Selasa, 28 Julai 2009

Nik Aziz 2009 : Daun-Daun Dosa



KOTA BHARU 27 Julai - ''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.' 'Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau kelmarin. Malah, Mursyidul Am Pas itu tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam. Beliau berkata, kesediaan untuk bekerjasama disebabkan negara ini mengamalkan sistem persekutuan dan di antara kerajaan negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing.

"Sistem yang diamalkan kita ialah federalisme, bukan kerana apa, Pusat ada kewajipan kepada negeri dan negeri ada kewajipan kepada Pusat.

"Kerana apa nak sekat (peruntukan dan kerjasama), ada menteri sekat pegawainya beri kerjasama dengan kementeriannya, ini bukan menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Ternakan sempena Hari Peladang peringkat di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pandangan pelbagai pihak terhadap kenyataannya sebelum ini yang mahukan sebarang sengketa di antara kerajaan negeri dan Pusat diselesaikan demi kepentingan rakyat.


Ulasan Saya :

Nik Aziz buat hal sekali lagi, tidak cukup dengan menyamakan UMNO seperti Komunis dan Ajaran Sesat Ayah Pin. Kali ini, beliau dengan penuh keceluparan seperti dirasuk syaitan dan dendam kesumat yang amat sangat terhadap UMNO, beliau menghemburkan kata-kata, "Pergi Jahanamlah UMNO". Seorang ulama yang dikatakan penuh ilmu agama di dada, rasanya perlu arif bahawa ucapan seperti ini bukanlah menunjukkan akhlak seorang muslimin yang sejati. Nabi Muhammad tidak pernah mencela dan menyakiti hati sesiapa pun. Baginda hanya menyampaikan yang hak dan berkata benar, sesuai dengan apa-apa yang telah Allah wahyukan kepadanya. Tetapi malang, kata-kata kesat dan makin hamun seolah-olah halal di sisi PAS, hanya kerana perasaan benci yang melampau terhadap UMNO dan pemimpinnya. Lantaran itu, saya merasakan sudah tiba masanya PAS diberi hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka yang terlalu kuat menentang suruhan Allah, yang jelas melarang umat Islam daripada saling maki-memaki dan cemuh-mencemuh. Selagi PAS terus menerus-menerus mengamalkan akhlak yang buruk ini, saya yakin PAS akan berkubur dan hancur kerana perbuatan mereka sangat jelas hanya mengamalkan Islam dibibir sahaja.

Sesungguhnya, tidak akan ada satu parti Islam pun yang akan menang, selagi para pendukungnya lebih mengutamakan kuasa daripada dakwah. Islam hanya akan bangkit dan kembali kuat sekiranya para penganutnya ikhlas berjuang kerana Allah dan bukan untuk mengejar kuasa dan kedudukan. Yang jelas, sikap Nik Aziz sejak akhir-akhir ini menunjukkan beliau seolah-olah sudah bersikap buang tabiat. Walaupun sudah jelas firman Allah agar umat Islam wajib bersatu padu dan melarang mereka daripada saling berbalah dan bersengketa. Tetapi, Nik Aziz tetap berdegil dengan hujah-hujahnya yang terpesong jauh daripada kebenaran. Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada keceluparan para pemimpin PAS. Wallahualam.

Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri

Pok Nik...Janganlah Sampai jadi Bangkai PAS!

Kelmarin nadanya elok sekali-nak hulur salam dan lupakan sengketa politik lalu dengan Kerajaan Pusat. Semalam Tok Guru Sasau kata "Pergi jahanam dengan UMNO"
Amboi! Cantiknya bahasa ulama kontemporari ni!

Sebelum ini pula UMNO sama ajaran Ayah Pin dan Chin Peng.

Satu persatu kenyataan Pok Nik ini tak menampaknya kematangan beliau dalam memberikan hujah yang bernas terhadap sesuatu perkara melainkan beliau hanya bersuara dalam keadaan yang emosional. Pok Nik lebih cenderung kepada politik 20-30 lalu walaupun PAS telah menguasai 2 negeri sekarang.

Baru-baru ini pula beliau memberikan hujah yang amat lemah mengenai Nizar yang membakar colok memperingati Teoh yang mati terjatuh.

Kalau buka balik lembaran sejarah, banyak lagi kenyataan-kenyataan Pok Nik ini yang langsung tidak menggambarkan beliau seorang tokoh ulama yang tersohor seperti yang digambarkan dalam biografinya.

Biografi? Dalam Islam kalau seseorang tokoh itu masih hidup tidak perlulah kita memujinya kerana tidak ada siapa yang tahu bakal kesudahannya. Biografi adalah untuk orang yang sudah pergi.

Cuma kita harap Pok Nik cepat sedar kerana secara perlahan-lahan umat Islam kini sudah hilang kepercayaan terhadapnya. Lebih membimbangkan ialah kepercayaan umat Islam luntur kepada semua ulama tanpa mengira ulama suk atau ulama yang haq.
Janganlah kesasauan Pok Nik ini menjadi beliau tidak lagi dipedulikan sehingga beliau menjadi bangkai PAS.

Posted by braveiron


MANEK URAI:NIK AZIZ MENIPU RAKYAT KELANTAN,KERAJAAN PUSAT TAK PERNAH ANIAYA KELANTAN

Kerajaan Pusat tidak pernah menganiayai kerajaan mana-mana negeri yang diperintah pembangkang termasuk Kelantan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, Kerajaan Pusat telah melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan Dialog Perkongsian Pintar di sini hari ini.

Sambil mengambil contoh peruntukan untuk negeri Kelantan, beliau berkata Kerajaan Pusat memperuntukkan RM7 bilion bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan di negeri itu menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan. "Kita tak pernah abaikan Kelantan. Misalnya kerajaan Persekutuan menyediakan RM600 juta dalam bentuk pinjaman mudah untuk membantu kerajaan Kelantan membiayai projek bekalan air bersih.

"Sebenarnya tidak ada negeri pun yang dianiaya atau tidak diberi peruntukan. Maknanya daripada segi tanggungjawab pusat kepada negeri, kita telah laksanakannya," katanya.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa kerajaan Kelantan hanya mahu merapatkan hubungan dengan Kerajaan Pusat dan bukan dengan Umno, Muhyiddin berkata kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri tidak boleh dielakkan.
"Secara langsung atau tak langsung mesti ada kerjasama...tak boleh dielakkan kerana dasar kerajaan BN ialah pembangunan untuk semua.

"Memang agak sukar untuk membezakan kerjasama Barisan Nasional dan kerajaan negeri. Kita tidak boleh asingkan. Lebih baik, contohnya, kalau kita ada persefahaman daripada segi soal politik, barulah kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan boleh jalin kerjasama," katanya.

Muhyiddin turut menyifatkan kerjasama di peringkat kerajaan sahaja tanpa kerjasama politik sebagai sesuatu tidak wajar dan tidak pernah berlaku.

"Jadi terserah pada mereka (kerajaan Pas Kelantan). Kita berniat baik dan kita buat benda yang baik. Itu tujuan kita respon untuk kebaikan bukan untuk faedah parti...bukan untuk pemimpin tetapi untuk negara.

"Bila kita cakap (beri reaksi), dia (Nik Aziz) cakap lain pula...saya tidak tahu mana satu yang betul," katanya

Dicatat oleh kamal

1 comments:

Kasihsaudara berkata... 21 Ogos 2009 3:23 PTG

tak apa la blogger ni nak. aku rasa akhirat besok bertambah dlm neraka tu blogger2 yang cari publisiti murah macam ni. hish, hina betul la manusia ni....

Catat Ulasan