liputan hangat oleh blog-blog dan mengesyaki pemblog pro-Pakatan Rakyat pasti tak mampu berkecuali, saya terus berhubung dengan teman-teman di sana untuk menerima maklum-balas. Berita mereka begini:

Deme orang Pakatan datang, tak ramai, ada dalam 100 orang. Mulanya protes gitu-gitu aje, lepas tu deme mula buat hal pula, siap baling-baling batu lagi pada kereta kome! Apa lagi, FRU masuk, orang PAS dan PKR atas jalan pancut diayor, cabut lari! Gitu le perjuangan deme orang Pakatan ni...

Ini menggambarkan percubaan awal penyokong Pakatan Rakyat yang berniat mengganggu ketenteraman hasil kecewa kehilangan kuasa. Yang dibilang 'buat hal baling batu' kelihatan menunjukkan hilangnya kesabaran kerana perkumpulan mereka yang agak kecil tidak menarik banyak perhatian. Kemudian, ada member yang memberi lagi khabar:

Pembangkang masih nak berdemonstrasi, tapi dah takde apa, dah selamat. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya!

Mendengar ini, saya terus menghubungi member tersebut. Beliau khabarkan, ramai juga orang luar, bukan sahaja orang luar dari Kuala Kangsar, tetapi orang luar dari negeri Perak, yang datang berdemo. Mungkin kerana tak puas berdemo dengan tidak berkesan, atau kerana ada yang lambat, keinginan meneruskan aktiviti kesukaan mereka terus membara. Member saya mengakhiri perbualan dengan mengatakan beliau akan memantau lagi. Tak lama, saya ditalipon beliau:

Akhram. Deme orang Pakatan tu tunggu Sultan dan Raja Nazrin! Rame sikit sebab ada yang baru datang, ada yang saja nengok, dalam 400-500 orang. Tapi saya tak suka, sebab deme orang PAS dan PKR tu hina Sultan dan Raja Nazrin! DEME SEMUA TUNJUK 'FINGER' KAT SULTAN MIKE!

Astaghfirullah! Saya terkejut mendengar betapa biadabnya para penyokong pembangkang tersebut! Bukan sekadar taksub pemimpin mereka dan membenci UMNO sahaja orang PAS dan PKR ni, tetapi diasuh yang muda dan didakyah si tua sampai boleh menghina Sultan sebegitu rupa!

Semasa Sultan memberi perkenan Pakatan Rakyat menubuh kerajaan dan menolak permohonan UMNO untuk berbuat demikian pada Mac 2008 tak pula sampai begitu hodoh sekali kelaku penyokong UMNO dan BN!

Nampaknya bertambah-tambah lagi hikmah peralihan kuasa dari PR ke BN di Perak ni. Setidak-tidaknya ia merobek topeng orang PAS dan PKR di Perak, mahupun yang suka berdemo dari negeri ke negeri, kononnya berjuang untuk rakyat. Pejuang jenis apa tak beradab dan hilang pegangan nilai rakyat yang kononnya diperjuangkannya? Semata-mata kerana merebut kuasa! Dan kuasa, ketuanan untuk siapa?

BUKAN Ketuanan Rakyat, tetapi KETUANAN ANWAR... atau tak kurang busuknya KETUANAN NGEH-NGA BERBONEKA NIZAR ...

P/S: Terima kasih atas sumbangan maklumat dari teman-teman di Kuala, terutama sekali Megat G2 KK ...

---Mykmu.net---

I know what Sultan Azlan did last March ...

DO YOU? But first, it is quite obvious that Anwar Ibrahnim and Mohd Nizar Jamaluddin are trying to push the issue to the streets. All the ingredients seem to be there: disregard the Sultan's wishes, to hell with the state's Constitution! This morning, Nizar reported for duty as usual despite the Sultan having asked him to step down and pave way for a new state government.

NST 10.07 am Nizar and exco members have entered state secretariat building after minor scuffle, Nizar says he will remain in office
BH 09:58 pagi Mohammad Nizar Jamaluddin dan Exco masuk ke pejabatnya di SUK jam 9.43 pagi. Katanya tiada arahan tinggalkan pejabat dan kediaman rasmi.

Nizar is fighting "till the last drop of his blood". So the police had to come in.

NST 10:27:21 MB's office taken over by police who receive orders to escort Nizar and exco members out. Press conference interrupted by state secretary
STAR 10:27:47 Nizar was escorted out of his now emptied room at the state secretariat at 10:15am by Ipoh OCPD who stopped Nizar press conference

What now? Another mammoth rally to show the Sultan the might of "Ketuanan Rakyat"?

What the Sultan did last March. I was reliably informed of this story only yesterday. So, before anyone thinks of burning down Ipoh and Kuala Kangsar or fight till the last drop of blood, listen up. This was how it was told to me:

"I know that you do not know what Sultan Azlan Shah did last March when UMNO, the party with the biggest number of ADUN seats, sought his consent to re-form the state government of Perak. Not many people know. I'm going to tell you so that you will know that the Sultan has acted in the best interest of his State and his Rakyat in the case of Nizar.

"You see, on the night of March 8, after securing more Adun seats than the other parties, UMNO made a representation to the Sultan to form a new state government.

"But Sultan Azlan is a wise Sultan. He knows the law and he could read the situation well. He did not accede to UMNO's request even though UMNO had won the most number of seats compared with DAP, PAS, or PKR.

"So the Sultan told UMNO that he had a feeling that DAP, PAS and PKR would join hands and if they do so UMNO will not have the support of the majority in the state assembly. He requested that UMNO wait until had had mete the reps from DAP, PAS and PKR.

"That was how the Sultan called in all the DAP, PAS, and PKR state assemblymen. He decided after that to allow Pakatan Rakyat to form the new state government in Perak. The rest is history. Or, rather, was history.

"You see, Sultan Azlan, our former Yang diPertuan Agong, is a professional and he knows his law better than you and I, Nizar or Anwar. He was the former Lord President."

In Malaysian cyberspace, "reliably informed" could mean a tall story, so don't just take my word for it. Read also what constituional law expert Prof Dr Shad Saleem Faruqi had to say here [Not in Constitution, but Sultan can dismiss MB].

And Big Dog writes about "ingkar", which is the correct Malay translation for defiance against one's Sultan.

by Rocky's Bru

Selasa, 10 Februari 2009

Krisis di Perak: Penjelasan Dari Sudut Undang-undang oleh Siddiq Azani -Malaysiakini

0


PANDANGAN PENSYARAH UNDANG-UNDANG BERKAITAN KRISIS DI PERAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.
Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.

Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”

Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?
Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.

Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.

Jumaat, 6 Februari 2009

Polis Jangan Tangkap Anwar Malam Ini!

0


Menurut Harakah,semua orang besar-besar Pakatan Rakyat telah berkumpul di Kediaman Menteri Besar.

Bingai betul pemikiran pemimpin Pakatan Rakyat.Tidak sedarkah mereka yang mereka sedang diperbodohkan oleh Anwar.Tidak sedarkah mereka bahawa Anwar sekarang dibicarakan atas tuduhan liwat Saiful Bukhari?Anwar memang mahu ditahan polis supaya tidak perlu dibicarakan atas kes ini!

Kita berharap pihak Keselamatan Negara berfikir panjang dan tidak melatah dengan Anwar.Jika polis menahan atau menangkap Anwar atas kesalahan ISA,maka terselamatlah Anwar dari kemungkinan disabitkan kesalahan liwat tersebut.

Malaysiakini mengatakan Nizar dan exco Pakatan Rakyat telah berkubu di Kediaman Menteri Besar.Penulis berpendapat biarkan.Biarkan Nizar kencing,berak dan berkulat di Kediaman tersebut.Biarkan,biarkan 2-3 bulan pun tidak apa.Kerana Sultan akan bertambah murka,rakyat akan bertambah jelik.

Mereka harap polis akan merempuh masuk,dan memaksa mereka keluar dengan kasar.Kediaman Menteri Besar hanyalah simbol.Tapi yang haqiqi adalah titah perkenan Sultan Perak.Itulah yang lebih penting.

Dalam dunia teknologi sekarang,di mana-mana sahaja kita boleh memerintah apabila kuasa di tangan kita.Yang penting,kerajaan baru boleh menjalankan amanah.Mereka boleh menjalankan amanah di pejabat BN negeri, dan di mana-mana sahaja yang sesuai.Biarkan rakyat getik dengan Nizar yang tidak sedar untung itu.

Polis harapnya jangan berkasar dengan rakyat jelata.Awasi sahaja. Pihak Keselamatan Negara,penulis rayu jangan melatah!

Rakyat jelata ramai yang datang hanya untuk melihat sahaja.Jangan ulangi zaman reformasi,di mana ada rakyat yang bershopping turut menjadi mangsa.

Biarkan kali ini,Nizar,Anwar,Hadi dan LimKit Siang dihukum oleh Makkal Sakhti!

Selasa, 3 Februari 2009

DAP-PKR halang kanak-kanak Tabika Kemas di Balik Pulau daripada bersekolah! Tindakan kejam ala Israel!

0
Bangunan Tabika Ditutup Dipercayai Bermotif Politik

BALIK PULAU, 2 Feb (Bernama) -- Dua puluh dua pelajar Tabika Perpaduan Kemas Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau terpaksa belajar di bawah pokok dengan beralaskan tikar selepas tabika itu ditutup hari ini.

Tabika yang beroperasi di bangunan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) sejak 2003 dilaporkan telah ditutup dua kali sebelum ini atas alasan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai kuasa terhadap bangunan itu.

Tindakan kali ketiga pihak berkuasa JKKKN itu dipercayai bermotif politik yang secara tidak langsung mengganggu proses pembelajaran kanak-kanak yang datang daripada keluarga susah.



Penyelia Kanan Kemas Balik Pulau, Rozhan Che Din berkata kebanyakan kanak-kanak yang belajar di tabika itu merupakan anak nelayan dan petani.

Beliau berkata JKKKN tidak mempunyai hak menutup bangunan itu kerana terdapat arahan daripada pegawai daerah melalui Pejabat Ketua Menteri bahawa tabika kemas di seluruh negeri ini tidak boleh diganggu.

"JKKKN ada hantar notis supaya mengosongkan bangunan ini pada 31 Jan lepas, notis dihantar melalui JKKK Kuala Sungai Pinang, kedua-dua notis itu bagaimanapun diabaikan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Selain dijadikan sebagai tabika, bangunan itu juga menjadi pusat aktiviti penduduk. Atas nasihat polis bangunan itu dibuka semula selepas dua kali ditutup sebelum ini.

-- BERNAMA

komen PB

Terkejut juga apabila membaca suratkhabar metro hari ini Tabika Kemas di Kuala Sg Pinang ditutup siap dengan rantai motor .. APA KEJADAHNYA SEMUA INI ?? SELEPAS DI PERAK KINI DI PULAU PINANG PULAK ?? adakah ini politik balas dendam kerana BN dikaitkan keluarnya 2 Adun PKR itu ..

Notis mengosongkan bangunan itu, yang dikeluarkan pada 21 Jan lepas ditandatangani oleh pengerusi JKKK Kuala Sungai Pinang, Lim Ah Lai @ Lim Choo Lai, timbalannya Abdul Rahim Md Isa dan semua anggota jawatankuasanya.

Jangan pulak Harakah dok ulangi berita seperti di Kedah dahulu yang mengatakan ada orang menyamar pulak pergi kunci Tabika . Lim Guan Eng dalam sidang medianya mengatakan ada salah faham ..lawak la jawapan khalifah yang diagungkan oleh PAS ini hehe. Ingat la Guan Eng ,tanah tabika itu adalah dibina di tanah Perda dan bukan kerajaan negeri punya ..Mat Taib siap turun padang lagi tengok ..

"Ini tanah PERDA yang diberikan sebagai tapak untuk membina tabika bagi kemudahan kanak-kanak mendapat pendidikan awal di kawasan ini. Kalau mengikut geran, hanya kawasan padang permainan sahaja yang diserahkan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk diuruskan tetapi tapak bangunan ini tidak. Jadi apa hak mereka nak mengambil bangunan ini?," katanya yang kesal dengan perkara itu

dan yang paling hebat JKKKN ini siap pasang bendera PKR lagi di Tabika mungkin untuk dijadikan markas dan menunjukkan mereka telah berjaya menawan Tabika itu ..hehe tindakan bodoh rupanya ..

Tapi mengapa ia membenarkan JKKK yang dilantiknya berbuat begitu dan tabika ini juga tidak terlepas daripada dipasang bendera parti politik (Parti Keadilan Rakyat).

"Sepatutnya tidak ada bendera parti dipasang pada tabika, sekolah atau hospital kerana kemudahan ini untuk umum kerana semua orang tanpa mengira parti akan menggunakan kemudahan yang sama. Kerajaan negeri kena lihat dan jaga sikit jenteranyai," katanya kepada pemberita ketika meninjau keadaan kanak-kanak Tabika Kemas itu di sini, Selasa.

Terima kasih kepada Tan Sri Muhammad Taib kerana pantas untuk turun padang dan menyelesaikan masalah jabatan di bawah kementerian beliau . Jika tidak , sudah tentu tabika ini tidak dibuka lagi hari ini.

by Pejuang Bangsa

Isnin, 2 Februari 2009

Anwar operator CIA

0


Kemasukan secara tiba-tiba ADUN Bota, Dato Nasaruddin Hashim ke dalam PKR menguatkan spekulasi bahawa CIA telah bantu Anwar beli calon-calon BN.

Dikhabarkan Anwar telah hubungi tujuh ADUN BN di Perak, tetapi yang bersetuju untuk melompat hanyalah ADUN Bota. Anwar beri jaminan ada tiga ADUN BN lagi akan melompat.

Di Negeri Sembilan, cerita sama juga berlaku. Dikhabarkan tiga ADUN BN akan melompat ke PKR. Khabarnya, jika tiga ADUN ini melompat, PR akan boleh membentuk kerajaan dan seorang Menteri Besar dari PKR akan dipilih, berkongsi kuasa dengan DAP.

Sekali lagi Anwar berperanan di sebalik pembelian calon-calon itu.

Anwar operator CIA

Inilah wajah sebenar Anwar Ibrahim. Menjelajah ke luar negara bercakap topic DEMOKRASI, kecam Sadam Hussien perlu ditumbangkan kerana tidak demokrasi. Kecam Iran tidak demokrasi, kecam Osama Laden sebagai teroris, tetapi dalam masa sama membela Wolfowitz , si zionis Amerika yang membunuh beribu-ribu umat Islam di Iraq. Walhal kalau Anwar bukan operator CIA, yang sepatutnya dikecam bukannya Osama Laden, tetapi si Zionis Wolfowitz yang secara jelas membunuh umat Islam yang tidak berdosa di Iraq, ketika menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika.



Jadi memang patut seorang wartawan Iraq lempar kasut kepada Presiden Bush, sebagai melambangkan kebencian rakyat Iraq di atas serangan Amerika.

Anwar kata dia bantah cara Wolfowitz serang Iraq. Tetapi dalam masa sama mempertahankan Wolfowitz sebagai kawan baiknya, meskipun seluruh dunia mengecam Wolfowitz. Bukankah itu lidah bercabang!

Anwar kata dia bantah Wolfowitz di Pentagon. Betulkah dia bantah, sedangkan Stephen Sackur wartawan BBC HARD TALK pun seperti tidak percaya Anwar bantah Wolfowitz.

Kenapa Stephen Sackur tidak percaya kata-kata Anwar ?

Pertama kenyataan media susulan daripada Anwar yang menyatakan kecaman itu selain dari cakap satu pihak sahaja (Anwar).

Kedua, perjumpaan Anwar dan Wolfowitz di Pentagon, pusat CIA. Seseorang yang dikenali sebagai identiti Muslim akan disoalsiasat dengan rapi ketika mahu masuk ke Amerika, apatah lagi masuk ke Pentagon yang merupakan pusat CIA Amerika. Tidak siapapun muslim dapat masuk ke pusat CIA itu, kecuali telah dikenalpasti sebagai rakan atau operator atau talibarut Amerika.



Wolfowitz, si zionis itu akan menghalau Anwar, jika dikenalpasti Anwar sebagai musuh, sebaliknya akan mengalu-alukan jika Anwar adalah tali barut Timbalan Setiausaha Amerika itu.

Ketiga, selepas pertemuan, Anwar disogok pelbagai ’habuan’ oleh Wolfowitz termasuk pensyarah pelawat di John Hopkins Universiti (bekas tempat Wolfowitz jadi dekan), konsultan Bank Dunia dan Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future (kedua-dua habuan ini diberi ketika Wolfowitz jadi Presiden Bank Dunia).

Begitu murah maruah Anwar, bercakap berdegar-degar membantah Wolfowitz membunuh umat Islam, tetapi dalam masa sama mengutip laba dan menjadi khadam berketuakan si Yahudi itu.

Kalau benar sekalipun Anwar membantah Wolfowitz kerana serangan Iraq, orang seperti ini (Anwar) tidak layak menjadi menjadi ketua apatah lagi menjadi PM, kerana, cakap berdegar-degar, tetapi mudah 'dibeli' dan mudah tunduk kepada sesiapa sahaja (walaupun Yahudi) asalkan orang itu berkuasa dan mempunyai banyak duit.

Tidak hairan Anwar suka membeli orang, kerana dirinya pun mudah dibeli dengan wang ringgit.

Ketika Anwar berbuih mulut di luar negara melaungkan demokrasi, tetapi di negara sendiri, Anwar bertindak membelakangkan demokrasi, membeli calon-calon BN semata-mata untuk memuaskan hatinya dan membuktikan kepada sahabat-sahabatnya di luar negara bahawa dia bakal jadi PM.

sumber NTanwar,aidcclub.forumotion.net